Showing posts with label madah terpilih. Show all posts
Showing posts with label madah terpilih. Show all posts

Friday, September 24, 2010

bukan pelakon pentas dunia lgi

bulan syawal masih berbaki walaupun hampir setengah bulan sahaja lagi,mungkin kadangkala ana berasa hairan dan pelik apabila hampir semua pensyarah yang masuk kelas bertanya kepada kami soalan yang sama "seronok raya?"
mestilah seronok walaupun pada lumrahnya ana hanya beraya mengikut keluarga, tapi asalkan dapat balik kampung dan paling bahagia bila kali pertama mendengar takbir, sedap telinga menjamahnya,
mengapa dinamakan aidilfitri? jawapan yang menarik ana terbaca dalam sebuah artikel ialah kerana ia adalah yang mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya, maksudnya? jadi baby balik ka? sebab tu dok mintak duit raya ja kejanya..semestinya jawapannya bukan begitu!
maksudnya ada kaitnya dengan satu frasa iaitu MUJAHADAH..dalam bulan ramadhan umat Islam telah berjaya melalui perjalanan yang panjang untuk melatih diri atau bermujahadah dengan melakukan banyak amalan sunat seperti terawih, tadarus, dan sebagainya, oleh itu, hasilnya pasti ia akan kembali kepada fitrah kejadiannya iaitu untuk menjadi muslim sebenar corak al-Quran dalam surah adz-dzaariyat ayat 56..sepatutnya itu yang kita dapat dan jika masih sama, maka tepuk dada tanyalah iman.

proses MUJAHADAH tidak berhenti setakat itu, sebalik dihiasi pula dengan merebut peluang untuk berpuasa sunat 6 hari dalam bulan syawal yang sekaligus berperanan sebagai penampung kekurangan ramadhan lalu, umumnya tujuan mujadah itu boleh dibahagikan kepada 2 iaitu menundukkan hawa nafsu sekaligus memudarkan mazmumah dalam diri, dan keduanya ialah menyemai mahmudah untuk memupuk iman.. oleh yang demikian, sambutan hari raya yang bercorak 'didikan ramadhan' dapat diringkas dengan satu perkataan iaitu SYUKUR dan bukan hiburan yang perlu diperbanyakkan kerana matlamat didikan ramadhan adalah iman, sedangkan hiburan adalah laluan hawa nafsu yang mana simpang jalan yang berbeda dengan iman.
perbincangan tentang mujahadah diteruskan dengan sedikit perkongsian dari pembacaan ana, dimulakan dengan satu warning yang menarik,

      "KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH GELANGGANG MUJAHADAH, PADA HAKIKATNYA"

perkataan mujahadah sudah lazim didengari malah telah banyak yang menjadikan ia sebahagian daripada corak untuk melakukan perubahan pada diri mereka samada berjaya atau sebaliknya, ia adalah bergantung kepada pelaksanaanya terhadap pegangan prinsip mujahadah yang digenggam. asal perkataan mujahadah adalah jihad yang membawa masuk kesungguhan dan ketekunan yang kental dalam melakukan sesuatu, hampir 70 ayat dalam al-Quran yang membincangkan tentangnya sekaligus membuktikan bahawa ia amat penting, dan sepatutnya skop kefahaman terhadap jihad diperluaskan dan tidak hanya menyertai peperangan semata namun ia meliputi segenap perjalanan kehidupan kita. jihad atau mujahadah juga mungkin boleh didefinisikan dengan perang kerana sifat perang dan keadaan individu yang terlibat dalam perang mesti kental dan sanggup menghadapi apa jua tanpa ada sedikit putus asa tercalit di fikirannya apatah lagi terlintas diruangan hatinya, jika individu yang menyertai perang mudah putus asa dan lemah dengan sedikit kekalahan maka pasti kekalahan akan terus menjadi miliknya... itulah gambaran yang ana cuba gambarkan terhadap mujahadah

dalam sebuah hadis yang diambil dari buku karangan Pahrol Mohd Juoi m/s 3 bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud

' neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran'

untuk bermujahadah tidak mustahil seorang itu akan menemui kegagalan kerana ia adalah bukan mudah dan sering menguji hawa nafsu atau perkara yang kita suka untuk lakukan seperti tidur ketika azan mula berkumandang namun tidak terus bangun untuk bersolat..
mujahadah perlu dihiasi dengan ilmu dan kefahaman yang dalam, ia akan  mendorong kita mengenali Allah Yang Esa, bak kata pepatah ' tak kenal maka tak cinta'
ana tinggalkan perbincangan ini dengan peringatan pada diri sendiri terutamanya serta sahabat sekalian

MUJAHADAH ITU PAHIT, KERANA SYURGA ITU MANIS

Friday, July 16, 2010

bring your heart

penyakit hati sering menghantui kehidupan seseorang insan malah umat Islam dituntut untuk bermujahadah melawan nafsu yang sering merosakkan insan yang memperhambakan diri mengikut katanya..oleh itu sepatutnya dan sewajibnya untuk kita sentiasa memastikan kesihatan hati..
pernah satu kisah yang diriwayatkan bahawasanya seorang sahabat yang tidak menangis sedangkan sahabat lain menitiskan air mata apabila mendengar peringatan daripada Rasullullah s.a.w, lalu beliau bertemu Rasullullah s.a.w dan menyatakan bahawa dirinya mempunyai penyakit hati kerana tidak tersentuh hatinya dengan peringatan tersebut sepertimana sahabat lain,.....
betapa penyakit hati memakan insan sehingga hatinya menjadi kaku akan peringatan yang membawa kebaikan pada dirinya sendiri..jelasnya hati yang berpenyakit adalah kerana hati tersebut telah menjadi keras akibat dosa yang bertaburan dalam diri..
sebagai contoh yang amat ana kesali melihat keadaan masa kini berkenaan aurat yang semakin diringankan, kadang- kadang ana terfikir adakah ayat ni bersesuaian untuk diluahkan.."Islam ikut umatnya atau umatnya ikut corak Islam", mengapa perihal ini diringankan sedangkan ia adalah sejelas- jelas tuntutan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t
fesyen atau trend t-shirt lengan pendek diserikan dengan tudung..adakah ia menepati syariat yang didalilkan? benarlah kata ceramah seorang ustaz, seolahnya tiada perintah akan perkara tersebut kerana hari ini masyarakat menganggapnya ia biasa malah tiada peraturan dan kesinambungan bagi memperketatkan perihal tersebut..tiada teguran kedengaran sebaliknya hanya pandangan kosong disusuri mengikut budaya tersebut..
sebenar keadaan adalah membawa realiti agama kemudian diletakkan ke dalam realiti hidup, bukan mengutamakan fesyen yang dihangatkan oleh keadaan sebaliknya mengatur fesyen supaya mengikut realiti yang digariskan oleh agama ini....barulah selamat sepanjang zaman
mengapa effect keadaan tersebut dianggap penting? sebabnya salah satu golongan yang tidak diterima solatnya adalah perempuan yang tidak menutup aurat, semua itu berkait- kait, jika solatnya tidak diterima maka solat tersebut tidak mampu mencegahnya dari kemungkaran dan kejahatan malah keutamaan- keutamaan solat yang len juga tidak mampu menjalankan fungsinya..
sedangkan solat itu adalah tiang agama.........
oleh yang demikian, penyakit hati adalah perlu diwaspadakan agar ia tidak terus menular menusuki ruangan legar kehidupan kita terutama bagi seorang muslim yang menjunjung syariat illahi,
wallahua'alam

Saturday, April 10, 2010

"cinta buta" sudut falsafah

10 April 2010, saturday, 6.23 pm- pastinya tidak siapapun dari kita terlepas dari panahan perasaan antara manusia samada muslimin kepada muslimat atau sebaliknya..jadi istilah "cinta buta" bukan sesuatu yang ganjil untuk diperdengarkan dan pastinya semua sudah sedia maklum mengenainya biarpun secara zahir atau pada maknanya sahaja atau mungkin ada juga yang telah membuat kaji selidik mengenai tajuk yang sememangnya tak pernah lemau di pasaran perasaan insan.. apa yang ingin ana kongsikan pada petang yang damai ni ialah cinta buta dari sudut pandangan atau prespektif ahli falsafah samada Islam atau sebaliknya..bidang falsafah bilamana dikombinasikan dengan cinta merupakan pasangan yang sangat ideal...ana takkan explain it with detail side but i need you'll over there to think what is means everthing phrase from them (ahli falsafah)..

" cinta buta adalah gerakan jiwa yang kosong " from Plato and Aristotle..dengan pandangan Aristotle ada menyatakan " cinta buta adalah cinta yang buta untuk melihat aib orang yang dicintai"

Jarir berkata  
tak ku lihat cela kasih tercinta
atau sebahagiannya jika aku sudah rela
mata yang redha tidak akan melihat cela
keburukan akan tampak mata bagi mata yang benci
cinta buta, kebenaran yang menyerupai kebatilan

awal mulanya main- main dan akhirnya adalah kehancuran.......


" cinta buta (al-isyq) adalah istilah untuk cinta yang berlebih- lebihan sebagaimana "as- saraf" (pemborosan) adalah istilah untuk sikap murah hati yang berlebih- lebihan. setiap kata al-isyq bermakna cinta namun tidak setiap kata cinta bermakna al-isyq, cinta merupakan jenis, sedangkan cinta buta merupakan bagian darinya" pendapat dari al- Jahidz

cinta buta merupakan gila dan gila adalah seni sehingga cinta buta adalah seni gila
---- kau gila kerana orang yang kau cinta
memang cinta buta lebih parah dari gila
orang tak bisa sedar kerana cinta buta
sedang orang gila bisa terkapar dan tidak berdaya-----
:- bait syair dari Qais -:    
  • Arabiy katanya.......cinta buta mempunyai jalan yang lebih luas didalam hati daripada roh didalam badan, lebih menguasai jiwa daripada kekuasaan jiwa itu sendiri, sulit dilukiskan dan berada antara sihir dan gila, jalannya halus dan tersembunyi............Apinya menyala dalam perut dan seluruh anggota badan menjadi pelayannya ***
  •  
  • al- Mada'iny ~ ~ kalaulah orang yang jatuh cinta itu bisa memilih pastilah ia akan memilih untuk tidak jatuh cinta ~ ~ 

    cinta buta bukanlah inisiatif yang dilahirkan oleh seseorang sebaliknya ia adalah sesuatu yang berada diluar kemampuan manusia untuk mengawal kehadirannya selagi mana ia tidak bercampur dengan nafsu....sebelum mengukirkan perenggan akhir, ana dengan sukacita nak ingatkan sekali lagi bahawasanya kata- kata dan pendapat di atas adalah sudut pandangan bidang falsafah oleh yang demikian..baca dan fikirkanlah dengan cara orang falsafah berfikir........pasti menarik!
    wallahua'alam

    sumber bacaan:
    MUKHTASAR RAUDHATUL MUHIBBIN karya IBNU QAYYIM AL- JAUZIYYAH