Showing posts with label family law. Show all posts
Showing posts with label family law. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Sanggup Tak Poligami?


'Darling, Abang nak kahwin satu lagi.'
Why?
'Ikut Sunnah'
Nak ikut Sunnah ye?
'For sure' *kenyit mata*
Tunggu saya mati dulu yaa
'Err awat?'
Isteri pertama Nabi Muhammad kan Khadijah. Nabi tak kahwin lain sampailah Khadijah meninggal dunia. Kemudian barulah Nabi berkahwin dengan orang lain.
'Err'
Tunggu laa saya mati dulu barulah kahwin lagi yaa? *kenyit mata balik* 


pernah suatu ketika, sahabat ana bertanya "kalau nora sanggup tak berpoligami?"

"saya lebih rela single daripada menahan sakit jiwa kerana keadaan tersebut, mungkin kerana perasaan mudah cemburu dan bersangka buruk pada perasaan lain" jawab ana

ana mengenali ustazah tersebut semasa ana berpeluang kerja dengannya dalam institusi yang sama, malah suaminya juga bekerja di tempat yang sama, jadi ana mengenali kedua-duanya termasuk ana tunggal perempuan yang sering menemani ibunya, suami ustazah seorang yang agak garang kerana sepanjang tempoh singkat ana bekerja beliau pernah menimbulkan ketegangan dalam medium sosial pada staff lain dalam tempat kerja yang sama, jadi sikapnya tersebut sedikit sebanyak merungkaikan kisah silamnya pada refleksi lalu, ustazah pula seorang yang ramah tapi kami tidak begitu rapat walaupun ana pernah meminta untuk menyertai persatuan yang diketuainya, sebuah usrah muslimat, beberapa bulan selepas itu, ana dikejutkan dengan sekeping gambar perkahwinan kedua ustaz, dan disisi ustazah yang tersenyum, 

sungguh ana jelas ternampak aura ketabahan dari raut wajahnya, masakan tidak, ana sendiri tidak mampu hadapi kenyataan tersebut,

biasanya yang menjadi alasan poligami yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan isteri mandul, berpenyakit, dan ikhtilat yang dibiarkan, malah ada juga beberapa alasan lain yang pernah ana baca dari sebuah kajian tentang negeri-negeri di utara berhubung poligami, dalam kajian tersebut menyatakan bahawa lelaki berusia 40-50 merupakan fasa kedua bagi lelaki, jadi bagi isteri yang mempunyai suami lingkungan usia tersebut, perlu lebih bijaksana mengatur dan menjaga rumahtangga, 

tentang poligami yang jernih, ana lebih menyokong kajian sarjana daripada ustazah Fatimah Syarha dalam novel tauhidnya yang bertajuk sebarkan cinta (jika tidak salah ingatan ana) dalam novel tersebut menghuraikan poligami secara jernih, malah terdapat juga solusi bagi isteri untuk mengatur jika suami membuat permintaan sedemikian, antaranya menambah taqliq semasa nikah untuk mengelakkan nikah poligami secara senyap-senyap,

dalam pembentangan kuliah berhubung poligami, negeri perlis merupakan negeri yang paling mudah tentang prosuder poligami kerana menerima mudah apa sahaja alasan suami untuk berpoligami, mungkin kerana seringkali berlaku poligami di luar negara, dan perlis merupakan negeri yang paling hampir dengan Thailand, semasa perbentangan juga kami sengaja menghubungi agen yang menyediakan pakej nikah luar negara, segalanya tersedia melainkan duit dan pasangan sahaja,

keadaan ini bukan suatu gambaran yang aman pada baitul muslim bila mana mengenepikan ibubapa dan wali sebagai orang yang paling berhak terhadap anak dara terutamanya, bagi yang ingin bernikah di luar negara kerana percaya bahawa lelaki atau tindakan tersebut adalah paling tepat, ana menegaskan bahawa anda sedang melihat bayang-bayang kebahagian, bila hialng mentari maka tiada lagi bayang-bayang tersebut, malah ia terasa seolah disentuh tapi tidak digenggam, pelbagai kesusahan dan kesulitan bakal menjelma akan datang terutama jika berlaku konflik, 

sama juga keadaannya dengan poligami, 

kelompok yang tegas sukar menerima poligami bukanlah satu kelompok yang menyokong SIS tetapi ia merupakan pilihan bukan kewajiban, pernah Saidina Ali r.a ingin bernikah setelah mendirikan baitul muslim bersama Fatimah r.a iaitu anak kesayangan Baginda s.a.w, mendengar berita tersebut daripada Fatimah r.a, Rasullullah bertemu Ali r.a dan memintanya membuat pilihan sama ada kekal dengan Fatimah r.a atau meneruskan hasratnya tersebut, dan amat rugi jika Saidina Ali r.a melepaskan Fatimah r.a. yang merupakan salah seorang wanita yang diagungkan selain daripada Maryam, Asiah dan Khadijah

oleh yang demikian, ia bukanlah sesuatu yang harus dipandang buruk disisi masyarakat pada yang sukar menjalani hidup dalam poligami atau melihat mulia sahaja pada isteri yang tetap disisi suami yang berpoligami, malah suami pula jangan banggakan diri bila mana anda telah berpoligami kerana ia sebenarnya lebih mengikat jika benar anda memahami,

bagi isteri yang akan dipoligami, failkan segera harta sepencarian, jika telah lama perkahwinan berlangsung maka lebih banyak yang perlu dibahagikan dalam merujuk kepada hak anda, walaupun harta sepencarian dihukumi melalui urf atau adat namun atas maslahat ia telah diterima meskipun disisi Imam Syafi'e yang membenarkan 1/3 bahagian untuk isteri yang merujuk kepada harta tidak alih, tetapi harta alih adalah mengikut pertimbangan hakim berdasarkan sumbangan yang wujud dalam pembangunan harta sama ada sumbangan serta material atau maknawi,

itu sahaja, sekilas komentar ana untuk mengupas isu ini, jika berkesempatan ana akan update beberapa tajuk lain yang perlu dicerahkan dalam perkahwinan terutamanya,

kepada jodohku,
janganlah khuatir, diriku bukan menghalang tetapi sesungguhnya ku ingin menyerahkan sebuah kasih tanpa sempadan untuk mentaatimu yang bermula dari ikhlas sanubariku, dan ingin engkau menjadikan temanmu di akhirat kelak, =)

-Jodoh itu rahsia Allah-

Wednesday, January 1, 2014

Isteri Jangan Asik Tahan Dera, Boleh Tak?





Menuruti sebuah kisah benar yang diceritakan oleh kakak tentang seorang kenalannya yang mempunyai seorang suami bengis dan seringkali bertindak mengabaikan kebajikan isteri kerana mengutamakan keluarga ibubapanya sahaja, bukan setahun dua penderitaan itu ditanggung namun sehingga suaminya jatuh lumpuh kini baru sedikit berkurang deritanya, pernah suatu kejadian yang terlampau dan membeliakkan mata ana apabila kakak mencerita sedikit pelakuan suami yang memijak perut isteri yang sedang mengandung, bagaimana perasaan anda?

Tapi apa yang berlaku, isteri tetap bersabar dan anak-anak dididik sehingga setiap seorang anak tiada yang layak dicop anak derhaka melainkan soleh dan solehah juga, kini hidup isteri telah berubah dengan usahanya berniaga beg tangan serta yang berkaitan aksesori wanita yang lain, rumahnya tersergam indah dan mewah dihujung taman,

Ana bukan mahu mengurai suka-duka isteri atau ketabahannya mengharungi hidup dengan suami yang bengis tapi sebaliknya memberi ruang hak serta kemuliaan Islam yang mengambil berat soal wanita bukan hanya mengurung perasaan dalam keseksaan tubuh dan emosi, sejak dulu, wanita dianggap insan kelas kedua sehingga sejarah membuktikan bahawa Islam yang Berjaya mengangkat darjat wanita serta meraikan pengorbanan wanita dalam sebuah kehidupan

Tak perlu dikecohkan lagi kedudukan wanita tapi ana ingin berkongsi penderaan yang dilakukan serta pembelaan undang-undang keluarga Islam berhubung kejadian sedemikian, ana hanya akan menyentuh tentang kes yang melibatkan penderaan terhadap isteri sebagaimana yang berlaku dalam synopsis di atas, dalam peruntukkan yang ada menekankan pengadilan untuk mencapai matlamat perkahwinan di samping menyelamatkan rumahtangga yang telah didirikan namun jika salah satu pihak menderita maka hal ini membuktikan bahawa objektif tersebut telah tercalar, ia ditekankan dalam klausa berhubung dengan fasakh,
Ramai yang beramal dengan undang-undang keluarga Islam di Malaysia menolak tuntutan fasakh sebagai penyelesaian kerana beranggapan berat pembuktian  kes serta ia lambat untuk diputuskan di mahkamah, tapi dalam kajian yang menarik daripada Prof.Hidayah tidak menunjukkan demikian, malah rekod paling tinggi hanya memakan masa 4-6 bulan sahaja, kebanyakan kes fasakh atas alasan darar kepada isteri dan penggabaian nafkah oleh suami, walaupun fasakh boleh dipohon oleh suami namun di Malaysia, klausa ini memberi ruang kepada isteri kerana suami mempunyai kuasa talak tanpa melalui hakim juga sah,

Ana ringkaskan tentang kes yang Berjaya atas alasan darar (mudarat) kepada isteri antaranya terdapat laporan polis serta laporan perubatan walaupun ada kes yang mahu kan saksi namun ia adalah mustahil pada kebiasaan, jika terdapat saksi maka ia juga diterima, selain itu, isteri juga perlu membuktikan bahawa “lazim menyakiti” dilakukan oleh suami, ia lebih menjurus kepada darar dari sudut jiwa atau mental isteri seperti maki-hamun, mengeji keturunan isteri, memanggil dengan panggilan hina dan seumpamanya, kemudian tentang darar fizikal pula ia disokong dengan 2 laporan yang mengesahkannya sudah menjadi bayyinah yang kuat, dan ia jika berlaku sekali sahaja sudah boleh dibuat permohonan fasakh,

Wallahua’alam bissawab

Wednesday, November 13, 2013

Jangan Kahwin Suami Orang



SURAT UNTUK AMIE, 26 TAHUN

Pertama-tamanya saya menyokong hasrat Amie untuk menamatkan zaman bujang dan memilih untuk bernikah. Namun, sebelum Amie membuat keputusan muktamad berkenaan calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi suami, saya cuba untuk berkongsi beberapa perkara supaya pilihan yang Amie buat kelak adalah bersandarkan syariat yang dianjurkan dalam memilih pasangan. Sebagai umat Islam, tiada yang lebih agung untuk diyakini melainkan ajaran dan petua yang digariskan supaya matlamat kebahagiaan yang Amie harapkan tercapai.

            Perkahwinan merupakan fitrah yang diraikan oleh Islam dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan. Di samping itu, ia juga penting sebagai pemeliharaan keturunan daripada  mempunyai identiti ibubapa yang jelas. Buat pengetahuan Amie, terdapat sebuah hadis yang menganjurkan kita sama ada lelaki mahupun perempuan yang ingin berkahwin supaya mengutamakan lelaki dan perempuan yang masih bujang. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi,
maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”
Besar hikmah yang diselitkan disebalik pemilihan lelaki dan perempuan yang belum pernah berkahwin sebagaimana yang dipersetujui oleh para ulamak bahawa perkahwinan dengan lelaki dan perempuan bujang akan membantu kemesraan dalam hubungan rumahtangga kelak serta kelebihan lain yang telah dinyatakan dalam maksud hadis tersebut. Amie masih muda untuk membuat pilihan lelaki bujang berbanding memilih Encik Ahmad yang telah beristeri serta mempunyai anak.

            Walaupun demikian, bukan niat saya untuk menghalang niat Amie atau sengaja mencurigai pilihan Amie, sebaliknya saya lebih berbesar hati jika Amie mengambil pengajaran dan menjadikan hadis ini sebagai panduan pemilihan daripada jaminan agama. Dalam riwayat Bukhari daripada Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.”
Selain itu, Nabi s.a.w juga ada bersabda yang bermaksud “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”
Kedua-dua hadis ini menekankan bahawa pemilihan pasangan mestilah berdasarkan agama bukan atas alasan yang lain. Muhammad Ibnu Ibrahim al-Hamdi dalam bukunya telah menyenaraikan 47 kesalahan serius berhubung perkahwinan antaranya tidak memilih agama calon sebagai nilaian awal sebaliknya mengutamakan rupa, harta malah kerana cinta yang buta. Seperti orang lain, saya yakin Amie juga mengharapkan rumahtangga yang bahagia didunia dan juga diakhirat. Oleh itu, saya berharap agar Amie sedia untuk melakukan risikan terhadap khabar berita daripada teman-teman pejabat berhubung dengan dakwaan bahawa Encik Ahmad sering mendera isteri dan melayan buruk terhadap ruamhtangga yang sedia ada.

            Kepentingan lain dalam perkahwinan adalah merujuk kepada kepimpinan suami untuk mendidik dan mengawal rumahtangganya. Seorang suami yang baik akan bertindak sebagai pelindung kepada isteri dan anak-anak sebagaimana Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 19:
Maksudnya: gaulilah isteri-isterimu dengan sebaik-baiknya
Imam Ghazali menjelaskan bahawa pergaulan dengan isteri yang diistilahkan baik adalah bersabar dengan sikapnya dengan mengawal kemarahan atau emosi terhadapnya. Dalam Kes Hasnah Binti Omar Lwn Zaaba (JH 1995 JLD.X BHG.I) telah meluaskan skop pendefinisian menganiayai isteri atau darar kepada isteri yang meliputi emosi melalui kata cacian, membelakangi isteri ketika tidur, mengutamakan pemberian kepada wanita lain melebihi isteri selain pukulan fizikal yang mencederakannya. Oleh yang demikian, tanggungjawab menjadi pelindung oleh suami adalah sangat teliti dalam Islam. Hal ini secara tak langsung menyokong Amie untuk memilih Encik Ahmad dengan melihat kepada agamanya.

Dalam surah ar-Ruum ayat 21
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Dalam ayat ini menyenaraikan dengan ringkas tentang hasil daripada perkahwinan yang Berjaya apabila ia membuahkan sakinah (ketenangan), mawaddah (kebahagiaan) dan rahmah (kasih sayang). Oleh yang demikian, Amie tidak perlu terlalu bimbang dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah kerana ia adalah pilihan yang sepadan dan serasi dengan jiwa Amie. Jika tidak beroleh ketenangan darinya maka ada sesuatu yang salah pada jodoh kalian.

            Sejujurnya saya amat bersetuju dengan konsep jodoh adalah ketentuan Allah namun soal takdir bukanlah sesuatu yang boleh dibaca. Oleh yang demikian, ia perlu disempurnakan dengan pemilihan yang betul serta istikharah. Sudahkan Amie solat istikharah sebelum memutuskan Encik Ahmad adalah pilihan yang tepat atau jodoh yang ditunjukkan oleh Allah. Saya telah pun menjelaskan berkenaan panduan untuk menilai pemilihan calon suami. Oleh itu, Amie harus sediakan niat yang telus untuk mengikuti sunnah dalam berkahwin.

            Lebih baik perigi tanpa timba daripada perigi yang mempunyai banyak timba kemudian ditinggalkan malah air pula yang makin kurang. Saya cuba menjelaskan bahawa perempuan perlu menjaga maruahnya daripada menjadi fitnah kepada lelaki. Jika mereka sentiasa meletakkan harga diri yang murah dengan membiarkan lelaki mudah mendekatinya maka solehahnya makin kurang. Sebagaimana saidatina Aisyah r.a menjelaskan dalam satu riwayatnya menyatakan bahawa wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang. Konsep perigi mencari timba boleh diterima dalam Islam malah dalam sejarah juga ada memerihalkan lelaki yang dipinang oleh perempuan iaitu dalam sirah pernikahan Rasullullah dan Siti Khadijah r.a.

            Pertamanya,Siti Khadijah r.a tidak memilih Rasullullah kerana rupa mahupun harta sebalik kerana kejujurannya semasa menjalankan perniagaan milik Siti Khadijah r.a. Sebelum menjadi rasul, Baginda telah digelar al-amin atau bermaksud yang amanah. Akhlak menjadi sandaran utama pemilihan Siti Khadijah r.a. kemudian, peminangan tidak dibuat secara langsung sebaliknya menggunakan perantaraan atau orang tengah iaitu Maisarah (seorang lelaki) untuk bertanya kepada Rasullullah s.a.w. Kemudian Rasullullah meminta bapa saudaranya Abu Talib untuk membuat persiapan ke rumah Khadijah bagi menyempurnakan peminangan. Begitulah kronologi yang sopan dan beradab dalam konsep yang boleh diterjemahkan dalam istilah melayu sebagai perigi mencari timba. Timba dan perigi yang mulia dari segi agama dan akhlak.

            Lagi pula, dalam Islam menggalakan keadaan tersebut sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Ringkasnya, saya tidak menolak bahawa jodoh adalah ketentuan Allah Cuma saya berharap agar Amie tidak salah faham pada konsep tersebut atau menyempitkan kefahaman dengannya.

            Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin sekali menyelitkan tentang risiko yang bakal  berlaku jika pemilihan calon suami tidak dilakukan dengan baik. Selain daripada menggangu-gugat kebahagiaan dan kehancuran rumahtangga, ia juga menyebabkan tekanan dan trauma pada anak-anak. Didikan pada anak-anak akan terjejas malah keperluan jasmani dan rohani mereka juga mudah tergadai jika ibubapa tidak mampu bertindak sebagai pemaju rumahtangga yang baik dan aman. Semakin parah apabila suami turut mengabaikan nafkah dan keperluan isteri sama ada zahir mahupun batin.

            Tambahan pula,situasi poligami jika Amie memilih untuk tetap menjadi isteri kedua Encik Ahmad. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam membincangkan wanita dan fikih menjelaskan bahawa cara pernikahan yang baik itu ialah apabila tidak ada penghalang yang menghambat pernikahannya daripada salah satu pihak, atau keluarganya, atau tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain-lain. Poligami biasanya mudah menimbulkan ketidak-puasan hati isteri sedia ada. Ia disokong oleh kajian tesis yang dilakukan oleh Ustazah Fatimah Syarha berkenaan poligami dengan berpendapat bahawa Seandainya isteri tidak merelakan, ia akan mengakibatkan pertengkaran dan pergaduhan besar. Biasanya sukar dimaafkan dan dilupakan selama-lamanya kerana isteri sudah hilang kepercayaan kepada suami. Sekaligus meruntuhkan tujuan perkahwinan

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawaAmie perlu menilai semula keputusan untuk tetap memilih Encik Ahmad sebagai suami.


Tuesday, November 12, 2013

"Tak Mau Cerai, I Ada Fasakh

Dalam Manual undang-undang keluarga islam (Monir yaakob.2006) telah diringkaskan fasakh ialah  tindakan merombak atau memutuskan hubungan perkahwinan antara suami dan isteri yang dilakukan oleh kadi atas sebab-sebab tertentu tanpa ucapan talak. Malah, fasakh juga ditakrifkan sebagai membatalkan akad perkahwinan atau menyekat kelangsungannya.
           
                        Pendapat kedua imam malik dalam menjelaskan tentang fasakh menyatakan bahawa sebab putusnya perkahwinan tersebut menjadi syarat utama dalam mensabitkan fasakh ataupun talak. Dalam situasi suami dan isteri tidak mahu memutuskan perkahwinan namun perkahwinan menjadi tidak sah jika sebab tersebut masih dikekalkan. Sebagai contoh, mengahwini perempuan susuan atau berkahwin dalam masih iddah. Maka pembatalan perkahwinan merujuk kepada keadaan dan sebab tersebut adalah fasakh. Ia dijelaskan oleh Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul mujtahid jilid 2.
Secara ringkasnya, fasakh didefinisikan sebagai pembatalan perkahwinan yang mana boleh dituntut sama ada oleh pihak suami atau pun pihak isteri. Fasakh tidak termasuk pembubaran perkahwinan kerana ia didasarkan oleh sebab tertentu yang dibolehkan syarak. (Siti zalikhah md.nor. 2005) Oleh yang demikian, fasakh merupakan pembatalan perkahwinan yang tidak mengurangkan bilangan talak dan memerlukan kadi untuk berijtihad daripada alasan dan sebab yang dikemukakan seperti dalam kes suami mengabaikan nafkah kepada isteri.
Di samping itu, fasakh juga boleh berlaku sejak awal perkahwinan atau setelah perkahwinan berlaku berdasarkan kepada alasan-alasan yang dibenarkan oleh syarak seperti kecacatan (aib) daripada suami atau isteri yang menghalang nikmat perkahwinan dan seumpamanya.
Seksyen 2 enakmen undang-undang keluarga islam Selangor 2003 telah ditafsirkan tentang fasakh menyatakan bahawa:
“ fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak mengikut seksyen 53”
Merujuk kepada seksyen 53 pula dalam enakmen yang sama menyenaraikan alasan-alasan dibenarkan tuntutan fasakh difailkan antaranya termasuklah:
Pihak yang menuntut perlu mengenal-pasti alasan yang lebih kuat bagi menyokong permohonannya, malah borang khusus yang disediakan perlu dilengkapkan dengan lampiran bukti seperti laporan kesihatan daripada doktor dan seumpamanya. Tuntutan fasakh tidak dirujuk kepada jawatankuasa pedamai atau hakam.(Siti zalikhah md.nor.2006). Peruntukkan ini merupakan salah satu alternatif yang boleh bertujuan untuk memberi ruang kepada pihak isteri terutamanya untuk membatalkan perkahwinan jika berlaku situasi suami tidak mahu menceraikannya dalam keadaan yang dianggap wajar akan menggugat keamanan dalam rumahtangga sekiranya tetap bersama.
Secara umumnya, hak fasakh dalam undang-undang syariah di Malaysia diberikan kepada isteri kerana suami mempunyai hak untuk melafazkan talak. (Najibah mohd zin.2007). setelah diringkaskan berdasarkan seksyen 53 enakmen undang-undang keluarga islam Selangor 2003 terdapat tiga alasan utama yang membenarkan fasakh iaitu nafkah, aib pasangan atau kecacatan, darar yang dilakukan kepada pasangan dan perkahwinan yang bercanggah dengan kerelaan.
Walaupun demikian, hakim mempunyai budi bicara untuk tidak membubarkan perkahwinan  jika pihak yang menuntut mempunyai alasan dan dapat membuktikannya dengan kukuh. Hal ini berlaku apabila perkahwinan itu masih boleh diselamatkan atau kesalahan yang dilakukan adalah disebabkan oleh kecuaian dan bukan penafsiran para ulama’ bahawa ketidak-mampuan suami atau isteri untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak pasangannya. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi hakim untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan hak dan tanggungjawab dengan baik atau memenuhi tuntutan setakat yang telah cuai dari pihak yang kena tuntut. (Najibah mohd zin. 2007)
Kesimpulannya, peruntukan yang diaplikasikan dalam perundangan keluarga islam di Malaysia adalah selaras dengan hukum syarak yang disepakati oleh para ulama’ berkenaan fasakh dalam perkahwinan. Namun terdapat beberapa yang ditinggalkan dari dimasukkan dalam peruntukkan seksyen 53 tersebut. Antaranya, merujuk kepada aib pasangan dalam seksyen 53 (1)(e)(f) yang menyatakan bahawa kecacatan seperti mati pucuk serta penyakit yang dibenarkan fasakh.
Dalam fiqh manhaji mazhab al-syafi’i (Dr.mustafa al-khin. 2009) menyatakan beberapa lagi aib atau kecacatan yang dibenarkan fasakh namun tidak dimasukkan dalam peruntukan semasa. Antaranya yang dikenal-pasti ialah rataq, qiran dan zakar yang terputus. Walaupun demikian, permohonan fasakh di Malaysia tidak menyekat untuk difailkan jika sesuatu hukum tersebut terdapat dalam perbahasan syarak. Ia dibenarkan sebagai permohonan yang boleh dihakimi menerusi seksyen yang sama
Kebanyakkan kes yang difailkan  berhubung dengan tuntutan fasakh adalah disebabkan oleh nafkah. Isteri lazimnya membuat tuntutan pembubaran perkahwinan melalui fasakh kerana  tidak menerima nafkah daripada suami dalam tempoh yang lama atau melebihi alasan yang dibolehkan fasakh sebagaimana dalam seksyen 53 enakmen undang-undang keluarga Islam Selangor (EUUKI) 2003.  
            Terdapat empat klausa yang berkait-rapat dengan pemberian nafkah oleh suami dan isteri iaitu seksyen 53 (1)(a)(b)(c)(d) yang menyatakan bahawa:
“…………………………………………………” (jksm atau e-syariah column bahan rujukan)
Seksyen 53 (1)(b)(d) menyebut secara langsung tentang nafkah sekaligus menekankan pembahagian nafkah kepada dua yang merangkumi nafkah zahir dan nafkah batin. Tempoh pelanggaran bagi nafkah zahir adalah lebih singkat berbanding pelanggaran nafkah batin. Tempoh tiga bulan adalah minimum untuk membolehkan tuntutan fasakh difailkan di mahkamah syariah disebabkan pelanggaran pemberian nafkah oleh suami mahupun isteri. Seksyen ini memberi hak tuntutan kepada pihak suami dan isteri dan ia dinyatakan secara jelas dalam peruntukkan meskipun lazimnya kes yang difailkan daripada pihak isteri.
Nafaqah dari segi bahasa berasal daripada infaaq iaitu memberi belanja dan ikhraaj yang bermaksud mengeluarkan belanja. Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud semua keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat. (Imam taqiyuddin Abu Bakar. 1993) .Nafkah hanya merujuk kepada perbelanjaan kepada perkara yang baik (makruf) sahaja. (Dr.mustafa al-khin. 2009)
Berhubung dengan tempoh penangguhan nafkah telah menimbulkan beberapa pendapat daripada para ulama’. Tangguhan masa tiga hari merupakan pendapat terkuat sebaliknya menurut pendapat qadim, tiada tempoh yang diperlukan melainkan kuasa tersebut diberikan kepada untuk memutuskan ketidak-mampuan suami menyediakan nafkah untuk pihak isteri atau seumpamanya. Oleh itu, jumhur ulama berpendapat fasakh disebabkan kegagalan suami dalam memberikan nafkah kepada isterinya adalah sesuatu yang harus bersama beberapa sebab. (Mat saad abd rahman.2006) Bersandarkan firman Allah s.w.t
“surah al-baqarah ayat 231” .(quran explorer.com)
            Seterusnya merujuk kepada kadar nafkah yang perlu diberikan adalah bergantung kepada adat dan kemampuan suami. (Najibah md zin.) Berikutan itu, mazhab hanafi telah menolak tuntutan fasakh atas alasan pemberian nafkah kerana sekiranya suami adalah seorang yang miskin maka tidak menjadi kezaliman kepada isteri atas kemiskinannya yang menjadi alasan penangguhan nafkah. Sebaliknya jika seorang suami yang kaya maka telah dibolehkan kepada isteri untuk menjual harta suami bagi memenuhi keperluan kadar nafkah tersebut. (Mat Saad abd rahman. 2006)
            Dalam kes yang dianalisa, penangguhan kadar nafkah telah berlanjutan sehingga menyukarkan pihak isteri untuk menjalani kehidupannya. Malah suami juga sering bertindak menggantung tidak bertali serta menyediakan keperluan yang tidak mencukupi kepada isteri. Penangguhan pemberian nafkah tersebut juga tidak mempunyai alasan atau sebab yang menghalangnya daripada menyediakan nafkah sewajarnya kepada pihak tanggungan. Oleh yang demikian, mahkamah telah menerima tuntutan pembubaran perkahwinan dan mengarahkan pembayaran nafkah dilakukan bermula daripada tarikh ia terhenti. Bagi kes yang ditolak pula disebabkan oleh pihak menuntut tidak dapat membuktikan dengan yakin bahawa suami berada luar kecuaian dalam memberi nafkah kepadanya.
            Allah s.w.t telah berfirman
“surah al-talaq ayat 7”
Ringkasnya, ulama’ telah sepakat bahawa hukum pemberian nafkah adalah wajib bagi seorang suami kepada isteri dan tidak diwajibkan daripad isteri kepada suami. (dr. Muhd fauzi Muhammad. 2000). Dan pemberian nafkah adalah berterusan selagi mana isteri masih dalam ketaatan kerana syarat bagi kewajipan pemberian nafkah ialah isteri merelakan diri untuk istimta’ dalam keadaan yang dibenarkan syarak dan bersetuju untuk mengikut suami untuk tinggal di rumah yang ditentukan oleh suami. (Dr.mustafa al-khin. 2009).
Merujuk kepada analisa daripada kes-kes berhubung fasakh yang diperolehi terdapat beberapa kaerdah keterangan yang digunakan dalam membuktikan alasan-alasan yang menuntut dalam perbicaraan didepan hakim mahkamah syariah. Antara kaedah keterangan yang digunakan termasuklah saksi, bayyinah dan juga qarinah atau bukti yang sah.
            Lazimnya, mengemukakan saksi merupakan kaedah keterangan yang paling mengikat keputusan hakim untuk menerima pembubaran perkahwinan. Dalam satu kes yang dilaporkan (JH.(1410)JLD VII BHG 1) mahkamah telah menangguhkan perbicaraan kerana ketidak-hadiran pihak yang dituntut untuk memberi perintah hadir buat kali kedua. Namun pihak yang dituntut tidak juga menghadirkan diri, lalu pihak yang menuntut telah mengemukakan dua orang saksi yang terdiri daripada juru nikah yang menikahkan mereka selaku ahli qariah juga serta jiran terdekat yang mampu menjadi saksi pengabaian nafkah serta kehidupan pihak yang menuntut.
            Dalam seksyen 83 enakmen keterangan mahkamah syariah negeri Selangor 2003 telah dijelaskan mengenai keterangan melalui saksi serta syarat penerimaan saksi tersebut. Seksyen 46 dalam enakmen yang sama pula menyatakan mengenai keterangan lisan atau bayyinah, dan seterusnya seksyen 5 berkenaan qarinah. Hal ini secara tidak langsung membenarkan kaedah keterangan tersebut juga digunakan dalam pembuktian dalam perbicaraan tuntutan fasakh.
            Bagi kes fasakh, standard pembuktian yang diperlukan  tidaklah perlu mencapai tahap syahadah dan memadai ia diberi melalui bayyinah atau qarinah jika keterangan yang ada boleh menyokong kes tersebut. Hal ini kerana adalah mustahil bagi suami untuk memanggil dua orang saksi untuk menyaksikan pukulan tersebut. (Najibah mohd zin.2007). keupayaan untuk membuktikan penganiayaan tersebut semakin terhalang jika penganiyaan dari sudut mental. Oleh itu dalam mazhab maliki, jika isteri membuat aduan berulang kali maka ia wajar dirujuk kepada hakam bagi membuat penyiasatan terperinci.(Wahbah az-zuhaili.) oleh itu, mahkamah perlu menerima dakwaan pihak yang menuntut dengan baik walaupun tidak dapat mengemukakan sebarang keterangan bagi menyokong tuntutannya.
            Pandangan mazhab maliki telah diterima dalam pelaksanaan di mahkamah mesir yang melantik hakam untuk menyiasat dakwaan oleh pihak yang menuntut jika tiada keterangan dapat dikemukakan. Walaupun demikian, pembubaran perkahwinan tersebut tidak diputuskan melalui fasakh sebaliknya dilaksanakan dengan lafaz talaq jika kesalahan daripada pihak suami. Jika kesalahan daripada pihak isteri pula, maka perkahwinan tersebut akan dibubarkan melalui khulu’ atau tebus talaq (najibah mohd zain. 2007)
           
Dalam seksyen 3 enakmen keterangan mahkamah syariah negeri Selangor telah diberi tafsiran tentang istilah bayyinah iaitu
bayyinah ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah
Oleh yang demikian, bayyinah adalah keterangan yang berupaya menjadi bukti kepada pelanggaran hak atau kepentingan pihak yang bertelingkah.
            Umumnya, penganiayaan terhadap isteri seperti deraan atau pukulan oleh suami biasanya tidak mempunyai saksi melainkan mereka yang tinggal bersama didalam rumah tersebut iaitu anak-anak. Walaupun demikian, menurut hukum syarak pula menegah anak-anak menjadi saksi kepada ibubapa. Hal ini sekaligus meletakkan keterangan anak tersebut sebagai keterangan pensyaratan bayyinah dan bukan syahadah. (JH(2002)JLD XV.BHG II) . Keadaan ini dianggap sebagai darurat yang menerima konsep keterangan anak-anak kepada ibubapa dalam pembuktian dakwaan alasan fasakh walaupun ia tidak disabitkan sebagai keterangan penyaksian.
            Mahkamah melihat tahap darar yang berlanjutan serta sebab pengabaian tanggungjawab tersebut oleh suami. Darar yang dimaksudkan adalah luas yang merangkumi tindakan suami yang menyakiti isteri sama ada menerusi kata-kata ataupun perbuatannya, memaksa isteri melakukan perkara haram dan tindakan enggan menyetubuhinya tanpa alasan yang mengharuskannya. (Abdul Monir yaakob. 2006)
            Dalam kitab fiqh al-islam wa adilatuh menerangkan bahawa Mazhab hanafi, syafi’i dan hanbali tidak mengharuskan tuntutan fasakh disebabkan darar yang berlaku kerana meneliti kuasa hakim untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap perbuatan tersebut berterusan dilakukan. Hakim atau kadi berkuasa memberi hukuman yang wajar bagi kesalahan tersebut. Walaupun demikian, mazhab maliki mengharuskan fasakh disebabkan darar yang dapat dibuktikan sahaja. Jika darar tersebut tidak dapat dibuktikan maka hakim perlu menolak pembubaran perkahwinan melalui fasakh yang  dituntut. (wahbah az-zuhaili.)

Nusyuz dalam fiqh manhaji al-syafi’i menyatakan pengertiannya adalah menderhaka. (dr.mustafa al-khin. 2009)  Sebagaimana firman Allah s.w.t:
“surah al-nisa ayat 34”
Hukum nusyuz adalah haram (dr.haji mohd radzuan Ibrahim. 2006) dan ia turut menghalang isteri daripada mendapat nafkah dan juga hak giliran. Walaupun demikian, nusyuz tidak membubarkan perkahwinan malah isteri masih berhak mewarisi harta peninggalan suami. (siti zalikhah md.nor. 2005)
            Daripada kes fasakh yang pernah direkodkan, mahkamah berupaya menolak pengakuan nusyuz daripada pihak isteri kerana meneliti sebab berlakunya nusyuz tersebut. Dalam jurnal isu-isu syariah mengatakan bahawa syarat yang mewajibkan isteri untuk taat kepada suami apabila tanggungjawabnya dijalankan dengan adil dan tidak bertentangan dengan hukum syarak. (zainul rijal abu bakar. 2008)
            Seksyen 60 (2) enakmen keluarga islam negeri Selangor 2003 berkenaan penolakan hak nafkah terhadap isteri yang nusyuz iaitu:
“seksyen 60 (2) –jksm website or e-syariah”
            Sekiranya isteri telah bertaubat untuk mentaati kembali kepada suami atau nusyuz isteri disebabkan oleh pelanggaran tanggungjawab suami terhadap isteri maka dakwaan nusyuz boleh ditolak oleh mahkamah dan menggangap ia sebagai tindak-balas untuk mempertahankan diri daripada kemudaratan yang lebih buruk terhadap dirinya. Sebagaimana yang disarankan secara hukum syarak bagi menghadapi isteri nusyuz dengan menasihatinya, kemudian memisahkannya daripada tempat tidur dan terakhir memberi pukulan yang bertujuan untuk mendidik.
            pukulan yang mendidik tidak mengharuskan pihak suami untuk mencederakan tubuh badan isteri sehingga ia memberi kemudaratan kepada kehidupannya. Keadaan seumpama itu menepati darar yang diharamkan syarak terhadap isteri yang merangkumi kata-kata dan perbuatan yang menganiayakan isteri untuk hidup bahagia sebagaimana matlamat tuntutan perkahwinan dalam islam.
            Ringkasnya, nusyuz tidak berlaku atas dua faktor iaitu jika ia bertindak untuk mempertahankan diri daripada kemudaratan yang lebih berat dan suami tidak menjalankan tanggungjawab dalam perkahwinan serta mengabaikan hak-hak isteri tanpa alasan yang dibenarkan syarak.
  
Kesimpulannya, tuntutan fasakh adalah sebahagian daripada alternative yang membela pihak isteri terutamanya untuk membubarkan perkahwinan dibawah kuasa hakim mahkamah syariah. Di Malaysia, fasakh biasanya dilakukan oleh pihak isteri kerana suami mempunyai kuasa talak yang lebih mudah untuk dihakimi dalam perbicaraan. Namun bagi pembuktian alasan kes fasakh ia memerlukan keterangan yang kuat untuk menyokong alasan dakwaan tersebut.
            Terdapat beberapa alasan yang membenarkan fasakh namun jarang difailkan dalam amalan mahkamah syariah di Malaysia walaupun peruntukkan tentangnya telah lama ada di dalam perundangan semasa. Antaranya, fasakh disebabkan oleh aib suami atau isteri, dan perkahwinan yang dibatalkan pada usia baligh. Pada kebiasaannya, kes-kes perkahwinan yang dapat dibubarkan melalui fasakh adalah dibawah alasan pengabaian nafkah dan penganiayaan terhadap isteri.
            Umumnya, pihak isteri yang menghadapi penganiayaan dan penderaan secara fizikal perlu segera membuat laporan kesihatan daripada pihak berkenaan sebelum kecederaan tersebut menjadi pulih. Hal ini bagi mengukuhkan alasan serta pembuktian dakwaannya kelak. Begitu juga dengan pihak isteri yang dianiaya secara mental perlu menjelaskan dengan yakin tahap kemudaratan tersebut terhadap mindanya serta pengaruh buruk terhadap kehidupannya.
  
  
RUJUKAN
Dr.mustafa al-khin. Dr.mustafa al-bugha. Dr.ali al-syarbaji terj. Dr.zulkifli mohammad al-bakri.2009. al-fiqh al-manhaji mazhab al-syafie. Darul syakir enterprise. Selangor.
Abdul monir yaakob. Siti shamsiah md supi. 2006. Manual undang-undang keluarga islam. IKIM. Kuala lumpur.
Dr. muhd fauzi Muhammad. 2000. Undang-undang keluarga dalam empat mazhab. Jil.1. Pembentukan keluarga. Synergymate.sdn.bhd. semenyih.
Dr. haji mohd radzuan Ibrahim. 2006. Munakahat: undang-undang dan prosuder. DRI publishing house. Ampang.
Siti zalikhah md.nor. 2005. Siri undang-undang dan masyarakat: jka sudah habis jodoh. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur.
Ibnu rusyd terj. M.A Abdurrahman. A. haris abdullah. 1990. Bidayatul mujtahid jilid 2. Penerbitan asy-syifa’. Semarang.
Imam taqiyuddin abu bakar bin Muhammad alhusaini. 1993. Kifayatul akhyar (kelengkapan orang soleh) bahagian kedua. Pustaka nasional pte ltd. Singapura.
Wahbah az-zuhaili terj. (tahun). Fiqh al-islami wa adillatuhu. Penerbitan. Tempat.
Zainul rijal abu bakar. Mohamad isa abd ralip. Nurhidayah muhd hashim. 2008. Isu-isu syariah di Malaysia: ke arah meletakkan hak kepada yang berhak siri 2. Pusat penerbitan university (UPENA). UITM shah alam.
Enakmen undang-undang keluarga islam negeri Selangor 2003.
Enakmen keterangan mahkamah syariah negeri Selangor 2003

Friday, November 1, 2013

Nafkah Batin, Hak Siapa?

  • Nora

    ada masa t jawab ye atau leh gak share soalan pd ilmuwan yg angah kenal sbb acu tak jumpa hujahan ttg pendefinisian nafkah batin, acu jmpa ulama mazhab tak membahagikan nafkah kepada zahir or batin, sebaliknya penekanan kepada nafkah ditumpukan pada keperluan seperti tempat tggl, makan minum, dan pakaian,
  • Nora Binti Asri


    malahan sukatan utk nafkah tu sndri hanya mengikut adat dan kemampuan suami, jadi bagaimana jika ukuran tersebut disabitkan pada nafkah batin,
    dari mana wujudnya pembahagian sedemikian? and atas alasan apa ia dibahagikan?
    sejauhmana ia diberi pendefinisian?
    maaf ye..acu juz nak tau, sbb pak cik google pun xdapat bagi jawapan yg acu nak, dlm rujukan yg sedia ada hnya ditakrifkan ttg nafkah scra umum dan pendefinisian tersebut hanya menekankan pada sudut nafkah zahir
    bagi acu isu nafkah adalah isu besar yg sering dan mudah diabaikan oleh suami kerana ia tidak ditetapkan secara langsung, biasanya ia disabitkan berdasarkan tempoh pelanggaran,
    utk pengetahuan angah, dalam seksyen 53 enakmen undang-undang keluarga islam selangor ada menyatakan secara langsung ttg nafkah batin, ia dimasukkan dalam kurungan yang sekaligus menyatakan pengkhususan maksud klausa, jadi ia menunjukkan keutamaan nafkah batin diberi perhatian
    walaupun demikian, ia tidak ditafsirkan dalam enakmen, tambahan plak acu tak jumpa ttg pandangan ulama, pada pndapat acu..takkan istilah sepenting tu tiada penekanan dalam penerangan oleh ulama,
    maaf ayat skema..senang nak sampaikan maksud..hehe..jawab bla free ye, you're my lecturer..hahaha leh kan?
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Ha ok..angah jwb..setiap ulama ade pndpt n hujah msg2..xkire la die ulama kabir atau ulama soghir..tp yg pstinya dlm penekanan isu nfkah mmg tidak dibahaskan tp ia sbnarnyer di dalam lingkungan penyediaan smasa kite akd nikah..ha dlm ktb kifayatul akhyar ade dibahaskn ttg isu nfkah..nafkah ade dibahagikn kpda 2..nfkah zahir n batin..zahir ialah sediakan tmpat tggl,mknn n pkaian,nfkah btin plkmmberikan layanan yg bek kepada si isteri shingga si isteri mmpu bhgia di smping suami tcnta..ok..dlm isu ni,nfkah btin lbih ditumpukan kerana keretakan ssbuah isu keluarga adlah terletak pd batiniah seaeorang.jika nfkah zahir diberikan tp tidak batin..mkin ksih syg akn luntur dan sbnarnyer org yg tidak mmberikan nfkah btin adalah org yg bpenyakit..dlm al um jgk ade dinyatakan ttg nfkah tp sgt luas..imam syafie ade bhaskn ttg syarat dlm pnkahan..apabila sudah dberikan nfkah zahir,jgn dilupakan nfkah batin..kerna 2 adlah wjib bg mreka yg halal..adkah mereka tidak mau mencampuri apbila sesudah bernikah???ya mereka akn mncampuri..makanya pembahasan ttg batin adalah sbnar lbih kepada individu..acu tgk pd kontekx k..pd zmn dhulu lbih pntg kpda nfkah zahir krna bpndah rndah..kini xde lg..
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    N nfkah btin x semestinya ppersetubuhan..ia lbih kpada ksih syg yg wjud di antara suami istri..dan ksh syg 2 akn timbul perasaan syg maka timbullah bibit prcntaan..maka disitula trjadinya hbgn kelamin..
    Jd mmg ulama kurg bhaskn tp angah bgtau ape yg angah pnh bce..lgpon kitab kt umh la
    Nfkah yg bgus adlah pnyediaan tmpat tggl,mknn n pkaian..slebihnya urusan kamu..ha 2 ad dlm bidayatul mjtahid..
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Insyallah..jdkn ia sbgai pngjaran n smpadan..skg ni..klu ikut zmn,org akn pntgkn nfkah zhir n btin..sdgkn dlm nkah khitbah pon..nfkah zhir x wjib tp nfkqh btin wjib skirenyer si istri mau..kerna apa??kerna sifat si istri yg mau ksh syg n belaian seorang insan yg bernaama kekasih yg halal dgn nma len suami..wallahu alam

  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Lgpon skg ni da bnyak kes ttg pnceraian yg tgi dsbbkn xde puas nfkh btin..istri atau suami bnyk amik mkn luar..ade yg istri x ngku xde kepuasan dlm hak batin..ha 2 pon kne kji jgk..jd cbe tgk btol2 ttg pmbhgian nfkah 2 ye..apkh btin x pntg atau ia ade dselitkn. Dlm nfkh zahir..hihi wat acu mkin pning hahaha
  • Nora Binti Asri


  • Nora Binti Asri


    Acu jmpa rujukan angah hehe

  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Ha bgus2..jmpe ktne??
  • Nora Binti Asri


    Jmpa kat lib kg gajah ni ha
  • Nora Binti Asri


  • Nora Binti Asri


    Ni pun da hehe..
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Angah da kuar msjid ni tau..ade discusion..hihi jmpe pon sume kn..cri ktb al umm ye

  • Nora Binti Asri


    Ok..acu try cari al umm
  • Nora Binti Asri


    Angah..al umm da jilid 1 ja..huhu..need you gak la hehe
  • Nora Binti Asri


    acu setuju yg isu keretakkan rumahtangga sebahasian besarnya disebabkan dalaman atau kurangnya layanan dalam konteks nafkah batin tapi malangnya ia tidak dapat diukur atau dibuktikan melainkan hanya berpaksi kepada tempoh pelanggaran tersebut, walaupun demikian, tempoh pelanggaran bagi nafkah batin jauh lebih lama daripada tempoh yang dihadkan bagi pelanggaran nafkah zahir,
    isu nafkah hanya disandarkan pada suami, jadi tiada pemberian nafkah batin mahupun zahir daripada pihak isteri, apa yang ada ialah ketaatan isteri, bagi isteri yang tidak taat akan ia dianggap berlaku nusyuz, sedang nusyuz adalah elemen yang menghalang nafkah daripada suami,
    ok acu paham,
    apa saja selain daripada keperluan yang didefinisikan dalam pengertian nafkah batin adalah nafkah batin, namun untuk membuat tuntutan atas pelanggaran nafkah batin tidak dibenarkan melainkan ia telah mencapai tempoh yang disepakati iaitu paling kurang setahun jika dalam enakmen undang-undang keluarga di malaysia
    ada 4 peruntukkan yang menyatakan tentang pelanggaran nafkah yang membenarkan tuntutan fasakh, 3 daripadanya boleh ditafsirkan pada tuntutan yang turut melibatkan nafkah batin,
    jadi, jika suami tidak mmberi nafkah batin seperti yang angah senaraikan contohnya, maka isteri tidak layak membuat tuntutan pada mahkamah kerana ia adalah individu, melainkan jika pelanggaran tersebut menyebabkan darar kepada isteri atau pelanggaran tersebut melampaui tempoh wajar, hal ini kerana keadaan itu dianggap sebagai suami nusyuz dan tidak menjalankan peranan sebagai suami sebagaimana peruntukkan surah nisa' ayat 34, lelaki itu pemimpin kepada wanita,
    wanita yang dipimpin bukan hanya membawa ke jalan yang tepat malah juga sebagai pelindung daripada darar atau mudarat pada dirinya, agamanya, maruahnya, keluarganya dan seumpamanya,
    betol tak apa yg acu paham?
  • Nora Binti Asri


    menjawab soalan angah..
    "Lgpon skg ni da bnyak kes ttg pnceraian yg tgi dsbbkn xde puas nfkh btin..istri atau suami bnyk amik mkn luar..ade yg istri x ngku xde kepuasan dlm hak batin..ha 2 pon kne kji jgk..jd cbe tgk btol2 ttg pmbhgian nfkah 2 ye..apkh btin x pntg atau ia ade dselitkn. Dlm nfkh zahir.."

    errr..xjawab g haha..jap2x..sian kakak masak sensorang plak
  • Nora Binti Asri


    nafkah batin sgt penting bgi isteri sebab kekuatan emosi lebih sinonim pada isteri atau perempuan, ala tapi nanti la letakkan hujahan yang da dalil kan baru best..klu asik pendapat sendiri ja, rsa mcm longgar ja,..pada pendapat angah tentang isu yang angah bangkitkan tu?
  • Today
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Ha ade je dalil ttg 2 tau..hunna libaaullakum waantum libasullahunna
    Lgpon ade jgk hadis ttg shbat nabi yg tggalkan istri ketika bjihad atau musafir..hggakan nabi suh balik cpt2 jgn tggalkn istri lma2 sbb iatri perlukan nfkah badan..n klu x diberi mcm2 akn berlaku
  • Nora Binti Asri


    tu la..angah rasa mana yg lbih pentg antara dua tu
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Klu ditanya angah lg pntgkn hbgn la..sbb bile dalaman bgus maka luaran bgus tau
  • Nora Binti Asri


    ada betolny, sbb bla tak dak belas kasih, mcm2x kekurgn nak dibangkitkan
  • Nora Binti Asri


    tadi bncg ngan kakak tau, rupany rmai kenalan dye yg jadi mgsa dera suami tapi pilih utk bertahan
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Haah btol 2..klu acu kji ttg hadis nabi ttg tmpoh tggalkn istri msti acu dpt jwpannya
    Npe nabi kuarkan hadis ttg masameninggalkan atau tempoh tggalkn istri
    Ha yeke???eee dayusnyer laki dorg
    X bgus btol
  • Nora Binti Asri


    ha tol gak tu, msti da sebab yg relevan kan ttg tempoh yg nabi s.a.w letakkan, klu iku pndpat ulama' 3hari
    tapi dalam enakmen 3bulan max
    klu nafkah batin plak setahun,
    dalam taklik klu tak salah 4bulan kan
    tu la..sian kan, ermm acu rsa betapa pntgnya pilih suami and betapa pentingny jadi ibubapa yg bijak dan berilmu
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Ok pndpt ulama 3 ari kn..tp npe ade bnyak tmpoh lgi??haah btl mmg 4 bln..ok..let starting now..da question..ape yg acu nk kaji
    Hehe n btol ckp acu..p perlu pndai memilih clon imam kelak
  • Nora Binti Asri


    acu juz nak tau..keabsahan nafkah batin, acu cuba nak tekankan yg isu nafkah batin perlu diketengahkan, ia perlu diperjelaskan skop yg terlibat, dan jika boleh dinyataka ukuran dan had yg dianggap nafkah tersebut terlaksana dgn betol dan wajar
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Haha acu ni..klu psl nfkah btin..ade bnyk pndpt..n ade jgk plg rajih nafkah btin perlu ade dlm pra ulma
  • Nora Binti Asri


    tadi acu bangkitkan sal asiah related dri cter kenalan kakak yg jdi mgsa dera suami
    kakak kata alasan tu tak relevan ngat
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Ok bingo..mknenyer acu da ade ckup rujukan tuk kji nfkah btin ni..n t kji surah albaqarah muka surat 30 ye..
  • Nora Binti Asri


    maksud acu, bnyak penceraian berlaku bukan kerana ketidaksanggupan isteri terima kurangnya nafkah zahir sebaliknya ia lebih mudah pertelingkah jika kurangnya rsa belas kasih antara pasangan, bukankah rasa belas kasih tu termasuk dalam nafkah batin sebagaimana angah jelaskan
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Mmgla asiah xkne dera pon la acu..juz ditegur dgn firaun jgn sekutukan suami die hehe
  • Nora Binti Asri


    mana da rujukan, sbb tu bnyak soalan, tak dak lgsung yg dapat jawab soalan acu,
    nope..bukan dari sudut tu, asiah bertahan dgn suaminya yg keras, asiah didera lebih terok shgga ia mati ketika didera
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Yups..sbb 2 la angah ckp perbaiki dalamam nescaya luaran cmtik aje..mcm kite perbaiki akhlak,bile akhlak bgus,ape yg kite lakukan bek aje tau
  • Nora Binti Asri


    sedangkan hakikatnya firaun sgt syg pda asiah, klu tak masakan sanggup tima pujukan asiah utk jaga nabi musa, sdgkan bayi lelaki diarahkan bunuh pada masa tu




  • Nora Binti Asri


    ha'ah tol tu,
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Erk..asiah dibunuh ek
    Bukan masyitah ke??tukang sisir ank firaun
  • Nora Binti Asri


    iya dong, beliau diseksa tapi diakhir hayatnya beliau tetap tersenyum sbb apa yg terlihat pd ruang matanya adalah sebuah rumah syurga sebagaimana yg dihajatkan pada illahi
    kan ada lagu inteam ttg ratu syahadah..tu la asiah
    masyitah pun sama, tapi tu kisah lain, masyitah ibarat kisah bilal bin rabah
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Klu mmg mcm 2..kenela dgn kerelevanan istri yg kne dera skg..
  • Nora Binti Asri


    kakak tak setuju
    tu la yg acu cuba smpaikan tadi
    kakak kata tak relevan tu qiyaskan keadaan tu
    haha
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Hehe da tumpul rupenyer otak angah ttg serikandi islam ni..kne asah blik ni haha
    Ha angah phm npe akk kte x stju
    Akk pndg teks n kontex tau..

    Jd bile acu kaitkan dgn kisah duluan..maka cite skg mmg x kne sbb dlu asiah didera sbb ikut islam..hehe
    Yg kwn akk 2 kne dera sbb ad mslh yg len..2 la yg angah phm

  • Nora Binti Asri


    ada skit terkena,
    acu melihat kepada kesabaran antara dua keadaan
  • Nora Binti Asri


    tapi kakak melihat pada motif atau matlamat tindakan tersebut
  • La Tahzan Innallah Maa'na


    Hehe tol x??sbb 2 la akk kte x berapa sesuai dgn cite asiah 2
  • Nora Binti Asri


    menurut kakak lagi, keadaan asiah tu tgok sapa yg da kat belakang iaitu nabi musa sndri
  • La Tahzan Innallah Maa'na

    Papon ttg hal nfkh btin t acu kne tgk hadis n dalil dlm albaqarah mkasurat 30 ye hihi