Showing posts with label criminal law. Show all posts
Showing posts with label criminal law. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

hirabah dlm civil side

Juvana ditakrifkan dalam seksyen 2 akta ini ialah
“ seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82 kanun keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.”

Menurut seksyen 4 (4) Akta mahkamah juvana, mahkamah juvana boleh membicarakan semua kes kecuali yang membawa hukuman mati dan kanun tatacara jenayah adalah terpakai kepada mahkamah juvana.

Walaubagaimanapun bukan semua hukuman boleh dikenakan ke atas juvana. Menurut seksyen 15 (1), kanak- kanak tidak boleh dihukum penjara dan subseksyen (2) menyatakan bahawa orang muda (14 -18) tidak boleh dihukum penjara atau diperintahkan supaya dipenjarakan jika ia boleh diuruskan dengan cara lain seperti denda, percubaan di bawah jagaan ibubapa dalam tempoh tertentu atau dihantar ke sekolah pemulihan akhlak seperti Henry Gurney. Di sekolah pemulihan akhlak biasanya pesalah akan tinggal sehingga dia berumur 21 tahun.

Jenayah curi dan rompak berada di bawah bidang kuasa mahkamah majistret kelas pertama. Majistret kelas pertama bertanggungjawab membicarakan kes- kes yang melibatkan kesalahan yang tempoh penjara maksimum tidak melebihi 10 tahun atau denda dan kesalahan di bawah seksyen 392 dan seksyen 457 kanun keseksaan. Seksyen 392 adalah mengenai hukuman pesalah atas kesalahan merompak yang mana jika sabit kesalahan, hukumannya boleh sampai 14 tahun penjara dan bolehlah dikenakan denda atau sebat. Bagi seksyen 457 pula mengenai pencerobohan rumah dengan bersembunyi pada waktu malam dengan niat melakukan kesalahan, penceroboh dihukum 5 tahun penjara dan boleh juga dikenakan denda. Tetapi jika ia berlaku atas niat mencuri hukuman juga boleh dilanjutkan kepada 14 tahun penjara.

seksyen 390 Kanun Keseksaan menyatakan pensabitan seorang atas kesalah merompak apabila terdapat kesalahan mencuri atau pemerasan semasa melakukan rompakan...bagi kesalahan rompak + mencuri seksyen berkenaan melibatkan kehilangan salah dan kedapatan salah sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 23 Kanun Keseksaan
atau sengaja menyebabkan atau mencuba menyebabkan kepada mana- mana orang kematian, atau cedera, atau halangan salah, atau ketakutan serta- merta akan berlaku. misalan (a)
"A pegang Z dan dengan tipuan ambil wang Z dan barang kemas daripada pakaian Z, dengan tiada kerelaan Z. Di sini, A telah melakukan kesalahan mencuri dan dengan tujuan hendak melakukan kesalahan itu, telah menyebabkan dengan sengaja halangan salah kepada Z. oleh sebab itu, A telah melakukan rompak."

rompak + pemerasan seksyen 390 (b) misalan (b) menyatakan bahawa
"A bertemu dengan Z di jalan raya, tunjukkan pistol dan minta wang Z. oleh sebab itu, Z serahkan wangnya. Di sini, A telah memeras wang itu dari Z dengan mendatangkan kepadanya ketakutan bahawa ia akan dicederakan serta- merta dan berada di hadapannya pada waktu melakukan pemerasan itu. oleh sebab itu A melakukan rompak."


seksyen 391- rompak berkumpul
seksyen 393- mencuba melakukan rompak
seksyen 394 sehingga seksyen 402 turut berkaitan dengan kesalahan rompak atau hirabah

wallahua'alam

hirabah@ rompakan

Rompak dari sudut bahasa ialah perbuatan menghalang atau menyekat laluan jalan yang dilakukan oleh sekumpulan orang. Dari sudut istilah pula, mazhab Syafii mendefinisikan sebagai keluar untuk mengambil harta benda orang lain dengan menggunakan kekuatan atau bertujuan untuk membunuh orang itu atau menakutkannya di suatu tempat yang sukar bagi mangsa itu mendapat bantuan. Menurut pendapat Ibnu Munzir ia meliputi setiap perbuatan yang bertujuan untuk mengambil harta kepunyaan orang lain dengan kekerasan semasa pemiliknya dalam keadaan biasa dan tidak mampu meminta pertolongan.

Sesuatu jenayah rompakan yang boleh dihukum di bawah peruntukkan hukum hudud adalah tertakluk kepada syarat tertentu yang dilihat melalui empat aspek iaitu latarbelakang perompak, mangsa, pemilikan harta rompakan dan tempat berlakunya rompakan.

Terdapat empat syarat yang diletakkan terhadap perompak iaitu Islam, mukalaf, lelaki, dan mempunyai kekuatan. Ulamak memaksudkan syarat Islam ialah orang yang terikat dengan hukum syarak termasuk kafir dhimmi dan murtad. Hal ini kerana golongan ini mengetahui tentang hukuman yang berkuatkuasa dalam negara Islam. Mukalaf pula merupakan pensyaratan bahawa telah wujud penyerahan tanggungjawab terhadap setiap tindakan dan perbuatan yang dilakukan. Namun syarat yang meletakkan lelaki, ulamak bersepakat bahawa ia bukanlah syarat yang khusus mengikut zaman sekarang kerana terdapatnya senjata moden yang memungkinkan wanita menggunakannya. Pendapat ini disokong oleh mazhab Syafii dan Hanbali. Ulamak juga tidak mengehadkan kekuatan pada senjata sebaliknya segala perbuatan yang mampu mengalahkan mangsa.

Orang yang dirompak adalah Islam atau kafir dhimmi. Sebaliknya sekiranya kafir harbi dan musta’man maka hukuman hudud tidak dikenakan ke atas perompak kerana harta musta’man tidak mempunyai pemeliharaan (ismah) yang mutlak tetapi mengandungi syubhah pengharusan. Bagi kafir dhimmi pula ia dihukumkan kerana memandangkan mereka termasuk dalam kelompok rakyat negara Islam maka harta dan nyawa mereka perlu dijamin. Seterusnya, mangsa disyaratkan berhak di atas harta rompakan samada berkuasa penuh atau pemegang amanah. Jika tidak ia dianggap sebagi harta curi dan dikenakan hudud keatasnya Malah mangsa juga tidak mempunyai kekuatan serta tiada bantuan diperolehi. Namun, disyaratkan bahawa perompak dan mangsanya tidak mempunyai pertalian keluarga dan hubungan silaturrahim. Hal ini kerana pada kebiasaannya sesama anggota keluarga tidak perlu keizinan tertentu dalam penggunaan dan penjagaan harta kerana wujudnya keizinan tidak zahir.

Harta yang dirompak merupakan harta yang bernilai dan tiada kesamaran milik. Mazhab Hanafi, Syafii, dan Hanbali masing- masing telah mensyaratkan nisab dalam harta rompakan yang kadarnya itu sama dengan kes curi dan tidak berubah mengikut penjenayah yang terlibat. Harta itu dalam kekuasaan dan terjaga sepenuhnya tanpa mengandungi kesamaran yang diharuskan mencapai jumlah (nisab) yang sempurna.

Mazhab Syafii tidak meletakkan tempat sebagai syarat untuk pensabitan hukuman hudud terhadap penjenayah. Sebaliknya menurut mazhab Hanafi dan Hanbali telah mensyaratkan tempat yang lapang dan sunyi serta jauh dari orang ramai. Hal ini kerana tempat seumpama ini menyukarkan mangsa untuk mendapatkan bantuan.Rompakan itu juga telah berlaku dalam Negara Islam kerana sekiranya ia berlaku dalam negara musuh (dar al- harb) hudud tidak diwajibka kerana pemerintah tidak memepunyai jangkauan kuasa untuk melaksanakan hukum hudud. Jarak antara mereka dengan bandar adalah sejauh satu perjalanan jika kurang mereka bukanlah penyekat jalan dan syarat ini telah diperakui oleh Imam Hanifah dan Muhammad.

Kes rompakan disabitkan dihadapan hakim samada dengan saksi ataupun pengakuan setelah terdapatnya dakwaan yang benar dari pemegang hak yang sah. Ia tidak dibuktikan dengan pengetahuan kadi dan keengganan orang yang dituduh untuk bersumpah. Bukti pengakuan disyaratkan berulang- ulang sebanyak dua kali menurut ulamak Hanbali dan Abu Yusuf.

Sekiranya perompak mengambil harta sekaligus membunuh mangsa, maka menurut mazhab syafii dan hanbali telah menghukumkan bahawa penjenayah hendaklah dihukum bunuh kemudian disalib. Hukuman ini berdasarkan pentafsiran surah al- maidah oleh ibnu abbas. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

إِنَّمَا جَزَٲٓؤُاْ ٱلَّذِينَ يُحَارِبُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَيَسۡعَوۡنَ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوٓاْ أَوۡ يُصَلَّبُوٓاْ أَوۡ تُقَطَّعَ أَيۡدِيهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم مِّنۡ خِلَـٰفٍ أَوۡ يُنفَوۡاْ مِنَ ٱلۡأَرۡض‌ۚ
“hukuman bagi orang- orang yang memerangi allah dan rasulnya dan membuat kerosakan di bumi, hanyalah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki secara bersilang atau diasingkan dari tempat kediaman.” (al- maidah:33).

Namun jika perompak hanya melakukan jenayah membunuh semasa melakukan rompakan, ulamak mazhab Hanafi, Syafii dan Hanbali telah mewajibkan hukuman qisas meskipun telah mendapat keampunan dari pihak mangsa. Sebaliknya, sekiranya orang islam merompak orang bukan islam maka hukuman bunuh tidak dijatuhkan kerana ketidaksamaan taraf sebaliknya hanya dikenakan ta’zir.

Dalam mazhab Hanafi, Syafii, dan Hanbali, hukuman ke atas perompak yang mengambil harta benda sahaja tanpa membunuh mangsa ialah hukuman potong tangan kiri dan kanan secara songsang.

Seterusnya berkenaan pensabitan hukuman ke atas perompak yang menakutkan dan menghalang perjalanan sahaja ialah hukuman ta’zir dihukumkan ke atas salah lakunya seperti buang negeri. Hal ini telah disepakati oleh ulamak dalam mazhab syafii.
Turut dibincangkan mengenai hukuman terhadap individu yang menolong dan bekerjasama semasa rompakan berlaku. Pada pandangan menurut mazhab Syafii berkata bahawa tidak diwajibkan hudud ke atas orang yang memberi kerjasama semata- mata kerana menyertai kumpulan itu sahaja. Hukuman yang dikenakan tidak lebih daripada ta’zir. Hal ini kerana perompak didefinisikan orang yang melakukan bukannya yang memberi sokongan sahaja.

sumber:
Sabri bin Abdul Rahman. 1987. Tesis: Jenayah Curi dan Rompak Kajian Perbandingan dalam Empat Mazhab Fiqh Islam.

Wahbah al- Zuhaili. 1997. Fiqh dan Perundangan Islam

Saturday, April 3, 2010

kes kartika sari dewi

01/04/2010 2:13pm

KUALA LUMPUR 1 April - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang dikenakan hukuman sebat kerana meminum arak terlepas daripada hukuman tersebut selepas Sultan Pahang mengarahkan dia hanya menjalani kerja khidmat komuniti, kata bapanya. - Utusan


KUANTAN 2 April - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, hari ini melaporkan diri di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini bagi menjalani kerja khidmat komuniti yang dikenakan ke atasnya sebagai ganti hukuman sebat.
Ibu kepada dua anak itu dikenakan kerja khidmat komuniti selama tiga minggu atas budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang meringankan hukumannya kerana kesalahan minum arak.
- Utusan

KUANTAN 2 April - Semua pihak perlu menghormati keputusan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berkenan meringankan hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, atas kesalahan minum arak dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Sultan Pahang telah mengunakan budi bicara baginda yang turut mengambil kira ia kesalahan pertama dilakukan bekas model sambilan itu.
Ibu kepada dua anak itu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating dekat sini.
- Utusan

3 keratan berita yang membicarakan perihal kes kartika sari dewi, banyak yang jadi persoalan pada ana antaranya sebelum ni tiadakah orang salah dalam kes minum arak sehingga seolah tiada hukuman untuk kesalahan ini? da satu keratan kata sebulan dan satu lagi kata 3 minggu? hukuman 6 sebatan dan denda tersebut menggunakan perkataan "dijatuhi" maknanya telah dilaksanakan atau sebaliknya?lagi satu, kenapa tempat tersebut dijadikan pilihan dalam khidmat komuniti untuk beliau?
ana tak nak jawab semua soalan di atas sebaliknya ana juz nak berkongsi berkenaan jenayah minum arak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia terutama di bawah Enakmen undang- undang Syariah Pahang.
pendefinisian arak mengikut mazhab Hanbali, Maliki, dan Syafii ialah setiap minuman yang memabukkan kemudian di-detail-kan oleh fuqaha' mazhab Hanafi iaitu minuman yang memabukkan diperbuat dari perahan anggur melalui proses tertentu...hal ini jelas membuktikan bahawa jumhur fuqaha meletakkan "minuman memabukkan" @ conduct crime sebagai pensabitan hukuman sebaliknya mazhab Hanafi yang diterima pakai oleh sistem syariah di Malaysia menjadikan result crime iaitu memabukkan sebagai pensabitan hukuman dijatuhkan...merujuk kepada kes kartika yang berada di bawah kerajaan negeri Pahang, ana paste-kan seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 memperuntukkan:

"Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari."

namun, definisi arak tidak dijelaskan tentang maksud arak dari seksyen tersebut..walaupun demikian mengikut uruf di Malaysia yang mendefinisikan arak sebagai semua jenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan (kamus dewan 1989)..dalam kes kartika, seolah mengenepikan seksyen ni malah hukuman yang dijatuhkan juga sukar untuk disamakan..dan lagi satu penggunaan "tempat awam" seolah mensabitkan kesalahan minum arak kerana mengganggu perasaan awam sedangkan maqasid syariah pengharaman arak ialah menjaga akal dan kewarasan berfikir..ok seterusnya, kuasa sultan dalam meringankan hukuman......

seksyen 133 Enakmen Tatacara Jenayah 2002
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAANBAB 9 - DARIHAL PENGGANTUNGAN, PEREMITAN DAN PERINGANAN HUKUMAN
Seksyen 133. Kuasa untuk meringankan hukuman
Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Mufti boleh, tanpa persetujuan orang yang telah dihukum, meringankan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut dengan menggantikannya dengan mana-mana hukuman yang disebut selepasnya, iaitu-
    (a) sebat; (b) pemenjaraan; atau (c) denda.
     
oleh yang demikian, mungkin mampu kita berlapang dada atas hukuman yang dijatuhkan kerana ia adalah atas nasihat seorang yang pakar dalam bidang hukum syara' iaitu mufti yang bertauliah....insyaAllah, sejauhmana keberkesanan hukuman tersebut mencapai matlamat pengharaman minum arak masih diragukan samada merujuk kepada maslahat awam atau hak Allah? sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala-Nya...wallahua'alam 

kesalahan membunuh orang

24/03/2010 3:38pm

RASAH 24 Mac - Dua adik beradik hari ini tergamam apabila terpaksa menerima hakikat ke tali gantung setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban atas tuduhan membunuh seorang lelaki enam tahun lalu.
Tertuduh Rosli, 31, dan Kamal Arifin Hamid, 28, kelihatan sugul selepas hukuman itu dibacakan oleh Hakim, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Ketika keputusan itu dibacakan, Ahmad Nasfy menjelaskan pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan prima facie terhadap pendakwaan yang dibuat.
Mengikut fakta kes, mereka dituduh melakukan kes bunuh ke atas Mohd. Khairul Nizam Md. Yusof, 24, di hadapan Wisma Belia, Taman Sri Serting, Bandar Seri Jempol dekat Jempol, antara kira-kira pukul 8.30 malam hingga 11.40 malam.
Kedua tertuduh didakwa memukul mangsa sehingga mati selepas mangsa mengaku bahawa dia ada mencabul adik kepada salah seorang tertuduh pada pukul 8.30 malam pada hari kejadian.
Akibat marah perbuatan mangsa, salah seorang tertuduh telah membawa mangsa ke tempat kejadian dan memukul selama 45 minit terhadap mangsa.
Tertuduh juga turut memukul mangsa bertubi-tubi dengan sebatang kayu di bahagian kepala sebelum meninggal dunia selepas koma selama enam hari.
Rosli dan Kamal Arifin didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen akta yang sama.
Bagi pertuduhan berkenaan itu Ahmad Nasfy kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati
Tertuduh diwakili oleh peguambela, S. Karthigesan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Wan Sahaharuddin Wan Ladin. - Utusan

dalam kes diatas, ana juz bagi pendapat yang ringan..kes sabitan membunuh oleh dua orang suspek tersebut mungkin disebabkan bangkitan marah yang mana termasuk dalam kecualian dibawah seksyen 300 Kanun Keseksaan iaitu kecualian yang pertama sekaligus menjadikan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tak terjumlah pada kesalahan membunuh namun yang menjadi syubhah dalam kes ini apabila membawa mangsa ke tempat kejadian oleh yang demikian ia seolah tak menepati syarat bangkitan marah dalam kecualian tersebut yang menyatakan bahawa:
(a) bahawa bangkitan marah itu tidak dicari- cari atau tidak dibangkitkan dengan sengaja oleh pesalah itu sebagai satu helah bagi membunuh atau melakukan kerosakan kepada seseorang


dan misalan (b) dalam seksyen yang sama menyebut bahawa:
" Y mendatangkan kepada A bangkitan marah yang besar dan mengejut. Atas bangkitan- marah ini A tembakkan pistol ke arah Y dengan tidak sama ada bermaksud hendak membunuh atau mengetahui yang ia mungkin membunuh Z yang ada dekatnya tetapi tidak kelihatan. A bunuh Z. Di sini A tidak melakukan kesalahan membunuh orang tetapi hanya kesalahan mematikan orang dengan salah sahaja."


apabila OKT (orang kena tuduh) bertindak membawa mangsa ia seolah bangkitan marah yang dicari dan OKT mampu berfikir dan mungkin mengetahui kesan dari perbuatan tersebut kerana telah memukul mangsa dengan senjata yang lazimnya boleh mematikan dalam masa 45 minit. tapi ada lagi satu persoalan iaitu pada statement 
kepada salah seorang tertuduh pada pukul 8.30 malam pada hari kejadian
kemungkinan besar seorang tertuduh disabitkan atas tuduhan subahat yang meletakkan hukuman yang sama seperti pelaku kerana mungkin terbukti niat bersama wujud antara kedua OKT berkenaan.
seterunya ialah hukuman yang dijatuhkan iaitu dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang menyatakan bahawa " barangsiapa melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh." sekaligus merujuk kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan yang berkait dengan kesalahan membunuh orang.

dalam Islam, 
Mawardiy menjelaskan bahawa membunuh orang dengan sengaja ( al- qatlu- 'amd vs seksyen 300) dalam jenayah Islam ialah sengaja membunuh orang dengan apa (alat atau senjata) yang lazimnya mematikan manakala membunuh orang seakan- akan sengaja (al-qatlu- shub 'amd vs kecualian 300 Kanun Keseksaan) baginya ialah penjenayah sengaja melakukan perbuatan yang mematikan tetapi tidak sengaja terhadap natijah perbuatan tersebut.

fuqaha Mazhab Syafii mentakrifkan membunuh dengan sengaja sebagai niat melakukan perbuatan yang mematikan dan berniat supaya mangsa itu mati kerana perbuatan itu, dan dengan senjata yang lazimnya mematikan serta membawa kematian. 

dalam jenayah Islam meletakkan senjata sebagai elemen yang utama selepas niat sebaliknya dalam pendefinisian kesalahan membunuh dalam sivil meletakkan bencana tubuh sebagai elemen utama selepas niat untuk membunuh..oleh yang demikian, kes diatas membuktikan bahawa OKT berniat dan menggunakan kayu sebagai alat untuk membunuh mangsa serta penyubahat juga hadir di tempat kejadian (dalam tajuk subahat, Islam mementingkan hadir di tempat kejadian sbg pensabitan salah laku)
untuk tahu lebih lanjut tentang qisas click pada link ni.....qisas dan diyat

Friday, April 2, 2010

seks. 299 vs seks. 300 Kanun Keseksaan

wuah lama sekali tak update blogku ini..ok cukup setakat itu untuk ruang berjejak kasih syg sesama blog teruskan ke sesi seterusnya iaitu mengenal dua seksyen yang best dalam kanun keseksaan under tajuk kesalahan berkaitan dengan nyawa..sebab apa best? banyak akhbar yang mensabitkan pesalah dibawah seksyen ni kan walaupun diorg sebut hukuman tapi basic-nya dari seksyen ni la..

bagi seksyen 299 ia berkait dengan kesalahan mematikan orang dengan salah, mafhumnya
" barangsiapa yang menyebabkan kematian dengan melakukan suatu perbuatan dengan niat hendak menyebabkan kematian atau dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian atau dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan perbuatan itu menyebabkan kematian adalah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah"

tengok plak seksyen 300 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang, katanya
a) jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian

b)jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pesalah itu  ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu.

c)jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup pada lazimnya bagi menyebabkan kematian atau

d)jika orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian atau sesuatu bencana tubuhyang mungkin menyebabkan kematian dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa- apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa- apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian atau bencana sabagaimana tersebut itu.

apabila dihayati ia seolah kelihatan sama namun mengapa masih diletakkan pada dua seksyen yang berbeza? kes Govinda yang dihakimi oleh Hakim Melvill berpendapat bahawasanya- jika terdapat niat maka ia kesalahan itu selalunya membunuh orang namun jika tiada niat untuk membunuh atau bencana tubuh seperti memandu laju dalam keadaan marah di tempat awam maka keadaan ini dilihat pada darjah risiko bahaya dan darjah kemungkinan perbuatan tersebut kepada nyawa manusia, yang pelu diperhatikan tahap kekuatan darjah tersebut kepada keadaan semulajadi senjata yang digunakan.
wallahua'lam..

Friday, September 4, 2009

kecualian khilaf 2

sebelum membincangkan kecualian khilaf from Islamic Law's side, ana rasa item atau input ni amat penting untuk melengkapkan lagi kefahaman kita berkenaan tajuk ni,
antara yang ana nak tekankan dalam ruangan ni mengenai elemen munasabah dalam pembuktian terhadap kesalahan tertuduh yang menggunakan kecualian ni sebagai laluan untuk dibebaskan....dalam menjawab persoalan ni..ana akan bawakan dua contoh yang dapat menggambarkan secara jelas mengenai elemen muhasabah ni, bagi kes yang pertama ialah kes tolson (1889)- fakta kes, defendan telah ditinggalkan oleh suaminya selama 6 tahun tanpa sebarang khabar berita sepanjang tenpoh peninggalan tersebut..defendan yang menganggap dirinya sudah janda telah mengambil keputusan untuk berkahwin lain dan selepas 10 bulan majlis perkahwinan dijalankan, suami defendan  yang dianggap telah mati kembali semula bersama tuduhan bigami terhadap isterinya..mahkamah telah menerima hujah defendan atas kemunasabahan kematian suaminya..hal ini kerana tiada khabar berita yang didengari oleh defendan sepanjang tempoh 6 tahun sebelum perkahwinan barunya..diperkuatkan lagi dengan pemberitaan daripada abang defendan bahawa suaminya telah hilang di laut ketika mana pelayaran ke amerika syarikat...mahkamah memutuskan bahawa terdapat kemunasabahn dalam pembuktian yang dibuat kerana situasi ini membuktikan bahawa defendan telah membuat pertanyaan dan penyelidikan yang wajar sebelum mengambil keputusan berkahwin lagi.
tapi bagi perbicaraan kes seterusnya, elemen kemunasabahan semakin diketepikan..ana pun cuba nak paham elemen ni, so lets straight to the case, kes morgan v DPP (1979),  plaintif telah menjemput 3 orang sahabatnya untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya atas kerelaan isterinya, namun isterinya telah menafikan kerelaan tersebut dan mendakwa bahawa dirinya telah dirogol, hakim telah mengarahkan juri untuk mengatakan si suami secara munasabah mempercayai bahawa isterinya rela barulah pihak pendakwa tidak akan dapat membuktikan wujudnya men reas, keempat- empat lelaki yang tertuduh diputuskan tidak bersalah sekiranya mereka mempercayai secara jujur bahawa si isteri rela walaupun tiada sebarang alasan yang munasabah terhadap kepercayaan tersebut...oleh itu mereka tidak boleh dikatakan melakukan kesalahan rogol..
daripada kes diatas, mahkamah menolak kemunasabahan dalam pembuktian bagi kecualian khilaf sebagaimana kes awal tadi, sebaliknya mahkamah hanya meletakkan "honest belief" without cares whether the fact or kepercayaan  is impossible or not but the main thing is- honest belief-      

Friday, August 28, 2009

kecualian khilaf @ silap faham

dimulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah..begitu la sehari dalam hidup kita mudah- mudahan dirahmati Allah..(nyanyi lu)
 ni merupakan tajuk atau dahan dari perbincangan pokok terdahulu, kali kita masuk tajuk kecualian khilaf atau senang kata silap paham..dalam pembahagian asal kecualian khilaf ni merangkumi dua iaitu silap paham nyataan dan silap paham undang- undang.

silap paham undang- undang tidak melayakkan si tertuduh untuk menggunakan alasan sebagai pendalihan kepada tuduhan tersebut kerana ia tidak ditakrifkan di dalam kanun, bis tu napa buh sebagai bahagian dari khilaf? sebenaqnya mahkamah saja nak samakan ngan maxin common law yang kata "ignorance of law is no excuse"..apa makna prinsip ni? klu orang yang dituduh tu menyatakan bahawa dia melakukan jenayah tu sebab tak tau kata ada undang- undang yang larang and anggap itu sebagai jenayah maka tak diterima alasan dia tu walaupun dia bertindak dengan suci hati tanpa da sebab lain..khilaf undang- undang ni dimasukkan sekali dalam pembahagian khilaf sebab memang wajib kepada suma orang untuk tau undang- undang yang berkuatkuasa..dan klu si tertuduh bleh diterima alasannya sebab silap paham undang- undang maka penjenayah lain akan guna alasan yang sama sebab judicial review kan diterima dalam prosedur keputusan mahkamah.
yang cabang ni leh diterima sebagai dalihan iaitu silap paham fakta@ nyataan yang merujuk kepada suatu kesilapan pihak tertuduh dalam memahami sesuatu hal atau keadaan yang  tidak melibatkan undang- undang..klu campur macam mana? jawapannya klu bercampur antara kedua- dua bahagian khilaf tadi so mahkamah akan cenderung ke arah pendalihan khilaf fakta bagi memberi keadilan kepada si tertuduh.
kan tadi ana kata hanya khilaf fakta sahaja ada dalam kanun and diterima sebagai pendalihan..so buktinya dalam penal code dalam section 76 and 79..kenal section yang kecik sikit nombornya lu iaitu section 76 penal code- perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa atau oleh kerana silap faham nyataan percaya dirinya dengan suci hati terpaksa di sisi undang- undang. misalan yang terdapat dalam kanun ni, misalan (a) A seorang askar melepaskan tembakan ke atas sekumpulna perusuh dengan perintah pegawai atasan menurut perintah undang- undang. A tidaklah melakukan apa- apa kesalahan.
huraiannya- tengok perkataan "terpaksa di sisi undang- undang" maknanya seseorang itu telah terikat dengan undang- undang yang biasanya merujuk kepada sesiapa yang mempunyai tanggungjawab tertentu terhadap undang- undang seperti polis, askar atau mana- mana penjawat awam. pasal penjawat awam ni ada dijelaskan  dalam kanun keseksaan 21
seksyen 21 pasal penjawat awam..tengok seksyen 43 plak pasal takrifan terikat di sisi undang- undang yang turut dikaitakan dengan perkataan "haram".
seterusnya pada misalan yang kat atas tadi tu, pasal askar vs perusuh tu..nampak kan yang askar kan penjawat awam pastu atas arahan pihak atasan plak so sah dah askar tu bertindak atas sebab tanggungjawab dan bukan sebab lain dan inilah yang dikatakan dengan "suci hati"..
konklusinya, klu penjawat awam ka swasta yang ada tanggungjawab terhadap undang- undang sebagaimana huraian dalm seksyen 21 penal code tu so bleh la guna dalihan section 76 ni. 

contoh penjawat awam


sekarang jom kenal seksyen 79 plak...perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang diluluskan undang- undang atau oleh kerana silap paham nyataan percaya dirinya diluluskan oleh undang- undang ~ ~ ~ ~ misalan yang disertakan dalam seksyen ni ialah..A nampak Z melakukan apa yang ternampak kepada A sebagai kesalahan membunuh orang. A, pada menjalankan sebaik- baik keputusan yang diambil dengan suci hati, kuasa yang diberi oelh undang- undang kepada semua orang bagi menangkap pembunuh- pembunuh yang sedang melakukan kesalahan membunuh orang menangkap Z dengan tujuan hendak membawa Z ke hadapan pihak- pihak berkuasa yang sepatutnya..A tidaklah melakukan apa- apa kesalahan walaupun didapati kemudian kelak bahawa Z telah bertindak bagi mempertahankan diri...ayat kat seksyen ni lebih kurang macam seksyen 76 tapi da satu klausa yang penting dan bertindak sebagai benteng pembedaan antara keduanya, yaitu "seseorang yang diluluskan oleh undang- undang" yang membawa maksud secara perundangan ialah seseorang yang melakukan apa yang tidak dilarang oleh undang- undang atau yang dibenarkan oleh undang- undang... merujuk kepada misalan yang dipaparkan pada red colour font tu, A bukanlah penjawat awam yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk menangkap Z yang dipercayai melakukan pembunuhan sebaliknya A percaya dengan suci hati bahawa undang- undnag meluluskan sesiapa sahaja untuk menangkap pembunuh dan dibawa ke pihak berkuasa..walaupun kemudiannya Z sebenarnya bertindak mempertahankan diri..A tidak menanggung apa- apa hukuman sabitan jenayah berikutan perbuatannya itu...
seterusnya, 
perbincangan dilanjutkan pada situasi di mana perbuatan yang didakwa sebagai khilaf tersebut merupakan kesalahan atau perbuatan yang dilarang oleh undang- undang.....maka,
ia pelaku tidak akan terlepas dari sabitan kesalahan sebagai contoh A berhasrat ingin membunuh B dengan mencampurkan racun pada minuman B sebaliknya C yang tidak mengetahui telah meminumnya dan mati maka A tetap dipertanggungjawabkan atas kematian C tersebut...
sekian..t ana sambung khilaf dari sudut Syariah plak dalam edisi kedua.. 

Monday, August 24, 2009

kecualian am

24 august 09, monday, 12.33am-  wuah tajuk ni, best gak tuk diperbincangkan bagi memuatkan ruangan kosong blog ana ni, apa agaknya kecualian am?
kecualian am atau dalihan ni merupakan satu pembelaan kepada si tertuduh yang telah dituduh melakukan jenayah..ia bertujuan untuk menafikan yang tertuduh mempunyai men reas ataupun niat untuk melakukan jenayah tersebut..so bagi melepaskan diri si tertuduh bolehla guna kecualian- kecualian am yang terdapat dalam kanun keseksaan 574 ni..
dalam bab yang ke- 4 kanun keseksaan malaysia, bermula seksyen 76 sampai la seksyen 106..dah disusun macam- macam jenis kecualian yang boleh jadi sebagai alasan pembelaan si tertuduh dari sabit kes jenayah sekaligus elak hukuman jenayah tu la..
klu ikut K.D GAUR..sapa ntah, tapi kita amik teori beliau la..mungkin dapat tambah kefahaman lagi..
dalam buku dye tajuk "A TEXTBOOK ON THE INDIAN PENAL CODE"
katanya..kecualian am ni terbahagi kepada dua, yang pertama: kecualian yang dimaafkan- men reas yang merupakan unsur pensabitan yang terpenting atau kita buh ja niat tuk melakukan jenayah yang diperlukan, niat tu diperlukan tapi tak dak atau tak wujud so ni la namanya kecualian yang dimaafkan..nak contoh ka, ok ana sediakan..kita amik seksyen 80 tentang kesalahan yang dilakukan atas alasan tak sengaja..so ada ka niat?
mestilah tak dak, dah nama pun kesalahan tak sengaja, contoh kedua plak seksyen 76 hingga 79 pasal khilaf atau silap paham samada silap paham nyataan atau silap paham undang- undang.

dah cukup pasal bahagian pertama, masuk ke bahagian kedua plak..
iaitu kecualian yang diluluskan atau dibenarkan- kesalahan yang sebenarnya dibenarkan oleh justifikasi undang- undang atau dibolehkan atas alasan wujudnya kewajaran undang- undang melakukannya..contoh yerk..dalam seksyen 77 kanun keseksaan tentang perbuatan yang menurut hukuman atau perintah mahkamah, yelah dah mahkamah suh hakim wat la..tapi salah bajet plak, salah orang la nak sabit kesalahan so hakim tu pun leh guna kecualian am melalui seksyen ni..





ops ada lagi satu yang penting..pasal seksyen 40 kanun keseksaan ni..apa lagi yang penting dalam kes jenayah ni..kesalahan tu la..definisi kesalahan dalam kanun keseksaan disumbat dalam seksyen ni la...
suma perkataan "kesalahan" maknanya sesuatu perkara yang ditetapkan boleh disiksa di bawah kanun ni..
maknanya mana yang korang baca kanun ni pastu jumpa perkataan kesalahan..ha..boleh dapat hukuman la tu bagi sapa yang wat kan..bukan bagi sapa yang jumpa..
tapi kan ada tambahan g..ngada2x tol la kan..hehehe
sat la nak tambah kit ja..
bagi seksyen 141, 176, 177, 201, 212, 216 dan 441..napa yerk ngan seksyen ni..adik beradik yang terpisah ka?
lebih kurang la..diorang ni bukan adik beradik tapi klu kesalahan yang terdapat dalam seksyen tadi..hukumannya atau tafsirannya bleh ikut kanun keseksaan dan undang- undang yang berkaitan, serta berkuatkuasa juga. tapi hukuman yang dijatuhkan oleh undang- undang lain tu mestilah hukuman penjara 6 bulan ke atas iaitu hukuman 6 bulan 1/2 ka..7 bulan penjara ka..boleh la sabit dan ikut hukuman undang- undang yang berkuatkuasa tu..
klu korang jumpa perkataan kesalahan kat seksyen len selain dari yang atas tadi..e2 maksudnya..perkara yang bleh disiksa ikut kanun keseksaan atau undang- undang lain yang berkuatkuasa pada masa itu..tak dak dah syarat 6 bulan ke atas penjara tadi..
jelas kan bezanya....ok e2 ja nak cter