Tuesday, December 3, 2013

1 Tak Setel + Songsang Maskulin



" ramai lelaki yang mungkin nampak maskulin pada zahirnya seringkali terjebak dalam gejala gay, sampai nak cari calaon suami pun kena tapis bertahun-tahun, paling kurang bagi saya, tempohnya 2 tahun, kadang-kala mereka menjadikan perkahwinan sebagai "cover" kegiatan gay diorg dari pandangan masyarakat " katanya membalas respon perbincangan kecil itu.

" tidak bernafsu dengan perempuan sebaliknya terangsang apabila melihat lelaki, walaupun dah cuba untuk temukan dengan perempuan, malah rasa muak pula muncul" sms ringkas *sending*

" cuba kita melihat dari sudut keprihatinan atau memahami golongan ini, tanpa perlu mengambil pendapat gay untuk mempertahankan seks songsang mereka" tanya ana pada seorang teman

pasti ramai yang pelik dalam alasan bagi memahami golongan gay walaupun para gay sentiasa berhujah untuk mempertahankan sikap songsang mereka supaya tidak dipinggirkan masyarakat, kata dasarnya ana menegaskan bahawa tidak menyokong walaupun sedikit gejala ini menjadi barah yang dibiarkan dalam masyarakat, tapi dari satu sudut lain ana berpendapat untuk cuba meletakkan kefahaman pada jiwa gay, bukan bermaksud untuk selami apatah lagi rasa kasihan sebaliknya cuba untuk merungkaikan sarang yang berselebung dari interaksi gaya hidup gay dengan personaliti serta tindakan menolak fitrah dari kejadian pada tubuh seorang wanita.

" apa yang diorang lakukan? "

meliwat, itulah jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya, ana tidak mempunyai pengalaman secara real menghadapi golongan gay tapi menerusi pengalaman kawan-kawan serta pihak yang pernah berhadapan dengan golongan gay, ana menyimpulkan bahawa golongan gay akan meraba pasangannya sehingga nafsu terlempias sebagaimana yang diperhatikan keadaan dalam kelab malam khas untuk gay,

bertitik tolak dari keadaan tersebut, ana cuba kaitkan dengan kes penceraian yang juga turut berlaku atas alasan ketidakpuasan hubungan seks suami isteri, masalah makin melarat bila mana isteri berpura-pura dan suami pun tidak melakukan sentuhan yang dikehendaki, hal ini jika tidak dibawa bincang akan menyebabkan pelbagai masalah yang direndamkan,

"lelaki ni kalau satu tak setel, suma tak setel" seloroh ustazah asmak

pernah dengar satu pepatah hanya jauhari yang kenal manikam? lelaki gay mengetahui apa yang seorang lelaki mahu kan dalam perhubungan seks dan sejauh mana ia memuaskan dan menaikkan berahi, jadi interaksi yang berminda sama sebegini menuntut mereka tidak peduli untuk bertukar pasangan gay asalkan matlamatnya terlepas, mengapa seringkali pondan @ mak nyah lebih menarik dari perempuan tulen di mata lelaki maskulin? kerana mak nyah telah mengubahsuai tubuhnya mengikut selera nafsu lelaki pada seorang wanita, jelas lagi apabila dasar cinta sebegini langsung tiada garis kesetiaan yang berpanjangan, mestila tiada kerana dasar keakraban dan penerimaan hanya untuk seks bukan sebaliknya seperti tertarik pada akhlak dan spirit dalaman,

sebelum ana akhiri entri kali ni, ana cuma kesal dan gerun dengan keadaan masyarakat kini penumpuan kepada golongan gay, ana akui kalian tidak terangsang pada wanita bukan kerana paksaan tapi sekitar diri yang tidak sengaja, tapi bukanlah bermaksud kalian perlu membiarkan diri menjadi hamba yang dilaknat Allah, Allah maha pengasih dan amat menyayangi walaupun pada orang kafir tapi saat Dia melaknat perbuatan tersebut pada kaum Nabi Luth, apakah kalian tidak terasa menjadi orang/ Hamba yang buruk? jika anda seorang gay, jangan hinakan diri untuk terus bergelumang dalam dunia songsang sebegitu, jika tiada nafsu pada perempuan, lebih baik "zero" dari "laknat",

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran