Showing posts with label ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label ulasan buku. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Dengki Kpd Ilmu Tuan Saudagar Kaya




aku didengki padahal aku tidak pernah mencela mereka sebelum aku sudah ramai orang yang terhormat yang didengki aku tetap dengan pendirianku alangkah ramai manusia yang mati akibat didengki

kalam puisi seorang anak murid Imam Abu Hanifah semasa melawat gurunya di penjara pada zaman khalifah Abbasiyyah yang kedua, iaitu Abu Jaafar Al-Mansur, beliau dipenjara kerana menolak perlantikan sebagai Qadhi atau hakim atas alasan tidak mahu bekerjasama atau subahat dengan kezaliman pemerintah pada masa itu terhadap umat Islam, setelah dipaksa kemudian diseksa dan ada juga dipujuk oleh ibunya sendiri, beliau tetap bertegas dengan keputusan atas penolakan itu, baginya biar sakit tubuh menanggung seksaan berbanding balasan di akhirat kelak kerana berlaku zalim terhadap umat Islam

sepanjang usianya, beliau seorang saudagar yang kaya kerana mewarisi harta ayahandanya yang merupakan pedagang kain sutera, kemudian beliau turut diamanahkan untuk mengambil alih perniagaan jubin milik sahabat karib ayahandanya, Nukman Bin Tsabit adalah nama sebenarnya dan digelar Abu Hanifah kerana mempunyai anak bernama Hanifah, sedikit imbauan kisah hidupnya, beliau dapat hidup lama sehingga pernah berguru dengan sahabat Rasullullah sehingga ke zaman Abbasiyyah dan menyaksikan kejatuhan Bani Umayyah pada zaman Khalifah Marwan, diganti dengan Abu Abbas yang mempelopori pemerintahan Abbasiyyah,

beliau mula menuntut ilmu dan climaks kerjayanya sebagai guru adalah apabila guru-guru mengharapkan beliau untuk mengajar setiap cabang ilmu oleh setiap gurunya, contohnya, Imam Hammad mengarahkannya untuk mengajar ilmu tafsir kepada umat Islam setelah kematian beliau kelak, begitu juga guru Imam Abu Hanifah yang lain seperti dalam bidang hadis, fiqh, dan sebagainya

PEDOMAN

orang kaya yang didengki kerana hartanya itu berlaku pada setiap zaman tapi saudagar kaya yang didengki kerana ilmunya itu mungkin Imam Abu Hanifah antara yang disenarai-pendekkan, beliau mempunyai pengaruh yang luas di Kufah kerana anak muridnya yang ramai sehingga pemerintah pada masa itu juga tidak tewas dalam bilangan kekuatan pengaruh tersebut, namun tidak sesekali Imam Abu Hanifah mengambil kesempatan untuk menghasut anak murid membenci khalifah meskipun kezaliman  yang bertimbun dilakukan, hal ini kerana beliau tidak suka mengatakan tentang perihal keburukan orang lain, oleh itu dengan jalan yang mudah khalifah cuba menwarkan gaji yang lumayan untuknya agar menerima jawatan dalam pentadbiran supaya umat Islam sentiasa menyokong pemerintahan pada masa itu

namun beliau dengan tegas menolak perlantikan tersebut apatah lagi dengan gaji yang ditawarkan kerana beliau juga seorang yang telah kaya-raya, memliki kilang sutera dan juga jubin, kemudian beliau disebat setiap hari, dipenjara tanpa makan dan minum, keadaan ini sedikit pun tidak mengubah keputusannya malah makin menguatkannya untuk mengatakan bahawa khalifah bersifat kejam dan tidak adil

apa orang kaya beriman buat? gaya hidup orang kaya duniawi dan ukhrawi

beliau kaya jadi setiap murid yang belajar dengannya tidak dikenakan sebarang bayaran sebaliknya bayaran yang disedekahkan oleh ibubapa murid tersebut dijadikan dana bagi membantu murid yang miskin, sebagaimana yang berlaku pada suatu petang apabila murid yang kaya mengutuk pakaian seorang murid yang bertampal dan tidak berganti, melihat keadaan tersebut, Imam Abu Hanifah segera menemuinya selepas pengajian dan menyuruhnya mengambil belanja pakaian disebalik tikar di hujung kelas pengajian, begitula sebaliknya, beliau juga pernah membantu bukan sahaja keluarga muridnya tetapi turut menanggung hidup muridnya yang kesusahan,

"aku tidak mengatakan bahawa Imam Abu Hanifah sebagai seorang yang zuhud kerana beliau sering bermewah dalam berpakaian" kata seorang yang singgah di kedai pakaian Imam Abu Hanifah pada suatu hari

mendengar perbualan tersebut, Imam Abu Hanifah memberikan wang dirham untuk lelaki tersebut kerana telah memberikannya pahala umpatan, sambil mengatakan bahawa
"aku memakai pakaian yang cantik dan indah kerana ingin bersyukur dengan nikmat Allah yang mengurniakannya bagi menutupi tubuhku dan kurniakan rezeki pada kilang pakaianku"

jujur dalam perniagaan itulah kunci yang dilatih kepada pekerjanya meskipun kepada orang yang beragama yahudi (bukan Islam), setiap kecacatan pada pakaian yang dijual dinyatakan kepada pembeli, pernah suatu ketika pembantunya terkupa untuk memberitahu tentang kecacatan tersebut, Imam Abu Hanifah menyuruhnya mencari pembeli namun tidak ketemu jadi wang belian disedekahkan kesemuanya agar pahala sedekah dihadiahkan kepada pembeli tersebut.

peranan yang paling penting menaikkan nama dan ketinggian ilmu beliau pada masa itu adalah keupayaannya berdebat, beliau pernah mematahkan soalan dari seorang atheis yang dihantar oleh maharaja Rom berkenaan tauhid, telah banyak ulama yang ditewaskan namun dengan izin Allah akhirnya Imam Abu Hanifah dapat menyingkirnya keluar sekaligus merendahkan kesombongan utusan tersebut,

ada satu lagi kisah yang penting jika mahu menjadi orang kaya yang bijaksana, iaitu soal makanan, Imam Abu Hanifah sangat memntingkannya, pernah beliau menolak untuk makan ikan selama 6 tahun kerana telah melihat pencuri kambing yang makan daging kambing kemudian membuang tualng belulang dalam sungai tersebut, apabila ditanya berapa lama ikan dalam sungai itu akan mati adalah dalam tempoh 6 tahun,

kesimpulannya, menjadi orang yang hebat bukan mudah, untuk mendidik diri kemudian dihentam masyarakat dengan pelbagai tohmahan namun kemuliaan juga miliknya ditempat yang agung dalam umat, semasa pengebumiaannya hampir 50,000 orang berkumpul untuk turut memberi penghormatan, beliau mati kerana diracun oleh khalifah Abu Jaafar al-Mansur, sedangkan bilau tiada kesalahan yang melayakkannya mendiami penjara, namun syurga yang dituju lebih indah

wallahuallam bi sawwab

Wednesday, October 9, 2013

You Married, Not Better Than Me

karya asal sayid sabiq, 1999


" you are not better than me, even you've getting married or have a child"

dua kali ana mendengar "quote" yang sama keluar dari katanya, pada awalnya ana mengiyakan kata tersebut dengan alasan bahawa tidak semestinya orang yang telah lambat jodohnya adalah seorang yang penuh dengan kehinaan berbanding yang telah berkahwin awal, seawal usia yang difahami masyarakat, sedang agama tidak mengukur awal usia dengan angka sebaliknya dengan matangnya akal,

berbalik kepada alasannya dalam menegaskan "quote" tersebut, beliau juga membantah tabiat masyarakat setempat dengan soalan
"bila nak kahwin?"
menurutnya lagi, perkahwinan adalah takdir yang telah tertulis dan ia bukan dibawah genggaman insan sebaliknya insan tak mampu untuk memaksa jodoh itu menjadi miliknya jika dia ditakdirkan tiada jodoh, oleh itu, beliau berpendapat bahawa orang yang berkahwin tidak perlu merasakan diri mereka jauh lebih baik daripada kelompok yang masih belum berkahwin walaupun usia sudah senja,

kali kedua ana dengar tentang "quote" tersebut ia telah diterjemahkan dalam bahasa melayu

"kamu bukan terbaik dari saya hanya kerana kamu sudah berkahwin dan ada anak-anak"

suis fikiran ana cuba membelok dari kefahaman dan penegasannya yang awal bagi mempertahankan "quote" tersebut, dari sudut lain, ana tidak setuju dengan pendapatnya kerana pada perkahwinan terdapat hikmah dan ganjaran yang amat luas, berbanding terus kekal sebagai bujang, secara ringkasnya, dalam perkahwinan lebih mudah mendapat pahala, pasti ada yang membantah dengan kenyataan tersebut kerana Allah bukan janjikan pahala pada perkahwinan sahaja yang melimpah-ruah sebaliknya pada setiap amal hamba-Nya jika niatnya kerana Allah

ana terima bantahan tersebut dengan hujahan logik, biasanya perlakuan yang mendapat pahala sukar sekali untuk dilakukan penuh kecintaan dan kerelaan malah istiqamah juga lagi sukar untuk dipupuk, tetapi dalam perkahwinan, Allah terbitkan sakinah, mawaddah, dan rahmah pada suami dan isteri (itu janji Allah), mungkin soalan ini dapat membuka ruang minda kita untuk memahami pahala mudah dalam perkahwinan,

antara ibubapa dengan pak we/ mak we, siapakan yang lebih mengetahui aktiviti harian anda,? 
dalam masalah yang dialami pada siapakan anda selesa untuk berkongsi? atau 
mungkin pada siapa anda suka untuk bermanja dan meluahkan kata manis?

jika jawapan anda lebih kepada ibubapa atau kawan-kawan, ana letakkan anda dalam kelompok kecil dari sfera yang besar berdasarkan fakta kes jenayah pelajar melarikan diri dari rumah kerana mengikut "buayapren" dan sejumlah statistik anak luar nikah dilahirkan, dan jumlah budaya "couple" yang terdapat di sekolah menengah atau mungkin lihat sahaja pergaulan kawan-kawan sekeliling anda,

BIDAS

bagi ana, sememangnya orang yang telah berkahwin lebih baik daripada orang bujang kerana mereka terpelihara daripada fitnah dan gangguan lelaki atau perempuan yang berbisa, jika bagi perempuan mungkin mereka terdedah dengan lelaki miang atau menjadi fitnah keruntuhan rumahtangga, malah perempuan bujang juga tiada penjaga maruahnya daripada gangguan lelaki lain kerana merujuk sudut psikologi antara lelaki dengan lelaki lain terdapat suatu signal yang jika diperlihatkan maka mereka sudah faham sejauh mana larangan itu bertindak walaupun tidak dijelaskan

sebagai contoh, lelaki memperkenalkan anda pada temannya
"ini wardah, kawan saya"
"bakal isteri saya"
"awek aku la"
setiap pengakuan tersebut menjadi signal kepada lelaki lain sekaligus menjadi penyataan sama ada larangan mereka untuk mendekati atau bergaul-mesra dengan perempuan tersebut, malah jika lakukan atau langgar larangan bisu tersebut, padah akibatnya, dan menjadi kelaziman lelaki lawannya lelaki bukannya bertarung dengan perempuan, malah jika bertarung dengan perempuan sekalipun mereka lebih mendominasi dengan ego kemenangan berpihak

bagi lelaki pula, perkahwinan dapat memberi ruang halal dan mulia untuknya menyalurkan keinginan nafsu syahwat, bukankah terdapat hadis daripada

 Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"sesungguhnya perempuan itu menghadapnya dengan rupa syaitan dan membelakangi dengan rupa syaitan, maka jika seseorang daripada kamu melihat seorang perempuan lalu menyukainya hendaklah dia datangi isterinya agar dengan demikian dapatlah apa yang ada dalam dirinya (nafsu) dilepaskan. (riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tirmidhi)
[rujukan: perkahwinan dan pertunangan dalam Islam, terj: Zainal Azam, karya Asal : Sayid Sabiq, terbitan dari Penerbitan Al-Ramadhan, Subang Jaya, m/s 18]

jadi jelaslah bahawa perkahwinan merupa pengurusan yang diraikan oleh Islam terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan, serta fitrah yang ditetapkan dalam diri manusia,


STATE IT..CHOICE RIGHT

dalam kelas tersebut terdapat seorang yang berusia 29 tahun namun masih bujang, apabila ditanya tentang keadaan tersebut, sejujurnya dia mengakui bahawa alasan"sekufu" kerana kebanyakannya yang hadir akan mula mempersoalkan keserasiaan dengan statusnya sebagai seorang peguam,

oleh yang demikian, buatlah keputusan terbaik jika ada seorang lelaki masuk meminangmu, 


Monday, October 7, 2013

Kabulnya Doa Saidina Umar

rentetan dari kisah


"saat aku hidup mereka taat pada perintahku kerana kuasa pemerintahan yang aku pegang tetapi di akhirat kelak, aku adalah musuh mereka dan itulah yang amat aku bimbangkan apabila tidak memulangkan hak atau mengabaikan hak rakyat yang bernaung di bawah pemerintahanku" menitis air mata seorang khalifah agung.

"wahai fatimah, aku bagi dua pilihan padamu, jika aku menjadi khalifah umayyah maka hidupmu lebih susah, jadi jika engkau memilih untuk meninggalkanku dan pergi kepada harta peninggalan ayahmu atau tetap disisiku dalam kemiskinan dan kesusahan" tanya khalifah Umar pada isterinya

jawab fatimah "aku memilih untuk tetap disisimu suamiku"

..............................................

SUSUR HIDUP

 menyelusuri sejarah pemerintahan khalifah Islam pada zaman Bani Umayyah atau pada zaman bumi dikuasai oleh pemimpin dari keluarga Umayyah, secara ringkasnya zaman Umayyah kebanyakannya diperintah dengan tidak adil oleh pemimpinnya melainkan saat pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, perlantikan Umar diwasiatkan oleh khalifah sebelumnya, beliau pernah diamanahkan untuk menjadi gabenor haramain sehingga difitnah oleh khalifah yang bermusuh dengannya sehingga beliau dipecat dari menjadi gabenor, namun pelupusan jawatan tersebut menyenangkannya kerana tidak memikul beban hak rakyat walaupun rakyat tidak bersetuju dengan pemecatan tersebut

susur hidup yang panjang dan penuh tawaduk membesarkan beliau dalam jiwa yang penuh taqwa walaupun dikurniakan dengan kemewahan daripada ayahanda dan keluarga Umayyah sendiri, beliau juga adalah berketurunan Saidina Umar, dan

"kurniakan dari keturunanku seorang yang mewarisi pemerintahan saidina Umar dan saidina Abu Bakr"

doa tersebut makbul kepada khalifah Umar Abdul Aziz.

beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mendukacitakan kerana telah termakan racun yang diletakkan oleh khadamnya sendiri setelah mendapat upahan dari kaum kerabat Umayyah yang membencinya, mereka membenci khalifah Umar kerana telah merampas harta kekayaan yang dimiliki atas alasan harta dan kekayaan tersebut diperolehi secara tidak adil dari hak milik dan penindasan ke atas rakyat, malah mereka juga tidak dibela sedikit pun sebagaimana yang dilakukan oleh khalifah sebelumnya

kematian yang menyayat hati apabila beliau sendiri memmohon seorang alim berdoa agar kematiannya dicepatkan,
(boleh merujuk kepada bahan berkenaan)


APA SAYA MAHU?

membaca kisah perjalanan hidup seorang kaya dan berharta kerana menjadi anak ketua negara malah menjadi saudara bukan "bau bacang" dalam VVIP seringkali berkisar tentang kesenangan dalam kemudahan yang melimpah-ruah tanpa ada istilah "tidak cukup", bahkan terlebih mungkin tidak dapat dihitung berapa jumlah lebihan tersebut, tidak dinafikan jiwa dan naluri insan ingin jauh dari kesusahan tetapi tidak ana dapati dalam perjalanan hidup khalifah Umar Abdul Aziz

awalnya ana tertarik untuk membaca kisahnya kerana beliau telah menjadikan tiada rakyat yang layak untuk mendapat zakat lagi, kerana semua telah kaya sebaliknya beliau yang mungkin yang lebih tidak berkemampuan berbanding rakyatnya,

pernah diceritakan bahawa beliau ingin mengerjakan haji di Makkah tetapi tiada belanja sedangkan pada masa itu, beliau ialah pengganti kerajaan Umayyah selepas khalifah Sulaiman, walaupun ditawarkan "sponsor" namun beliau tetap menolaknya kerana tidak mahu menggunakan wang baitul mal, mendengar keadaan tersebut maka khalifah di Makkah pada masa itu membuat jemputan padanya dan menanggung segala belanja haji kerana memuliakan kedatangan khalifah agung pada masa itu,

kehidupannya telah mengajar ana satu soalan "apa yang saya mahu jika memiliki kuasa dan pangkat?"

beliau insan yang hebat pada ilmu dan akhlak, sedangkan ana penuh kekurangan, kadang-kala tanya definisi pun ana masih merangkak untuk menjawab,

beliau seorang yang kaya-raya tapi boleh sederhana dan tawaduk jauh dari takbur dan megah pada yang lemah dan bawahan, sedangkan ana dengan sedikit saja harta yang masih hutang sudah boleh jadi lupa untuk suatu yang susah,

beliau memilih untuk hidup miskin dan menyerahkan seluruh hartanya kepada baitul mal ketika menjadi perdana menteri sedangkan ana memang selalu saja berkira-kira harta untuk disedekahkan,

beliau menolak kenaikan gaji dan menerima kenaikan tugas malah gunakan lampu juga beliau berkira kerana khuatir menggunakan hak rakyat, sedangkan ana jika tugas melebihi sepatutnya sudah merungut dan mencari alasan untuk menangkan hak sendiri kononnya,

sanggupkah ana memilih caranya jika ana memiliki pangkat didunia?

satu sahaja yang menjadi benteng penghalang serta tembok kekuatannya untuk terjun ke lembah hina seperti khalifah terdahulu dalam zaman Umayyah adalah menolak harta dan menerima kesusahan dan kemiskinan, malah lebih miskin dari rakyatnya, harta menjadikan manusia boleh menguasai orang lain dengan mudah, tetapi harta juga boleh menyumbat pemiliknya dalam kehinaan yang paling dalam di alam nyata atau jiwanya, kita sering mengejar gaji dan kaya, senang dan lenang, kuasa dan "boss" atau mungkin darjat dan taqwa,

selepas kematian khalifah Umar, beliau difitnah menyembunyikan harta dalam bilik yang tiada siapa yang boleh masuk hatta fatimah, isteri kesayangannya, oleh itu, khalifah yazid yang menggantikannya meminta izin untuk masuk dan membuat penyiasatan dan jika benar harta tersebut perlu dimasukkan ke dalam baitul mal, tetapi apa yang ada? hanya sejadah usang, serta tali yang tergantung dan memuatkan kepala Umar Abdul Aziz jika beliau tertidur ketika beribadah, masyaAllah..lihatlah betapa dalamnya erti seorang HAMBA?

ringkasnya, taqwa bukan mudah dan memaksa kita memilih untuk miskin tetapi jika hidup miskin dapat menjadi haluan mudah untuk mengingatiNYA dan mentaatiNYA maka bersedia dalam pengorbanan sementara dalam umur, apa yang penting, hidup adalah ladang tanaman yang tuaiannya pada akhirat, khalifah Umar pernah hidup senang tetapi kekayaan itu tidak meruntuhkan akhlak dan jiwa hamba kepada Rabb,

wallahua'alam bissawab

Friday, February 15, 2013

Kembara Silam, Kasih Ilmu



dalam segenap mengharungi badai kehidupan, ana pernah terfikir untuk menjadi generasi ilmiah yang hanya menghabiskan usia dengan mencari seberapa ilmu sehingga mampu mengeluarkan fatwa dan pendapat yang bernas tentang kefahaman sesuatu hukum, sehingga suatu saat ana baca kisah pengembaraan Imam Syafie (IS) kehidupan IS juga tidak mendapat kasih sayang pelukan seorang ayah kerana ayahandanya telah meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan, pada ketika awal kehidupannya, Makkah sarat dengan ilmu sehingga ada yang membuat bayangan bahawa setiap sudut masjid terdapat ulama' yang menyampaikan kuliah dan pengajaran,

ibundanya dengan inisiatif untuk menghantar IS ke Makkah untuk mendalami bidang keilmuan, sahabat ana pernah mengingatkan bahawa jika ingin melanjutkan pelajaran teruskan sahaja tanpa memikirkan soal yuran dan seumpamanya kerana ulama' silam serta tokoh-tokoh ilmuwan yang berjaya hari ini juga telah melalui saat getir sedemikian, buktinya IS tidak memiliki kewangan untuk membayar yuran, namun gurunya tidak sanggup untuk mematahkan semangat kecintaannya pada ilmu, walaupun beliau tidak mampu membeli kertas namun itu bukan halangan untuknya menbuat salinan pengajaran, IS telah menjadikan pelepah tamar dan tulang unta untuk membuat salinan sebagaimana murid yang lain, malah dengan keadaan tersebut juga beliau tetap ingin berguru dengan Imam Malik,

sebelum bertemu Imam Malik, beliau telah pun menghafal kitab al-muwatta' karangan Imam Malik, ketika bertemu dengan Imam Malik, IS diminta untuk mengikut kuliah sebagaimana biasa namun IS meminta Imam Malik untuk mendengar hafalan kitab al-muwatta' dan jika bacaan hafalannya baik maka beliau berharap untuk berguru terus dengan Imam Malik, suatu kisah yang ana tertarik ketika makan malam, khadam Imam Malik ingin membasuh tangan IS dahulu namun ditarik oleh Imam Malik dan berkata bahawa tuan rumah perlu didahulukan sebelum tetamunya, kerana kemusykilan tersebut, IS terus bertanya bahawa bukankah tetamu lebih dituntut untuk dimuliakan oleh tuan rumah, pertanyaan tersebut bukan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Imam Malik namun ia kerana sifat cinta dan ingin tahu yang membuak dalam dirinya,

jawab Imam Malik?
dengan sebab kemuliaan tersebut maka tuan rumah perlu membersihkan tangannya terlebih dahulu agar dapat melayani tetamu, di samping itu ia juga bagi mengurangkan rasa malu tetamu untuk menjamu makanan yang terhidang,

tanya pada diri kita, berapa kitab telah hafal? mungkin termasuk ana masih terkedu jika mendapat soalan tersebut, lagi satu kisah yang menarik pembacaan ana apabila IS mempelajari ilmu filsafat,

 kisahnya bermula apabila IS dipesani agar tidak mendekati orang yang mempunyai bonggol di belakang badannya serta berjalan tempang,

suatu hari IS bermusafir lalu bertemu dengan personaliti yang dikhabarkan, lalu bagi menguji kebenaran ilmu filsafat maka beliau meminta izin orang tersebut untuk bermalam dirumahnya semalam sebelum meneruskan perjalanannya, dengan hati terbuka IS dilayan dengan baik, makanan yang enak dihidangkan, bilik yang luas disediakan, tunggangannya diletakkan di kandang yang bersih, sehingga terdetik dihati IS bahawa orang yang dikhabarkan adalah baik dan mulia, namun setelah paginya, IS memberitahu tuan rumah bahawa beliau ingin meneruskan perjalanan dan meminta izin untuk meninggalkan rumahnya, malah dengan akhlak mulia IS berkata

"jika engkau ke Makkah, singgahlah di rumahku, tanyakan rumah muhammad bin idris pasti mereka menunjukkan rumahku" katanya sebelum pergi namun alangkah terkejutnya beliau apabila tuan rumah meminta bayaran terhadap semua perkhidmatan yang diberikan seperti bilik, kandang tunggangan, makanan dan seumpamanya, selepas membayar bayaran tersebut, maka detik hati IS membenarkan keagungan ilmu filsafat,

wallahua'alam bissawab

Monday, November 26, 2012

Mylovely Hlovate

Simple Hlovate

ana mula kenal karya Hlovate dari ZsaraSzara, sejujurnya ana tak pernah khatam novel walaupun novel tersebut berkali-kali dijadikan movie, dan ramai yang berpendapat novel itu novel ini se-best- mana sekalipun, ana takkan khatam baca, paling kurang ana akan skip page or tanya ja pada kawan tentang jalan cerita tersebut, faktor utama ana menolak novel sebagai bahan bacaan adalah kerana "love fairy tale", kebanyakkan novel berkisar tentang cinta dan jiwang karat, that's not me actually, but one day..

"try baca novel ni *hlovate* islamik gak tak dak cintan-cintun sangat pun" katanya
"sama ja, ko sendiri pun jiwang sentimental ja" balasku tapi senyap-senyap bosan, lastly tergoda juga untuk baca

first novel yang ana buka adalah Hlovate yang dimaksudkan berjudul aA+ bB, memang best tapi hek eleh kan dah kata, jiwang juga..so ana stop and never take it again, but semua buku dah dibuka tinggal satu ja lagi iaitu Hlovate berjudul 5 Bulan 5 Tahun, kali ni walaupun tentang story love ana bertekad untuk positif sekejap, akhirnya ini adalah rekod baru dalam sejarah hidup bila mana telah berjaya menghabiskan setiap helaian novel tersebut, bermula pada rekod tersebut ana baru terasa bahawa benar pendapat beliau, by the way novel tersebut juga kreatif sama selera dengan ana, lihat saja tajuk yang ditempelkan pada karya, jadi ana kumpulkan semua karya beliau, rasanya khatam berkali-kali pun tak pa,

walaupun ana dah cemar duli untuk memiliki novel tapi seriously ana hanya memiliki koleksi penuh karya Hlovate, yang lain tidak berminat, tapi satu novel yang ana terpanggil juga bila mana Fatimah Syarha melancarkan satu quote pada kulit novel "sebarkan cintamu" iaitu sebuah novel tauhid, aik? belum pernah jumpa versi ni, jadi ana beli dan alhamdullillah tak rugi sebab luas sangat perbincangan dalam novel tersebut, malah sedikit sebanyak menenangkan tentang cinta supaya tidak terlalu keras tapi perlu tegas,



VERSUS
baru-baru ni ana berkesempatan untuk meluangkan masa membaca satu lagi novel Hlovate yang ana bawa dari kampung, judulnya versus atau sebagaimana yang kita faham maksudnya adalah lawan, biasanya dalam kes perundangan, dalam sukan, atau dalam any competition dengan singakatan yang lazim -vs- thats mean versus, lawan dalam novel bukan menjurus kepada sukan or something like that tapi tentang versus = mujahadah untuk konsisten pada perubahan, dan versus dengan nafsu untuk mengenepikan perasaan dengan cara yang sahih,

"versus yang paling susah adalah versus perasaan sama ada AO (Ashraff Omar) atau (Minn Edina)"

 itu hanya diakui oleh AO dan situasi Minn pada babak akhir novel sebaliknya dari awal banyak menceritakan tentang versus dengan diri yang mahu berubah daripada jadi princess ed'sassin kepada Minn, dunia skateboard adalah perjuangan yang besar untuk ditinggalkan tambahan pula apabila ia sudah sebati dalam hari-hari kehidupan, ana suka sikap Minn yang keras terhadap diri sendiri demi untuk membenarkan versus tersebut menang di pihaknya,

ok stop simple komen tentang versus, sebab rasanya dah ramai buat sinopsis tentang novel ni,

HARAPAN
kepada Hlovate, ana sedang menanti karya terbaru anda, jangan letak jawatan lagi sebagai novelis, sebab susah nak dapatkan kreativiti novelis yang tidak jiwang, *hehe*

Wednesday, November 11, 2009

sultan Muhammad al-Fateh vs Konstantinopel

baru sahaja ana khatamkan sebuah novel sejarah Islam..dari semalam lagi ana baca tapi baru subuh ni

bis..sekarang jam menunjukkan kol 3.58a.m..apa yang ana nak kongsikan dari novel ni ialah tentang perjuangan sultan Muhammad al- Fateh yang merupakan pengganti kerajaan Uthmaniyah selepas kemangkatan ayahandanya sultan Murad..semasa umur baginda 19 tahun takhta kerajaan Uthmaniyah telah diserahkan di atas bahu sultan Muhammad al-Fateh..mengenai kota Kontantinopel pula adalah jiran kepada kerajaan Uthmaniyah dan yang menarik bagi kerajaan Konstantinopel ni ialah Rasullullah pernah bersabda bahawa kota ni akan ditakluk oleh seorang sultan yang adil dengan tentera yang baik dan rakyat yang baik..semenjak dari tertubuhnya kerajaan Uthmaniyah telah banyak usaha dilakukan bagi menakluk kerajaan Konstantinopel namun tidak berhasil..meskipun demikian kekuatan iman mengakui bahawa hadis Rasullullah tiada yang menipu dan kebenarannya pasti berlaku..kelahiran sultan Muhammad telah dinanti oleh sultan Murad sekian lama sehingga pada suatu hari sultan Murad bertemu dengan seorang ulamak iaitu syeikh Bayram dalam pengajiannya..syeikh Bayram menyatakan bahawa Konstantinopel pasti akan menemui kemusnahannya namun bukan pada ketika pemerintahan sultan Murad sebaliknya anaknya yang berada dalam kandungan isteri baginda ketika itu...sultan Murad bergegas menemui isterinya dan bertanya hal demikian..isterinya mengakui bahawa sedang mengandung 3 bulan..berikutan peristiwa itu sultan yang mulia tadi melantik syeikh Bayram menjadi penasihat baginda..



kehidupan sultan Muhammad sebelum menaiki takhta

seperti kanak- kanak biasa, sultan Muhammad turut suka bermain bersama kawan sebaya dengan sehingga berumur 5 tahun, ayahanda mula untuk melatih anaknya dengan keilmuan sekaligus merupakan persediaan pada masa akan datang..pada awalnya sultan Muhammad tidak berminat sehingga dia dirotan oleh seorang syeikh dan akhirnya sultan Muhammad sedar serta berminat untuk mendapat pendidikan dibawah asuhan syiekh Bayram dan anak muridnya..baginda bukan setakat diajar mengenai pelbagai cabang ilmu agama malah ilmu ketenteraan daripada pak ciknya iaitu Panglima tarthan turut diberikan..keupayaan baginda sentiasa diasah agar hasrat untuk menakluk Konstantinopel terus mencapai kejayaannya..setelah usia menuntut masanya, sultan Murad berhijrah ke Pulau Magnesia dan menyerahkan tampuk pemerintahan pada anaknya..dalam masa penghijrahan tersebut, syeikh Bayram meninggal dunia dalam keadaan sujud..(ada fitnah yg berlaku pada part ni..nak tau?baca la..hehe)


kehebatan baginda
walaupun di usia yang muda, sultan Muhammad amat cerdik dan bijak dalam memerintah kerajaan Uthmaniyah..baginda sentiasa memastikan dirinya berada dalam keimanan supaya segala pujuk rayu serta rasuah dari pihak musuh tidak mengoyahkan jiwa muda baginda..penaklukan kota Konstantinopel bermula dengan strategik membina benteng bagi menghalang pedagang masuk ke kota tersebut..walaupun benteng itu pernah berjaya dirobohkan oleh raja Konstantine namun pembinaannya terus dilakukan siang dan malam sehingga akhirnya benteng itu menggerunkan kerajaan Konstantinopel..strategi seterusnya membebaskan Urban iaitu seorang tawanan yang mahir dalam mencipta alat perang yang canggih iaitu meriam yang mampu menyerang dari jarak jauh..pembebasan Urban adalah melalui terowong bawah tanah yang telah digali..strategi yang ketiga..membahagikan kepada 5 kumpulan yang datang dari arah yang berlainan dan melalui jalan yang jarang menjadi laluan..yang seterusnya..merobohkan benteng kota Konstantinopel dengan meriam Urban..dan yang paling penting ialah sultan Muhammad seringkali menjadikan strategi peperangan Rasullullah sebagai modul dalam perancangannya..toleransi dengan tawanan dan musuh memikat ramai ramai kota tersebut serta sekitarnya memilih berada dalam naungan kerajaan Islam..malah kejayaan baginda dalam menyemarakkan semangat jihad dalam kalangan tentera juga adalah suatu usaha yang membantu dalam penaklukan kota ini.



akhirnya...Konstantinopel berjaya ditawan dengan kematian Panglima Ardogan yang telah menggantikan raja Konstantine yang telah mati..ops lagi satu part yang menarik..

Abu Ayub al-Ansari
beliau menyertai perang menakluk Konstantinopel semasa zaman pemerintahan sultan Murad dan telah syahid dalam peperangan tersebut..beliau berwasiat bahawa mayatnya ditanam berdekatan dengan kota tersebut..wasiat tersebut ditunaikan bersama amaran kepada penduduk tersebut yang berani membuat kacau pada kubur tersebut..kubur tersebut telah dialihkan banyak kali dan pernah menjadi tempat pemujaan penduduk setempat sehingga akhirnya dialihkan pada tempat yang dinamakan Taman Larangan..setalah menakluki kota tersebut sultan Muhammad tidak lupa untuk mencari kubur sahabat Rasullullah tersebut dan baginda menemui ilham melalui mimpinya..mayat Abu Ayub al-Ansari masih elok biarpun telah bertahun lamanya..


kesimpulannya..novel ni memang best tuk dibaca kerana ia adalah kejadian yang benar..dan mampu memahamkan kita mengenai kehebatan sultan Muhammad al-Fateh..ana terpikat memilih novel ni walaupun ana sememangnya tak minat baca novel salah satu sebabnya..ustaz sering ceramah dan kaitkan dengan nama ini..so memang hebat sultan ni..dapat didik rakyat dan tenteranya..ana nak cterkan semestinya panjang lagi tapi ana ringkaskan yang amat ringkas..kematian sultan Muhammad pada usia 49 tahun kerana telah diracuni..alfatihah kepada baginda
wallahua'alam

MyEm0.Com

Friday, October 16, 2009

belajar dari dua UMAR


dah lama rasanya tak posting pasal buku kat maktabah ana ni...ana pilih buku ni sebab Umar Ibnu al- Khattab dan Umar bin Abdul Aziz antara sahabat yang hebat dan dikagumi semasa pemerintahan mereka dalam dunia Islam...tapi terus terang ana katakan buku hasilan karya Tuan Guru Nik Aziz turut diselitkan kepolitikan yang berlegar pada masa sekarang..walaupun tajuk buku ni dibawh nama dua sahabat atas nama yang sama iaitu UMAR namun isi atau kandungannya banyak dikisahkan pada zaman Rasullullah s.a.w iaitu ketika pembinaan negara di Madinah serta proses ke arah Fath Makkah yang turut melibatkan perang badar, uhud, khandak atau ahzab dan juga peristiwa penghijrahan umat Islam untuk kali keduanya dan kali pertama kepada Rasullullah..hal ini kalau kita perasan pada sirah semasa dakwah di Makkah, Rasullullah pernah menyuruh umat Islam supaya berhijrah ke Habsyah kerana tekanan yang dialami di Makkah oleh kaum Quraisy..namun pada ketika penghijrahan tersebut, Rasullullah tidak turut serta melainkan hijrah kali pertama baginda iaitu ke Madinah selepas perjanjian Aqabah..walauapapun ana nak pulangkan pada tajuk asal buku ni iaitu hanya perkaitan dengan kehebatan dua nama UMAR ini..Tuan Guru mengaitkan pada sifat kezuhudan dan sederhana keduannya dan mementingkan rakyat melebihi diri sendiri..ada satu kisah yang diceritakan dalam buku ni iaitu berkenaan Umar al-Khattab yang menolak hadiah yang berupa makanan yang amat sedap dalam negeri Azerbaijan yang diberikan oleh gabenor negeri tersebut dengan harapan supaya khalifah Umar bergembira dengannya namun malangnya khalifah telah menolak hadiah tersebut dengan alasan bahawa makanan ni perlu dirasai oleh rakyatnya juga..jika rakyatnya kekenyangan maka dialah yang terakhir merasakan kenyang tersebut dan jika rakyatnya kelaparan maka dialah yang pertama akan merasainya.....disamping itu pengajaran yang disebutkan oleh pengarang ialah berkaitan dengan mengampu pemerintah..sememangnya gabenor tersebut tidak berniat demikian namun hal ini akan menimbulkan rasa berbelah bahagi pada khalifah jika terjadi sesuatu perkara yang perlu diputuskan dan melibatkan negeri tersebut di samping menolak sifat mudah diampu serta ketegasan beliau dalam pemerintahan..jelasnya semasa pemerintahan Umar, Islam bukan sahaja berkembang malah perubahan terhadap kemajuan ekonomi dan pelbagai keluasan jajahan makin ketara..kekuatan Islam menular seluruh pelusuk tanah arab...
kata- kata ibarat yang menarik untuk dikongsi ialah Tuan Guru menyifatkan bahawa pemimpin seperti pengembala iaitu merujuk kepada situasi seorang penggembala perlu membawa gembalanya ke padang yang luas dan memastikan gembalanya tidak kelaparan di samping sentiasa memerhatikan keselamatan setiap satunya semua dibawah pemerhatiannya...
ketegasan Umar juga pada 70 orang tawanan dari perang Badar..Umar mencadangkan tawanan tersebut dibunuh namun Rasullullah menerima cadangan Abu Bakar yang mencadangkan supaya dibebaskan dengan bayaran tebusan....akhirnya wahyu mengiyakan cadangan Umar tersebut dibawah ayat surah al- anfal: 67-68


seterusnya Umar bin Abdul Aziz yang merupakan khalifah ke-8 pada zaman Umayyah...sebagaimana kezuhudan yang dipaparkan pada sifat Umar al- Khattab, kesederhanaan Umar Abdul Aziz terbukti apabila beliau menolak untuk menaiki kenderaan yang dihadiahkan sebagai tunggangan yang lebih selesa namun beliau tetap memilih keldai yang biasa jadi tunggangannya tanpa mempedulikan hadiah tersebut..selain itu beliau juga menolak untuk mempunyai bodyguard kerana sentiasa menggangap dirinya adalah sama dengan yang lain cuma diuji dengan amanah yang besar...beliau sangat berhati- hati dalam menggunakan harta rakyat misalnya beliau telah menutup lampu ketika menyambut kedatangan anaknya...begitulah kejujuran yang dilatih Islam kepada pemimpin produk agama ini...

kesimpulannya..fahamilah kata- kata yang mungkin idea pengarang yang mana ana fikir agak kreatif untuk diabadikan dalam isi posting kali ni...iaitu ABIS...maksudnya ASAL BAPAK IBU SENANG....kata- kata ini merujuk kepada situasi pemimpin bukan family..pengarang cuba untuk menegaskan bahawa rakyat perlu dipentingkan berbanding keutamaan pemimpin sebagaimana yang ditonjolkan oleh kisah dua UMAR tadi...masyaALLAH...hebat pejuang ini..apakah masih ada kelak kelahiran kedua?
wallahu'alam



cover buku tersebut

Sunday, October 4, 2009

terjemahan MUKADIMAH IBNU KHALDUN terbitan DBP

pastinya yang pernah mempelajari sejarah akan terjumpa dengan nama kitab karya IBNU KHALDUN yang amat popular ni iaitu M _ k _ D _ _ _H....ana terjumpa buku ni rupanya telah dibuat terjemahan ke dalam bahasa melayu so apalagi kita wat la posting kat blog..tebal gak la buku ni..letih gak nak baca..tapi sebab nak tau gak apa yang menarik buku ni sampai popular tak terbatas sedangkan dah lama dihasilkan..ada 6 bab dimuatkan dalam buku ni dan ana nak postingkan bagi setiap bab sebab dalam setiap bab tu plak dibahagikan terjemahan mengikut pendahuluan..yelah nak terjemah ni bukan mudah kena kaji gak sumber2x yang dinyatakan takut bawak maksud len mengikut uruf ka...papun terima kasih diucapkan kepada DBP sebab amik langkah drastik untuk menterjemahkan buku yang sepatutnya diselongkar oleh orang- orang kita...
kat cni juz cerita skit2x tentang buku ni..da 880 mukasurat, telah diterbitan pada tahun 2000 oleh kakitangan DBP sendiri...

BAB SATU : peradaban manusia secar umum
BAB DUA  : peradaban badwi, bangsa- bangsa dan kabilah- kabilah luar, serta keadaan- keadaan kehidupan mereka termasuk beberapa keterangan dasar dan kenyataan penjelasan.

BAB TIGA  : dinasti, kuasa raja, khalifah, pangkat dalam kerajaan dan segala sesuatu yang berhubungan dengannya.

BAB EMPAT  : negara dan kota serta semua bentuk peradaban
BAB KELIMA  : tentang pelbagai aspek kehidupan seperti keuntungan dan pertukangan
BAB KEENAM  : pelbagai macam ilmu pengetahuan, metode- metode pengajarannya, keadaan serta yang terjadi sehubungan dengan itu.


itulah yang tersenarai dalam isi kandungan bab yang akan diringkaskan dan diharapkan Allah akan tajamkan kefahaman ana dalam penerangan yang ingin disampaikan sebab ana posting hanyalah bertujuan untuk buku ni diabadikan dalam blog ana..klu nak beli jadikan koleksi peribadi aduhai lambat la lagi jadi ana wat la inisiatif macam...sekurangnya ana dapat merasai kehebatan karya unggul dalam sejarah ni..insyallah..

Wednesday, September 9, 2009

tabarruj @ bersolek

090909, rabu, 3pm- arini nak posting tentang buku yang bertajuk tabarruj atau bersolek, ana pinjam lama dah buku ni tapi ntah napa tak cukup masa untuk khatamkannya..alhmdullah arini ana nak posting kan sebagai ulasan dengan kefahaman yang ana dapat dari pembacaan ana..
ana tak dapat nak tangkap image cover buku ni buat masa sekarang sebab tak jumpa ana punya web cam..tak palah ana akan posting image nya kemudian..
buku ni dikarang oleh NI'MAT SIDQI dan diterjemah oleh KAMALUDDIN MUSTAFA (fakulti bahasa dan kesusasteraan arab)  terbitan DEWAN PUSTAKA FAJAR, Kuala Lumpur..
tabarruj adalah mendedahkan kecantikan rupa paras samada kecantikan itu di bahagian muka atau di bahagian anggota badan...al-Bukhari mendefinisikan tabarruj sebagai seorang wanita memperlihatkan kecantikan rupa parasnya..ayat surah an- nur: 31 menunutut kita dengan tegasnya untuk menyembunyikan perhiasaan di anggota badan atau pakaian kerana boleh membawa fitnah..dengan inilah terbuktinya larangan ber make- up yang berlebihan sehingga seolah- olah ingin mempamerkan perhiasan dan kerana itulah seruan tuntutan ni dibuat ke atas seruan "wanita beriman"...sukar untuk wanita yang sememangnya suka pada kecantikan dapat menghalang dirinya dari ber make-up biarpun mereka sedar bahawa make- up tersebut hanyalah palsu dan sementara kelihatan pada diri..kadangkala wanita sering mengalami kecelaruan untuk meletakkan dirinya di bawah gelaran wanita beriman yang menerima seruan atau sebaliknya...ana bagi contoh, rambut disanggul dan didandan seindah mahkota kemudian dipakaikan tudung padanya..kononnya untuk menutup aurat dengan memakai tudung namun sanggulan tadi tetap kelihatan pada zahirnya...cuba renungkan semula..tutup aurat untuk mentaati perintah Allah atau untuk mendapat gelaran sebagai wanita beriman dari bibir insani?
ana nak selitkan kat cni tentang pepatah yang kita selalo dengaq "dari mata turun ke hati" dan satu situasi iaitu sebelum kita memilih makanan pastinya mata menjamah makanan tersebut sebelum lidah merasainya..jika sedap pandangan mata maka pasti hati mengiyakan untuk lidah merasanya....ana bukanlah berniat lain melainkan untuk menekankan bahawa pandangan mata itu amat penting dan berpengaruh...kerana itulah wanita beriman dan lelaki beriman diseru agar menundukkan pandangan...sekiranya berhias pastilah kelihatan cantik lagipun memang itulah matlamat konsep tabarruj ni...adakah syahwat manusia itu terbatas? jika benar nafsu syahwat manusia terbatas dengan cukup melihat kecantikan halal yang dimiliki oleh seorang isteri pastinya tidak berlaku pengkhianatan rumahtangga dan penceraian...
banyak persoalan yang dibangkitkan untuk mendorong kita berfikir semula..'free show"..itulah yang diibaratkan oleh penulis untuk menggambarkan mengenai wanita yang gemar tabarruj..kelompok ini secara logiknya sanggup menghabiskan wang untuk membeli alatan make- up (maknanya dalam kuantiti yang banyak dan melampau) untuk menjadikan diri tatapan mata manusia lain..murahnya diri..sedangkan tangan yang mengoncang buaian mampu mengoncang dunia tapi mengapa dimurahkan harga perhiasan diri? ana tertarik dengan kata- kata seorang sasterawan Perancis
"- secantik- cantik gadis ialah gadis yang tidak menyedari kerupawanannya-"

berpakaian gaya Islam seperti bertudung dan berbaju labuh adalah melambangkan kualiti wanita Islam tersebut sebagai wanita yang memahami agamanya dengan baik bukan dengan sekadar Islam keturunan sahaja...janganlah takut dengan ejekan wanita lain dengan pakaian gaya Islam yang kita tonjolkan kerana percaya dan yakinlah pada kata Allah s.w.t dalam surah al-mutaffifin ayat 29- 30 yang bermaksud:

"sesungguhnya orang- orang yang berdosa adalah mereka yang mentertawakan orang yang beriman dan apabila orang- orang beriman lalu di hadapan mereka, mereka mengherdip mata mereka"
ana pun da pengalaman dalam mendengaq ejekan ni..biarpun ia mungkin dianggap oleh orang lain sebagai gurauan tapi ia terkesan dalam diri ana...ana tak berniat untuk mendedahkan rahsia tapi untuk pengajaran yang membaca..apabila ana mendengar ejekan tersebut..ana menangis dan ana kuatkan langkah ana dengan membawa keyakinan bahawa "ini adalah bumi ALLAH dan ALLAH adalah pencipta dan mengatur segalanya, apa yang perlu ana takutkan jika ana buat adalah benar- benar suruhan dari- NYA...berani kerana benar dan takut kerana salah"
tapi kata- kata itu hanya berdiri teguh di hati tidak terucap dengan lisan kerana ana takut akan menyinggung perasaan sahabat ana dan mungkin akan membuatkan mereka menjauhkan diri dari ana...masyallah susah untuk melaksanakan dakwah..hanya yang ana mampu adalah memberi contoh sebaik- baik tauladan walaupun kadangkala diri ini terlupa dan hanyut dibawa arus leka dan lagha....doakanlah ana dapat kekalkan niat dan sentiasa teguh keimanan..
akhiru kalam..ana ingatkan diri ana dan juga wanita- wanita sekalian bahawa Rasullullah pernah menceritakan bahawa penghuni neraka kebanyakannya adalah wanita..peliharalah dirimu..dan didiklah anakmu dengan jalan yang benar mengikut landasan Islam..segala tulisan dalam ruangan adalah dari buku yang telah ana jelaskan pengarangnya....sekiranya ada pencanggahan atau seumpamanya....perbetulkanlah kerana pengarang juga adalah manusia..tapi yang ana highlightkan dengan colour biru tu adalah pengalaman ana dan bukanlah niat ana untuk berlagak baik atau seumpamanya tapi sekadar kekuatan dan peringatan pada diri dan jua muslimah kini..wallahu a'lam


antara image cover buku yang ana maksudkan..ia hanyalah sebagai bukti bahawasanya ana hanya copy and paste input from it...
 
wallahua'alam

Wednesday, September 2, 2009

beauty tears

310809, 4pm, monday- today is national day or we called malaysia birthday..so nice and praise to rabbi with this gift for my lovely country
dah 52 tahun kita merdeka..sekarang dah sampai ke perdana menteri yang keenam...kalimah RAHMAN sudah sampai hujungnya..
R- tunku abd razak,
A-tunku abdul rahman putra al- haj,
H- hussien onn,
M- mahathir mohammmad,
A- abdullah ahmad badawi,
N- najib tun razak..namun doaku agar merdeka ni bukan pada nama sahaja, namun malaysia mampu jua mengekalkan kemerdekaan ini untuk generasi akan  datang..
buku kat sebelah ni, sebagaimana yang terlihat tajuk dan penerbit serta covernya sekali..buku ni adalah hasil karya insan yang bernama HASAN BIN MUHAMMAD BA'MU'AIBID tapi telah diterjamahkan oleh MOHD BASRI BIN YUSOF..
ana pilih buku ni sebab ia adalah sesuatu yang normal berlaku pada manusia samada ketika gembira atau sedih pasti air mata adalah saksi yang paling utama dan kata- kata adalah saksi sokongan..dalam buku ni ditekankan bahawa air mata berfungsi sebagai alat cleaner kerana kajian mendapati air mata mengandungi beberapa peratusan racun yang keluar dari tubuh, air tersebut juga dapat meneutralkan racun yang mengakibatkan ketegangan saraf yang mana penyakit ni berkait rapat ngan unsur- unsur ketegangan jiwa@tensen..sebabnya bla kita tensen, bnyak hormon akibat ketegangan psikologi, so bla air mata keluar, hormon- hormon tadi dapat dibebaskan keluar bersama lelehan air mata.ada yang buh pendapat kata air mata lebih diperlukan daripada protien sebab air mata juga dapat memberi keseimbangan kimia dalam tubuh..bla dah da cleaner mestilah jadi bersihkan so air mata ni secara tak langsung dapat memelihara kelembutan mata individu tu..
so korang jangan malu nak nangis klu dah memang terasa nak nangis..sebab klu korang tahan air mata tu maknanya korang ngah kumpul racun dalam badan, dalam buku ni tak menafikan yang antara penyebab umur wanita lebih panjang berbanding lelaki adalah kerana wanita boleh menangis sebanyak 64 kali setahun sedangkan lelaki hanya 17 kali sahaja...e2 pun klu terdesak agaknya..buang jelah tanggapan atau mitos yang kata menangis menunjukkan kelemahan seseorang..ni adalah sebahagian daripada terapi kimia untuk cegah penyakit contoh penyakit saraf, radang usus, dan luka di perut (diceritakan dalam buku ni)..
nak amik point kat pandangan ibnu qayyim yang da selitkan pasal tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada akhirat kelak yang mana pada masa tu tiada naungan lain melainkan naungan- Nya iaituseorang lelaki yang berzikir kepada ALLAH s.w.t di tempat yang sunyi lalu kedua- dua matanya dibasahi oleh air mata...Rasullullah sendiri sering disimbah air mata apabila mengenangkan nasib umatnya..jadi tangisan atau lelehan air mata tu tak dak kaitan langsung ngan kelemahan seseorang..tapi macm mana plak klu nangis sebab takut ngan orang?tak penah berlaku kot, yelah nak watpa takut kat orang?eh ni lari tajuk dah ni..ok patah blek~ ~ ~


TANGISAN PADA PRESEPSI KAUM ADAM

memang susah kan nak tengok lelaki nangis biarpun dah lama kita kenal dye, tapi ana penah tgk kawan ana nangis sebab kena marah ngan cikgu sejarah, bukanlah dye nangis di khalayak ramai, ana yang ternampak..tapi pastu ana diamkan diri jelah takkan nak pujuk plak...fuh fitnah besaq tu..sedih gak tgk kawan ana tu masa tu, mungkin terasa ngat ngan kata- kata cikgu tu..ana pun selalo gak terasa ngan cikgu tu tapi ana tak endahkan sangat perasaan tu, lelaki diciptakan mempunyai sikap dan segalanya lain dari perempuan termasuk la perasaan..sejak kecik diorang dididik dengan didikan ke arah untuk jadi seorang yang kuat dan tabah sehingga menangis pun disekat dan dianggap sebagai suatu kecacatan..kat mana- mana negara pun sama, samada barat ataupun timur..rupanya presepsi tu sama ja, memang susah klu nak ubah..tapi ana nak amik pandangan HANIYA AL-KHALIDI (ntah sapa ntah, tak tuleh plak)..katanya, lelaki jangan halang tangisan walaupun dunia berpandangan serong pada situasi ni, tapi jangan la biarkan hati menjadi keras sehingga tiada tersuntik sedikit kepekaan perasaan..benarlah kata seorang doktor jiwa, DR MUNDZIR AL- BADRI.. 
"air mata lelaki jarang ditemui kerana lelaki tidak mampu berhadapan dengan goncangan jiwa dengan masalah kemanusiaan atau mengatasinya dengan perasaan sebaliknya cara mereka ialah dengan melakukan perkara yang bertentangan dengan rasa kesedihan"
walaucamnapun, lelaki tu tetap manusia yang ada fitrah perasaan sedih, suka dan sebagainya..

 oleh itu, klu tak nangis sekalipun dalam hidup dye bukan bermaksud dye seorang yang kuat tapi lebih tepat klu kaitakan dengan berapa besar dye mampu meluahkan watak kejiwaannya?


ana nak selitkan content yang tercatat pada buku kecil ni, tangisan yang paling mahal adalah tangisan mak..klu kita biarkan ibu kita menangis kerana sedih dengan perangai atau kelakuan atau segalanya yang kita lakukan yang mendatangkan rasa pilu pada hati maka jauhlah diri kita dari rahmat Allah dan keredhaan YANG ESA pada saat itu, ana ingtkan diri ana supaya banyak diamkan diri lebih baik dari meluahkan perkataan yang mampu menyinggung ibu kita...semoga kita menjadi anak yang soleh 

Thursday, August 27, 2009

disebalik kata itu..??

"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik dari khadijah.".
 .luahan kata ni lahirnya dari seorang insan yang agung kedudukannya dalam Islam..masyallah, apa agaknya yang khadijah lakukan sehingga mampu memiliki kata tu untuknya..
ana bukan reka cerita atau buh pendapat sendiri tapi ini adalah coretan hasil bacaan dari buku yang bertajuk
"Khadijah cinta abadi kekasih Nabi" karya Dr.Muhammad Abdul Yamani. ana tersentuh bla tengok tajuk ni..apatah lagi membaca isinya..terasa indah hati khadijah dan sukarnya untuk menyamai kekuatan itu..sebelum perkahwinan Khadijah bersama Nabi Muhammad s.a.w, khadijah seringkali diberikan isyarat didalam mimpi2xnya misalnya dia sentiasa luluh dalam cahaya putih yang pantulannya membawa kemenangan yang seiring ngan kepercayaan dan keyakinan...lalu beliau pergi berjumpa dengan sepupunya yang bernama waraqah bin naufal..bagi mendapatkan nasihat yang juh dari budaya paganisme (menyembah berhala) pada masa itu..
"ini adalaha berita gembira wahai puteri bapa saudaraku, sesungguhnya mimpimu ini adalah petanda Allah akan memuliakanmu dengan cahaya yang masuk ke rumahmu" kata waraqah


hadirnya Nabi Muhammad s.a.w membuka hijab pintu hati wanita ini setelah banyak pinangan ditolak..melalui maisarah dan nafisah dengan redha serta izin Illahi bersatu la hati kedua insan mulia ini dibawah sebuah ikatan..mengapa khadijah jadi pilihan?
perkahwinan antara kedua- dua insan ni adalah takdir dan campurtangan dari Allah..setelah khadijah menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri baginda s.a.w, setulus hati Rasullullah menerimanya kerana keperibadian serta segala keistimewaan yang sukar ditemui dari wanita lain terlabel pada wanita ini...termasuklah mempunyai sifat2x terpuji yang mampu menjadi pendamping terbaik untuk baginda s.a.w dalam menjalankan dakwah Islamiah.
buktinya, semasa kematian putera beliau yang bernama al- Qasim..ibu mana yang tidak pilu dan sedih apabila air susu yang berbaki masih belum sempat dihabiskan tapi ajal sudah menjemputnya dan jemputan itu adalah pemergian yang tiada kepulangan...melihat keadaan khadijah, Rasullullah memujuk isterinya dengan pelawaan untuk mendengar suara al-Qasim dari dalam syurga jika khadijah mahukannya..setelah mengetahui keadaan anaknya...khadijah menolak untuk mendengar suara itu kerana keyakinan pada Allah dan khabar gembira dari suami tercinta..
mampukah kita?orang yang kita sayangi dan apabila dengan khabar sahaja dapat memuaskan hati bahawa orang yang kita sayangi dalam keadaan baik?




khadijah berusaha untuk menggembirakan dan menyenangkan hati Rasullullah dengan pelbagai cara samada melibatkan hartanya, dirinya, malah hidupnya jua digunakan untuk memenuhi sesuatu yang diinginkan suami tercinta.....antaranya, khadijah melihat Rasullullah seringkali berlaku lembut dan menghormati hambanya iaitu zaid bin harithah maka dihadiahkan zaid kepada Rasullullah, khadijah juga melayan Ali bin Abi Talib seperti anaknya sendiri ketika Rasullullah membawa Ali untuk dijaga oleh baginda bagi mengurangkan beban Abu Talib pada masa- masa sulit..khadijah tidak mengeluh sedikit pun ketika pemergian Rasullullah ke gua hira' untuk bertahanuth sebaliknya menyiapkan bekalan makanan dan minuman kepada baginda dan kadang- kadang khadijah menemani Rasullullah bertahanuth bagi melayani makan dan minum serta meneguhkan tekad dalam beribadah dan bertafakur....aduhai khadijah
semasa perlantikan sebagai nabi, khadijahlah yang pertama menerima ajaran itu serta mengamalkan segala practise bersama..Rasullullah mengajak khadijah menemui telaga zamzam untuk menunjukkan kepada khadijah cara berwudhuk kemudian memerintahkan khadijah melakukannya...kemudian Rasullullah solat bersama khadijah dengan cara yang diajarkan oleh jibrail....


290809, sabtu, 1039pm- sambung blek kisah kesetiaan seorang isteri serta keistimewaannya dalam perjalanan seorang jejaka agung..siti khadijah benarlah pendamping yang hebat, sabar bersama mengharungi liku- liku tohmahan yang dilemparkan, biarpun usia semakin melanjut namun jika suara panggilan nabi padanya tidak sekali dia abaikan pasti dia usahakan untuk memenuhinya agar dakwah kenabian terus berjalan disamping dia dapat menaburkan cinta baktinya pada suami tercinta serta Islam..setelah terlerainya pemulauan oleh suku quraisy kepada dakwah Islamiah, ketika itu umur khadijah sudah mencapai 65 tahun..wanita ini syahid bersama semangat jihad yang tak pernah pudar walau seminit semasa hayatnya..tahun itu adalah tahun kesedihan..
ada satu part yang memang terasa nak nangis dan jeles ngan khadijah...ketika mana Rasullullah berjaya menakluki Mekah..sebelum tiba di Mekah, baginda teringatkan wanita mulia ini lalu baginda telah mendirikan tenda di abthah di mana terletaknya makam khadijah..beliau berdoa dan memohon keampunan untuk isterinya...seolah- olah perilaku nabi itu meluahkan
"setiap kali berasa susah atau kesulitan lalu aku datang kepada khadijah pasti dia membuatku lega dan masalahku lenyap"
sedihnya..
mampukah ayat tu ku dengar dengan ikhlasnya dari insan yang bergelar suami untuk diriku?
jauh fikiranku melayang mengenangkan kisah kesetiaan yang dipupuk oleh wanita ini, biarpun dia tahu susah dan sakit bersama Rasullullah tapi keyakinan dan kecintaan berlandaskan iman menolak semua rasa itu kerana kebahagiaan bersama suami tercinta untuk agama yang mulia adalah melebihi segalanya..
akhirnya, khadijah telah diangkat sebagai wanita yang mempunyai tempat istimewa di hati Rasullullah...
 ana akhiri kalam ni dengan sepotong hadis
daripada Aisyah, ada sebuah hadis dia berkata
"aku tidak pernah cemburu pada seorang perempuan pun seperti cemburuku kepada khadijah, walaupun dia meninggal dunia tiga tahun sebelum Rasullullah mengahwiniku. aku sering mendengar nabi mneyebut- nyebut nama khadijah. Allah juga memerintahkan Rasullullah menyampaikan berita gembira kepada khadijah tentang rumah kayu yang tersedia untuknya di dalam syurga. Rasullullah juga pernah menyembelih seekor kambing dan kemudian beliau membahagikan dagingnya kepada teman- teman khadijah"
                                                                hadis sahih bukhari