toing! toing!
toing!
terpapar pada skrin 'handphone
Nokia' bahawa sound tracks melalui bluetooth telah selamat sampai dalam peti
inbox-nya, ditekannya butang tengah sebagai arahan untuk lagu saat lafaz
sakinah disantapi oleh halwa telinganya,
kata Angah "besar ertinya setiap bait
lirik lagu ni"
acu jawab "besar lagi maksud
dalam watak lagu tu,"
acu kata " lagu ni ibarat
warning dari wali untuk bakal azzauj atau lebih tepat lagi seorang muslim"
Angah jawab " memang betul pun acu..lagu
ni ade amaran dan amanah yang akan diserahkan kepada suami 100% oleh wali
puterinya. setiap apa perbuatan yang wali die pernah buat pada puterinya akan
dikendalikan suaminya kelak..wali ni akn berjabat tangan sambil hatinya
sentiasa mendoakan kesejahteraan puterinya di sepanjang perkahwinan anaknya..bakal
azzauj yang baik adalah azzauj yang sentiasa menjaga kebajikan isterinya samada
waktu sakit mahupun gembira. Sekiranya amanah yang diberikan wali puteri bakal
azzauj die khianati masa tu la segala pesanan dan amanah akan dimungkiri dan
bakal azzauj die tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W..Segalanya akan
terserlah apabila dalam perkahwinan azzauj die tidak melaksanakan apa yang
diamanahkan oleh wali isterinya..Wahai bakal azzauj yang soleh, ikutilah hadis
nabi kita..jadikanlah diri kita sebagai seorang suami yang boleh membahagiakan
isteri sehingga akhir hayat kita kerana isteri adalah amanah yang diberikan
oleh Allah..didiklah ia dengan agama nescaya keturunanmu akan terdidik jua
olehnya..
"cantik tak video ni?"
tanya acu
Angah jawab " orang dalam video tu ja
yang cantik sebab ada iras Kak Amah"
(hehe)
acu kata "orang laki takot
ngan tok kadi kan
angah? sebab tu la da situasi yang banyak kali ulang lafaz sakinah, di mana
sakinah (ketenangan) tercampak?"
Angah diam tapi katanya
"acu nak tau..saat lafaz
sakinah bermula,segala nadi-nadi bakal azzauj akan mula bergetar,keringat peluh
sejuk mula keluar sewaktu akad dimulakan..sepatutnya sakinah yang sempurna
adalah sewaktu bakal azzauj sudah mula tahu tanggungjawab yang bakal dipikul
dan dia sudah bersedia untuk menggalas amanah yang diberikan sewaktu berjabat
tangan dengan wali bakal zaujahnya..sekiranya waktu heningnya bakal azzauj
melafazkan dengan tenang maka dia adalah bakal azzauj yang terpimpin dan boleh memimpin
ahli keluarganya..dalam Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6
" Wahai
orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan."
"pa makna mahar sebab lagu
tu kata 'mengerti benar maharnya' "
"pemberian wajib suami
kepada isteri disebabkan tok kadi" jawab acu.
Angah kata "hahahaha jawapan acu kelakar
la..
sebenarnya mahar dengan hantaran sangat lain tau xde kene mengena pon
dengan tok kadi tau..mahar ni memang sudah ditetapkan dalam setiap negeri
tau..kalau nak tau ada dalam hadis, rasullullah s.a.w ade menyatakan wanita yang berkat ialah
bernikah awal,ramai anak dan rendah maharnya. Sepertimana dalam peristiwa
semasa zaman Saidina Umar Al-Khattab. Beliau ada memberi teguran di dalam satu
majlis walimatulurus dan beliau menyatakan cukuplah mahar yang rendah kerana
ada keberkatannya..Mahar adalah hak murni wanita, dan dalam perkawinan harus
ada pemberian harta dari pihak laki-laki terhadap wanita sebagai mahar, adapun
jenis dan kadar mahar berbeza-beza sesuai dengan kemampuan tau
Dalam suatu riwayat disebutkan, "Abdurrahman bin Auf pergi berjualan ke
pasar dan mendapatkan keuntungannya. Pada hari berikutnya ia pulang ke
rumah membawa susu dan samin untuk keluarganya. Beberapa hari kemudian ia
membawa lagi minyak za'faran yang semerbak bau wanginya. Rasulullah
Shallallahu'alahi wa sallam menegur, 'Apa yang telah terjadi ?'. Ia menjawab,
'Ya, Rasulullah, saya telah berkahwin dengan seorang wanita Anshar'. Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya lagi, 'Apa maharnya ?' Ia menjawab, 'Emas
seharga lima
dirham'. [1]
Dan dalam suatu riwayat lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
kepada laki-laki yang meminang wanita (ia pernah menawarkan dirinya untuk
dinikahi Rasulullah). "Carilah (mahar) walaupun berupa cincin besi".
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah
mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan
al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib
diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
"betol la acu kata sebab tok kadi"
Angah hanya tersenyum dan menoleh sejenak ke arah Acu lalu kembali meneruskan menyambung katanya.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah
Persekutuan )
1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran
perkahwinan yang wajib dibayar
di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa
perkahwinan
diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar
atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang,
menurut Hukum Syara’,
dapat dinilai dengan wang. Terdapat
banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah
dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas
kahwin mereka itu
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka
menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah )
pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap
isteri.
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami
hidup bersama isteri
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan
keluarga. Ia juga
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun
nikah atau
syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju
bernikah tanpa
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi
suami diwajibkan
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu
kisah yang berlaku pada 2
zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah
berkahwin tanpa disebutkan
maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum
sempat bersama
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah
mengeluarkan hukum supaya
perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah,
isteri
berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya
sah
Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
" اﻋﻈﻢ اﻟﻨﺴﺎء ﺑﺮآﺔ أﻳﺴﺮهﻦ ﻣﺆﻧﺔ "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang
mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ).
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
ha hal ini dikuatkan lagi dengan hadis ni
Sabda Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam, "Artinya :
Diantara keberkahan seorang wanita ialah yang mudah urusannya dan murah
maharnya." [Hadits Shahih Riwayat Abu DawudVI/77&91, Ibnu Hibban 1256,
Al-Bazar III/158, Ath-Thabrani dalam Mu'jamus Shaghir I/169 dst...]
Dipertegas lagi dengan ucapan Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu 'anhu.
"Ketahuilah janganlah berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita.
Karena sesungguhnya jika (mahar yang mahal) itu dimaksudkan sebagai bukti
kemuliaan di dunia atau sebagai sarana bertakwa kepada Allah, maka orang yang
paling bertakwa di antara kamu adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam,
namun beliau tidak pernah menetapkan mahar kepada seorangpun di antara
istri-istrinya begitu pula kepada putri-putrinya melebihi 12 Uqiyah (1 uqiyah =
40 dirham).
Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan
jenisnya dalam suatu akad nikah
seperti yang diamalkan dalam perkahwinan
masyarakat kita pada hari ini.
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar
musamma wajib dibayar oleh suami
apabila berlaku salah satu daripada
perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama
ada suami atau isteri.
b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan
)
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya
dalam suatu akad nikah.
Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut
hendaklah diqiaskan (disamakan)
dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya
di kalangan keluarganya sendiri
seperti adik beradik perempuan seibu sebapa
atau sebapa atau ibu saudaranya.
Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan
mahar perempuan-perempuan lain yang
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam
masyarakat dan sekiranya tiada juga,
terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat
dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara
lain yang perlu diambil kira dalam
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa
paras, kekayaan, keadaan setempat,
keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan
fikiran , keluhuran budi serta status
perempuan tersebut sama ada gadis atau janda
dan perkara-perkara yang boleh
dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar
berbeza dengan berbezanya sifat-sifat
di atas.
ha panjang lebar Angah terangkan pasal mahar
ni..sebab tu la dalam lagu 2 kite kene mengerti benar maharnya kerana mahar itu
sangat penting bagi wanita..Wallahualam
"nak dengar tak satu cerita?"
acu kata "mestilah nak,
asalkan bukan cerita dongeng"
Angah jawab " takla bukan
dongeng tapi ni kisah para anbiya tentang lafaz sakinah."
"ok citerla"
Angah kata "ha ni kisah Nabi Sulaiman
a.s saat baginda memilih ratu Balqis sebagai permaisuri hatinya..saat lafaz
sakinah Nabi Sulaiman yang boleh membuatkan Ratu Balqis tertunduk malu dengan
Allah..bacala dan hayati la ye para pembaca lagi2 acu
(hehehe)
Angah menyerahkan sekeping kertas yang jelas terpampang tajuknya " Bicara Sang Puteri"
Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah
haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman.
Setibanya di San’a – ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung
pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.
Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara
kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah
Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud
yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan yang nyata.
Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan
kepala ketakutan: “Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan
sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah
menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba
yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu
duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku
melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang
telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak
menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud
kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari
jalan yang lurus dan benar.”
Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: “Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu
karena berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk
diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini
ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu,
kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan
selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini.”
Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana
kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis
yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara
tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin
mengetahui dari manakah surat
itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di
depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang
berbunyi: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah dariku,
Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu
lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri.”
Setelah dibacanya berulang kali surat
Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat
kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil
sehubungan dengan surat
Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.
Berkatlah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: “Wahai paduka
tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk
berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang
yang patut memberi partimbangan atau nasihat kepadamu. Kami menyerahkan
kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan
kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu.
Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi
menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu.”
Ratu Balqis menjawab: “Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahwa kamu
mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan
musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada
kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan
keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian.
Menurut partimbanganku, lebih bijaksana bila kami menempuh jalan damai dan
menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kami menentang secara
kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kami berhasil menyerbu masuk
kota-kota kami, maka niscaya akan berakibat kerusakan dan kehancuran yang
sangat menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan,
memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek
moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap
peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa. Maka
menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan coba melunakkan
hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari
barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya
dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan
reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.”
Selagi Ratu Balgis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim
kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan
membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud
memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah
baginya sebagai jawapan atas surat
beliau kepadanya. Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi
Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan
kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang
megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata utusan Balqis bila mereka
tiba.
Tatkala utusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah
oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan
kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi
Sulaiman: “Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah
kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah
dan mengaruniaiku dengan karunia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada
seseorang dari makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan
rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak saja
berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan
binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan
hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku
oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh
benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu
bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu.
Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan
bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan
pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang-orang yang hina-dina yang
kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku
dan datang berserah diri kepadaku.”
Utusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami
dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang
terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada
tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman
berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan
ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahwa apa yang dia telah ancamkan
melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau
kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta
Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.
Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: “Aku sanggup membawa tahta
itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu.
Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai.” Seorang lain yang
mempunyai ilmu dan hikmah nyeletuk berkata: “Aku akan membawa tahta itu ke sini
sebelum engkau sempat memejamkan matamu.”
Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya,
berkatalah ia: “Ini adalah salah satu karunia Tuhan kepadaku untuk mencoba
apakah aku bersyukur atas karunia-Nya itu atau mengingkari-Nya, karena barang
siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan
barangsiapa mengingkari nikmat dan karunia Allah, ia akan rugi di dunia dan di
akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia.”
Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan
orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah
berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta
pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada
tahtanya: “Serupa inikah tahtamu?” Balqis menjawab: “Seakan-akan ini adalah
tahtaku sendiri,” seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa
tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana
tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.
Selagi Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, keheranan melihat
tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam
sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan
dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih. Balqis segera menyingkapkan
pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia
berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya.
Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: “Engkau tidak usah menyingkap
pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu
adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini.”
“Oh,Tuhanku,” Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap
kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, “aku
telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan karunia-Mu,
merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan
rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan
ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang.”
Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba.
Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi
Sulaiman pada akhirnya kawin dengan Balqis dan dari perkawinannya itu lahirlah
seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah
keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkawinannya dengan Balqis itu.
Wallahu alam bisshawab.
Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan
kematian Sulaiman kecuali rayap yang memakan tongkatnya yang ia sandar
kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan
bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati
kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai,
akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh rayap. Sekiranya para Jin
sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan
yang mereka anggap sebagai siksaan yang menghinakan.
Berbagai cerita yang dikaitkan orang pada ayat yang mengisahkan matinya
Nabi Sulaiman, namun karena cerita-cerita itu tidak ditunjang dikuatkan oleh
sebuah hadis sahih yang muktamad, maka sebaiknya kami berpegang saja dengan apa
yang dikisahkan oleh Al-Quran dan selanjutnya Allah lah yang lebih Mengetahui
dan kepada-Nya kami berserah diri.
Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15
sehingga ayat 44
"ha..dah paham?" tanya Angah apabila Acu menyerahkan kembali kertas ditangannya.
pap! pap! pap!..
"tepuk tangan
untuk cerita Angah, ingatkan nak citerkan rupanya da wakil bertulis plak"
"yelah...Angah mana biasa jadi penglipur lara tak berbayar ni" balas Angah.
" Kak Amah dah keluar dari
pemeriksaan doktor tu, tahniah akan jadi papa tak lama lagi, acu doakan kembor siam ye"
(hehe)
" terima kasih Acu, anak sulung macam ni la, Abang Ibtisam pun tak sempat nak hantar Kak Amah ke klinik, mujur ada Angah dapat hantarkan" jelas Abang Ibtisam sambil menyalami Angah dihadapannya.
Acu terus berlalu meninggalkan
pasangan bahagia itu selepas mengucapkan terima kasih kepada Angah yang sudi
menjawab soalan-soalannya...
comey kan design ni? jap 1 lagi
sekian