Showing posts with label Ibrah Juvana. Show all posts
Showing posts with label Ibrah Juvana. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Pengkhianat Kata


TANPA AGAMA KAMU AKAN SESAT,
TANPA DISIPLIN KAMU AKAN JADI BINATANG,

“kalau kamu faham, kamu takkan sampai sini, teruskan baca, nanti saya terangkan maksudnya.”

-warden raja-
                                                                                                                                                                    
…………………………………………………………………………………..

Frasa yang berbisa  mampu disampaikan oleh sesiapa sahaja, namun untuk memberi jaminan aplikasi kata-kata tersebut belum tentu yang menyampaikannya dapat melakukan, buktinya watak Warden Raja sendiri yang membohongi kata-katanya bahkan tanggungjawabnya sebagai warden pada akhir episode, siapa sangka watak yang digambarkan seorang yang alim, penuh dengan hikmah kata nasihatnya serta dihormati rupanya bertanduk besar disetiap langkah niatnya,


Hakikatnya , tiada data kelayakan untuk kita menghakimi apatah lagi membuat presepsi awal terhadap penampilan yang dipaparkan oleh seseorang itu, meskipun setebal mana serban yang tergulung atas kepala, meskipun sekerap mana ceramah yang diluahkan, meskipun sekerap mana buku ditatang, meskipun setinggi mana sijil yang digenggam, selagi mana segala yang diperolehi, segala yang ditatap, segala yang diramas tidak menjadi wadah kemuliaan pada tindak-tanduknya, langkah kebaikan pada niatnya, juadah keimanan pada hatinya, maka ia tidak ubah seperti sebekas kosong yang berisi debu,

Mungkin juga kerana ia berjawatan ‘’manusia’’ maka khilaf dan salah tiada hijab untuknya namun bukankah ilmunya telah memberi suluh ke jalan yang terang, mengapa masih gelap sehingga terlanggar pintu rumah sendiri?
Ada yang menjawab, kealpaan dan lupa adalah fitrah kejadian sebagai insan, jadi belajarlah terima kesalahan orang lain kerana tiada kesempurnaan yang dihadiahkan meskipun pada seorang Ratu selagi mana ia adalah manusia,
Ya benar, ana terima jawapan tersebut, kerana maaf atas balasan terbaik pada orang yang melakukan kejahatan pada kita,

Tapi, sebagai orang yang diberi kepercayaan dan penghormatan sedemikian, wajarkah? jika pengkhianatan kata terus disokong tanpa dibendung. terus positif tanpa nasihat, terus dibiarkan tanpa amaran dan peringatan, bagaimana pula generasi akan datang atau orang bawahan mahu mendengar kata nasihat anda lagi? apa perasaan anda apabila mendapat penghormatan palsu?
Tidak ingatkah kita pada hadith Baginda s.a.w tentang ciri-ciri orang munafik, apakah munafik itu adalah pangkat bagi penghuni syurga?
berikan amaran pada mulut anda sebelum mengeluarkan kata, jangan sampai ludahan dijilat lidah sendiri, jangan sampai ilmu yang disampaikan pendusta timbangan al-mizan kelak,
namun pada yang terlanjur, kembali la pada jalan-Nya dengan bertaubat pada Khaliq juga maaf pada insan lain, selagi ada waktu..

Pada insan lain, berikanlah ruang dan seberapa banyak peluang untuknya bertaubat dan menginsafi diri, jangan dihakiminya sebelum beliau layak diadili oleh Yang Maha Adil...

wallahua'alam bissawab



Friday, June 10, 2011

Amazing Ones



"pandai kamu baca al-Quran"
"ermmm" jawabnya ringkas.
"kamu faham tak apa yang kamu baca tu?"
-"saya tanya kamu faham tak apa kamu baca tu?" soal Warden Raja kali kedua selepas soalan kali pertama tiada mendapat respon.
"tak tuan" balasnya perlahan.
"saya dah agak dah, kalau kamu paham pasti kamu takkan berada di sini, teruskan bacaan, saya akan jelaskan maksudnya kemudian."katanya dan terus berlalu keluar dari surau tersebut.

(adaptasi Juvana TV3)
...............................................................................

kata sapaan yang 'simple' tapi membawa maksud yang tajam bagi orang yang berfikir, benarlah kata Warden Raja tersebut bahawa al-Quran seringkali jadi bacaan dan jarang sekali menjadi pemahaman, ada pendapat yang menjawab bahawa orang yang memahami al-Quran lebih baik daripada orang yang beradab dengan al-Quran namun tidak memahaminya, sebagaimana yang selalu dilakukan oleh kebanyakan orang arab, pendapat ini dikeluarkan oleh Dr.Danial yang menulis mengenai al-Quran saintifik, namun jika melakukan kedua-duanya iaitu beradab ketika bersama al-Quran dan memahami serta mengamalkan apa yang dibaca adalah lebih baik,

al-Quran bukan kitab biasa atau kitab samawi yang boleh disamakan dengan Bible atau Injil pada asalnya, atau Taurat, atau zabur, hal ini kerana al-Quran mempunyai kelengkapan yang lebih sempurna daripada yang lain, sebagaimana firman Allah s.w.t

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ

maksudnya:
ada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

turunnya al-Quran adalah bukti kesempurnaan agama ini, malah ia bukan sahaja untuk bangsa arab walaupun dalam bahasa tersebut ia diturunkan, sebaliknya ia untuk segenap manusia termasuk yang bukan Islam jika mengamalkan kandungannya, di samping itu, ia juga tiada had masa, ia bersifat fleksibel dan penuh kesesuaian pada setiap zaman sehingga hari kiamat, saya yakin ramai yang mengetahui 'basic' pengenalan mengenai 'amazing' al-Quran,

pemahaman al-Quran juga tidak boleh sewenangnya mengikut akal semata, malah ia perlu dirujuk pada kitab-kitab tafsir seperti tafsir fi zilalil quran, tafsir ibnu Kathir, tafsir Azhar dan seumpamanya, hal ini kerana setiap individu yang merangka kandungan tafsir tersebut telah mempunyai kelayakan untuk berijtihad dan sebagainya, oleh yang demikian, ia akan membantu memahami maksud yang sebenar disampaikan melalui ayat-ayat suci tersebut, malah untuk mencari bukti saintifik maka rujukan kajian daripada pakar-pakar boleh juga dijadikan bahan dalam usaha pemahaman serta mengetahui mukjizat yang ada pada sebuku kitab ini,

jangan salahkan al-Quran bila anda tidak hebat? hal ini kerana al-Quran telah dahulu membuktikan bahawa ia memberi kekuatan luarbiasa kepada sesiapa yang beramal dengan pemahaman sebenar dengannya, buktinya lahirnya kisah Muhammad al-Fateh, lahir kisah Saidina Umar al-Khattab, dan yang paling penting lahirnya sirah termahsyur iaitu Rasullullah s.a.w, sebagaimana pengakuan Aisyah r.a semasa menjawab pertanyaan mengenai akhlak suaminya iaitu Nabi Muhammad s.a.w:

 "Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran." (Hadis riwayat Muslim)

malah telah lahir jiwa-jiwa yang kental seperti syeikh Ahmad Yassin, Hassan al-Banna, Shalah Syahadah, al-Rantisi dan bertungkus-lumus berjuang demi Palestin dan mempertahankan maruah Islam yang cuba dicalarkan oleh Zionis yang penuh konspirasi, pendustaan, penganiyaan, dan sebagainya, sehingga ramai pemimpin-pemimpin Islam tidak mampu mengeluarkan suara apabila saudaranya di Palestin dibunuh beramai-ramai semasa peristiwa Deir Yassin pada 9 April 1948,
Kini, nama-nama itu sudah tiada lagi melaungkan erti jihad dan pengorbanan tanpa balasan untuk agama, yang tinggal kini hanya roh semangat perjuangan serta kisah pengorbanan mereka yang dibukukan, oleh itu, menjadi kerugian pada kita sebagai generasi muda pencetus masa depan tidak mengambil ibrah dari kisah-kisah mereka,

bagaimana mahu melahirkan lebih ramai pejuang seperti itu?
pastinya bermula dengan ilmu-ilmu yang terdapat dalam al-Quran, bukan sekadar menghafalnya sahaja sebalik turut berusaha memahaminya agar jalan semangat yang ada pada jiwa muda ini akan terhala kepada jalan yang betol, ana memuji kekuatan serta semangat kental yang dimiliki oleh remaja juvana TV3, malah keberanian pada mereka juga tinggi, namun malang kelebihan itu telah disalahgunakan sehingga menimbulkan kerosakan lebih teruk walaupun diikat ketat dek peraturan, jika situasi membelasah itu dihalakan pada muka-muka Zionis Israel dan sekutunya pasti lebih bernilai, dan jika pertolongan atau sokongan rakan-rakan dipasakkan pada pembelaan rakyat Palestin serta memboikot hedonisme yang menjadi virus Yahudi kini pasti ia lebih berharga pada akhirat kelak,

ringkasnya, jangan asyik menuding jari pada kesalahan atau kealpaan yang lain jika kita terlebih dahulu menyedari kekurangan itu, sebaliknya lepaskan diri kita dulu untuk berusaha memperbetulkan dan menggantikan kealpaan dengan waspada supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi sebelum al-Quran diangkat kelak, setelah itu, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyedarkan kelemahan tersebut dari terus menular umat Islam, mudahan kita sentiasa menggunakan masa muda ini untuk mendalami ilmu bukan berjiwang atau mencari 'kasih maksiat' dan seumpamanya.

wallahua'alam bissawab

Wednesday, June 8, 2011

Hiasan Persahabatan


SAHABAT 1
“Ko ni kenapa Panjang? Meroyan?” soal Ayam ketika melihat Panjang termenung seorang diri di atas katil Fit yang telah meninggal dunia semalam akibat pengambilan dadah yang berlebihan.
“Katil Fit ni, kita kena kemas katil Fit.” Jawabnya dengan nada sayu.

Melihat keadaan Panjang yang masih tidak dapat menerima pemergian sahabatnya itu, Ayam terus berlalu pergi meninggalkannya.

SAHABAT 2
“ko kenapa masuk hospital? Tu tangan tu kenapa? Bunuh diri?” duga Apek melihat tangan Daim yang berbalut itu.
“saya bukan bunuh diri, saya sengaja cederakan diri sendiri sebab nak lari tak tahan duduk sini.”
“huh..kan kalau tersalah toreh mati jawabnya. Dan pasal ko, aku cari jalan untuk jumpa ko plak semalam, angin plak aku ngan ko ni” kata Apek melepaskan marahnya .

(Adaptasi Drama Juvana TV3)
………………………………………….................

Sedih dan terharu itulah gambaran perasaan yang dapat ana rasakan semasa mendengar dialog yang diluahkan oleh Panjang berikutan kematian Fit sahabat rapatnya di sekolah itu, sejahat-jahat manusia masih ada rasa sayang dihati mereka kepada sahabat mereka, mungkin itu jua boleh dikaitkan dengan fitrah kejadian manusia yang tidak mampu lari dari muamalah persahabatan, sungguh ana tidak tahu bagaimana untuk menulis entri berkaitan sahabat, erti sahabat atau sebagainya, namun apa yang boleh dikongsikan hanya pendapat kering dari situasi dialog diatas,

Kasih sayang membuahkan kerisauan dan kebimbangan sekiranya sesuatu yang buruk akan terkena kepada sahabat seperti yang dilakukan oleh Daim telah memaksa Apek untuk mencari helah supaya dapat keluar ‘’outing’’ bersama Botak walaupun rekodnya tidak memungkinkan beliau untuk keluar lagi melainkan arahan Warden, Mungkin Apek merasa bimbang apabila mendapat tahu Daim dimasukkan ke hospital oleh Cikgu Azmee namun tidak tahu atas sebab apa sahabatnya itu dimasukkan ke hospital.

Lagi indah jika persahabatan itu didasari dengan Allah sebagai wasilah penjagaan silaturrahim yang terjalin, tautannya lebih kukuh dan kasih sayang yang ditunjukkan lebih asli, teguran yang dilakukan tiada lain melainkan untuk kebaikan sahabatnya walaupun kadangkala disalah ertikan namun keikhlasan akan menang jua akhirnya, oleh itu berpisah juga tidak ditangisi panjang, tidak dikesali lama sebaliknya dihamparkan doa keselamatan dan kebahagiaan untuknya, biar pengorbanan dipendam namun sasarannya tepat, biar luka persahabatan terus berdarah namun kenangan tidak sekali dilupakan, ana sering ingatkan diri apabila ingin melepaskan kemarahan pada sahabat supaya sandarkan kemarahan itu pada Allah s.w.t,

Jika bukan Allah s.w.t menjadi alasan untuk meletakkan kemarahan padanya, maka tautlah kembali bayu kemaafan dan suburkanlah jua kebaikan yang pernah dilakukan untuk kita, hal itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan bara nafsu kemarahan yang membengkak, namun jika masih tidak mampu, ambillah sedikit masa untuk berjauhan seketika sehingga redanya pertelingkahan, jelasnya kita jua perlu sedar bahawa setiap manusia telah dihiasi dengan kelemahan, begitu juga dengan sahabat kita, hargailah orang yang didepan mata kita sebelum ia pergi dan hilang dari pandangan, meski seribu warna takkan bisa mengembalikan indahnya senyumannya, manisnya kata gurauannya untuk menggembirakan kita.

Monday, May 30, 2011

Takdir bukan nasib



“Itu dah takdir, sekarang ko dah kat sini dah, ikut ar cara kat sini.”Jelas Apek kepada sahabatnya.
“ko tak dengar aku cakap ka? Aku tak bunuh mak aku, aku tak salah apa-apa.”balas Daim yang cuba menegaskan katanya.
“habis tu? Ko ingat suma budak kat sini semua salah, ko tanya diorang sensorang, suma tak ngaku salah. Orang gila pun tak ngaku dia gila.”
“Tapi aku…………..”
“Tapi ko dah kat sini.”kata Apek memintas rungutan kecil yang mula terbit dari sahabatnya, Daim.

Selepas berfikir sejenak, akhirnya Daim mengakui kata-kata sahabatnya itu biarpun terpaksa namun dia menyedari bahawa tiada siapa yang dapat membantunya walaupun sejuta pengakuan tidak bersalah diajukan.

(adaptasi Juvana TV3)
…………………………………………………………………………..

Percaya atau beriman kepada qada’ dan qadar adalah sebahagian daripada rukum iman bagi seseorang yang bergelar muslim, benarlah nasihat Apek kepada Daim bahawa redha pada takdir-Nya adalah sebaik jalan penyelesaian, biarpun kadangkala takdir itu bukan kehendak dan impian kita, namun Allah lebih luas pengetahuan-Nya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam kalam-Nya:


وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
maksudnya:
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Walaupun begitu, perumpamaan yang disampaikan adalah tidak relevan kerana meletakkan  pengakuan orang gila sebagai kesinambungan daripada nasihat sebelumnya, asasnya, kita cuba bawa kefahaman kita pada situasi ‘orang gila’ yang lebih dikenali dengan orang yang tidak bisa berfikir dan bertindak dengan kewajaran akal, bukan sahaja tindakan malah segala yang dilakukan adalah tidak sepadan dengannya termasuk apa yang diperkatakan, oleh itu seandainya orang gila mengakui ia gila sekalipun, kata-katanya tetap tidak dipercayai kerana asasnya ia telah terpasak pada kompenan-kompenan dibawah status ‘orang gila’

Malah, dalam Islam sekalipun telah memberi rukhsah kepada  orang gila untuk tidak dikenakan taklif seperti solat, puasa, ketika mana ia berada dalam keadaan gila, sebagaimana hadith yang menyatakan bahawa:
Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad)

Bagaimana mahu belajar atau melatih diri dengan erti takdir?
Ia bermula dari tauhid atau kefahaman mengenai sifat Allah yang Maha Sempurna serta mengakui kasih sayang Allah lebih luas dari segala derita yang kita rasai, mungkin derita atau sakit kita rasa namun hakikatnya ia adalah suatu kemanisan bila kelak derita itu membawa taqarrub kepada Allah, saat itu kita akan sedar bahawa tiada yang lebih menyayangi kita melainkan-Nya, saat itu segala cinta akan terbitkan pengorbanan yang kental menjalani ketaatan pada-Nya, tapi kadangkala tajuk sudah benar sebaliknya pendekatan atau huraian pula yang menyeleweng, maka matlamat tadi akan tersasar dari busur keimanan walaupun secara logik ia masih relevan, sebagaimana nasihat Apek yang mengkehendaki Daim hanya mengikut arus kehidupan sedia ada di sekolah tersebut.

Walhal, Daim masih punyai pilihan iaitu menjadi ‘kayu bendul’ pada peraturan haram House Captain atau hanya mematuhi peraturan yang diatur Warden atau mencari nilai muhasabah dari erti sebuah takdir ia ditempatkan di sekolah tersebut atau mencari jalan bagi membuktikan dia tidak bersalah, mungkin tiga pilihan lain adalah samar, namun ia tetap menjadi pilihan yang mampu dilakukan oleh Daim mengikut tahap keimanannya bukan tahap kekuatan atau kemahiran berlawan, hal ini kerana orang yang paling kuat adalah orang yang beriman, orang beriman sanggup melalui apa sahaja selagi mana Allah menjadi sandaran, buktinya  seperti kisah Sumayyah dan Yasser, Kisah Asiah Isteri Firaun, Kisah Rabiatul Adawiah, Kisah Bilal bin Rabah, dan seumpama yang boleh diambil tauladan.

takdir dan nasib nampak sama namun ia berbeza, mungkin dialog ini dapat menjelaskannya

“Saat kau berjalan dari tempatmu sekarang duduk hingga keluar dari pintu itu adalah nasibmu. Sedangkan saat kamu sedang menjalani nasibmu kemudian ditimpa meteor adalah takdir. Namun ternyata setelah tertimpa meteor kamu masih hidup dan punya kemampuan telekinetik adalah takdir dan sudah menjadi nasibmu untuk meneruskan hidupmu dengan memanfaatkan anugerah itu.”

Murid : “Berarti ada hubungan sebab-akibat antara nasib dan takdir?”
Guru : “Tentu saja, jika kamu menjalani nasibmu dengan menanam bibit pohon jeruk hingga kelak memanen buah jeruk adalah takdirmu.”
“Saat kamu menjalani nasibmu dengan memelihara tanaman jerukmu dengan baik dan ternyata diserang hama adalah takdirmu. Namun sudah menjadi nasibmu untuk membasmi hama itu dan menerima takdirmu berupa panen buah jeruk yang ternyata asam hingga menjadi nasibmu berusaha mengganti bibit jerukmu dan pupuknya hingga kelak engkau ditakdirkan memanen jeruk yang manis dan lebat.”
Murid : “Lantas masih perlukah kita merencanakan hidup kita?”
Guru : “Sehebat apapun rencana hidupmu dibuat, pada akhirnya kita hanya hidup untuk saat ini karena masa lalu sudah lewat dan masa depan masih belum tentu.”
Murid : “Tapi bukankah tanpa rencana berarti hidup tanpa tujuan?”
Guru : “Tujuan hidup kita adalah menjalani takdir dan mengubah nasib.”
Murid : “Bukankah mengubah nasib harus direncanakan?”
Guru : “Ya, karena saat kita mengubah nasib akan membedakan takdir yang akan ditempuh hingga akhirnya kembali lagi berputar kepada usaha kita mereka nasib masing-masing.”
“Yang pasti, lakukan yang terbaik dan paling besar manfaatnya bagi lingkunganmu dengan niat serta kapasiti yang makin meningkat setiap saat.”
Murid : “Mengapa bukan melakukan apa yang membuat kita menjadi bahagia saat melakukannya?”
Guru : “Menjalani nasibmu dengan bersyukur akan menjadikanmu mendapatkan takdir yang membahagiakan, tidak hanya bagi dirimu sendiri tetapi juga orang banyak.”

sebagai pengakhiran, peganglah pesanan dari ustaz Pahrol Juoi dalam tulisan yang ada menyatakan
Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah.
wallahua'alam bissawab

Saturday, May 28, 2011

Kebenaran itu ada


“Ada seseorang sedang melutut disisinya, dan dia sedang memegang pisau tu”

“Dan siapa yang puan Nampak memegang pisau tu?”Tanya Pendakwa Raya.

“Dia anak cik sopia, daimmm” jawabnya sambil menuding jari ke arah seorang lelaki.

Dengan riak muka yang panic, Daim sangat terkejut bahawa dirinya didakwa atas tuduhan membunuh ibunya sendiri. Namun tiada kata yang mampu dikeluarkan kecuali melepaskan origami burung yang dibuatnya.

(adaptasi daripada Juvana TV3)

………………………………………………………………………….

Peguam menerima keterangan saksi yang merupakan tukang gaji di rumah tersebut sehingga menyebabkan sabitan membunuh ke atas Daim yang ketika itu dilihat olehnya sedang memegang pisau. Walaupun ia merupakan keterangan saksi yang kuat namun ia masih boleh diragukan, hal ini kerana sikap puan sopia yang mempunyai ramai teman lelaki telah diakuinya terlebih dahulu sebelum tanggapan ke atas Daim, Peguam tersebut tidak membuat siasatan ke atas teman lelaki yang pernah berhubungan dengan mangsa sebelum kejadian. Kemungkinan juga telah wujud dengan motif dendam atas kelakuan puan sopia yang suka berfoya-foya.

Lagi bukti yang diusulkan oleh Pendakwa ialah mengenai motif Daim membunuh ibunya berdasarkan lukisan-lukisan yang dijumpai hasil kerja Daim. Mungkin ia boleh dijadikan bukti yang dapat mengenalpasti motif Daim melakukan pembunuhan tersebut, namun ia masih boleh dibidas dengan kelakuan baik Daim terhadap ibunya selama tinggal bersama ibunya, perasaan yang tergambar pada lukisan tersebut mungkin benar menunjukkan perasaannya yang merasakan tidak disayangi ibunya dan seumpamanya, namun melukis boleh dijadikan suatu luahan sahaja, interaksi dengan ibunya pada kebiasaan juga boleh dijadikan bidasan bagi keterangan tersebut.

Kelemahan utama Daim adalah takut untuk menyatakan kebenaran, walaupun mungkin hanya dia sahaja yang menyakini bahawa dia tidak melakukan pembunuhan tersebut, namun keterangan saksi masih boleh diragukan, keputusan Hakim yang tidak berpihak kepada Daim menunjukkan persetujuan Hakim dengan anggapan daripada tukang gaji tersebut yang dirangka dengan melihat pada satu babak, padahal pembunuhan tersebut adalah mustahil berkait dengan satu babak sahaja, walaupun demikian, Daim hanya menjerit “saya tak bunuh mak” berulang kali, sepatutnya dia perlu membuat rayuan kes atau memohon peguam bela bagi membuktikan bahawa ia berada di pihak yang benar.

Penipuan yang ringkas oleh pengarah bagi memudahkan drama.

BERANI KERANA BENAR

Kebenaran itu akan menang, dan semua sudah sedia menerima ia sebagai sunatullah dalam kehidupan, jadi sepatutnya tiada istilah takut dalam menyatakan kebenaran terutama yang diketahui oleh diri sendiri sahaja, malah berani juga merupakan sifat yang wajib ada bagi seorang yang bergelar mujahid yang berjuang untuk agama ini, hal ini kerana Allah telah berfirman bahawa:
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ

maksudnya:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam

Adakah layak Allah memiliki sifat menipu? Pasti tidak kerana hanya kesempurnaan adalah sifat Allah, oleh itu, dalam menegakkan kalam-Nya serta perintahnya maka tidak perlu rasa takut kerana ia adalah kebenaran hakiki, sumbernya juga benar, Penggubalnya juga benar, apa yang perlu hanya mendapatkan sandaran untuk membuktikan kebenaran tersebut dan bukannya mengalah dengan mudah.

Tapi ia perlu dilakukan secara berhati-hati kerana kadangkala untuk menyatakan kebenaran tapi jalan yang salah juga akan menimbulkan kesalahan yang besar didakwa ke atasnya, oleh itu, kebijaksanaan juga menjadi aset penting dalam mendapat bukti akan kebenaran tersebut, malah kurangnya kebijaksanaan dalam mengatur langkah juga akan menjadi salah satu sebab lambatnya kebenaran itu dapat diselongkar,

Penipuan adalah rekaan semata, yang tidak wujud dan tidak mungkin wujud bersama kebenaran, oleh itu penipuan mempunyai lubang-lubang kelemahan yang boleh dijadikan bukti bagi membuktikan kebenaran, ia tidak mampu bertahan lama kerana tidak mampu terus direka jalan ceritanya kerana pada masa yang sama telah wujud suatu kebenaran lain, oleh itu takut pada sebuah penipuan ibarat takut pada bayang-bayang raksasa sedangkan belum pasti sama ada bayang-bayang yang seperti raksasa itu adalah raksasa yang sebenar, mungkin ia hanya guntingan kertas yang membentuk raksasa tersebut sehingga menghasilkan baying-bayang seperti raksasa.

Penipuan juga menjadi jalan utama bagi Israel dalam mewujudkan mimpi Theodor Herzl akan Promised Land iaitu Palestin, komplot penipuan dalam peristiwa Holocoust, dana saluran Amerika serta lakonan baik dalam letupan bangunan WTC ditambah pula dengan kisah dongeng Osama Bin Laden, semua itu adalah contoh penipuan besar yang mencontohi Dajjal, walaupun dunia telah mengetahui tentang kebenaran itu bahawa penganiayaan besar berlaku ke atas bumi Palestin namun atas kekangan tertentu serta penipuan yang masih samar kerana disorokkan faktanya, dirancang serta dilobi saksinya, menyebabkan umat Palestin belum memiliki nikmat menjadi pihak yang benar,

Ringkasnya, jika anda benar, tetapkanlah dan berdiri tegak atas kebenaran, biarpun hunus parang sampai depan mata, jangan sesekali takut untuk menyatakan kebenaran sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar sehingga digelar as-siddiq.

Wallahua’lam bissawab