Showing posts with label Ramadhan 1434. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1434. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Trilogi Raya Last




AKHIR SYAWAL

pagi-pagi biasanya ditemani dengan leteran dj radio hot.fm dan arini hot chat pagi tentang impian yang tak tercapai semasa syawal kali ni, maklum la hari ini tanpa disedari adalah hari terakhir dalam bulan raya, esok bermula kiraan zulkaedah pula, semakin hampir "birthday" ana yang melayakkan ana untuk berada dalam umur 26 tahun dalam kiraan kalendar hijriah,

"sedikit selingan, pernah suatu bicara yang memerihalkan tentang cara terbaik untuk meraikan hari lahir, atau hadiah terbaik untuk diri yang sudah meningkat usia, antaranya berpuasa sunat dan niatkan sebagai rasa syukur masih ada esok untuk dirimu, kedua, melakukan amal baik yang juga menggembirakan orang lain dihari kelahiran kita seperti bersedekah, belanja makan, hadiah pada orang terdekat, jamuan atau menifaqkan pada golongan anak yatim, orang miskin dan seumpamanya, ketiga, "dating"..sapa yang paling penting dalam hidup anda? anda sendiri tahu, bagi ana, satu nama saja nyawa dan jantung, kekuatan untuk ana bernafas esok hari iaitu Allahuakbar, ana ingin raikan hari lahir ana cukup untuk mengingatiNya lebih dari hari biasa"

bertuah sungguh hari ini mendapat undangan rumah terbuka, dapat juga menyuap gulungan lemang terakhir bersama rendang daging, kelmarin juga ada diadakan jamuan raya berlaukkan laksa johor dan juga lemang, sedap dan syukur dapat lidah merasa rezekiNya, selain daripada lemang,

menjawab hot chat pagi tadi, impian raya yang tak sempat capai bagi ana adalah beraya, ana tak dapat beraya sebab keluarga kakak tidak berkesempatan untuk merancang raya kali ni, biasanya kami akan beraya ke rumah saudara-mara, percaya atau tidak, memang selama ni ana hanya beraya dengan family, mengikut ke mana saja hala, berkenalan dengan saudara jauh dan dekat, dan raya kali ini, ana harap dapat rasa "konvoi raya" bersama kawang juga tapi tidak kesampaian bila mana ramai yang berubah status, dari bujang kepada isteri,

sepanjang hari hujan walaupun tak lebat tapi tidak berhenti,

ORANG TABUNG HAJI

sengaja ana posting-kan menjadi sebahagian daripada entri, hakikatnya ana malu sebenarnya nak mengambil giliran di kaunter tabung haji berikutan ia menjadi rutin bulanan, hingga dikenali oleh pihak bertugas, di samping cawangan tersebut tidak begitu luas pelanggannya, tapi hari ini ana jejak juga ke sana dan sudahnya hanya ana sahaja yang menjadi pelanggan ketika itu,

ramah-tamah itulah presepsi ana pada kakitangan di sana, mereka tidak jemu untuk bertemu-ramah dengan pelanggan, tambahan pula kad pengenalan diserahkan, semakin luas pertanyaan yang diutarakan, ana setuju jika tabung haji memilik staff yang ramah berbanding bank lain, peramahnya seperti berada di kedai makan, pernah berlaku di bank lain? mungkin tidak

antara soalan yang dikemukakan
.. sekolah kat mana dulu?
.. tinggal di mana?
.. keja apa?
.. tau tempat ini tak? kenal orang itu tak? dekat dengan itu tak?
.. dan sebagainya
 walaupun urusan sekitar 15 sahaja

mungkin pada yang lain tidak hairan tapi bagi ana keadaan tersebut di luar norma situasi bank, masakan soalan demikian mereka berminat untuk bertanya, melainkan jika anda menjadi pelanggan bulanan kaunter mereka, sebab tu ana dah jadi malu ke sana, kuang2x

JUMPA SYAWAL NANTI

dapat ka peluang tu?


Tuesday, August 20, 2013

Trilogi Masak Raya

teringat pada syawal pertama, apabila rumah jiran manyajikan rendang kerang, dan abang sendiri telefon minta beli kerang untuk dimasak sebagai juadah raya, namun pada syawal pertama ia tidak kesampaian, maklum sajalah, orang ramai berpusu-pusu untuk membeli barang sehingga kehabisan stok kerang meskipun di pasaraya yang besar, namun ana dapat memasak rendang kerang pada raya seterusnya sekaligus menyambut kedatangan sahabat yang beraya,

resepi ni sedap namun ia sebenarnya mengikut kebijaksanaan tukang masak supaya bahan yang dimasukkan itu tidak terlebih dan terkurang, dan yang penting berdoalah agar makanan tersebut menjadi sedap sehingga ia dapat menggembirakan hati tetamu yang makan,

RESEPI RENDANG KERANG

Bahan:
2 cawan isi kerang
2 sudu besar cili mesin
4 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/4 in lengkuas *
1/2 in kunyit hidup *
2 batang serai * ~ (* diblend halus)

1 sudu besar rempah gulai ~ kalau tak ada boleh guna rempah kari
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 cawan air
2 keping asam keping
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan digoreng lagi.
Masukkan rempah gulai dan sedikit air.
Goreng lagi hingga pecah minyak dan masukkan air dan santan fresh/pekat.
Biarkan hingga mendidih sambil sesekali mengacau supaya tidak naik kepala.
Masukkan asam keping dan renih kuah hingga hampir pekat.
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut serta garam dan gula secukup rasa.
Gaul dan masukkan isi kerang.
Masak seketika lagi dan terpulang jika suka kuah yg pekat/kering atau sederhana pekat.
Angkat dan hidangkan dgn nasi putih dan juga sedap dicicah dgn lemang atau ketupat.


sedap sangat, masih teringat lagi hehe..alhmdullillah dapat gak pujian dari jiran dan teman

Trilogi Dah Raya

bestnya memasak!
kalau jadi best la sebab dapat makan dengan selesa di tekak tapi jika sebaliknya, terpaksala asingkan bahan yang boleh dimakan dengan tidak dapat dirasa,

menjelang 3 hari sebelum raya bersamaan bermulanya cuti umum khusus untuk menyambut aidilfitri, ana dan anak saudara bertungkus-lumus mencari bahan untuk membuat dan menyiapkan kuih raya, secara keseluruhannya kami dapat menyiapkan 5 jenis kuih termasuklah tart nenas, jejari oat, kek pelangi, almond london dan cornflakes, hampir RM300 dibelanjakan untuk persiapan juadah raya, rasanya berbaloi juga sebab dapat menikmati penat-lelah untuk siapkan kuih-muih,

resepi tart nenas

Bahan-bahan ( 150 biji )

  • BAHAN UNTUK DOH TART:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 1 cawan mentega (226 gm)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar gula
  • BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan 
  • sebagai tambahan: jangan guna gula pasir sebaliknya gantikan dengan gula batu, dan masukkan sedikit tepung jagung untuk jadikan ia mudah digulung (petua yg baru dapat)
  • 4 biji nenas = 2 nenas masak dan 2 nenas muda

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT DOH TART:
  2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
  3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
  5. Panaskan oven.
  6. 2
    Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
  7. Photo2326
    Ulangi sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak. 
  9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  11. 1
    Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  13. Kacau tanpa henti hingga likat.
  14. 3
    Angkat dan sejukkan. 

memang sedap resepi ni, cubala bagi yang baru belajar untuk memasak seperti saya, =),

Wednesday, July 31, 2013

Trilogi Ramadhan P4

SENANDUNG AKHIR RAMADHAN

sedar tak sedar dah sampai pun kita semua berpuasa sehingga 20 hari dalam bulan mulia ni, ana rasa marah bila terdengar sekolompok umat Islam yang meringankan soal puasa dan keberkatan ramadhan, jika sedikit keletihan dan sedikit kesakitan terlalu mudah mengambil keputusan untuk tidak berpuasa, ana tak nafikan bahawa ia boleh diganti namun suatu ceramah yang pernah ana dengar bahawa satu hari di bulan ramadhan tidak setanding dengan jutaan hari puasa yang ingin diganti, bagi perempuan ada pengecualian,

sebagaimana yang dihajatkan untuk ke masjid bermula 10 hari berpuasa, jika ditanya mengapa? ana tidak dapat menjelaskan dengan baik kerana ia adalah pilihan ana, alhamdullillah ana dapat merealisasikannya, biasanya 10-20 masjid makin kosong dari awal puasa tapi di masjid kawasan ini masih seperti biasa, 3-4 saff bagi wanita tapi lelaki ana tak pasti sebab tak ruang niat nak jenguk ke ruang solat lelaki,

"apa yang ko wat akhir-akhir ramdhan ni?" tanya seorang sahabat yang menelefon

sentap! sebab ana baru ja sedar yang ramadhan dah masuk hari yang terakhir, ambang pelepasan api neraka, inilah peluang terakhir untuk menikmati senandung irama akhir ramadhan, ana cuba untuk menghabiskan masa bersama diri dan amal, seperti iktikaf dan jelajah masjid yang berhampiran, di samping itu, perbanyakkan juga doa dan detikan hati untuk muhasabah amal dan niat, solat terawih dan tadarus dirancakkan lagi, sahur terus-terusan tapi sejak kebelakangan ni, sahur seringkali tersasar, melepas berkat sahur,

dan yang terakhir, rancakkan juga blogging *hehe* sebab trilogi ramadhan akan habis episodnya,

BUFDAY ANGAH



 30 Julai 2013, tarikh kelahiran seorang insan yang banyak berjasa dalam rekod hidup ana sejak beberapa bulan yang lepas, moga ukhuwwah ini tetap murni disisi illahi,

satu perkara yang ana kagum dengan beliau adalah sifat penyayang dan mesra alam, mungkin kerana ana tidak sebati dengan kedua-dua ciri tersebut jadi bila mana jumpa insan sepertinya sukar juga untuk ana tafsir titik pusat perilakunya,

PROJEK RAYA..DONE

satu projek telah selesai dengan bantuan mak di kampung, walaupun banyak juga belanja yang habis tapi apakan daya ia sebagai sumbangan anak yang dah bekerja, hampir 3 minggu kami siapkan projek tersebut, dan minggu lepas ia telah siap sepenuhnya, terima kasih Allah kerana kurniakan semangat yang tak pernah putus sehingga ia selesai walaupun dalam keadaan berpuasa,

ada lagi satu projek raya yang baru dimulakan, tunggu kepulangan "assistant" dan kali ni projek berlokasi di rumah kakak, jadi ana tidak balik kampung sehingga menjelang hari raya, lagipun tak lama dah nak cuti sempena raya, dapatlah sempurna projek kedua sempena raya, betol la kata kebanyakan orang bahawa kaum wanita adalah yang paling sibuk jika menyambut hari raya

projek imarah ramadhan jangan terabai pula, itulah misi kejayaan pada syawal kelak,


Tuesday, July 23, 2013

Trilogi Ramadhan P3


RUMAH LAMA KAMPUNG KUCHAI

ramadhan yang ke-14, bersamaan dua minggu genap telah berpuasa, dan kini telah memasuki fasa maghfirah, atau keampunan, keampunan dari segala kealpaan, ketidak-sedaran lemah diri dan dari segala noda dosa yang cuba menduakan cintaNya dengan tidak setanding denganNya, dimana DIA dihatiku? trilogi kali ni menyambung perjalanan sepanjang bulan ramadhan,

ana tinggal di kawasan kampung yang agak selesa prasarana yang ada, sepadan dengan pembangunan yang berlaku pada daerah sekitarnya, kampung Kuchai adalah salah sebuah kampung yang terletak di jalan Bota Kiri, ana bukan tinggal di sini, *hehe* tapi entri kali ni adalah berkaitan dengan kampung Kuchai, apa yang menarik di kampung ini adalah "design" rumah penduduk kampung, yang masih menampakkan ukiran serta binaan lama seperti melayu terdahulu, zaman pendekar dan kebanyakkannya adalah sedemikian, malah terdapat juga banglo papan dan berpagar ala-ala rumah pembesar belapan suatu ketika dahulu dalam sejarah negeri perak

ana makin teruja melihat "design" rumah tersebut sebab ana peminat rumah papan ala-ala tradisional gitu, lagi seronok bila ada beranda dan tangga melaka tu, ada tiang seri, dan tingkap adabi, mahligai yang aman bagi ana, *hehe* jiwa kampung agaknya, tapi ana suka jika rumah tersebut seperti situasi chalet,

mungkin tu jadi salah satu kelebihan kepada penduduk setempat tu menyediakan rumah seperti perkhidmatan homestay, ada juga beberapa buah rumah dijadikan sebagai homestay, berikutan kampung ini berhampiran dengan tempat sejarah yang banyak seperti pasir salak, kuburan para pahlawan, dan juga tempat peranginan lain seperti pelabuhan lumut, teluk batik, tempat memancing dan berkelah antara teluk senangin, teluk rubiah, dan sebagainya,

yang menarik lagi, sepanjang pemerhatian ana, ada 4-5 buah rumah lama ini ditinggalkan tanpa penghuni, dan mengikut pemandangan keadaan peninggalan tersebut ia memakan masa bertahun dan tidak lagi diberi penjagaan yang baik disekitarnya, oleh ini ana berpendapat bahawa tuan rumah mungkin berminat jika dijualkan kepada sesiapa yang mahu, jika ana diberi peluang sememangnya ana memilih salah satu daripadanya, laman rumah juga cantik dan menarik ala-ala istana kellie castle

ana pernah bercita-cita untuk melawat kellie castle tapi apabila dimomokkan dengan keadaan di sana, rasanya terpaksa tangguhkan niat untuk melawatnya seorang diri,

ok itu saja trilogi kali ni, ana sempat tangkap gambar dua buah rumah yang ana perhatikan tiada penghuni yang mendiami, tapi keadaan rumah masih cantik,

 rumah sejarah di kompleks pasir salak, cantik kan


 rumah tiada penghuni, tp dalam keadaan terjaga


tiada penghuni dan tidak terjaga, laman yg cantik

teringin nak masuk dan tengok keadaan dalam rumah serta sudut pemandangan luar rumah jika berada dalam rumah tersebut, rumah ana di kampung juga sedemikian lebih kurang tapi tiada seni binaan yang klasik hanya biasa sebagai rumah kampung,

bersyukur

Thursday, July 18, 2013

Trilogi Ramadhan P2

driving patner

TADARUS KALAMULLAH

satu hari 1juzuz,
satu waktu 4 helaian mukasurat
30 hari ramadhan tamat 30 juzuz al-quran.

tujuan tadarus dijadikan sebagai rencana program pengisian ramadhan untuk membetulkan bacaan ahli usrah serta menanamkan rasa ibadah dalam meraikan kedatangan ramadhan, sewaktu ana bekerja di sebuah jabatan kerajaan, percaya atau tidak hampir 80% kakitangan tidak fasih atau lancar membaca al-quran, mereka masih gagap, tapi jauh dari sudut hati ana tetap memuji kesungguhan dan usaha mereka untuk menyertai tadarus bersama, bagi kakitangan lelaki, ana tidak pasti ke mana mereka ketika waktu zohor kerana hanya 2 orang sahaja yang hadir untuk bertadarus

tahun ini, kumpulan tadarus ana terdiri daripada 4 lelaki berumur 11 tahun dan seorang perempuan juga berumur 11 tahun, ana boleh kateogarikan mereka dalam bacaan B dan C kerana 2 orang daripada mereka mampu mengeja tapi seringkali tersalah baris malah pengabaian panjang pendek serta sebutan terlalu banyak, 2 orang yang lain hanya mampu mengikut gerak bacaan, jika diminta untuk membaca sendirian, mungkin makan masa berjam-jam untuk habis satu mukasurat, dan seorang lagi boleh dibimbing, dalam usia sedemikian sepatutnya mereka telah petah membaca al-quran kerana waktu harian mereka dipadatkan dengan pembelajaran

untuk betulkan bacaa mereka ana terpaksa berdikit-dikit membaca al-quran supaya mereka dapat mengikut bacaan tersebut, sudahnya kumpulan tadarus ana baru dapat melangkah 3 juzuz berbanding kumpulan lain yang telah mencapai 6 juzuz, biasanya masalah yang dihadapi oleh mereka adalah kurangnya pembacaan sewaktu di rumah, malah ada seorang yang mengaku tidak pasti sama ada terdapat naskhah al-quran atau tidak di rumahnya?

sejujurnya ana tidak nafikan bahawa kelemahan penduduk di sini dari sudut agama dan ukhrawi walaupun dalam kehidupan sederhana dan kampung tapi ibubapa masih belum tersedar tentang kepentingan agama melebih menyerahkannya pada sekolah agama rakyat atau program persekolahan lain, sebaliknya ibubapa memainkan peranan penting untuk melatih anak-anak untuk gemar pada pengajian agama, biasanya guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada pelajar kerana kekangan pelajar pintar dan pelajar lemah, yang lemah memerlukan masa dan tumpuan lebih,

bantulah anakmu untuk akhiratnya
...........................................................

BALIK KAMPUNG..HOHOHO

setiap hujung minggu, inilah saat yang ditunggu-tunggu, perjalanan lebih kurang 2 jam setengah digagahkan asalkan dapat pulang ke kampung sendiri, minyak kereta biasanya akan turun 3 bar, dan perjalanan pergi balik hanya berbekalkan tangki penuh sudah memadai, menurut kiraan ana, 3 bar minyak bersamaan RM15 bagi myviva

peluang beristirehat di kampung dapat mengurangkan tekanan bebanan kerja dan melupakan sebentar tentang segala masalah yang mungkin muncul, mengambil ibrah daripada kisah sedih Baginda s.a.w atas kematian dua insan yang amat dikasihi, kemudian Allah mengubati kesedihan itu dengan membawa Baginda bermusafir pada malam israk dan mikraj, jadi jika anda menghadapi kegusaran dalam kehidupan bawalah diri bermusafir melihat ciptaan Allah, contohnya balik kampung *hehe

baru-baru ini kampung ana sedang dibaik pulih jalannya, mungkin ada jambatan yang mengantikan lencongan tajam, dan mungkin ada perjalanan dua hala untuk mengelakkan jalan sempit bila bertembung dua kereta, jangan ada tol pula sudahla! ala-ala "highway"

tapi minggu lepas ana balik kampung keadaan jalan telah diratakan dengan batu dan jambatan pula telah ditambak dengan tanah merah dan batu juga, alhamdulillah selepas ini mungkin kampung ana boleh diilhamkan sebagai kawasan pelancongan "bendang" jika jalan "bendang" juga dibaikpulih,

sekarang ni musim mempelam, padi pula sudah masak dan menanti giliran untuk dituai, biasanya selepas padi dituai, penduduk kampung akan berlumba-lumba mengumpul ikan "bendang" seperti sepat, puyu, haruan, dan puyau, ada juga ikan ubi dan sebagainya la..untuk dijemur dan disimpan sebagai ikan kering, memang banyak sampai tak larat menyiang, selain tu, wat wadi pun sedap, atau pun lauk ajelah,

kami orang banjar, di kampung banjar,
.........................................................................

POSTER RAMADHAN

kalau anda faham butiran gambar sila nyatakan

Trilogi Ramadhan P1




SI KECIK PUN KENA PUASA

alhamdulillah, kini telah masuk ramadhan yang ke-8 untuk sesi 1434H merangkap arena 2013, kanak-kanak mula dilatih untuk berpuasa lagi sebaliknya budaya orang tua tidak berpuasa tidak pernah cuba untuk berhenti pulak, mungkin ada benarnya pendapat seorang ustazah yang menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dilatih untuk mengenal puasa dan biasakan diri menahan lapar untuk berpuasa supaya mereka bersedia dan tidak menjadi seperti pewaris tabiat orang tua yang liat berpuasa, tapi dari sudut pandangan lain, perkara yang tidak boleh diabaikan dalam latihan berpuasa adalah mengutamakan solat terlebih dahulu,

kebanyakkan umat Islam berpuasa dengan menahan lapar namun tidak mengatur ibadah lain dengan selari terutama solat, sama ada solat sunat mahupun yang fardhu, kanak-kanak dipaksa untuk berpuasa tapi tidak ditekankan untuk menjaga solat dan waktunya, cuba ambil beberapa saat untuk mengulang bacaan rukun Islam yang lima, pertama: syahadah, ke-2 SOLAT, dan KE-3 puasa, solat lebih dahulu diwajibkan sebagai syarat menjadi orang Islam, jika tidak patuhi maka belum sempurna Islam yang di-title-kan

solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak, pergerakan solat, niat dan bacaan, sejauh mana ia ditekankan dalam kesempatan melatih kanak-kanak berpuasa? latihan berpuasa murni dilakukan seawal usia kanak-kanak namun dalam pada yang sama tidak mahu melahirkan generasi yang mengambil penat dan lapar puasa sahaja sedangkan niatnya tidak menjurus ke arah ibadah dan taqarrub kepada Allah,

renungkan semula,
...................................................................

HIKMAH ULSER MULUT

mulut bicara, tapi kalau sakit ulser selama beberapa hari, yang bicara terbatas, yang menuturkan kelu lebih banyak, yang  tertutup lebih lama dari terbuka, mungkin itu sebahagian hikmah dalam meghayati ramadhan, pelbagai kaedah digunakan untuk mengubati ulser di bahagian geraham kiri, tapi masih memutih bulatan ulser yang mendiam sehingga membataskan pelbagai perkara seperti makan, bercakap, tapi ajaibnya untuk tadarus tidak terasa sakit untuk melakukannya, malah terasa lebih baik kerana dalam keadaan suara yang perlahan, kalau kuat pasti terasa mendidih kesakitan menahan sengatan ulser,

masuk hari ni dah hampir seminggu menahan lukaan ulser, berbuka dan bersahur hanya makan setakat yang mmapu bukan lagi mengikut rasa kenyang atau lapar tapi cukup untuk menahan ulser, jika mula menggigit maka selera secara automatik pun hilang, hikmah untuk berhenti makan dan mengelakkan dari budaya "ular sawa" makin makan makin kenyang dan bila makin kenyang makin lambat bergerak sehingga akhirnya tersandar menumpang keberatan pada dinding dan kusyen

satu lagi hikmah ulser dibulan ramadhan, bercakap dengan suara yang perlahan dan marah juga tidak dibiakkan sebaliknya dalam suara yang rendah, latihan terbaik untuk menjadi muslimah sopan-santun lagi lemah-lembut, *hehe* lebih banyak menggunakan "body language" sebagai interaksi malah juga boleh membantu mengurangkan pihak bercerita daripada terus bercerita dan promosi, lazimnya deria pendengaran yang digunakan lebih lama berbanding deria respon lidah

walaupun pedih sekali ulser ni, tapi bersabar, itu satu lagi latihan yang disandarkan pada ulser, pahala sabar dibulan ramadhan, masyaAllah berdoa moga ia menjadi  kekuatan untuk bergelar mujahid dan mujahidah mempertahankan agama ini kelak kerana hanya sabar menjadi kekuatan yang utama Baginda s.a.w dan sahabat menyebarkan Islam dalam kemelut jahil manusia

lahirkan positif iman supaya kita layak untuk bergelar al-mukminun
...............................................................

TONG MAKAN, BAZAAR RAMADHAN

"tak payah jauh ke bagan serai untuk mencari bazaar, masjid tinggi pun ada bazaar, ramai ja orang kat sana, lebih kurang ganal-nya dengan bagan serai tu"

memang betol kata Pak Su, ada bazaar di masjid tinggi yang 10minit daripada kampung ana, bazaarnya dipenuhi oleh orang banjar, tak percaya?

"nak wadai ka, nak kuih?" tanya seorang penjual kepada kami yang melihat-lihat gerainya, ana hanya tersenyum kerana penjual tersebut cuba untuk bagi signal sama kami banjar atau sebaliknya

"mestila wadai" jawab ana *hehe (tapi tak beli pun)

banyak juadah di bazaar ramadhan, pelbagai kuih-muih dan kalau nak cari citarasa banjar, boleh la berkunjung ke bazaar masjid tinggi, awal-awal lagi dah promosi kuih kalakatar, (wadai kiping kada' tahaga lagi *hehe*) mungkin kerana wadai kiping adalah makanan majlis rasmi seperti musim menuai atau kenduri-kendara bukan makanan kuih-muih "tea time"

bagi ana,cukup RM1 kuih-muih, kemudian makanan seperti nasi atau bihun atau seumpamanya sebagai juadah berbuka kerana jika lebih biasanya membawa pembaziran melainkan penghuni rumah tersebut ramai, tapi kalau ramai pun biasanya tetap tidak habis kerana masing-masing bercukupan untuk mengenyang perut, maklumla makan jemaah lebih cepat kenyang kan? penah berpengalaman dalam makan talam? nampak sedikit tapi sangat mengenyangkan untuk 6orang, suatu ketika dahulu di zaman UKM,

ringkasnya, budaya membazir makanan adalah tabiat yang berleluasa dibulan ramadhan, oleh itu sebagai orang yang mahukan puasa orang beriman maka peliharalah diri daripada membazir, kenangkan saudara yang miskin apakah juadah berbuka mereka? bersyukurlah kerana kita masih bisa ada rasa makanan yang mengenyangkan, maka janganlah kerana nikmat tu membuatkan kita melupakan Pemberinya,

Jadi, solat terawih jangan lepaskan walaupun berat, doalah moga diberi kekuatan untuk menyempurnakan
 .............................................................

"post" ramadhan akan bersambung