Showing posts with label Komentar. Show all posts
Showing posts with label Komentar. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Ustaz! Mu Tunggu Aku Datang




baru tadi selesai tonton "movie" yang menampilkan UAI-ustaz azhar idrus yang muncul dalam dua babak sahaja iaitu dalam mimpi dan babak terakhir yang memperkenalkan judul "ustaz!mu tunggu aku datang, sebelum ana tengok "movie" ni, banyak komen yang ana dengar antaranya tiada watak perempuan, jalan cerita yang baik, ada ustaz azhar, lawak, mungkin kisah pierre andre sendiri, serta penerapan tentang usaha yang dilakukan dalam tabligh pada masa kini

KOMENTAR
nak buat drama sendiri mungkin tidak jangka masa dan ketikanya melainkan drama swasta tak berbayar dan tak laku =)

tapi ana suka untuk mencari erti dalam setiap yang ana tonton termasuklah drama kali ni yang disertai oleh pendakwa popular, sinopsis kisah berkenaan dua orang sahabat Muiz dan Dadu yang telah jauh dari pengamalan cara hidup muslim, mereka dihalau oleh Abang Ramli kerana tidak mampu membayar sewa rumah serta kisah bermula daripada ibrah hamzah yang telah bertaubat, kemudian mereka berusaha untuk hadir ke kuliah UAI namun terlepas sekian kali kerana beberapa halangan seperti dituduh pembunuh, dituduh melakukan hubungan songsang, membantu pak cik yang sakit serta kereta tumpangan yang rosak, beberapa konflik dan masalah yang dihadapi seolah cuba memberi "hint" tentang isu-isu hebat yang melanda umat Islam pada masa kini,

boleh dikatakan juga drama ini cuba memberi penjelasan secara lisan dan lakonan tentang keadaan tersebut, bukan untuk dinilai tapi untuk difikirkan tahap kebaikan dan keburukan yang mungkin sering diperkatakan, ana tak pasti siapa yang menulis skrip tapi ana rasakan skripnya hidup dengan hemah

" budak kecil tu tolak wang seratus yang aku nak bagi, dengan katanya bahawa Allah telah berikan dia rezeki yang cukup untuk hari ni, Allah pinjamkan mata untuk bolehkan saya melihat, tangan dan kaki untuk bekerja mencari rezeki, bukan wang seratus tuan beri kehidupan saya wujud tapi dengan rezeki yang Allah" kata Ali menceritakan titik tolak penghijrahannya

lawak memang lawak,

MUIS:  1 marhalah tu jauh lagi ka?
DADU: ko tanya tanya tanya lagi?
MUIS: (diam)
Dadu teruskan perjalanan tak sampai 2 tapak
MUIS: 1 marhalah tu jauh lagi ka?
(sambung sendiri babak ni)
................
babak satu marhalah yang kreatif, ia jarang digunakan dalam mengukur jarak jadi ramai yang mengabaikan pengetahuan tentangnya, hampir 40 kilometer juga maksud kepada satu marhalah,


peranan watak Ali bagi menumpukan peranan tabligh, dalam drama tersebut cuba menyatakan pelaksanaan tabligh dan akiviti mereka antaranya tinggal di masjid dan berdakwah selama 40 hari, sepanjang hari cuba menerapkan sunnah, usrah dan pengisian sebelum berdakwah dari rumah ke rumah, adakalanya kena marah dan sebagainya, tak nafikan keadaan tu wujud di Malaysia dan ana seringkali nampak kelompok tabligh di kawasan bandar seperti puduraya, dan masa sekolah dahulu pun ana sering nampak mereka di masjid tapi ana tiada pengalaman didekati oleh golongan ini, walaupun begitu, ana pernah bertanya kepada seorang teman yang menyertainya, bagaimana mereka menghadapi mad'u perempuan?

memang masalah katanya, tambahan pula perempuan sekarang berani menggoda, kenyit mata sekali sahaja sudah menyebabkan mereka mengigil, masyaAllah
saya tak salahkan ia terus berkembang di Malaysia tapi ana berharap ia boleh dipandang tinggi juga sebagaimana kumpulan Rasullullah s.a.w, tiada yang dipinggirkan atau kurang difahami, ana juga bertanya sama ada dalam kumpulan tabligh terdapat wanita tabligh yang turut sama menjalankan aktiviti dakwah?
jawabnya, kumpulan perempuan hanya akan menyiapkan makanan dan tidak menyertai aktiviti,

lagi babak yang konflik apabila Muiz dan Dadu dituduh melakukan hubungan songsang, adakah keadaan sedemikian memang wujud? maksud ana, kawasan hutan dan semak samun atau taman yang dijadikan tempat khas melakukan hubungan songsang (GAY)?
lagi satu isu yang memang makin menular dan sukar dihapuskan adalah gay, bagi ana gay adalah pemusnah lelaki, peranan lelaki dan kelakian direndahkan dengan perbuatan nafsu inginkan lelaki, tiada generasi bijaksana dan utuh imannya dapat dibentuk jika yang banyak terpengaruh dalam gay adalah umat Islam sendiri,
dalam babak tersebut, mereka dimasukkan dalam penjara lalu Muiz dan Dadu dengan ilmu yang ada cuba mengajak mereka ke arah keinsafan tapi jelas tidak menunjukkan reaksi untuk menerima dan itulah realiti yang berlaku, tapi seperti yang ana pernah post-kan dahulu untuk membantu golongan gay berubah,
sebagai wanita, ana menyeru lelaki untuk kembali menjadi lelaki yang fitrah, kesal dan sedih hati ana mengenangkan kehinaan yang kalian pilih untuk kemuliaan yang Allah fitrahkan,

ROADBLOCK
baru-baru ni kali pertama kena tahan dengan polis, walaupun agak tak percaya, polis jangan tanya soalan yang tak mampu ana jawab
"macam mana saya boleh percaya?"
dalam skrip drama tersebut juga ana perasan soalan itu ditanya berkali-kali oleh pegawai polis,
 
ringkasnya, "movie" ni seolah cuba menerangkan dan menjawab soalan bagi kelompok yang bermasalah pada masa kini, namun mungkin jawapan dan pendekatan masih boleh diperbetulkan, mungkin selepas ini cuba ketengahkan pula perubatan Islam dan bukan tabligh yang ana rasa lebih kagum seperti Darussyifa' yang mendapat pengiktirafan, budaya dan tauladan boleh diterapkan yang diamalkan dalam budaya orang-orang darussyifa',

wallahu'alam bi sawab



Monday, October 29, 2012

Bijak Emosi Kerja

"PASTIKAN SAMPAI DAPAT"

satu arahan?satu permintaan? atau satu paksaan? atau mungkin merangkumi analogi milo 3 in 1?
apa jua yang anda "setting" kan anggap ia biasa di tempat kerja, semestinya setiap masalah atau tugasan perlu dilaksanakan sehingga selesai, yang penting "follow up", sampai orang lain pun akan stress dengan nombor talian meja kita, (haha), tak sangka bekerja lebih mudah menerima tekanan berbanding belajar, rindunya zaman menadah buku dan bergegas ke kuliah dan seumpamanya,

"tau tak orang yang berpangkat tinggi lebih mudah meninggalkan ibubapa dan mengabaikan tanggungjawab kepada family."

sekarang ana akui pendapat beliau bahawa pangkat dan kedudukan yang tinggi akan menjadi faktor seseorang membuat keputusan dangkal dengan meminggirkan perhatian kepada keluarga, lihat saja dewasa kini anak buang ibubapa, masyaAllah ana tidak pasti dan tidak memahami dari sudut pertimbangan mana yang memungkinkannya untuk bertindak demikian, sedangkan kita sedar bahawa antara keluarga dan kerjaya tau organisasi tempat kerja siapa yang lebih menghargai kematian kita suatu hari nanti? jika kita mati tidak sampai seminggu mungkin tempat kita telah diganti oleh pegawai lain, namun bagi ahli keluarga masih merasai kehilangan suara tawa kita jika kita pernah meninggalkan nostalgia tersebut,

untuk menghadapi tekanan di tempat kerja yang pertama kita harus sedar bahawa bukan kita sahaja yang mengalaminya pada ketika itu, malah mungkin "boss" kita juga lebih tertekan, jadi dia mengharapkan bantuan yang boleh meringankannya, bukanlah kita bersimpati dengan orang lain namun meminggirkan hati dan perasaan sendiri sebaliknya pernahkan kita mendengar bahawa "kebahagiaan diri sebenarnya terletak pada kebahagiaan orang disekeliling yang telah kita senangkan", tidak dinafikan ana pernah membaca satu pengalaman kesihatan daripada seorang yang menghidap penyakit kritikal namun dapat bertahan lama hidup kerana jawapannya "saya berusaha membahagiakan orang lain dengan kedukaan penyakit saya tanggung sebab saya beranggapan bahawa saya mungkin tiada peluang lagi berbuat baik selepas ini kerana kematian saya sudah hampir"

seterusnya, jangan bawa masalah kerja ke rumah, asingkan supaya kita masih ada masa dan ruang untuk tidak mempunyai masalah, satu perkara yang penting jangan lari daripada masalah jika tidak mampu selesaikan biarkan sahaja dengan sabar dan doa, namun jika boleh diselesaikan pilihlah solusi yang paling rendah risikonya, ana juga pernah membaca dalam karya John Gary yang bertajuk womens from venus, bagi menjaga institusi kekeluargaan semasa balik kerja atau tamat office hours, jangan dibualkan tentang kerja dan tempat kerja kecuali sesuatu yang melucukan atau rumors

jawapannya apa?

yang paling penting, sentiasa berfikiran positif,contoh "pastikan sampai dapat" jawabnya "saya try" dan kalau tak berjaya minta beliau pulak yang fikirkan solusi (hehe), lagi "semak semula file dari tahun 2009, 2010, 2012 dan 2011 untuk cari statistik tugasan" jawabnya "okay" sambil makan roti (haha), lagi "tolong bagi kerjasama, saya da penat nak marah" jawabnya "ermmm tengokla" (hehe) jangan jawab ayat tu nanti lagi stress, jawab sahaja "maaf saya tak sengaja" sambil senyum, contoh last "lain kali hantar awal," jawabnya "ok, kemudian saya akan buat demikian" dan bagi salam, terima kasih kemudian senyum dan berangkat pulang,

ana tak pasti sama ada ia berkesan pada yang lain atau sebaliknya, tapi bagi ana yang pertama untuk difahami pada diri adalah kerja juga ibadah, mungkin rasa sabar kita dapat nilaian Allah dan Dia akan menggantikan yang lebih baik pada masa akan datang, kesimpulannya jangan sesakkan diri dengan tekanan, namun jika situasi tempat kerja mengugat iman dan merenggangkan hubungan sebagai hamba maka tinggalkan saja dan yakinlah rezeki masih luas, seluas bumi yang dihamparkan,

"wahai suamiku, jauhilah daripada hasil usaha haram sesungguhnya kami mampu bersabar dengan kelaparan dan kesusahan akan tetepi kami tidak sanggup memikul kepanasan neraka dan kemurkaan Allah"
(pesanan yang diucapkan oleh isteri generasi salaf) sekian,

Tuesday, October 9, 2012

Kisah Curi

CILOK BENAR 1

Kak Lia : duit saya hilang, habis gaji saya bulan ni, saya langsung tak dapat belanja
Me : ha? brapa banyak hilang? kak simpan kat mana?

Kak Lia: saya simpan dalam beg la, beg tu saya kunci, sudah 2 hari saya tak tengok beg dan tak perasan kunci beg saya hilang, banyak la, semua gaji saya cuma tinggal 20 ringgit saja, gaji saya 720 ringgit, 700 dia amik, saya sedih sangat,
Me : banyaknyaaa, akak tak bagi tau boss ka?
Kak Lia : sudah, saya sudah bagi tau,
Me: bos kata apa?
Kak Lia : boss kata jumpa dukun la, sebab mungkin orang serumah yang curi duit tu
Me : ha? (tak guna punya boss, ada ka nasihat camtu *monolog*)

Kak Lia : 1 jam setengah saya nangis, bila teringat tentang duit gaji tu saya masih nangis, saya penat kerja, bulan ni suami saya yang bagi belanja
Me : ermmm..huhu *sayunya* akak tau ka sapa yang curi?
Kak Lia : tau la, budak Madura, Indonesia tu
Me : aik, camna akak tau dia yang amik?
Kak Lia : dia tak mau minum air tu, dukun tu bagi, maknanya dia la yang amik, kalau tak amik mesti minum ja
Me : la pulak dah..ermmm, akak tanya dia tak?
Kak Lia : tanya la, tapi dia tak mengaku, cakap ini la itu la
Me :  yelah, memang macam tu la pencuri asalnya, tapi akak jangan la percaya sangat dukun-dukun ni, rezeki tu dari Allah, ini baru kali pertama kan duit akak kena curi?
Kak Lia : ye ini kali pertama, tapi sapa tak sedih duit gaji penat badan saya kerja

Me : saya faham memang terasa penat dengan sebulan kerja sebagai cleaner, tapi kalau akak gunakan dukun dan minum air tu, budak tu akan sakit kan, tak baik buat jahat macam tu kat orang lain tol tak? bulan-bulan sebelum ni Allah bagi rezeki kak dengan gaji yang terjaga cuma bulan saja Dia nak uji duit akak hilang semuanya, saya pun sedih kalau ada kat tempat akak tapi jangan risau rezeki kita Allah jaga, Allah nak uji rasa syukur kita, Dia janji kalau kita bersyukur maka Allah akan tambahkan, insyaAllah akak akan dapat duit yang banyak dari yang hilang kalau akak sabar,

Kak Lia : yelah saya doa sama Allah, suma penat badan saya yang dia amik saya tak relakan
Me : macam ni akak, walaupun duit tu banyak dia curi tapi duit tu tak rasa contohnya dia kena beli ubat sebab mungkin Allah letakkan sakit yang perlukan ubat mahal, atau dia terbeli baju yang mahal tapi hakikatnya baju tu ada yang koyak, atau dia beli makan yang sedap tapi tak selera nak makan, itu suma maksud berkat, dut curi ini tak dak berkatnya, kalau duit yang berkat, sikit tapi kita dapat guna macam-macam, sebab Allah kurniakan kesihatan untuk kita, kecukupan pada makan, kenyang pada sedikit, jadi akak janganlah risau, sebab Allah maha adil, banyakkan sabar dan lepas ni janganlah simpan duit sebanyak tu dalam beg, pekata akak simpan pada suami, akak guna sikit-sikit dulu,


Kak Lia : iyala suami saya pun ada kata macam itu
( Kak Lia tak dak akaun bank, itu saya tak pasti atas alasan apa)


CILOK BETOL 2

suatu pagi 2 hari yang lepas, di kampung Bagan Serai,
Mak : astagfirullahala'zim, paip meter hilang,
Me : ha? paip yang depan tu ka? patut la tak dak air, tapi baru semalam tak dak air maknanya malam tadi la tu kena curi, astagfirullahala'zim, apo la kenonya demo ni?
Mak : malam tadi la tu, umah sebelah pun hilang jugak, tapi sebab ada kolah mungkin malam tadi tak sedar air tak dak
Me : la ya ka? ermm..makin teruk kes curi ni, dulu tak penah jadi pun, ini kali pertama selama dok kat kampung ni, penagih dadah ramai yang menyorok lagi kat kampung-kampung cni agaknya
Mak : memang la, bukannya tak kenal anak sapa  yang buat keja macam tu, ada gak yang terlepas padahal orang kampung tau dia penagih tapi dekat polis terlepas, anak dua orang dah tu
Me : buat laporan la mak!
Mak : ha'ah, pak su p bagitau ketua kampung dengan pejabat air tu, nanti kalau lambat bagitau kena charge len plak, yelah meter hilang macam mana nak kira bayaran, mahal meter tu kot sampai nak dicuri, tapi rumah Angah tu tak pulak nak diamik-nya lagi la dekat ngan jalan
Me : ermmmm..pulak mak ni,

.......................................
kes curi memang berlaku di mana-mana saja, tanpa kira zaman dan usia, tapi solusinya masih tidak berubah, perundangan mengikat namun tidak menggerunkan pencuri apatah lagi orang ramai, sudahnya masyarakat keamanan masyarakat terganggu dengan perbuatan curi yang dilakukan, sebagai contoh, kecurian paip meter air menyekat penggunaan air untuk digunakan, tambahan pula air adalah sumber asasi pelbagai guna, bukankah ia menyusahkan? bukan sahaja isi rumah malah syarikat bekalan air sendiri, mungkin pantauan lebih berhemah atau perkhidmatan yang dicanggihkan supaya dapat mengelakkan kekacauan tersebut berulang,

apapun, ana yakin kehidupan pencuri tak pernah kaya dan senang,malah memberi kebencian lagi pada orang terhadapnya, berlaku jujurlah walaupun pada seekor kucing, :)


Friday, October 5, 2012

Srikandi Az-zahra P1

minggu lepas merupakan giliran ana untuk memberi tazkirah ringkas buat kali pertama bagi kumpulan usrah yang baru, setelah beberapa ketika ana tidak memegang amanat tersebut tapi alhamdullillah masih ada lagi peluang dan kepercayaan untuk ana menyampaikan tazkirah ringkas pada perjumpaan malam itu,

maklumat tazkirah berdasarkan buku ini

ana memilih tajuk seorang serikandi yang amat kita kenali sebagai contoh tauladan yang mulia, beliau ialah anak Baginda s.a.w iaitu Fatimah az-zahra, kisah Saidatina az-zahra tidak banyak dinukilkan oleh para sejarawan namun peribadi unggul beliau masih dapat kita selidik dan contohi berdasarkan insan-insan yang terhampir dengannya iaitu ayahandanya dan juga suaminya serta ibundanya, sebagaimana yang kita ketahui bahawa saidatina az-zahra merupakan anak kepada Baginda s.a.w bersama isterinya Siti Khadijah Khuwailid, pergabungan at-taharah (gelaran bagi Siti Khadijah) bersama al-amiin (gelaran bagi Muhammad s.a.w) melahirkan zuriat az-zahra,

sebagaimana pertanyaan daripada sebuah kisah tentang mengapa Fatimah dinamakan az-zahra? dalam kisah yang dapat ana ringkaskan, az-zahra itu membawa maksud cahaya yang merujuk kepada cahaya daripada benih tubuh seorang nabi yang mulia kepada rahim yang terpelihara, sehingga para malaikat bertanya tentang cahaya yang menyilaukan tersebut, lalu Allah menjawab bahawa Saidatina az-zahra yang memiliki kemuliaan tersebut.

pembentukan peribadi Fatimah yang dipengaruhi oleh peribadi agung Baginda s.a.w di samping kesopanan dan keimanan yang dimiliki oleh Siti Khadijah yang menjadi orang pertama membenarkan syahadah serta pernah diriwayatkan bahawa Siti Khadijah juga pernah mendapat ucap salam dari Allah s.w.t serta malaikat,  oleh itu, jika kita inginkan anak yang berbudi baik serta soleh lagi solehah maka hakikatnya kembali kepada acuannya, ibubapa haruslah bijak mendisiplinkan diri dengan agama, akhlak dan akidah yang merupakan cabang utama dalam Islam, bagaimana kita dapat menjawab soalan anak tentang tuhan, jika tiada pendekatan kreatif untuk memahamkannya,

"kasut along kena curi kat masjid tadi, along curi la kasut tu, tak dosa kan abah?" cerita Ustaz Ajib

anak-anak tidak dapat berfikir baik dan buruk sepenuhnya, maka ibubapa perlu membetulkan dengan hemah pemahaman mereka bahawa mencuri itu adalah perbuatan buruk kerana ia adalah milik orang lain yang kita rampas tanpa izinnya, kasut yang hilang itu kepunyaan kita sebaliknya kasut yang dicuri tersebut kepunyaan orang lain bukan kasut yang sama pemiliknya, jadi

"amik kasut orang tu tak adil kerana orang yang curi kasut along tu bukan pemilik kasut yang along amik ni, along hanya boleh jaga dan amik benda yang along punya ja, sekarang pegi masjid dan letakkan semula pada tempat along amik tadi"

kembali kepada kisah saidatina Fatimah sebagai seorang anak kepada Baginda s.a.w,

Baginda s.a.w amat menyayangi Saidatina Fatimah dan selalu menciumnya sehingga Aisyah r.a pernah mempersoalkan keadaan tersebut berikutan Fatimah telah mempunyai suami namun Baginda s.a.w menjawab bahawa ketika Baginda s.a.w mencium Fatimah terhidu padanya haruman syurga dari pohon Tuba yang pernah dinukilkan bahawa pohon yang diperintah Allah untuk Baginda s.a.w memakan buahnya, maka dari buah tersebut terbentuknya benih janin iaitu Fatimah az-zahra,

Fatimah semestinya anak yang taat, pernah juga suatu ketika Fatimah merasakan bahawa ayahandanya tidak senang dengan perhiasan yang digantungnya di pintu rumah meskipun perhiasaan itu adalah hasil daripada harta perang yang dibawa oleh suaminya, lalu Fatimah segera menanggalkan perhiasan tersebut dan meminta untuk menyerahkan kepada Baginda s.a.w,

----to be continue


Friday, September 21, 2012

Epilog KYT

semalam berakhirnya drama "Kau Yang Terindah" (KYT), akhirnya Alisha menerima Syamil sebagai seorang suami walaupun Firman muncul di akhir babak, tapi kekuatan doa seorang suami lebih agung diterima Allah, bukankah darjat seorang suami itu tinggi disisi Allah, jadi tak mustahil doa Syamil di hadapan kaabah menjadi wacana lembutnya hati Alisha,



ana tak "vote" drama ni tahap 5 bintang tapi sekadar mengasah olahan dari apa yang dapat dikorek pada drama tersebut, tentang Munirah juga akhirnya diterima baik oleh mertua setelah apa yang berlaku antara dia dengan suaminya Hafiz, tak mustahil ayah mertua bertindak demikian kerana rasa kecewa terhadap anaknya walaupun isterinya bangga kerana Hafiz bertanggungjawab terhadap Munirah, tapi ana lebih cenderung kepada kekecewaan seorang ayah terhadap anak lelakinya (Hafiz) tentang apa yang dilakukan terhadap Munirah

"anak kita tu berkiblatkan cinta, sanggup tinggalkan kita, mak ayah yang menjaga sejak kecik hanya kerana ingin jadi hero kepada perempuan tu," katanya

berikutan itu, isu ini turut dikupas dalam perbincangan dala Semanis Kurma,

"anak-anak yang mengandung luar nikah, kandungan tersebut boleh jadi anak sah taraf jika di bawah 6 bulan, maka ibubapa jangan terus membiarkan anak dan menolak mereka ke tepi sebaliknya cuba ambil inisiatif untuk kahwinkannya walaupun bukan dengan lelaki yang melakukan, hal itu dapat menyelamatkan keadaan," kata Panel 1

sambungnya lagi "pernah terjadi satu kes dilaporkan, anak menjadi perempuan simpanan seorang dato' selama 17 tahun disebabkan dia tidak punya sesapa lagi setelah ibubapa dan keluarga membuangnya kerana kesalahannya mengandung anak luar nikah"

ana tidak mendaftar sebagai penyokong kelahiran anak luar nikah atau budaya cinta nafsu sebaliknya jika ia berlaku, kesilapan tersebut bukan pada tempat anak semata sebaliknya ibubapa juga perlu memuhasabah diri serta didikan mereka, Rasullullah s.a.w menyuruh kita mendidik anak dengan agama dan tauhid sejak kecil supaya dalamannya kuat untuk menongkah arus dunia dan nafsu, di samping itu didikan anak sejak awal juga biasanya terlihat pada akhlak ibubapa, anak-anak lebih mudah meniru apa yang ibubapa lakukan dan sering katakan,

pengajaran daripada drama KYT tadi, walaupun perkahwinan Alisha dan Syamil adalah dalam keadaan terpaksa atau rancangan keluarga, namun ia lebih nampak murni daripada penderitaan hidup yang ditanggung oleh Hafiz dan Munirah yang mengenepikan restu ibubapa, Hafiz jatuh sakit teruk sampai statik ja keadaannya, manakala Munirah terpaksa merempat seorang diri membawa kandungan, sedangkan pada situasi Alisha, kesabaran Syamil dengan karenah isteri yang degil dan keras hati akhirnya melembutkan kata maaf dan insaf dihati Alisha, malah Syamil tidak berdendam dan cuba menghormati isterinya walaupun haknya sebagai suami tercabar, kesabaran Syamil dihiasi dengan doa yang tulus mengharapkan rumahtangganya baik mengukuhkan Alisha untuk menolak Firman walaupun itu adalah cinta pertamanya,

ringkasnya, restu ibubapa tidak patut dibelakangkan, keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah, jika ibubapa tidak bersetuju dengan pilihan kita, selesaikan dengan berhemah dan sabar bukan berpaksikan perasaan semata, sudahnya kita juga akan sengsara melihat pasangan dilayan buruk oleh mertuanya, jika penolakan itu atas alasan yang tidak bersandar pada hujah yang kukuh, percaya dan yakinlah bahawa ada penyelesaiannya untuk lembutkan hati ibubapa bagi menerima pilihan kita, yang penting jangan cuba menjadi suami soleh dengan bertopengkan anak derhaka,

lagi satu, ibubapa sudah semestinya sayangkan kita, buktinya kasih sayang mereka telah tergambar sejak kita lahir, tapi pasangan pilihan kita belum tentu akan melakukan perkara yang sama, perkahwinan atas dasar cinta semata tidak akan kekal lama kerana cinta itu perasaan yang bersifat subjektif, tapi sebaliknya perkahwinan tersebut perlu jelas matlamatnya, kenapa kita kahwin?

tepuk dada tanya diri, tak dapat jawapan? jangan risau Rasullullah telah nyatakan, baca dan fahami,

wallahua'alam bissawab

Friday, September 14, 2012

Kulaan Itu Saudara

‘Amun wani manimbai lunta, wani tuh jua tajun ka banyu’.

jika dirungkai frasa ini pada orang banjar pasti mudah saja difahami, namun jika di-ngomong pada puak Angah, entah apa yang terzahir pada kotak pemahamannya (hehe), singgah jenguk muka buku terpandang pada satu muka buku yang mencatat ribuan "penyuka" kepunyaan "kulaan bagan sarai", bolehlah jadi pengubat gelak sensorang memecah kesunyian suasana kerja,


ana dibesarkan di perkampungan banjar jadi ana tiada janggal dengan frasa dan perkataan yang digunakan walaupun jarang dipertuturkan namun banyak lagi perkataan dibawah dialek banjar yang ana faham, seperti kejadian ikan salmon, jauh mana pergi akhirnya mati pada tempat asal gak yang jadi pilihan, dan seperti kata madah melayu lama, ikan kembali ke lubuk, atau seperti kata orang kampung ana "Biar batihang haur asal rumah saurang, tihang ulin mun rumah urang’
kehidupan yang dibasahi dengan rumpun bangsa yang sama bertahun lamanya tidak menjelaskan makna keistimewaan orang banjar di mata ana, tapi sejak mula berhijrah dan menjejak kaki di daerah yang berlainan, terasa istimewa menjadi kelompok banjar, mungkin kerana sukar untuk ketemu orang banjar apatah lagi orang yang pandai "basurah", biasanya generasi muda belia banjar malu untuk mempertuturkan bahasa banjar kerana ia kedengaran lawak dan sebutannya tidak jauh beza dengan bahasa melayu jadi bagi orang yang berstatus lain akan merasakan seolah bahasa melayu yang dirosakkan, sedangkan hakikatnya ia adalah kerana orang banjar berasal dari Asia Tenggara juga,

jadi tak mustahil bahasa melayu dan banjar banyak persamaan pada kalimah, berikutan asal-usul dari kepulauan yang sama,

"mak suka orang banjar la, dia cakap ari tu kalau boleh nak carikan adik ipar pun orang banjar macam abah"

"hang minat orang banjar tak?"

bila fikirkan semula, ada kebenarannya sebab kebanyakan saudara-mara pilih orang banjar juga jadikan menantu, jika tidak kampung yang sama, mungkin kampung sebelah, atau mungkin daerah yang sama, tapi tidak jauh mana tetap juga banjar bertemu banjar meskipun bukan dari suku yang sama, banjar juga terdiri dari pelbagai suku seperti Banjar Pahuluan, Banjar Batang Banyu, Banjar Kuala, Banjar Alai, dan Banjar Kaluak,

mengikut nama suku yang dinyatakan seolah membuktikan bahawa pembahagian tersebut dipengaruhi oleh kawasan, dominannya orang banjar sangat rapat dengan aktiviti pertanian, sebagai contoh banyu yang bermaksud air, kuala pula seperti muara, pahuluan juga merujuk kepada sungai, biasanya perbezaan yang terbit antara suku dapat dikenal-pasti, ana masih ingat mak mengatakan bahawa banjar Alai lebih pekat bahasa banjar yang digunakan tapi ana tak pasti sama ada ia adalah pendapat mak atau pengetahuan sebenar,

 apa suku kita dihidupkan di muka bumi, bukanlah untuk bermegah dengan keturunan,
Sabda Rasulullah, seraya bersabda: “Hai manusia, ketahuilah Tuhan kamu adalah satu dan ayah kamu adalah satu. Ketahuilah, tiada kelebihan bangsa arab terhadap ‘ajam, begitu ‘ajam terhadap bangsa arab. Tiada kelebihan bagi yang berkulit merah atas yang berkulit hitam dan begitulah bagi yang berkulit hitam atas yang berkulit merah kecuali dengan takwa. Tidakkah aku sampaikan? Mereka menjawab: Rasulullah telah menyampaikan.”
tapi untuk berkenalan sebagaimana firman Allah s.w.t
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Qs. Al Hujuraat 13)
 "diorang bukan pelik, dan jangan sesekali described somebody yang you'll tak kenal dengan kata diorang "pelik" sebaliknya gantikan dengan "unik", itu lebih nampak penghargaan, sebab bila kita kata diorang "pelik" seolahnya kita sedang bina tembok pemisah ukhuwwah untuk kenal budaya dan adat diorang, biasanya semua yang dilakukan ada sebab dan kepercayaan" pesanan Tuan Haji semasa kursus Trainer di Sentosa Regency Hotel

Monday, September 10, 2012

Nak Jadi PA?

"ko keja pa kat sana?"
"jadi PA ja"
"wow PA tu..tapi PA tu apa erk?" hehe
"Penyibuk Alam"
" ha?"
"hahaha..ko nak jadi gak tak?"
.................................

benarlah kata pujangga "pengalaman mendewasakan fikiran, ia berharga dan bisa menjadi guru kehidupan yang terbaik" oleh itu jika anda diberi peluang untuk melaksanakan apa jua amanah kerja atau tugasan yang mungkin nampak mudah dan remeh namun jangan sesekali membiarkan tanggapan itu menjadi penjana anda untuk menerimanya, hal ini kerana ia akan menjadi tugasan berisiko jika anda tidak dapat melaksanakannya dengan baik mengikut prosuder dan kekemasan yang teratur, termasuklah tanggungjawab sebagai PA atau personal assisstant,

untuk makluman awal, ana bukan PA dengan nama sebenar jawatan tersebut jadi ana tidak bermaksud untuk mendekripsikan tugasan atau peranannya secara tepat sebaliknya hanya sebagai perkongsian tanpa mengira apa jua tugasan atau amanah yang anda dapat tapi ingatlah untuk lakukannya secara itqan, alhamdulillah berkat tarbiyah daripada JAKIM suatu ketika dulu, ana dapat aplikasi dan fahami dengan hemah cara sektor kerajaan bekerja, walaupun jawatan ini nampak kecil tapi ia tetap memainkan peranan yang besar kerana anda mudah dipersalahkan jika anda gagal untuk menjawab persoalan yang ditanyakan terutamanya tentang dokumen yang diserahkan bawah jagaan anda, jadi selalulah berhati-hati,

sebagai langkah berjaga-jaga, jangan ikut cakap boss!, (hehe)
maksud ana, sememangnya kebanyakan dokumen adalah sulit dan tidak boleh disebar-luaskan namun perlu diingatkan bahawa dokumen tersebut dibawah jagaan anda, oleh itu anda perlu tahu isi kandungannya, seeloknya hafal terus kod fail dan kedudukan fail serta perkara yang mengingatkan peristiwa yang melibatkan dokumen tersebut sehingga ia bukan lagi bawah jagaan anda dengan sahih, jika tidak memahami tentang fail tersebut maka boleh bertanya kepada boss, tidak perlu tahu secara "detail" tapi memadai anda memahami secara asasnya, maklum la PA..apa salahnya menyibuk?

kedua, wat keja sendiri dengan cara sendiri yang mudah difahami, atau dengan erti kata lain, anda perlu tahu laci mana untuk dokumen "latest", butir salinan peribadi boss, simpanan contact number yang berkaitan, serta borang-borang umum yang sering digunakan, susunlah dengan cara sendiri tapi mestilah dengan teratur jangan sampai orang lain akan susah untuk faham jika anda tidak hadir ke pejabat, hal ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk melakukan tugasan dengan kemas malah ia juga membantu mengawal kecekapan terlatih,

yang terakhir dan paling penting, bela kepercayaan boss pada anda, jangan khianati seperti mengambil barang tanpa izin di mejanya terutamanya miliknya, tidak membuat selerak atas mejanya, meminta izin terlebih dahulu bagi perkara yang baru diketahuinya, seperti akhlak Baginda s.a.w yang sentiasa amanah dalam berniaga sehingga memikat hati Siti Khadijah, kerja itu adalah ibadah, dan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya semata, tiada tujuan lain kita dijadikan maka jadikanlah pejabat juga medan ibadah untuk kita, selalu senyum pada hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, dan ahad..

selamat bekerja! Allah adalah boss sebenar kita,

Wednesday, September 5, 2012

Baca Sampai Buta


"suka membaca adalah tabiat para ulama' silam sebagai contoh Ibnu Kathir yang kehilangan penglihatan dan perkara yang terakhir dilihatnya adalah butir-butir matan hadis." jelas Ustazah Isafadiah seorang pensyarah UIA dalam sesi ceramahnya.

menyelusuri "quote" tersebut, ana tergerak hati untuk mengenali Ibnu Kathir lebih dalam terutama berhubung dengan riwayat hidupnya, sememangnya beliau terkenal dengan kitab tafsirnya yang dikateogarikan sebagai tafsir mathur kerana cara penafsiran dilakukan, perlu difahami awal bahawa seorang mujtahid yang layak untuk membuat tafsir ayat al-quran bukanlah sewenangnya berfikir semalaman kemudian mengeluarkan tafsiran ayat, sebaliknya ia mestilah menepati syarat-syarat untuk bergelar mujtahid seperti cekap soal hadis serta cabangnya, menghafal al-quran dengan baik, dan sebagainya, oleh itu, tidak mustahil jika mujtahid semakin berkurang di akhir zaman, kerana budaya membaca itu pun sukar dipupuk dalam kalangan masyarakat, ini kan pula menjadi huffaz atau pengkaji yang cekap pelbagai bidang dan boleh mengeluarkan hukum,
butir peribadi serta karyanya boleh dipinjamkan
LINK Ibnu Kathir  
LINK Ibnu Kathir
LINK Ibnu Kathir
terdapat beberapa yang menarik perhatian ana tentang beliau seperti beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga, nama Ismail adalah sama dengan abang yang sulung serta kakak yang paling tua, ayahandanya meninggal dunia sejak kecil yang mana keadaaan ini sama dengan Baginda s.a.w yang turut menjadi anak yatim sejak dari kecil, Ibnu Kathir adalah seorang yang pakar dalam bidang hadis, tafsir, sejarah, serta fiqh buktinya rujuk saja pada hasil karyanya yang menjadi bahan rujukan masyhur untuk buat "assignment" (hehe)

"rujukan ulama termasyhur tu absah, terutama yang asli bukan yang bersifat terjemahan, jika terjemahan perlu diteliti penulis serta cara penyusunan buku tersebut, biasanya buku yang baik adalah tertulis rujukan, mukasurat, terbitan, malah hadis juga ditarjihkan dalam penulisan tersebut"

ini adalah sebahagian daripada pesanan keramat azab semasa ana menyiapkan kajian ilmiah semester akhir, penyelia ana seorang pensyarah master dan juga baru dilantik sebagai ketua jabatan, bayangkan betapa seksanya jika dibawah seliaan beliau tapi bak kata ilmuwan "orang yang hebat untuk orang hebat" (hehe),

sepertimana Ibnu Kathir yang lahir dari keilmuan para guru yang pakar dalam pelbagai bidang sekaligus membolehkannya untuk menguasai dengan baik keseluruhan pengajarannya, hatta dikebumikan pun berdekatan dengan gurunya yang terkenal iaitu Ibnu Taimiyyah, bukan sahaja semasa hidup beliau dihebatkan Allah malah kuburnya juga dimuliakan Allah, apa yang penting untuk kita fahami adalah pemahaman beliau tentang kalamullah, bila ditanya tentang wahyu pertama pasti ramai dapat memberi jawapan tepat iaitu surah al-alaq,


ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

hakikat ilmu itu dari Allah sebab Dia yang mengetahui segalanya, al-quran adalah satu-satunya kalamullah yang dapat menyampaikan ilmu "ma lam ya'lam" dengan bantuan hadis Baginda s.a.w dan para sahabat, tabiin serta kefahaman jernih para ulama', tak mustahil untuk lahir generasi Ibnu Kathir lagi jika kita berusaha mencontohi caranya menuntut ilmu dan menghabiskan mata dengan membaca, mengkaji serta memahami,

"jadi ulat buku dulu baru jadi ulat bulu, baru la bernilai kegatalan yang terkena kat orang lain tu,"
                                                                  

Monday, September 3, 2012

Lumrah Rindu

"apabila ia sudah biasa dekat denganmu, suatu saat kehilangannya pasti terdetik tangisan yang tak diundang, biarpun diseka air mata namun ia tetap melimpahi empangan kelompak mata, itulah hakikatnya bahana sebuah perasaan."
 
daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

"biarkan dirimu rebah ke bumi kerana tidak mampu menahan sebak dan sedih yang bertandang, biar bergelinangan air mata membanjiri segenap ruangan masa yang berlalu, namun jangan sesekali mengalah pada perasaan."

ya Allah, Engkau pemilik segala hati insan termasuk bisikan hatiku, pasti Kau telah mendengarnya, pandulah perasaan ini pada selayaknya untuk diriku mendapat rahmatMu, mendapat redhaMu, menjauhi murkaMu, mendekati keampunanMu,
Allah, sesungguhnya, tiada yang mampu setia padaku, untuk mendengar seluruh perasaanku setiap detik dan waktu melainkanMu, aku tidak mahu kehilanganMu, maka jangan Engkau biarkan perasaan ini mendahului rasa cinta dan rinduku padaMu, andai benar ia lahir kerana fitrah yang Engkau raikan untuk hambaMu maka tetapkan ia dihatiku,sekiranya ia lahir kerana syaitan yang membisikkan khayalan indahnya, maka padamkanlah ia dengan maghrifahMu,
ya Allah pilihlah hatinya dan hatiku untuk Engkau miliki, agar saat kami inginkan antara satu sama lain, kami hanya memohonnya padaMu
.........................................................
 perasaan rindu adalah kelaziman bagi manusia normal, malah ia boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian insani, walau bagaimanapun ia terbahagi kepada dua, sama ada anda menghadapi "virus rindu" ATAU
"anugerah rindu"

walaupun hakikat keduanya kembali kepada Allah namun ia memberi impak yang berlainan kepada pesakit, biasanya virus lebih mudah merebak dan ia memerlukan ubat antivirus untuk mengawal keadaannya, malah simpton yang berlaku juga didorong oleh sesuatu sebab seperti berjauhan, terlalu mengasihi, kenangan manis ataupun jasa serta budi baik seseorang yang menyentuh hati, antivirus yang dimuat-turun bagi mengawal virus juga perlu mengikut hati yang beralasan mengundang "virus rindu", namun jelasnya semua antivirus perlulah original berpaksikan syariat dan bertunjangkan niat kerana Allah, di samping itu pesakit juga harus mengenal pasti keadaan halal dan haram, maksiat dan dosa atau, halal dan sempurna, jika mereka berpotensi berada ditahap was-was dan bahaya maka berundurlah dari terus mara membiarkan perisian rindu terus disistemkan, pasakkan "alarm doa" dan "alarm istighfar" agar ia mampu dibendung

jika anda menghadapi "anugerah rindu" maka click di sini







 kedua-dua pembahagian ini adalah menurut pandangan ana sahaja, mana-mana situasi pun ana tidak meletakkan penghakiman sebaliknya, ana membahagikannya kerana ingin memperjelaskan situasi rindu yang selalu dirasai oleh pejuang di jalan Allah dengan rindu kebiasaan,
jadikan ALLAH PENGUBATNYA



Friday, May 27, 2011

Penjara Luar


"benda drpd kayu atau besi yg ber­lubang yg dikenakan pd leher orang salah atau orang tahanan (utk menghukumnya atau mencegahnya drpd lari), pasung; mengongkong

1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil;

2. ki membatasi (kebebas­an, pergerakan, dll), menghalangi, menye­kat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras;

3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; "

disebabkan ana tidak memahami erti kongkong maka ana mengambil definisi yang telah dinyatakan oleh kamus dewan bahasa edisi keempat, sejak kecil ana sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan malah setiap keputusan yang ana pilih jarang dibahaskan semula kerana jawapannya jelas bahawa itu adalah pilihannya dan dia telah bersedia untuk menghadapi setiap risiko serta faedah dari pilihan itu, oleh itu ana telah terbiasa dengan keputusan sendiri walaupun kadangkala keputusan itu menyusahkan orang lain tapi jika keadaan demikian berlaku, ana akan menyediakan something to be back-up or solution of it,

....................................................................................................

kongkongan ibarat penjara luar yang menyekat segalanya tanpa kesalahan yang dilakukan

memang benar bahawa tiada kebebasan hakiki bagi seseorang, segalanya terikat dengan peraturan dan cara hidup, ia bukan bersifat mengongkong sebaliknya ia bagi mengatur hidup akan menjadi baik sama ada dalam perhubungan dalam masyarakat, keluarga atau diri sendiri, walaupun demikian, hidup ini tidak juga menafikan pilihan bagi seseorang malah dalam soalan peperiksaan sendiri juga disediakan pilihan jawapan, tambahan pula dalam konteks yang lebih luas maka pilihan itu harus diluas-lebarkan pada dirinya, hal ini supaya ia dapat berfikir dan menilai mana yang baik dan mana yang buruk, dengan bentuk pemikiran yang bersifat terbuka maka seseorang itu akan lebih matang dalam bertindak sama ada dalam percakapan atau perbuatan, kematangan seseorang adalah merangkumi tahap kecerdikannya dalam menyesuaikan situasi, malah ia juga berperingkat.

sebagai contoh, seorang kanak-kanak tahun 3 walaupun bijak membaca namun ia masih belum bisa memahami apa yang dibaca daripada buku kakaknya yang berusia 23 tahun, padahal jika ikut logik pastilah kanak-kanak tersebut dapat memahaminya kerana ia juga telah membaca sebagaimana kakaknya membaca, hal ini kerana peringkat perkembangan atau kematangan bagi akalnya tidak sampai tahap pembacaannya, oleh yang demikian sukar baginya memahami apa yang tertulis pada buku tersebut, keadaan ini juga terjadi apabila kanak-kanak tidak tahu mengapa dirinya dimarahi apabila dia membawa kawan ke klinik dengan sendiri sebagaimana yang diceritakan dalam Movie Aku Tak Bodoh,

berbalik pada kongkongan, pada pandangan ana, kongkongan telah menjatuhkan maruah disiplin, walaupun seolah orang yang melakukan kongkongan mungkin berniat untuk mendisplinkan orang lain namun cara yang digunakan adalah tidak sesuai atau terlalu keras, jadual perjalanan harian anak disusun oleh ibu atau bapa tanpa memberi ruang untuk anak melayani minatnya, kawan-kawan mengongkong temannya dengan ugutan dan keterpaksaan dalam melakukan sesuatu dengan alasan yang mungkin mengekalkan trend kumpulan dan sebagainya, keadaan ini tidak boleh disamakan dengan keadaan yang berlaku didalam penjara, ini kerana kongkongan adalah sememangnya sebagai penghukum jadi adalah sesuai ia diaplikasikan bagi penghuni penjara.

penjara sendiri difahami sebagai penyekat kebebasan, oleh itu adalah selari jika berlaku kongkongan pada segala aktiviti, dan sebagainya, namun asalnya jika difikirkan, orang yang menghuni penjara sendiri telah membuat pilihan untuk meletakkan dirinya didalam dengan bertindak melakukan jenayah, dan melanggar undang-undang negara,

Allah telah meletakkan pilihan yang luas kepada hamba-Nya semasa hayat mereka, sama ada kehidupan yang kekal kelak dibina didalam laman syurga atau lubuk neraka, malah Allah juga telah menjelaskan gambaran kedua-dua tersebut dalam kalamNya,

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُل
 
maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (surah al-Kahfi ayat 107)


bukan itu sahaja, Allah juga telah berfirman bahawa:

قَالَ لَا تَثۡرِيبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَ‌ۖ يَغۡفِرُ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
 
maksudnya:
Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (surah Yusuf ayat 92)

oleh itu, tiada alasan yang boleh didengari lagi bagi penghuni neraka kelak, kerana Allah telah memberi peluang tuk membuat pilihan, dan mereka yang terus memilih keindahan sementara milik dunia akan berpotensi memegang tali kongkongan di neraka kelak,

ringkasnya, lepaskan seseorang untuk membuat pilihan dan keputusan, sandarkan setiap keputusan dengan sandaran yang kuat dan menyakinkan agar keputusan kelak tidak salah dan mengurang risiko yang akan dipikul, biarkan ia belajar membuat keputusan dan menanggung risiko sebagaimana kata bidalan berani buat berani tanggung, hal ini kerana ia secara tidak langsung akan memberi pengalaman kepadanya dalam mengambil keputusan akan datang, setuju?

wallahua'alam bissawab