Showing posts with label research fact. Show all posts
Showing posts with label research fact. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Suami Nusyuz (P.1)



Persoalan tentang suami nusyuz mungkin jarang diambil berat oleh banyak pihak, malah ia juga tidak dibincangkan sekerap perbincangan mengenai perihal isteri yang nusyuz. Sebelum menganjak kepada perbincangan yang lebih dalam, ada baiknya kita didedahkan tentang pengertian nusyuz dari segi bahasa ialah berhenti di tempat yang tinggi dan menonjol di muka bumi. Ia seperti suatu gambaran perasaan yang mengungkapkan keadaan jiwa  yang sombong dengan melakukan penderhakaan dan seumpamanya. Huraian definisi ini dinyatakan oleh Sayyid Qutb dalam tafsirnya.

Suami nusyuz merujuk kepada perlakuan zalim seperti tidak menunaikan hak isteri sama ada dalam giliran atau nafkah, atau bercakap serta bertindak kasar terhadap pasangannya. Saya tidak mahu menyentuh perihal isteri nusyuz meskipun perbezaan atau persamaannya. Sebaliknya, penumpuaan hanya pada pemahaman tentang kes suami nusyuz serta kesannya dari sudut perundangan secara perbandingan antara Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah dengan Akta Memperbaharui Undang-undang yang diaplikasikan dalam perbicaraan kes mahkamah sivil.

Berpegang pada definisi tersebut, jelaslah bahawa suami nusyuz boleh menjadi alasan keretakkan rumahtangga yang perlu diselesaikan sekiranya mahu perkahwinan diteruskan dengan baik. Isteri juga mestilah bersikap toleransi dengan memberi peringatan dan nasihat dengan baik terlebih dahulu sebelum bertindak membuat aduan kepada pihak berwajib. Hal ini bagi mengambil kira keadaan yang mendorong tindakan suami sedemikian yang mungkin berdasarkan alasan yang munasabah atau tekanan yang dialaminya. Namun sekiranya ia berlarutan sehingga menggugat keamanan untuk isteri tinggal bersamanya maka menurut Imam Syafie, pengaduan untuk penyelesaian perlu dilakukan atas kuasa qadhi. Isteri tidak dibenarkan membuat tindakan sebagaimana penyelesaian yang dianjurkan kepada suami, dalam surah An-Nisa’ ayat 34.

Menurut Imam Syafie lagi, qadhi boleh mengeluarkan surat perintah kepada suami bagi menjawab tuntutan hak isteri sekiranya pengabaian hak telah benar berlaku. Malah isteri boleh menuntut hukuman takzir jika perintah tersebut tidak diendahkan oleh pihak suami. Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (seksyen 126) menjelaskan bahawa pelanggaran surat perintah mahkamah oleh suami akan membolehkan hukuman penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM1000 atau kedua-duanya.

Sekiranya keadaan nusyuz masih tidak melihatkan perubahan maka penceraian bagi kedua pihak mungkin boleh menjadi jalan terakhir selepas perlantikan perantara yang juga boleh dijadikan usaha mengembalikan keharmonian rumahtangga tersebut.

Satu kes yang perlu diambil perhatian apabila berlaku penderaan atau kecederaan fizikal akibat dipukul atau sebagainya oleh suami. Maka langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak isteri adalah mendapat laporan polis serta perubatan kemudian membawa kedua-duanya bagi mendapat perintah pelindungan daripada mahkamah. Di samping itu, ia juga penting sebagai bukti dalam tuntutan cerai taklik atau fasakh kelak. Dalam subseksyen 107 (2) enakmen yang sama mensabitkan hukuman terhadap suami atas penghinaan mahkamah jika mengabaikan perintah perlindungan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa jika isteri mahukan rundingan atau nasihat sebagai penyelesaian maka aduan perlu dilaporkan kepada Jabatan Agama dan ia adalah tindakan awal yang lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Isteri perlu berfikiran jauh dan elakkan tindakan emosi menguasai keputusannya.

Allah telah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud:

Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Thursday, November 10, 2011

Si Merak Murahan


Pulang dari majlis yang meriah dan gembira, tiba-tiba matanya terpaku memandang sehelai kertas merah yang terlekat kuat di hadapan pintu masuk rumahnya. Menggigil tubuh membuah peluh dingin, hilang tawa riang, hilang bayangan usikan tadi hanya kerana kata-kata yang terpahat pada sekeping kertas merah itu.

Begitulah gambaran keadaan yang berlaku saat terbaca surah at-Takaatsur. Walaupun ia hanya mengandungi 8 ayat yang ringkas namun peringatannya dapat mengigilkan sebatang tubuh yang pasti tidak terlepas dari perhitungan kelak.  
Si Merak cantik bulunya sehingga sombongnya pada hitamnya Sang Gagak, tapi Sang Gagak tidak rugi sedikit pun kerana sayapnya lebih mahal dari bulu sombong Si Merak, 


sebagaimana yang dijelaskan dalam terjemahan surah ke-102 ini :

1.            Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh),

2.            Sehingga kamu masuk kubur.

3.            Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

4.            Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian), Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

5.            Demi sesungguhnya, Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

6.            (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

7.            Selepas itu - demi sesungguhnya, - Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

8.            Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Rujukan: BAHEIS, JPM dan Bahaman Makiran (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)

Majlis yang meriah itu ibarat dunia yang dimegahkan merangkumi harta, anak, dan kekayaan serta pangkat yang kononnya meletakkan nilai hebat diri daripada insan-insan lain, sedangkan tanpa disedari semua itu jika disaluti dengan rasa megah maka kelalaian adalah sahabat akrab yang akan menemani catatan amalannya, dan megah atau sombong itu adalah berlawanan dengan ikhlas dan qanaah yang menjadi syarat penerimaan tulus mizan Syurga Illahi.

Lebih berat lagi apabila Allah memberi  ‘’warranty’’ bahawa kelalaian itu berterusan sehingga masuk kubur,  sebagaimana tafsiran Syed Qutb dalam Kitabnya Fi Zilalil Qur’an yang menyatakan bahawa kemegahan itu dipupuk hanya untuk menjamah lubang kubur yang sempit, ibarat sudu emas ditempa untuk menyuap air kosong, oleh itu Allah mengingatkan berulang-ulang kali yang surah yang pendek ini bahawa sedar sebelum terlewat, bangun sebelum dibuai mimpi, berpaling sebelum terbenam, delete sebelum ter-setting, agar diri kita dan keluarga malah harta yang dipinjamkan bukan menjadi modal bankrupt akhirat sebaliknya saham kemewahan abadi,
Hari ini kita sudah diselubungi ketakutan saat terlihat letupan gunung berapi, bertempiaran lari menyelamat diri, sejauh mungkin langkah dibuka supaya lava hangat tidak terpalit pada kulitnya, teriakan dan tangisan tidak putus beralun, tapi apa agaknya reaksi saat dipertontonkan neraka Jahim pada ‘’ainul yaqin’’ bukan pada TV atau surat akhbar atau Youtube atau Video call dan sebagainya, sebaliknya depan mata dengan keyakinan lagi bukan mimpi atau rakaman, tepuk iman pupuk istighfar,

Allah berfirman dalam surah Al-Zalzalah
وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ

Maksudnya:
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

Jadi, segala yang dilakukan pada harta, anak, atau pangkat yang dimegahkan suatu ketika dulu menuntut jawapan dan pengakuan, malah tiada satu sudut pun ia terlepas dari ancaman soal selidik-Nya sebagaimana digambarkan dengan sekecil atom atau zarah, cuba bayangkan satu titik atas huruf ‘i’ terkandung beribu-ribu atom, inikan pula sebuah banglo besar ?
Astagfirullahal’azim…..

Tuesday, January 18, 2011

Psikologi Personality -Islam


Setandan pisang walaupun berada pada pokok yang sama, namun tidak membawa kepastian bahawa semua buah pisang yang tumbuh juga adalah sama, ada yang buruk, ada yang kecik, ada yang besar, ada yang kembar, dan sebagainya.. kepelbagaian ini juga turut mewarnai seorang manusia dengan manusia lain, perbezaan yang wujud antara manusia merujuk kepada personaliti yang terbiasa dengan dirinya,

perkataan personaliti berasal dari perkataan greek iaitu 'persona' yang membawa maksud topeng, dan Gordon Allport seorang ahli psiaktri dan juga pengasas kepada teori Trait dalam ilmu psikologi personaliti telah merumuskan bahawa psikologi personaliti adalah susunan sistem- sistem dinamik yang akhirnya menentukan corak tingkah- laku, perasaan dan cara berfikir seseorang..dinamik yang diselarikan pada konsep ini adalah merujuk kepada keadaan yang boleh berubah- ubah dan berkembang.. oleh yang demikian, sistem- sistem yang membentuk personaliti mampu berubah dan berkembang mengikut perkara yang lebih besar memberi pengaruh padanya,

personaliti tidak mampu disentuh, dilihat apatah lagi diketahui kedudukannya dalam diri seseorang, jadi kewujudan serta perbezaan personaliti yang wujud antara manusia dapat dikesan melalui manifestasi tingkah- laku yang ditonjolkan oleh individu tersebut..hal ini kerana tingkah- laku seseorang adalah disebabkan dorongan personaliti yang ada padanya, persoalan yang timbul pada konsep ini ialah mengapakah adanya perbezaan personaliti antara individu? dan bagaimana personaliti terbentuk, berapa banyakkah proses yang diperlukan untuk membentuknya?

umumnya, Islam sebagai agama yang universal dan available eveywhere and everytime semestinya tidak lepas dari membincangkan perihal ilmu psikologi ini, buktinya pada tahun 1377 Ibnu Khaldun menjadi pelopor kepada perbincangan mengenai ilmu sains sosial yang mana turut merangkumi psikologi sebagai sebahagian daripada cabangnya, seterusnya pada tahun 1879 barulah muncul kajian awal mengenai psikologi oleh wilhelm wundt sekaligus menjadikan SIgmund Freud yang berbangsa Yahudi sebagai bapa kepada teori- teori dalam ilmu psikologi, namun jelasnya Islam telah lama mendahului penerokaan ilmu tersebut malah perbincagan mengenainya juga telah semakin tersusun oleh ulama'- ulama' terkemudian.

sebagai contoh, Ibnu Sina mengatakan bahawa:
''jiwa manusia secara teori dan praktikal mampu membentuk kecerdasan minda..malah jiwa itu sendiri dapat mencapai idea yang tidak disedari melalui perasaan dan imaginasi dan kebolehan itu sebagai faktor utama kepada tingkah- laku"

tingkah- laku adalah kesenimbungan utama dalam membincangkan tentang personaliti, oleh yang demikian psikologi personaliti dalam Islam merujuk kepada jiwa atau secara ringkasnya ia menitikberatkan perihal jiwa yang berupaya membentuk sebuah personaliti yang mana berkait-rapat dengan tingkah-laku, sebaliknya jika kita merenung kembali perbincangan halus dari prespektif barat mengenai psikologi personaliti mengutamakan perihal kajian terhadap tingkah- laku semata. perbezaan ini meletakkan batu perbezaan antara psikologi personaliti Islam dengan apa yang dibawa oleh barat.

lanjutan kepada perbincangan ini mendesak ana untuk membawa 5 elemen utama yang membentuk personaliti dalam Islam yang merangkumi akal, jasad, hati, roh dan nafsu...setiap elemen ini akan membawa perubahan atau pembentukan personaliti seseorang jika ia tidak seimbang atau salah- satu lebih menjadi pertimbangan daripada elemen lain, sebagai contoh, jasad tidak mampu menanam padi sebagaiman seruan akal kerana tiada kerjasama roh dan semangat dari nafsu untuk menanam padi dengan sebaiknya..

oleh yang demikian, dalam ilmu psikologi personaliti dalam Islam adalah melibatkan iman sebagai acuan yang kuat sebagai mempengaruhi jiwa seorang muslim, sebagaimana dalam surah al-a'araf ayat 172:

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢
maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)
di samping, kerana konsep iman yang dibawa oleh Islam juga telah mengubah banyak personaliti masyarakat jahiliyyah yang terkenal dengan kekejaman dan perangai yang buruk, namun selepas kedatangan Islam telah menyalakan sinar iman yang menjadi pendorong untuk mereka mengubah tingkah-laku dari suka minum arak kepada meninggalkannya, dari menanam anak perempuan kepada memanjakan anak perempuan, dan seumpamanya..hal ini berkait-rapat dengan iman kerana iman bermaksud mengakui dengan hati, lafazkan dengan lisan dan buktikan dengan amal........amal yang dimaksudkan ialah pembentukan tingkah-laku yang berpunca dari syarat dalam konsep iman, jika kuat iman seseorang makin makin baiklah tingkah- lakunya sebagaimana yang ditonjolkan oleh Rasullullah s.a.w

dalam ilmu psikologi Islam juga ada menyatakan bahawa terdapat 3 jenis personaliti yang merangkumi aql', nafs, dan qalb atau dengan nama ringkasnya pemikir (aql'), pencinta (nafs), dan pendamai (qalb)..
antara ciri seorang yang ber-personaliti pemikir ialah seorang yang bertanggungjawab dan suka knowledge sebagai alat untuk menutup kurang keyakinan pada dirinya, oleh yang demikian, knowledge tersebut menjadi advance step for them, malah kelompok ini juga tidak sensitif pada perasaan orang lain melainkan prinsip yang dipegangnya sahaja, namun mereka sangat pantang jika dibandingkan dengan orang lain.

kedua- nafs atau personaliti pencinta adalah sangat mementingkan imej dan status, mereka juga lebih mengutamakan untuk mendapatkan kebahagiaan dan perhatian dalam satu- satu tempat yang mereka kerja atau mereka berkawan..

ketiga- personalti pendamai atau nama lainnya qalb pula meletakkan seorang yang simple atau selalu mengelak dari perkara yang akan membawa stress atau tekanan pada meraka, oleh yang demikian, meraka lebih cenderung untuk menangguh- nangguh kerja jika merasai perbuatan tersebut tidak menyebabkan tekanan padanya, namun personaliti ini berbakat sebagai seorang pemimpin kerana mereka mudah mengalah kepada kehendak orang lain..

ringkasnya, setiap jenis personaliti punyai kelebihan dan kekurangan dan umumnya manusia adalah makhluk yang unik, jangan biarkan kelemahan atau pradigma yang lapuk menapak lantas menghalang untuk kita menguasai kecemerlangan dengan kelebihan yang dikurniakan Allah pada diri kita...
ilmu psikologi personaliti dapat membantu kita untuk mengenali diri dan mencuba bakat yang ada dan tidak pernah kita fikirkan bahawa bakat tersebut ada pada diri kita..
bersyukur dan terus bangun tanpa letih.............

Thursday, September 30, 2010

hanya 3

awalnya ana tertarik dengan tajuknya sahaja kemudian tertanya- tanya 'kenapa dia?' so tanpa lengahkan masa, ana decided to borrow it for know about it, tajuknya 'gaya berfikir, Donald Trump', ana akui yang ana tak kenal siapa Donald Trump ni, Donald Duck ana kenal la, tapi tak dak kelebihan pun Donald Duck tu melainkan hanya kartun yang bunyi quack2x


ana yakin di luar sana sudah ramai yang lebih advance dari ana tentang beliau, seorang jutawan barat yang bergiat aktif dalam bidang hartanah malah telah terdapat institusi yang menawarkan kursus berkenaan perusahaan dan hartanah ditubuhkan atas nama beliau dan juga semestinya milik beliau, bukanlah bermaksud ana bangga dengan beliau namun ana tertarik dengan kajian berkenaan pemikiran seseorang yang berjiwa besar, at least boleh enhancing our motivator for yourself also, ana dapat ringkaskan beberapa kata kunci yang banyak ditekankan oleh penulis dalam kajian terhadap tokoh terkemuka ini, antaranya

POSITIF

DIRI SENDIRI

PERSAINGAN

beliau sentiasa mendorong dirinya dan setiap tindakan malah hasil atau dalam segala situasi meskipun masalah dan halangan dalam mencapai kejayaan sesuatu projek didasari dengan positif thinking and always be positif to be everywhere, sebagai contoh, cerita pendek tentang sekumpulan pelajar dengan kentang busuk, ceritanya bermula apabila guru mereka mengarahkan anak muridnya untuk meletakkan kentang ke dalam karung guni pelajar yang mereka benci atau tidak suka, hasilnya ada yang kosong karungnya dan tidak lupa juga yang berat, mereka juga diarahkan untuk membawa ke mana sahaja karung tersebut sehinggalah mencecah 2 minggu, kentang tersebut menjadi busuk, lalu para pelajar berasa marah kepada guru mereka kerana melakukan eksperimen seperti itu kepada mereka sehinggalah guru mereka menyatakan

'begitulah ruginya insan yang dipenuhi dengan dengki dan hasad kepada orang lain, tiada keuntungan yang didapati melainkan kentang yang busuk sedangkan jika ia dimasak pasti sedap dihidangkan, oleh itu positif pada setiap keadaan harus dilatih supaya sebati dalam diri kita'

musuh utama seseorang itu adalah dirinya sendiri, Trump mempercayai sepenuhnya akan kebolehan dirinya yang bisa menjangkaui sebagaimana yang di-mind-set-kan, tiada yang akan lakukan sesuatu itu untuk kita andai kita tidak melakukannya sendiri, oleh itu jangan terlalu bergantung atau mengharapkan pertolongan orang lain andai kita mahu meletakkan diri di atas pentas kejayaan, malah Trump juga pernah membuang seorang peserta dalam rancangan The Apprentice (betol tak ejaan tu?) ketika mana peserta tersebut menyatakan bahawa dirinya adalah 'sampah putih', Trump tidak dapat terima gurauan tersebut kerana ia seolah bertindak menghina diri sendiri, 

yang paling menarik perhatian ana ialah berhubung dengan persaingan yang dicetuskan oleh Trump iaitu bersaing dengan diri sendiri, dalam pembacaan itu ana tertanya bagaimana mahu bersaing dengan diri sendiri? jawapannya mudah iaitu terletak disebalik frasa CABAR..jangan takut pada kegagalan dan kekalahan malah sepatutnya perkataan kegagalan itu ditukar dengan pelajaran sebagaimana yang dilakukan oleh Thomas Edison, frsa cabar nampak mudah dan simple tapi ia harus di-eksperimen-kan pada diri kita, try cabar diri untuk melakukan sesuatu seperti mencapai target dan matlamat yang telah tertanam dalam diri kita, dan seharusnya kita tidak mempedulikan kata- kata orang lain yang bisa melemahkan cita- cita itu, persaingan dengan diri sendiri? ia sangat menarik kerana kita dapat mengeluarkan se-maksimum mungkin kebolehan dan kelebihan yang dikurniakan bersama usaha yang padu dalam menjayakannya,

ada satu lagi komen ana berhubung dengan kajian tentang Donald Trump, ana sedari dalam setiap bait yang ditekankan oleh beliau tidak sedikit pun membawa hati ana untuk melihat indahnya lafaz syukur sebaliknya ana rasakan bahawa manusia perlu laju dan terus pecut mengejar kekayaan dan nama, di situ ana teringatkan Rasullullah s.a.w selaku utusan terakhir Yang Esa, pasti lebih hebat dari Donald Trump, dan perkara yang paling ketara meletakkan Rasullullah s.a.w lebih hebat dari beliau ialah dari sudut prinsip dan akhlak Baginda, ana tak terfikir masih ada lagi manusia semulia akhlak Baginda, Donald Trump seorang yang mengutamakan diri namun bukanlah selfish tapi ia mungkin langkah yang mampu mencambah kematangan dan keteguhan usaha beliau untuk mencipta nama, sedangkan lemah- lembut Rasullullah s.a.w dan disenangi oleh setiap lapisan masyarakat sama ada musuh atau sahabat sekalipun,

Rasullullah s.a.w juga merupakan seorang ahli korporat sebelum Baginda dipilih sebagai Rasul pemimpin umat, Baginda terlibat dengan jualan atau perniagaan yang besar dananya sehingga Saib bin Abu Saib mengaku menjadi rakan kongsi Baginda, di samping itu, Baginda juga memiliki keluarga yang bahagia dan dapat melatih isteri- isteri serta anak- anak Baginda dengan sebaik ke arah ketaatan, berbeda dengan Trump yang mengalami kegagalan dalam rumahtangga apabila beliau terpaksa berkahwin 3 kali, Trump mungkin tidak mengutamakan perkara sebegitu dalam membina kerjayanya kerana ia sangat komited pada dirinya.

namun Trump telah mengajar sesuatu pada ana supaya bersikap positif terhadap kepandaian, contoh yang penulis yang disediakan ialah tokoh Henry Ford yang pernah disoal dengan soalan yang mudah dan beliau tidak dapat menjawabnya, dan berita tersebut menimbulkan rasa malu padanya kerana disebarkan dalam media namun kini, siapakah beliau? tekalah..oleh yang demikian, sebagai seorang Islam yang mengakui kebesaran Allah dan keadilan-Nya maka kesyukuran sewajibnya dipanjatkan selalu pada-Nya pada setiap kurniaan, kerana sesungguhnya Allah Maha luas kasih sayang-Nya, 
wallahua'alam

Wednesday, September 8, 2010

wanita dlm kehakiman syarie

pelbagai perbincangan hangat menyentuh perihal wanita yang semakin memuncak berbanding zaman dahulu, wanita hanya diletakkan di dapur dan di rumah untuk melakukan pekerjaan fitrah sebagai isteri dan anak, tapi kini wanita sudah mampu menjadi pesaing hebat bagi lawannya, siapa yang terleka dan lambat pasti akan ditinggalkan dan kalah samada dalam bidang pemerintahan, pentadbiran, ataupun kehakiman..wanita semakin menyerlah peranannya malah telah ramai tokoh yang hebat lahir dari kalangan wanita..
dalam perbincangan kajian pengetahuan dan perkongsian kali ini, ana cuma nak kongsikan dalil dan hukum yang berkaitan dengan wanita dalam bidang kehakiman sahaja,


pertama sekali, ana mulakan dengan individu yang penting dalam bidang ini, iaitu hakim yang juga merupakan ketua kepada sesebuah mahkamah.. baru- baru ini sebagaimana yang diketahui, pelantikan hakim wanita telah dimulakan dalam kehakiman syarie di Malaysia..
antara link dari perbincangan dan pendapat berkenaan situasi tersebut oleh beberapa orang peguam

http://datomuhdasri.blogspot.com/2010/09/hakim-syarie-wanita.html

http://alwakalah.blogspot.com/2010/07/perbezaan-pendapat-di-sebalik.html

pendapat daripada Dato' Muhammad Asri sama seperti pendapat Mahmood saedon yang ana telah temukan dalam sebuah artikel karya Dr. Amir Husin, pensyarah undang- undang keterangan dan selaku ketua jabatan Syariah UKM,
menurut penelitian ana, dalil yang digunakan adalah sama dalam mana- mana artikel sekalipun, jadi ana tidak akan nyatakan ia di sini, ana cuma tambahkan beberapa pengetahuan yang belum disebutkan dalam kedua- dua artikel tersebut. Dr.Yusuf Al-Qaradawi juga merupakan antara kelompok yang bersetuju dengan pendapat dari mazhab Hanafi pada situasi ini namun beliau tidak menafikan bahawa wanita terdapat dalam kelemahan pada fizikalnya seperti keadaan emosi terlalu ketika haid, oleh yang demikian, beliau menerima hakim wanita yang tidak menghadapi masalah tersebut serta mempunyai kepakaran dalam bidang kehakiman, di samping itu, al-Qaradawi juga menyatakan bahawa hadis tentang

"tidak akan berjaya urusan yang diserahkan kepada wanita" 

adalah merujuk kepada khalifah atau jawatan tinggi dalam pemerintahan sedangkan dalam sebuah negara kehakiman merupakan sebahagian dari cabang bawah khalifah jika dilihat pada dawlah atau kerajaan terdahulu, dengan itu, al-Qaradawi menerima wanita dilantik sebagai hakim.. al-Shalabi turut menyokong pendapat tersebut..(sila rujuk, artikel Dr. Amir Husin, m/s 65 dalam karya Al-Syariah: kehakiman Islam jild 2)

dalam kesempatan tersebut, ana sempat menjenguk tafsir dalam kitab Tafsri Mubin Jilid 1 m/s 376 terbitan DBP berkenaan surah al-Nisa ayat 34 yang menyatakan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita..sebab nuzul ayat telah diriwayatkan oleh Ibn al-Rabi' bahawa seorang mertua mengadu kepada Rasullullah tentang sikap menantunya seorang pemuka Ansar bernama Sa'ad yang sering mencederakan anaknya setelah mengahwini anaknya.. dalam tafsiran menurut kitab ini telah meletakkan kedudukan mereka (suami) sama seperti kewajipan pemerintah dalam sebuah kerajaan yang memandu rakyat jelatanya..ia kelihatan sinonim dengan pendapat Dr.Yusuf al-Qaradawi..tafsiran ayat yang sama dalam kitab tafsir syed qutb akan ana postingkan kemudian kerana belum sempat meneliti isi kandungannya walaupun bahan tersebut sudah diperolehi.

dalam kitab al-sultah al-qadha'iyah wa syaksiah, al-Bakr telah membezakan antara kesaksian dan hakim sebagaimana mazhab hanafi yang menerima pelantikan hakim wanita berikutan dengan hadis bahawa kesaksian wanita diterima dalam bidang kehakiman..

di samping itu, Dr.Amir Husin juga menyatakan penelitiannya bahawa sejarah tidak pernah merekodkan akan kewujudan situasi perlantikan wanita sebagai hakim, namun keadaan tersebut telah berbeza dewasa kini apabila banyak negara luar membenarkan pelantikan hakim syarie wanita.

pada pandangan peribadi, ana sedikit bersetuju dengan pandangan Dr.Muhammad Asri, namun ada timbul juga sedikit kekhuatiran tentang keadaan fitrah kelemahan wanita dalam melakukan penghakiman, walaupun undang- undang serta prosedur telah wujud di Malaysia namun keadaan undang- undang tersebut belum mampu dibanggakan lagi, terutamanya dalam kes yang memerlukan budi bicara hakim tersebut dalam memutuskan kes..dan ana juga sedikit bersetuju dengan fakta sejarah yang dikemukan dalam artikel Dr.Amir Husin.

seterusnya, wanita sebagai pendakwa atau hisbah, tugas pendakwa boleh dirujuk dengan click pada link

http://tajfarhah86.blogspot.com/2010/04/perbezaan-pendakwa-syarie-dan-pendakwa.html

dalam lipatan sejarah semasa pemerintahan Saidina Umar, beliau pernah melantik Umm al-Syifa' sebagai hisbah, malah al- Mawardiy juga berpendapat bahawa pendakwa tidak semestinya lelaki sebagai syaratnya, pendapat ini mendapat sokongan daripada Imam Ibn Taimiyyah.

dan akhirsekali ialah peguam atau diistilahkan dengan wakalah al- khusumah menurut artikel yang membincangkan secara detail berkenaannya oleh Datin Siti Zalikha yang juga merupakan pensyarah undang- undang jabatan Syariah di UKM, secara umumnya al- Sarakhsi dalam kitabnya al-Mabsut menyatakan bahawa hukumnya adalah harus kecuali dalam kes hudud, qisas, dan ganti rugi yang dipulangkan atas sebab kecacatan

jika berkesempatan ana akan sambung keadaan ini dari sudut pandangan dalam undang- undang syariah di Malaysia, namun keadaan sekarang tidak mengizinkan kerana, portal e- syariah mungkin sedang di-up-grade yang menyebabkan ana terhalang untuk mencari enakmen yang berkaitan..
sebagai kesimpulan, wanita dalam kehakiman adalah antara bidang yang mencabar, malah ia juga merupakan bidang yang berisiko berikutan konsep keadilan yang menjadi keutamaan pada bidang ini, oleh yang demikian, hujahan yang diberikan juga adalah  perlu berlandaskan pada matlamat keadilan dalam pensabitan sesuatu kes, bagi peguam dan pendakwa perlu memahami dengan baik bahawa mereka adalah bertujuan untuk membantu hakim membuat penghakiman dengan adil, begitu juga dengan hakim perlu meneliti sumber dan keterangan supaya kes dapat meletakkan hak seseorang pada tempatnya
wallahua'alam