Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Kuda Style

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.
Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.
Untuk anda yang tidak tahu, “Oppa Gangnam Style” itu bermaksud “Abang Gaya Gangnam”. Oppa itu adalah panggilan kepada lelaki yang lebih tua daripada seorang wanita dan Gangnam itu adalah nama satu daerah di Korea. Memang tak ada kaitan langsung dengan Yahudi. Lirik lagu Oppa Gangnam Style menceritakan tentang kehidupan mewah mereka yang tinggal di Gangnam.
Pejabat besar dua syarikat terbesar Korea Selatan iaitu Samsung dan Hyundai juga terletak disini http://ms.wikipedia.org/wiki/Seoul 
About Gangnam District 
"ni la lagu gangnam style yang nora nak dengor tu" kata kak Sha dalam bas tadi

"erk?" ana diam tapi dalam hati sedang mencari di mana keseronokan pada lagu ni sampai menjadi hangat disetiap sudut, setelah mendengar buat kali pertamanya sampai habis, yang menarik mungkin pada sebutan "oppa gangnam style" sebabnya itu ja mudah difahami, mungkin ana agak kelewatan untuk mem-posting-kan tentang tarian gangnam ni, tapi tak jadi masalah sebab ia adalah isu hedonisme dan psikologi penyanyi, jadi ana luaskan pembacaan tentang gangnam style, hasilnya ana kongsikan beberapa maklumat menarik sebagai input pengetahuan bersama, sebagaimana "quote" diatas.

KONTRA
semalam ana, jelajah tentang budaya tradisional yang terdapat di Malaysia, salah satu yang menarik adalah tarian, antara yang ana temui videonya tarian sumazau yang dinarikan oleh kaum kadazan dusun, tarian bharata natyam yang menjadi tradisi orang India, tarian singa daripada orang Cina, serta tarian kuda kepang yang dipersembahkan, jujurnya ana tak pernah menyaksikan tarian tradisional seumpama ini secara realiti di depan mata, namun ana pernah menyaksikan persembahan tarian tradisi lain seperti zapin, boria, joget, dan tarian cincai (hehe) sewaktu di kampus dahulu, selebihnya mungkin semasa menyertai program-program NGO,

apa yang ana nak tekankan di sini berkenaan tarian gangnam dengan kuda kepang, sebagaimana umum mengetahui bahawa tarian gangnam adalah diinspirasikan oleh dua elemen yang penting iaitu kuda dan kritikan, jika dilihat tarian gangnam seperti seorang yang menunggang kuda tapi ana tak pasti pandangan orang lain sebab ana tak sanggup nak tengok video gangnam style, memang psycho tol PSY tu, hal ini sama keadaannya dengan tarian tradisi kuda kepang yang terilham daripada gaya menunggang kuda namun orangnya jowo (hehe), menarik! ana vote kuda kepang daripada gangnam style, 200%

SEKILAS PANDANGAN
awalnya ana kurang percaya dengan butir-butir maklumat daripada blogger namun terutama berkenaan isu yang pernah dikaitkan dengan tarian ini yang menghina Islam, kebanyakkannya tidak bersetuju kerana ia adalah tuduhan dangkal, jadi ana cuba mengenali lirik lagu gangnam style, jelas ia adalah berkaitan perempuan dari mata seorang lelaki, mungkin benar ia adalah kritikan kepada penduduk daerah gangnam, Korea Selatan

dari pemerhatian serta pembacaan ana, sememangnya daerah gangnam ini adalah mewah, tapi itu tak penting sebab matlamat ana cuma nak pastikan sama ada daerah gangnam wujud dalam peta Korea Selatan atau kat planet alien lain, hasilnya ia benar wujud jadi gangnam style bukanlah membawa maksud sebagaimana provokasi yang dilemparkan, namun yang menjadi isu adalah gaya tarian yang dipersembahkan adalah tidak sopan, ana sendiri tak sanggup tengok jika seorang perempuan sanggup melakukannya, tarian kuda kepang lebih sopan untuk disaksikan, ana vote kuda kepang daripada gangnam style, 200%

apabila masyarakat hari ini menolak kuda kepang dan mudah menerima gangnam style, maka jelas pada pandangan semasa bahawa pengaruh hedonisme atau hiburan berada di tahap mana? sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa tarian tradisi menggunakan muzik yang klasik, dengan alat muzik yang penuh seni malah gerak langkah tarian juga tidak "happening" sebaliknya gangnam style berlatarkan pop rancak dan seumpamanya, dengan keadaan kontra ini masyarakat lebih memilih gangnam style, jadi kita dapat mengagak keadaan yang cepat menarik minat dan perhatian kebanyakan orang, bukan bermaksud ana mengharapkan kuda kepang menjadi rancak tapi sebaliknya ingin mengajak kalian berfikir tentang hiburan yang kian menjadi rutin yang cuba disebatikan, bagaimana hasil kepada akan datang jika ia terus digalakkan?

mulakan dengan diri sendiri dulu, tapis hiburan yang boleh diterima serta bataskan tanpa pengabaian kepada yang lebih utama, itulah asasnya

Wednesday, December 28, 2011

Down Lane 2011


27 DISEMBER 2011 – Mengikut perkiraan kalendar, cuma tinggal 4 hari sahaja lagi tahun 2011 akan bersemadi dalam muzium kehidupan insan. Sama ada kita bersedia atau berduka atau mungkin melonjak kegembiraan tetamu 2012 pasti menjengah tiba. 11 Isu berbangkit yang menarik minat saya sempena penutupan tahun 2011 antaranya:

1- jenayah rasuah yang penuh mengambil ruangan akhbar-akhbar tempatan, terutamanya yang melibatkan jumlah jutaan ringgit serta melibatkan pemimpin kepercayaan rakyat.

2- isu yang dipolitikkan termasuk sejarah negara, pertengkaran pendapat sepatutnya diraikan bukan saling bercakaran untuk menang, kematangan ilmu seseorang dinilai dari kata-katanya, putar-belit fakta adalah kebodohan diri yang cuba didedahkan.

3-para graduan dan mahasiswa semakin berani dan inilah semangat yang patut disuarakan dari awal kerana golongan ini bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh itu, mahasiswa sewajarnya bijak menganalisa serta peka terhadap isu serta hak mereka. Perundangan digubal bukan hanya untuk disimpan sebaliknya untuk dikuatkuasakan.

4- kawasan bandar banjir? Negara semakin maju tapi kurang prihatin pada alam sekitar, mungkin laungan 1 Malaysia bukan hanya kautan perpaduan semata sebaliknya turut ada rasa belas-kasihan pada alam. Budaya buang sampah sesuka hati perlu dikikis sebab tak ramai yang mahu berkerjaya sebagai ‘’cleaner’’ jadi jangan harapkan sampah yang anda campakkan akan membawa kebersihan pada masa depan.

5- inisiatif kewangan dan bonus oleh kerajaan harus dipuji walaupun saya tidak berkelayakan untuk mendapatnya namun sekurangnya mata saya tak sakit baca angka nilai rasuah yang ditelan oleh sesetengah pihak. Kepada pelajar STPM/IPTA/IPTS dapat baucar belian buku, pelajar lain dapat RM100 sebagai belanja sekolah akan datang, penduduk miskin dapat SBPA, manakala penghuni FELDA menerima lebih kurang 1.2 juta sebagai peruntukkan bonus.

6- Dato’ Seri Najib Razak dicatatkan menjadi perdana menteri paling popular semasa kepimpinanya dalam pelbagai isu yang hangat melibatkannya termasuklah soal isteri dan ibadah hajinya, setiap orang bebas mengeluarkan presepsi terhadap corak yang dilukiskan oleh perdana menteri ke-6 ini.

7- isu hudud masih berlagu, ketidak-fahaman yang disengajakan? Atau cubaan sesetengah pihak yang ketagih publisiti murahan? Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa hukuman hudud pernah termaktud dalam banyak perundangan Tanah Melayu termasuk Hukum Kanun Melaka yang menjadi contoh perundangan negeri-negeri Melayu lain.

8- letih dan bosan dengan lawak yang tidak jadi dan cuba difilemkan dengan meluas, malahan unsur seksual yang banyak dalam babak-babak filem masa kini seolah tiada motif dan hanya berpotensi merosakkan masyarakat terutama kanak-kanak kerana pelakon kanak-kanak juga terlibat dalam babak tersebut.

9- rancangan reality TV semakin mendapat tempat dan dipelbagaikan setelah kejayaan Imam Muda kini terbit pula Ustazah Pilihan serta Solehah, ada yang bersetuju dan ada yang membangkang, namun rancangan tersebut sudah mempamerkan nama pemenangnya, saya cadangkan akademi latihan pendakwah dibuka lebih baik daripada rancangan realiti tersebut terutama bagi wanita jika benar matlamat yang diwar-warkan.
10- saya telah habis langkah di UKM selepas 3 tahun bertapak sebagai mahasiswa, kontroversi melonjak dengan 2 isu yang besar, diikuti beberapa isu kecil yang turut menjadi kesinambungannya, apapun ia mengajar saya untuk lebih teguh pada pendirian serta yakin pada Allah yang selalu ada untuk merasai sedih dan gembira yang bertaut.

11- kawan-kawan seperjuangan dan sepermainan telah ramai yang naik pangkat sebagai isteri dan juga ibu. Saya tak kisah sebab jodoh itu rahsia Allah dan Allah tak pernah menganiaya hamba-Nya walau sekelumit, lagipun saya dah berpunya cuma siapa orangnya belum diperkenalkan oleh takdir-Nya,

CLOSING 2011
…………………………………………………………..



Pilih @ Tunggu Jodoh?


NST  24th Disember  melaporkan statistik kes kahwin lambat yang membelenggu rakyat Malaysia dewasa ini terutamanya lelaki yang puratanya masih bujang pada usia 28-40 an, manakala perempuan pula purata masih stabil walaupun peratus peningkatan agak tinggi iaitu 13% kepada 38% yang memilih untuk berkahwin selepas umur 25 tahun berbanding usia yang dipilih oleh kelompok wanita pada tahun-tahun sebelumnya.

Alasan yang menjadi batu loncatan isu ini makin membengkak adalah kurangnya lelaki berkualiti manakala bagi lelaki pula lebih kepada permasalahan kewangan dan kerjaya yang tidak stabil. Walaupun ia seolah setara namun hakikatnya alasan ini tidak bisa dipandang enteng terutamanya bagi perempuan. Kes penderaan, pelacuran, perdagangan manusia serta pecah-belah rumahtangga adalah berikutan tiada penelitian dan penapisan yang tepat dalam menilai bakal pasangan. Sepatutnya kedua-dua pihak perlu mengambil berat soal tanggungjawab serta risiko yang perlu dipikul setelah bergelar suami atau isteri kelak, oleh itu jangan pandang ringan pada persediaan dari segi pengetahuan tentang kehidupan rumahtangga dan sebagainya. Dan lagi satu, jangan mengambil masa yang lewat untuk membuat persediaan tersebut, hal ini kerana ketentuan seruan jodoh tidak berlagu sebaliknya ia hadir kadang-kala tanpa diduga. Jadi, jika berlaku situasi demikian pastinya ia tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kesannya, statistik akan datang akan terus meningkat..

Cuti sekolah menjadi sasaran untuk mengadakan majlis perkahwinan baik di kampung mahupun di bandar, sama ada di daerah kerian atau negeri Pahang, pasti ramai yang sibuk mengisi masa perjalanan untuk menghadirinya. Bukanlah entri ini untuk mengupas keadaan tersebut sebaliknya sebagai menyuarakan pandangan dan peringatan dari pemerhatian dan pemahaman yang kerdil.

Pemilihan pasangan atau penantian jodoh?

Tiada jawapan yang dapat diberikan sekiranya sebenarnya anda belum menjawab soalan  ‘adakah sudah bersedia dan sudah cukupkah persediaan tersebut?’
Saya tidak melihat apa yang lebih penting selain persediaan mental dan fizikal baik lelaki mahupun wanita, hal ini kerana keutuhan rumahtangga bukan hanya 10-30 jam sahaja sebaliknya ia mungkin lebih lama daripada kehidupan sebelumnya bersama ibubapa, malah perkongsian bersama pasangan lebih luas berbanding ahli keluarga sedia-ada,
Sekiranya anda sudah pasti dengan jawapan yang disuarakan oleh diri sendiri serta mungkin pendapat orang terdekat maka barulah membuat penilaian dalam memilih calon pasangan, sandarkan syarat pemilihan pada kehendak agama dan suluhan Allah s.w.t.



Apabila baik akhlak dan agamanya maka istikharahlah dan cuba untuk terima seadanya, jangan difikirkan terlalu dalam pada material sebaliknya bertindaklah dengan pengaturan pemikiran yang lebih panjang, insyaAllah kesusahan bersama itu pengikat ikatan yang lebih lama.

Firman Allah s.w.t dalam surah ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud:

 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.               

Wednesday, November 2, 2011

Kemalangan Pendapat


Dewasa ini, banyak pendapat yang dikeluarkan individu terus menjadi isu tebal di dada akhbar, kalau sebelum ini isu pendapat Mat Sabu tentang Mat Indera, kini dihangatkan pula isu berkait perlembagaan yang merujuk kepada pendapat Prof.Aziz Bari, atau mungkin selepas ini Ust.Ridhuan Tee pula menjadi sasaran polis serta bualan media berikutan pendapatnya tentang penguatkuasaan hudud. Kemalangan pendapat bukan sahaja diperbesarkan malah turut menggugat kehidupan malah kerjaya sebagaimana yang berlaku ke atas Prof Aziz Bari yang telah mendapat ‘’BLACKMAIL’’ serta hadiah sebutir peluru baru-baru ini, hanya kerana pendapatnya.

Hal ini seolah usaha cuba menutup kebebasan analisa serta menilai isu semasa atau lebih tepat mendorong pembekuan idea dan pandangan, selain pengkhianatan kepada kebebasan bersuara yang sepatutnya menjadi ciri utama negara maju seperti Malaysia. Sifat ‘’open minded’’ dilihat perlu untuk dipraktikkan bukan hanya pada individu malah juga perlu pembaikan dalam pentadbiran negara. Sebaliknya yang amat mengecewakan penerima terbuka pada ‘’show’’ kepada ‘’sang gay mutlak’’( Adam Lambert dan Elton John) pula yang mendapat keizinan, sedangkan ia tidak menjanjikan apa-apa kebaikan pada masyarakat kini, sudahlah kecoh rakyat Malaysia yang sudah berani membela perlakuan gay, ditambah pula kes liwat yang kian membiak, isu ini bukan lagi bayangan ngeri sebaliknya hampir menjadi kudis dalam masyarakat, buktinya seorang guru berjaya melaksanakan misi menyelamatkan anak-anak didiknya daripada jenayah liwat yang dilakukan oleh pengetua, kes ini adalah benar  tapi ia didiamkan dari media kerana ingin menjaga air muka pengetua tersebut di samping memberi ruangnya bertaubat serta menyedari kesilapan dari perlakuannya,

Itu yang disembunyikan, tidak kurang juga yang mendapat perhatian media, sampai sekarang tiada keputusan, puncanya satu iaitu campur-tangan isu politik, kesannya kes berpanjangan dan pendapat seorang pensyarah bahawa isu tersebut akan terus berlarutan sehingga pilihanraya.
 agaknya apa yang diharapkan pada situasi sebegini?

Secara peribadi saya merasakan bahawa penyebar-luasan kemalangan pendapat yang berlarutan hari ini adalah didalangi oleh politik, sebagaimana sedia maklum pilihanraya dijangkakan akan berlangsung dalam masa terdekat, jadi mungkin isu yang kecil boleh dijadikan modal untuk memungut undian, mungkinkah demikian?

Mengambil ibrah daripada sejarah lalu, usaha British untuk menguasai politik dan ekonomi Tanah Melayu berhasil apabila berjaya mengambil kesempatan dalam pergaduhan yang berlaku dalam kalangan para pemimpin tempatan, sebagai contoh, termeterainya perjanjian Pangkor 1874 di Perak adalah cadangan Andrew Clarke yang kononnya ingin meleraikan perebutan takhta serta pertengkaran kongsi gelap. Bukan sahaja di Perak berlaku pertelingkahan antara pemimpin sebaliknya di Selangor juga berlaku pemimpin berebut kuasa kutip cukai, lagi di Kedah juga sehingga tergadainya Pulau Pinang. Bagaimana keadaannya sekarang jika pemimpin terus-terusan bertelingkah, ada pulak pihak yang mudah menerima pengaruh Israel, Komunis dengan pelbagai alasan seolah tiada ikhtiar lain,

Allah berfirman dalam kalam-Nya,
             
فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

(Surah al-Nahl ayat 43)
Pengiktirafan pakar bukan seperti membuat tempahan ‘’nametag’’, hari ini tempah, esok siap nama ‘’pakar’’ pada seseorang, sebaliknya, pengiktirafan tersebut diperolehi dalam masa yang panjang serta kefahaman yang mendalam dalam sesuatu bidang, jelas bahawa pendapat pakar diminta untuk memperolehi pendapat yang bernilai bukan kosong atau rekaan sebaliknya ada sandaran, walaupun demikian, pendengar tetap bebas memilih untuk menerima seluruh pendapat atau sebahagian sahaja bukannya membidas pendapat tersebut dengan ugutan, pemberhentian khidmat atau dipolitikkan pula, langkah yang bijaksana adalah bidasan hujahan yang lebih difikirkan tepat tanpa syarat, jika terbukti mana-mana pihak besar benarnya, luas kesan baiknya maka barulah adil untuk menghukumnya.

Sultan, Sang Pakar mahupun pendengar adalah manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan dan terdedah pada kelemahan, jadi sesiapapun sepatutnya tiada kekebalan untuk menerima teguran, sebagaimana firman Allah:

Maksudnya:
 Menerangkan bahawa manusia umumnya berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran - meliputi itiqad kepercayaan tutur kata, dan amal perbuatan; serta berpesan-pesan dengan sabar, yakni bersabar dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. (Surah Al-Asr)

Luruskan niat dalam menegur supaya matlamat teguran lebih terkesan, jangan cuba menegakkan benang yang basah, sampai Kiamat pun belum tentu benang akan tertegak,

Monday, August 22, 2011

Perut Kubur


“ Jangan jadikan perutmu sebagai kubur untuk binatang-binatang. “ kata Saidina Umar.

……………………………..

Seteleh berpuasa seharian, azan maghrib adalah laungan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia, itu sahaja yang dapat dirasakan sama, sebaliknya cara sambutan nikmat berbuka puasa tidak akan sama pada diri seseorang meskipun ia duduk pada satu meja makan yang sama, ada yang tamak haloba, ada yang mendahului sunnah, ada yang gemar bercakap, ada yang suka melengahkan masa berbuka, dan seumpamanya,
Perbezaan tersebut juga turut melibatkan juadah untuk berbuka yang telah disediakan, kadang-kala isi rumah sedikit tapi juadahnya seolah kenduri, ada juga isi rumah sedikit namun kena sediakan juadah yang banyak sebabnya takut tak cukup bagi mengisi setiap perut, dan begitulah sebaliknya.

Kata puitis Saidina Umar sungguh dalam maknanya, perut merupakan dimensi kawasan yang  dapat menanam benih-benih nafsu dengan subur, nafsu lapar dek berpuasa menuntut nafsu haloba dan tamak pada makanan ketika berbuka, tanpa mengira kuantiti dan kesannya pada mesin otot yang perlu bekerja untuk memproses lambakan makanan tersebut seumpama kubur bagi haiwan atau binatang,
Apa tidaknya, ayam masak cili, sup daging lembu, udang sambal, semua itu adalah haiwan yang telah mati kemudian ditelan masuk ke dalam perut kita, tidakkah ia sama seperti kubur?
Namun jika haiwan-haiwan ini dimakan dengan kuantiti yang memadai, ia akan menghasilkan protein, dan vitamin yang diperlukan tubuh sebagai stamina dan perkembangan minda serta fizikal,


Secara jujurnya, menurut pandangan peribadi, spesis haloba dan tamak saat ternampak juadah makanan adalah tidak sopan, dan merimaskan, serta memualkan. Entah apa yang dirisaukan dalam fikiran orang sedemikian sehingga sanggup menyumbat mulutnya dengan makanan yang begitu banyak tanpa menghiraukan orang lain, sudahlah demikian, makanan orang pula diinginkannya, masyaAllah,
Sabda Rasullullah s.a.w:

Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhin perutnya, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum, sepertiga lagi untuk nafasnya.”(HR.Ahmad IV/132)

Ambillah pedoman dari pesanan Baginda, gejala makan berlebihan hanya membawa peratusan mudarat yang lebih pada kita, meskipun asalnya makanan seperti sayur, ikan, daging, telur, ayam, dan sebagainya mendatang khasiat tertentu namun jika berlebihan ia akan berpaling dari fungsi asalnya,
Sejak kecil, mak selalu mengingatkan untuk meninggalkan apa jua juadah pada saudara lain, jangan dilahab seorang diri, tindakan mak itu selalu diberontakkan sebagai tanda protes, tapi kini barulah ana dapat memahami hikmahnya berbuat demikian,
Ia dapat mengelakkan diri daripada haloba pada makanan, dengan teknik berkongsi, yang banyak sama banyak, yang sikit sama rasa, tak perlu beli banyak-banyak, hanya sekadar secukup rasa, tak perlu mengikut kuantiti asalkan ia memadai,

Monday, August 8, 2011

Media Tarbiyah


“iklan kat Malaysia memang tak dak yang membina atau mendekatkan rakyatnya dengan pemahaman pada Islam.”

*click share on facebook*

“best la tema tv ni sempena ramadhan, masih hangat rupanya bahang Islamiah didada rakyat Malaysia, alhmdullillah, “ desus hatinya melihat rancangan TV yang kian meriah dek Ramadhan pada kali ini tidak seperti dulu atau sebelumnya.

........................................................................................................
Perbezaan respon tersebut mungkin bisa menunjukkan tranformasi yang cuba dilakukan oleh pihak media atau mungkin juga telah ramai kelompok yang sedar bangkit mengeluarkan idea yang selaras dengan matlamat Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah, syukur pada-Nya atas ruang dan peluang untuk memberi penekanan dan pendedahan tentang agama yang semakin luntur dibawa arus kemodenan dan kekeliruan dewasa ini,


Tidak dinafikan peranan media dalam memberi pengaruh besar terhadap pembangunan masyarakat, hal ini kerana ia banyak digunakan dan kemungkinan bagi isi rumah yang tidak mempunyai TV adalah sangat kecil, oleh itu usaha sesetengah pihak dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam menghidupkan ramadhan terutamanya adalah patut dipuji, sebagai contoh TV AL-HIJRAH, ASTRO OASIS, ASTRO RAMADHAN, SERTA stesen TV lain yang juga ada penambahan dalam memberi nafas Ramadhan untuk dirasai oleh masyarakat Malaysia terutamanya.

Rancangan yang boleh wajar ditonton seperti Bicara Surah TV1, Tazkirah Ramadhan Astro OASIS, Ihya’ Ramadhan TV AL-HIJRAH, dan seumpamanya termasuk tentang Palestin, Syahadah, atau bacaan al-quran yang telah direncanakan dalam kebanyakan stesen TV yang banyak membantu membuka pintu ilmu bagi kita, inilah warna-warna media yang diharapkan, bukannya media yang banyak hiburan atau kesia-siaan pada penontonnya, hasilnya penonton tidak maju dan berfikiran sempit jika banyak melihat TV, sedangkan ia mampu melahirkan generasi sebaliknya, bukankah begitu?

Di samping itu, adalah patut dipuji apabila pihak TV ada menerbitkan sebuah iklan berbentuk tazkirah ringkas kepada pemandu terutamanya, jalan cerita iklan tersebut ringkas tentang seorang pemuda yang sedang mengalami kesesakan lalulintas kemudian diuji ketahanan imannya apabila rakannya yang bukan Islam makan burger, kemudian tawaran sekotak rokok oleh  seorang rakannya yang turut berada dalam kereta yang sama, dan tetiba keretanya pula dilanggar secara tidak sengaja oleh pemandu belakang, namun pemandu tetap bisa mempertahankan imannya kerana Ramadhan adalah kewajipan untuknya berpuasa, motif bagi iklan adalah jelas dan penyampaiannya juga menarik, tahniah diucapkan!

Seterusnya, tema TV AL-HIJRAH iaitu Ramadhan satu perjuangan, masyaAllah besar ertinya, tahniah!
Sungguh indah terapi tema tersebut, mudahan perjuangan bersama dalam menjalani Ramadhan ini dapat melahirkan lebih ramai pejuang-pejuang yang benar kerana Allah dan Islam, insyaAllah..

Wallahua’alam bissawab.

Friday, August 5, 2011

OnePower Ramadhan


"Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak"

"Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan."

''Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

selain bulan berpuasa, Ramadhan juga boleh disinonimkan dengan bulan berdoa, sebagaimana hadith yang telah memberi keistimewaan pada doa daripada orang yang berpuasa, oleh itu selepas membaca doa berbuka puasa, ambil masa 2-3 saat untuk menenangkan hati dan kemudian sematkan doa pada-Nya serta panjatkan kesyukuran pada nikmat juadah rezeki yang telah dikurniakan, ambil juga beberapa saat untuk memuhasabah diri dengan mengenangkan keadaan orang-orang miskin, anak yatim, rakyat Palestin ketika berbuka puasa, adakah mereka sama juadahnya?
adakah cukup juadah mereka berbuka puasa?
adakah mereka turut merasai masinnya garam, manisnya gula, pedasnya sambal, lazatnya air?

bukan hanya waktu berbuka yang memberi keistimewaan pada doa orang yang berpuasa sebaliknya pada tiap-tiap waktu selagi mana ia masih berpuasa dengan sebenar-benar puasa,
seumpama barang yang tiruan dengan ''original types'', manakah yang lebih tahan dan berkualiti? pastinya ''original ones'', orang yang berpuasa dengan jagaan rapi seperti harta asli atau original yang bermutu, sebaliknya orang yang hanya berpuasa makan dan minum seperti harta celop atau cetak rompak, boleh dinilai namun tiada nilai material, pemilik yang mempunyai "standard" yang tinggi iaitu Allah s.w.t pasti memilih doa dari orang yang berpuasa dengan acuan yang original,
 namun bukanlah bermaksud Allah tidak mengendahkan doa daripada hamba-Nya yang lain, sebaliknya tidak malukah kita? meminta pada ganjaran yang besar dengan tukaran yang rendah atau lokek? dimanakah nilai adab kita?

orang yang kedekut atau jimat dalam berdoa adalah orang yang sombong dengan Allah s.w.t, fikirkan semula saat kita cuba meletakkan ''nametag'' kesombongan itu pada dada kita, nilaikan anggota mana milik kita?, harta mana milik kita?, berapa kuat tenaga kita? berapa kaya wang kita? berapa luas kuasa kita? layakkah kita sombong?
Allah miliki segalanya, di langit dan di bumi, di angkasa lepas dan sang mentari, di syurga dan di dunia, di neraka dan isinya, namun adakah Allah sepertimu yang mudah menjadi sombong?
tepuk dada tanyalah iman, tepuk buku tanyalah cikgu, tepuk akal tanyalah amal..jawapannya terbit di situ,

 ringkasnya, jangan sesekali putus dalam berdoa sebaliknya tambahkanlah bait-bait keyakinan bahawa Allah itu bersifat sama' dan wujud iaitu Maha Mendengar dan Selalu Ada, pasti doamu diketahui-Nya, selalulah berprasangka baik pada Allah kerana sesungguhnya kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya, Allah mungkin tidak akan memakbulkan semua doa kita kerana Dia hanya akan bagi yang terbaik buat kita sama ada pada masa, keadaan dan Islam kita, insyaAllah

wallahua'alam bissawab


Thursday, August 4, 2011

sesi Indah 1432 H


4 hari sudah menempuh Ramadhan, berjuta-juta artikel telah lahir dari kebanyakan blogger bagi meraikan serta menyediakan bacaan tazkirah ramadhan, alhmdullillah syukur atas nikmat-Nya atas segala yang ditakdirkan sehari-hari, dan syukur juga kerana menggerakkan idea untuk menulis pada blog skyjamil ini setelah kekusutan serta kesibukan melanda,

Ramadhan sebagai pesta ibadah telah disedari oleh ramai, keasyikan dan keghairahan umat menjalani serta menghadiri terawih membuktikan kesungguhan sambutan ramadhan masih hangat dikalangan masyarakat 1 Malaysia kini, alhamdulh, negara ini masih bangkit dengan jiwa-jiwa ibadah pada-Nya walaupun tidak berada pada tahap yang dibanggakan, namun itu adalah peluang bagi membina serta melatih jiwa dai'e serta para mujahid/mujahidah pada generasi ulul albab,
sabda Baginda s.a.w:

Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

erti berpuasa adalah menahan lapar pada waktu tertentu hingga waktu tertentu, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, pabila menyebut soal perkara yang membatalkan puasa maka buatlah check up pada setiap pancaindera termasuk anggota batin sekali, kerana biasanya belok tersasar pada kenderaan batin yang dipandu oleh "stering' hati, jika semua selaras dengan kehendak Allah maka itulah pasport bagi menuju syurga al-Rayyan sebagaimana hadith,

Syeikh Solah al-Jaafari pernah berpendapat dalam menghuraikan ringkas pada erti puasa, dalam bahasa arab puasa dieja dengan cantuman 3 huruf hijaiyyah iaitu sod, wau, dan mim, menurut pendapat beliau, "sod" membawa tuntutan "sod + ba + ra", ia ibarat kekuatan utama bagi para tetamu ramadhan, andai ia nipis atau tiada kerana tidak diserap pada lapisan iman maka puasanya letih dan memenatkan,

kemudian "wau" yang menunjukkan para tetamunya memakai pakaian "wara' ", iaitu sentiasa tawaduk untuk melakukan segala suruhan-Nya serta menjauhi larangan-Nya, namun apa yang menjadi kealpaan para tetamu adalah untuk mengenakan banyak bauan wangi jenama sunnah yang dibekalkan oleh Pemilik Ramadhan, sedangkan pewangi itu adalah percuma dan memberi peluang cabutan bertuah untuknya menjadi VVIP didalam dewan syurga al-Rayyan kelak.

ketiga, sebutannya kena tutup mulut iaitu "mim" yang melahirkan MUHSIN yang bererti membuat kebaikan dan kebajikan, sama ada sesama insan, atau sebagainya, ramadhan menjadi peluang kepada kita untuk merasai kesusahan dan keperitan orang miskin, dan seumpamanya, dengan itu sanggupkah kita melupakan mereka saat ini?

ringkasnya, salam ibadah berganda bagi para tetamu Ramadhan, harungi detik-detik dalam Ramadhan dengan nafas tazkirah dan muhasabah diri agar hari-hari yang kita tempuhi dapat memberi kualiti pada erti puasa kita,
wallahua'alam.

Thursday, March 31, 2011

Ibrah Tsunami/ nuklear -Jepun

30/3/2011- RABU- DEWAN ANWAR MAHMUD, UKM- berlangsungnya satu perkongsian ilmu yang besar anjuran persatuan mahasiswa lantikan baru sejak pilihanraya lepas, kupasan isu mengenai Jepun dilanda tsunami pada tanggal 11 mac 2011 yang lalu bukan sekadar pembuktian bencana alam kepada negara Jepun, namun ia menuntut masyarakat seluruh dunia untuk mengambil ibrah darinya. tajuk yang disuarakan pada perbincangan malam ini adalah bersandarkan tajuk DILEMA JEPUN: TSUNAMI DAN NUKLEAR, dari tajuk dapat dirasakan bahawa terdapat dua sudut yang luas dibincangkan iaitu pada pandangan kejadian tsunami itu sendiri dan seterusnya menyentuh perihal letupan loji nuklear milik Jepun.



dari pendengaran ana sebagai jurusan bidang syariah pastilah sukar untuk memahami dengan cekap proses kejadian tsunami yang dibincangkan, namun secara ibrahnya, mungkin dapat diringkaskan bahawa, kejadian tsunami adalah sinonim dengan gempa bumi, keadaan di Jepun adalah diluar jangkaan masyarakat Jepun kerana gegaran tersebut meletakkan status panik kepada mereka berbanding keadaan gempa bumi sebelumnya, namun ana agak tertarik dengan kupasan pada sudut letupan nuklear yang berlaku.

tapi malu untuk ana kongsikan kerana takut tersalah fakta, bidang sains telah lama meninggalkan kotak fikiran ana, apatah lagi sudut pembelajaran yang luas pada letupan nuklear, namun apa yang dapat dikongsikan, letupan loji nuklear adalah disebabkan kumpulan hidrogen yang dibentuk oleh reputan bahan radioaktif, keadaan reaktor nuklear setelah terkena air banjir akan shut down by itself, dan tugas utama selepas keadaan itu adalah menyejukkan keadaan bahan radioaktif dalam reaktor, namun disebabkan keadaan semasa yang menghalang maka generator tambahan tidak dapat dihantar kepada reaktor tersebut lalu mereputkan bahan radioaktif yang membentuk hidrogen lalu meletupkan bumbung atas reaktor. menurut panel lagi, kerajaan Jepun ingin menghentikan reaktor nuklear yang meletup itu sepatutnya pada 26 mac 2011, namun tanpa dijangka tsunami telah melanda dan ia telah meroboh reaktor tersebut.


satu lagi info yang menarik untuk dikongsikan ialah ranking tsunami yang tertinggi semenjak tahun 1900, dan Jepun adalah ranking keempat diikuti Acheh, kedua, negara Chili, dan pertama ialah Alaska. walaupun Jepun menawan ranking keempat selepas kejadian 2004 di Acheh, namun angka kematian di Acheh adalah jauh dari Jepun dan panel menyifatkan bahawa teknologi Jepun telah membantu negara itu mengurangkan kadar kematian, malah gaya hidup masyarakat Jepun yang harus dipuji walaupun kesusahan akibat tsunami membelenggu kehidupan mereka. ia adalah sesuatu yang tidak terbentuk dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan kerjasama yang lama dalam melahirkan generasi sebegitu,


panel juga ditanya tentang perkaitan tsunami dan Malaysia, menjawab persoalan tersebut satu perkara utama yang dilahirkan iaitu kesyukuran. rakyat malaysia amat beruntung kerana ombak tsunami kurang merencam negara ini, hal ini kerana Malaysia berada pada kedudukan yang jauh dari Lingkaran Api Pasifik yang lebih berisiko tinggi pada ombak tendangan tsunami. di samping itu juga, dataran Sunda yang berhampirang dengan Malaysia telah mengurangkan kelajuan dan kekuatan ombak tsunami yang mengamuk di lautan, hal ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 2004 kejadian tsunami terbesar yang melanda Acheh, keadaan di beberapa buah negeri di Malaysia adalah tahap yang jauh lebih baik berbanding kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh negara lain terutama Acheh. oleh yang demikian, panel mengakhiri kupasannya dengan menyatakan bahawa Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk menyelamatkan diri jika darjah tsunami dikesan.



perbincangan dilanjutkan dengan kenyataan yang bahawa malaysia mengalami bencana alam lain yang lebih kronik iaitu banjir, tanah runtuh dan ribut. namun panel juga menafikan bahawa kejadian banjir yang seringkali mencatat ranking yang tinggi sebagai bencana alam yang melanda malaysia adalah banyak berpunca daripada kelemahan manusia sendiri atau bukan bersifat senulajadi semata-mata. hal ini dapat dibuktikan apabila kejadian banjir seringkali melanda tempat yang sama pada setiap tahun. oleh yang demikian, pembangunan terutamanya perumahan perlu dikaji semula, bukan hanya kemajuan yang dikejar tapi keadaan muka bumi juga pelru dipelihara, andai kata kemajuan bersusun namun tidak dapat mengurangkan kadar bencana alam pasti kemajuan itu tidak dapat disifatkan kemajuan.

sebelum perbincangan ditutup, panel juga mengingatkan bahawa bencana yang lagi berat untuk dibendung adalah pada diri masyarakat setempat sendiri. perasaan hasad dengki pada sesama sendiri, dan seumpamanya adalah perlu dilupuskan dan Jepun adalah negara yang wajar dicontohi, mereka sanggup beratur mendapatkan makanan walaupun pada masa kesusahan akibat tsunami, masyaAllah...bagaimana masyarakat seperti itu boleh dilahirkan? andai mereka boleh maka tiada sebab kita tidak boleh memupuknya melainkan dengan cara menghilangkan busuk hati dan saling hormat-menghormati yang tinggi antara masyarakat, dalam dakwah Hasan Al-Banna adalah yang diterapkan adalah meninggalkan pertengkaran dan perbalahan lebih baik..

majlis disudahi dengan jamuan bihun, dan terima kasih pada persatuan mahasiswa yang baru, menjana minda mahasiswa yang intelektual bak kata moderator, pengerusi, dan penyampai ucapan yang lain, ayat yang sama ja..ada satu lagi isu yang menarik iaitu LIBYA, pensyarah kuliah antarabangsa telah memberi komentar beliau, ada masa ana akan kongsikan dan abadikan dalam skyjamil..insyaAllah,

Thursday, September 2, 2010

lailatul qadar vs nuzul al-quran

alhamdullillah, ana baru sahaja dapat jawapan dari persoalan yang timbul pada posting yang lepas, walaupun tidak semua persoalan terjawab namun sekurangnya hampir 50% telah terjawab dengan sumber yang boleh diyakini..berikutan dari itu, ana pastekan jawapan- jawapan yang ana perolehi bersama sumbernya

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

sumber: Dr.Samsu Adabi Mamat
            Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Tarikh :   03 October 2006
            [Zakaria Bin Othman]
            Editor : PRO JAKIM


Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : “Bacalah”, baginda menjawab : ” Saya tidak tahu baca”.
        Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :”…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :” Bacalah” lalu saya menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :” Bacalah”, saya tetap menjawab :” Saya tidak tahu membaca”. Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-’Alaq yang bermaksud:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.

Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB)
PT 929 WISMA PONDOK,
Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
 

itu sahaja jawapan yang mungkin dapat menghilangkan kekaburan, terima kasih pada Qalbunnisa' yg telah menyumbang jawapan, dan insyaAllah, ana akan cuba tambahkan jawapan agar ia dapat dijelaskan lagi,

tambahan: 
dalam kegelisahan untuk pulang berhari raya, ana sempat berkunjung ke library untuk mencari bahan, dan dengan izin Allah, ana terlihat sebuah buku yang ana pernah belajar dengannya suatu ketika dulu, iaitu pengantar ulum al-Quran karya ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin yang membicarakan secara detail perihal al-Quran termasuk menjawab persoalan tentang ketidakpastian ana berkenaan hubungan antara dua tarikh sejarah tersebut iaitu nuzul al-Quran dan Lailatul qadar.


di sini, diperjelaskan bahawasanya penurunan al-Quran atau nuzul al-Quran berlaku pada dua situasi iaitu secara jumlatan atau sekaligus dan kedua dengan berperingkat- peringkat atau munajjaman..pada peringkat jumlatan menurut pendapat yang paling rajih dari Ibn Abbas dan majoriti ulama berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadar ayat 1, surah al-Dukhan ayat 3 dan surah al- Baqarah ayat 185 menyatakan bahawa al-Quran diturunkan sekaligus pada malam al-qadar iaitu pada 10 malam terakhir Ramadhan..hal ini telah direkodkan dalam riwayat oleh al-Baihaqi, al-Hakim dan an-Nasai'i, malah al-Tabarani juga ada meriwayatkan menyatakan bahawa

" al-Quran diturunkan pada malam al-qadar dalam bulan ramadhan ke langit dunia secara sekaligus kemudian diturunkan secara beransur- ansur."

penurunan sekaligus yang dimaksudkan dalam pendapat ini ialah dari luh mafuz ke baitul izzah kemudian diturunkan mengikut peringkat kedua.

dalam karya ustazah Rosmawati pada mukasurat 87 menyatakan dengan jelas bahawa al-Quran mula diwahyukan kepada Rasullullah s.a.w pada 17 Ramadhan 610 M iaitu bersamaan tarikh nuzul al-Quran dalam bulan Ramadhan. tiada dinyatakan perselisihan pendapat ulama berkenaan dengan tarikh tersebut dinyatakan dalam kajian beliau, namun berlaku perselisihan pada tempoh penurunan tersebut berlaku.


oleh yang demikian, mampukah ana membuat kesimpulan bahawa penurunan al-Quran pada malam al-qadar telah berlaku dan ia hanya sekali, oleh yang demikian, kejadian tersebut diibaratkan sebagai tarikh peringatan yang tidak diketahui dengan tepat keadaan masanya atau menjadi kerahsiaan Allah tentang lailatul qadar..jika menurut logik, tarikh tersebut tidak akan berubah dan ia adalah tetap kerana ia telah berlaku, jadi lailatul qadar juga tetap masanya dan ia tidak mungkin berlaku pada masa yang lain, namun mengapa ia tidak diketahui? melainkan ada jawapan bahawa tiada seorang pun dapat mensahihkan bahawa itulah lailatul qadar?
tetapi, telah didapati hadis yang diriwayatkan oleh Ubai bin Ka'ab bahawa beliau pernah menyaksikan lailatul qadar, walaupun demikian, hadis tersebut hanya menyatakan keadaan selepas lailatul qadar iaitu pada siang esok harinya, tidak pada kejadian lailatul qadar itu sedang berlaku?
hipotesis awal yang dapat dibuat ialah yang pertama, ia adalah rahsia Allah dan tiada yang dapat mengetahuinya walaupun detik hatinya menyakini dapat menemukan malam barakah itu, dan yang kedua, tiada hadis yang menceritakannya dengan detail tentang kejadian atau plot2x perjalanan atau keadaan yang berlaku pada masa kejadian.

itu hanyalah kesinambungan dari pendapat ana sahaja, jika ada hujahan dan maklumat, amat diharapkan agar dapat mengkongsikannya bersama.

Wednesday, September 1, 2010

inilah saatnya, jgn lepaskan!


 " baju raya dah beli?"
"banyak sale la time2x raya ni"
"kuih almond tak mau dah, layan snow oat plak..sedap tu"
"harap2x dapat wit raya lebih, ptptn dah makin out ni"


banyak lagi dialog lazim yang kedengaran di hujung ramadhan terutamanya ia berkaitan dengan persiapan hari raya atau hari kemenangan, tak lama lagi muncul la ia, hampir 8 sahaja lagi kita akan merasa kuih- muih raya, lemang, ketupat dan rendang dan sebagainya sebagai pelengkap kemeriahan raya di Malaysia.
tapi sebelum kita jauh memikirkan kepada saat itu, jangan sekali kita lupa bahawa ramadhan masih berbaki dan baki yang tinggal ini punyai nilaian yang tinggi..di saat inilah dijanjikan sebuah malam yang dinamakan lailatul qadar iaitu malam yang disabitkan dalam surah al-qadar sebagai lebih baik dari seribu bulan..
mengapa nilaian 1000 dijadikan pilihan? menurut sebuah buku karangan ustaz Sofwan Harun terbitan Penerbitan Jasmin sdn bhd menyatakan bahawa ia merupakan kelaziman masyarakat arab dalam menyatakan bahawa sesuatu itu mempunyai nilai yang amat tinggi atau sangat banyak, jarang berlaku dalam percakapan masyarakat arab menyebut jutaan walaupun nilai sebenar hampir juta, ia tetap mensabitkan dengan ribu..pendapat ini mungkin sebahagian dari banyak pendapat yang timbul..(selebihnya anda boleh rujuk semula)
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud

" carilah lailatul qadar itu pada 10 malam terakhir. jika kamu merasa lemah atau tidak mampu, janganlah kamu mengabaikan 7 malam terakhir"

menurut Imam Malik, hadiah lailatul qadar kepada umat Muhammad s.a.w adalah kerana umur umat Muhammad s.a.w adalah purata 60-70 tahun sahaja, ia lebih pendek dari umat terdahulu jadi lailatul qadar dihadiahkan agar umat ini dapat mencapai amalannya seperti umat terdahulu,
menyentuh sedikit dengan sejarah lailatul qadar serta keterangan dalam Al-Quran mengenainya dalam surah al-Dukhan..

حمٓ (١) وَٱلۡڪِتَـٰبِ ٱلۡمُبِينِ (٢) إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةٍ۬ مُّبَـٰرَكَةٍ‌ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ (٣


Haa, Miim. (1) Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (3)


 manakala jawapannya berhubung dengan ayat 185 dari surah al-Baqarah yang menyatakan bahawa: 




شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ

bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.


dalam bulan ramadhan turut terdapat satu tarikh di mana terdapatnya nuzul al-Quran iaitu pada 17 ramadhan, sebaliknya hadis yang menyebut mengenai malam lailatul qadar adalah pada sepuluh malam terakhir dalam bulan ramadhan..malah lailatul qadar juga disabitkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu yang mana bertepatan dengan ayat surah al-dukhan "malam yang barakah"..jadi persoalannya..di mana perkaitan dan perbezaannya antara kedua peristiwa ini?
menjawab persoalan ini, ana temui jawapan dari buku karangan ustaz sofwan harun pada mukasurat 161 dalam buku yang membincangkan mengenai puasa, lailatul qadar terbitan penerbitan Jasmin sdn bhd yang menyatakan bahawa para mufassirin berpendapat bahawa pada malam 17 ramadhan tersebut al-quran diturunkan dari luh mahfuz ke baitul izzah secara sekaligus sebelum diwahyukan kepada Rasullullah s.a.w secara mutawatir.cuma yang yg mungkin tak dapat ana jawab ialah berkenaan dengan tarikh? atau masa? berlakunya penurunan wahyu pertama iaitu surah al-alaq kepada Rasullullah s.a.w, jika sahabat dapat jawapannya sila kongsikan bersama..amatlah dialukan..
walaupun malam lailatul qadar tidak dinyatakan dengan spesifik masa ia berlaku, sehingga ada banyak pendapat ulamak dalam menentukan masanya iaitu dalam tempoh 10 hari terakhir ramadhan namun seorang sahabat Rasullullah s.a.w iaitu ubai bin ka'ab telah bersumpah bahawa beliau pernah melihat malam lailatul qadar, antara tanda yang dimaksudkan

" dan salah satu tandanya adalah pada pagi harinya cahaya matahari terbit memutih dan tidak bersinar seperti biasa" (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi)

mungkin sukar untuk kita gambarkan keadaan yang dimaksudkan oleh Ubai bin Ka'ab tersebut namun semua itu tiada mustahil jika ia diizinkan Allah untuk mengenali keadaan tersebut..namun pada pendapat ana, mungkin boleh dibezakan andai sains mengambil tempat untuk menjelaskan perkara tersebut? satu idea yang baik sebagai pengkajian baru, prespektif sains alam akan kejadian lailatul qadar.
ada lagi satu yang penting untuk kita sama mengingati diri kita bersama iaitu tindakan yang harus dilakukan andai ditakdirkan kita terpilih untuk menikmati keajaiban malam lailatul qadar itu, iaitu doa, yang diajarkan oleh Rasullullah s.a.w 

" wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun serta suka mengampuni maka ampunkanlah aku:
(HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Tirmidzi dari Aisyah)

setelah lama kita mencari lailatul qadar tetapi mengapa hanya dosa yang kita pohonkan? pasti tertanya2x mengapa tidak pinta Allah kayakan mereka atau luahkan harta dari langit untuk mereka?
wahai sahabatku..sebenarnya dosa itu lebih besar risikonya pada diri seseorang, seorang yang masih terasa berdosa bermakna hatinya masih dihidupkan Allah sedangkan jika insan yang melakukan dosa dan maksiat tanpa rasa berdetik dihatinya akan takutkan dosa, maka di saat itu tanyalah iman, apakah masih ada dihatimu?
dan kerana dosa jugalah segalanya bermula menuju kejahatan dan berakhir dengan kemungkaran Allah..apakah kita mahu ia berlaku pada diri kita?
sebelum ana melanjutkan perihal dosa dan konsepnya, ana ingin sekali berkongsi perlakuan Rasullullah dalam menyambut kedatangan lailatul qadar dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Ali bin Abi Talib yang bermaksud " Rasullullah s.a.w membangunkan keluarganya pada 10 hari terakhir dan meyinsingkan sarungnya"

kita masih berbaki 8 hari untuk melatih diri menjadi hamba yang amat peka dan tahu menghargai tawaran berharga dari Allah s.w.t, satu-satunya Kuasa yang penuh kasih dan sayang pada insan yang hanya memegang status hamba, sahabatku, doakan diri ana mendapat jawapan yang ana nantikan, dari lailatul qadar ramadhan ini, 
insyaAllah..ana harapkan jawapan dari-Nya

Thursday, August 26, 2010

evolusi 17 Ramadan

detik 17 ramadhan tidak pernah tertinggal dalam perjalanan merentasi 30 hari bulan ramadhan, hari ini sudah menjangkau 16 ramadhan sekaligus menandakan hadirnya salah satu hari yang bermakna dalam bulan ramadhan iaitu nuzul al-quran yang jatuh pada 17 ramadhan. al-Quran merupakan kitab utama yang menjadi panduan kepada umat Islam..oleh yang demikian, kelebihan dan ilmu yang terkandung didalamnya telah disusun dengan rapi malah tiada cacat- celanya, kesinambungan dari memahami al-Quran perlu dilengkapi dengan huraian dari hadis Rasullullah s.a.w..
sesungguhnya Rasullullah pernah bersabda bahawasanya Baginda telah meninggalkan dua perkara yang jika berpegang teguh dengannya maka kamu takkan sesat selamanya iaitu al-Quran dan Sunnah..
oleh yang demikian, kepegangan atau kebergantungan kepada al-Quran oleh seorang yang bergelar muslim tidak dapat dicanggah lagi malah ia perlu diperbaiki supaya segala isi yang terkandung dalam al-Quran dapat difahami dan paling penting ia dapat diaplikasikan dalam menyambut tema "Islam the way of life"
namun, malang dan dukacita sekali apabila al-Quran hanya dijadikan hiasan dan hanya kedengaran dalam pembukaan majlis dan sebagainya..sebaliknya kedatangan al-Quran bukan setakat itu sahaja, yang lebih utama ialah ia perlu difahami dan segalanya ilmunya perlu ditadabburkan oleh setiap insan yang bergelar muslim atau orang Islam..

sesungguhnya Allah telah berfirman dalam kalam-Nya yang menyatakan bahawa

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ مُبَـٰرَكٌ۬ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar
surah al-sad ayat 29

apa yang dimaksudkan dengan tadabbur?

MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri. (DR. SIDEK BABA Profesor Pendidikan di UIAM)
oleh yang demikian, kepentingan mentadabbur adalah amat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan pemerhatian sahaja sebalik turut mengkajinya serta menyelidik iaitu menuntut suatu perincian terhadap sesuatu supaya ia dapat dijamah dengan keseluruhannya. namun begitu, mentadabbur al- Quran tidak boleh melalui penelitian atau kefahaman akal semata, ia perlu dikaji dari kitab- kitab tafsir yang telah dihasilkan seperti kitab tafsir fi zilalil Quran oleh sayed qutb, tafsir Hamka, tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.
disebabkan tadabbur adalah satu pemerhatian yang halus dalam usaha memahami isi kandungan al-Quran maka ia juga melibatkan kefahaman terhadap ilmu hadis kerana hadis atau sunnah merupakan sahabat karib bagi menjelaskan maksud al-Quran, definisi sunnah atau hadis itu telah dapat menjelaskan kepada kita bahawa fungsinya sebagai 'explainer' tidak dapat dinafikan kerana al-Quran merupakan kitab yang diturunkan kepada seluruh umat melalui Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan akhir.
orang yang mentadabbur al-Quran telah dijelaskan keadaannya berikutan usaha tersebut dalam kalam Allah yang menyatakan bahawa

وَإِذَا سَمِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعۡيُنَهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ مِمَّا


عَرَفُواْ مِنَ ٱلۡحَقِّ‌ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكۡتُبۡنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ
 Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)
surah al- maidah ayat 83
ada lagi..Allah juga berfirman jika seseorang itu telah mentadabbur al-Quran dalam surah al- anfaal ayat 2

  إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

sebaliknya, masih ramai yang tidak menyedari keutamaan ini, ketahuilah bahawasanya jika situasi ini tidak disedarkan maka tidak hairanlah jika umat Islam akan jadi umat yang ketinggalan kerana 
Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman. 
 

Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia. Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan : 
Firman Allah : “ Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan.” (al-Furqan, ayat 30)
ayuhlah sahabat- sahabat yang dimuliakan, kita membawa umat kepada kemajuan dan kegemilangan Islam semula dengan mentadabbur al-Quran dan menguasai segala ilmu yang terkandung didalamnya dengan cara tadabbur..mulakan dari sekarang, mahasiswa suaranya didengar, oleh itu inilah peluang kita selagi masih berbaki status itu pada kita kini..
ana doakan, 17 Ramadhan bisa menggegarkan jiwa kita untuk menghidupkan semula tadabbur al-Quran..terutama pada diri ana sendiri, dan juga sahabat- sahabat sekalian..salam 17 Ramadhan