Showing posts with label contract law. Show all posts
Showing posts with label contract law. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

misrepresentation vs ikrar khata' tadlish

perbandingan yang cuba dikongsikan dalam posting kali ini ialah berkenaan satu lagi elemen yang tersenarai dalam kontrak boleh batal iaitu jika difahami dalam bahasa melayu ialah salahnyataan..yang merujuk kepada seksyen 18 Akta Kontrak 1950..menyatakan bahawa:

"salahnyataan termasuk - kenyataan yang tidak benar, tentang sesuatu fakta, yang mendorong seorang untuk memasuki kontrak, terdapat pihak yang terlibat dalam pembentukan kontrak dan telah dilaksanakan secara berhati- hati....." 
(telah diringkaskan)

dalam kes Tan Chye Chew v. Eastern Mining Metals, mahkamah perseketuan telah memutuskan bahwa perayu kedua telah melakukan salahnyataan tetapi atas alasan syarikat responden hakikatnya berupaya untuk mengetahui kenyataan yang diterimanya sebelum persetujuan dibuat dalam kontrak tersebut..oleh itu, mahkamah memutuskan bahwa kontrak tersebut tidak boleh dibatalkan atas sebab salahnyataan.

kesan yang disabitkan dibawah pembatalan kontrak atas sebab salahnyataan adalah merujuk kepada seksyen 19 Akta Kontrak iaitu sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan atau sebaliknya mengikut pilihan pihak yang kerelaannya tergugat akibat daripada salahnyataan tersebut..namun bukan bagi pihak yang mampu untuk mendapatkan maklumat tentang kenyataan yang didapatinya daripada pembentukkan kontrak...dan juga turut melibatkan pemulangan faedah yang diperolehi menurut seksyen 66, seksyen 65 dan seksyen 73 akta yang sama..

seterusya merujuk kepada syariah berkenaan salahnyataan atau ikrar khata; tadlish..maksud tadlish ialah menyembunyikan kecacatan barang yang ditunjukkan dan menyembunyikan rupa yang bukan dari hakikat yang sebenar yang sering dilakukan oleh peniaga untuk menjual barang dengan harga yang lebih tinggi..
ia boleh berlaku pada pelbagai jenis barang seperti perabot yang telah dicat semula dan sebagainya..menurut jumhur ulama selain Hanafi akad seumpama itu perlu dibatalkan namun Hanafi tidak benarkan akad itu dibatalkan sebaliknya pembeli dibenarkan untuk meminta ganti rugi dari kerugian yang dialami...
wallahua'llam

khilaf dlm kontrak

seksyen 21 Akta Kontrak 1950

"di mana kedua- dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara fakta yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal."

huraian - pendapat yang salah mengenai nilai sesuatu benda yang menjadi hal- perkara perjanjian tidak boleh dianggap sebagai khilaf mengenai sesuatu perkara fakta.


seksyen 21 menyatakan mengenai khilaf yang berlaku antara dua pihak yang berkontrak terhadap fakta atau perkara penting dalam kontrak tersebut...contohnya A yang tinggal di Mesir ingin menjual jubah yang dibelinya kepada B di Malaysia namun tanpa disedari berlaku khilaf bahwa jubah tersebut telah koyak dimakan tikus. maka kontrak tersebut adalah batal..oleh itu jelaslah bahawa jika khilaf berlaku kepada dua belah pihak yang berkontrak maka kontrak tersebut adalah batal dibawah sabitan seksyen 21 Akta Kontrak 1950..

ia perlu dibuktikan melalui 3 syarat iaitu: 1- kedua- dua pihak kpd kontrak melakukan khilaf........... 2- khilaf yang dibuat merupakan khilaf fakta...............3- fakta tersebut mestilah fakta yang mustahak untuk perjanjian..hal ini jelas menunjukkan bahawa khilaf res extincta atau khilaf tentang kewujudan perkara pokok akan menjadikan kontrak tersebut adalah batal
dalam kes couturier v hastie, kontrak yang dibuat di London adalah untuk penjualan jagung yang dilayarkan dari Salonika, tanpa diketahui oleh kedua- dua pihak, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, kargo tersebut telah dijual oleh ketua kapal di Tunis memandangkan jagung itu mulai rosak. Hakim House of Lords memutuskan pembeli adalah tidak terikat untuk membayar kargo tersebut memnadangkan kargo tersebut tidak wujud.
ia juga melibatkan satu lagi istilah dalam kontrak iaitu consencus at idem yang membawa maksud tiada persamaan dalam pemahaman minda antara kedua belah pihak yang berkontrak..apa yang dimaksudkan oleh pihak satu lagi tidak menyamai maksud yang difahami oleh pihak yang satu lagi...oleh itu telah berlaku khilaf dalam kedua- dua belah pihak dan ia sekaligus membatalkan kontrak tersebut menurut seksyen 21..iaitu khilaf dua pihak.

seksyen 23 Akta Kontrak 1950

"sesuatu kontrak bukan boleh batal semata- mata kerana ianya disebabkan oleh satu pihaknya yang khilaf mengenai suatu perkara fakta. "

ia seolah menjelaskan bahawa khilaf yang berlaku pada satu pihak sahaja dalam pembentukan sebuah kontrak adalah masih sah dan juga boleh jadi batal..ia bersamaan dengan konsep khilaf unilateral dalam common law@ undang- undang Inggeris yang telah diterima pakai dalam undang- undang kontrak di Malaysia dalam kes Tam Kong v. Oh Hiam & ors yang turut membahagikan khilaf kepada khilaf sepihak..



Thursday, January 7, 2010

borak- borak kontrak



semester 09/10 kali ni meletakkan ana sebagai senior walaupun dah lama bergelar senior untuk junior sekolah lama yang bertandang ke cni..takdir menemukan ana dan kawan- kawan sekali lagi dengan ustaz kontrak..setelah 2 semester kitorang berpisah tapi alhamdullillah ustaz masih kenal anak didiknya walaupun nama tak dapat diingati secara keseluruhan..itu menandakan umur ustaz dah makin bertambah hehe..ops ter- ngata plak..di tahap awal kontrak masih boleh dikawal buat masa sekarang tapi ada gak yang ana terpaksa poyo-kan diri untuk bersuara dalam tutor..klu lambat tanya alamatnya susah nak cari jawapan sendiri sebab rujukan banyak dekat fakulti hujung alam tu..posting kali ni hanya pembukaan pada labels untuk kontrak..maklum la kontrak tak pernah ber-label dalam blog ni..tak sangka, kahwin pun dianggap kontrak..tak caya..tengok ar seksyen 27 Akta Kontrak 1950..

setiap perjanjian yang menghalang perkahwinan seseorangselain daripada orang yang belum dewasa pada masa remajanya adalah terbatal


maknanya tiada sapa yang leh halang seseorang itu dari berkahwin jika umurnya sudah dibenarkan oleh perundangan untuk berbuat demikian..dalam Islam plak meletakkan umur baligh sudah memadai untuk mendirikan rumahtangga selain daripada ciri- ciri lain yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tanggungan pada kehidupan berumahtangga kelak..eh bukan nak masuk tajuk lagi..baru nak pembukaan..belajar kontrak memang menyeronokkan apatah lagi dengan ustaz yang happening..kan kan ustaz! gelak- tawa tak pernah lekang dalam bilik kuliah..dan ustaz tak pernah berubah bila kelewatan menghadiri kuliah adalah 30 minit tepat..hehe, mungkin sebab rumah ustaz yang jauh dari kampus pastu plak ditambah dengan masalah parking yang terhad kat kampus..
ok la..sampai di sini dulu, pembukaan ni tak perlu panjang- panjang..harap- harap semester ni dapat memahamkan ana dan kawan- kawan yang lain dalam dunia kontrak dengan lebih baik..mana tau leh jadi tajuk projek ilmiah kelak tapi terfikir plak nak wat subjek ni salah satu focus tajuk cadangan..
wallahua'alam