Thursday, November 14, 2013

Istilah al-qada' P1





Dari segi bahasa al-qada’ bermaksud perintah atau keputusan mengenai sesuatu perkara, pemberitahuan, perkhabaran dan penyampaian,melaksanakan dan mengakhiri sesuatu tugas,menghukum, memisah, memutusakan dan mencegah.
Manakala dari segi syara’ al-qada’ mengikut Farhun-Maliki  bermaksud “Pemberitahuan mengenai suatu hukum syara’ dalam bentuk yang mengikat” manakala ar-ramli-Syafie pula berkata “menguatkuasakan satu hokum oleh yang mempunyai bidangkuasa bersandarkan hokum syara’”.
Al-Human berkata al-qada’ adalah hukum yang mengikat. Manakala menurut Ibn Abi ad-Damm ia bermaksud “menyelesaikan pertikaian dengan hokum mengikat yang dikeluarkan dari orang yang mempunyai bidangkuasa”
Menurut Syarbini al-Khatib pula al-qada’ bermaksud menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih mengikut hukum syara’.

PENSYARIATAN AL-QADA’
Al-Qada merupakan perkara yang disyariatkan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah.Pensyariatan al-qada boleh di dapati dalam surah-surah yang berikut :-

1.      Dalil Quran:
a.      Al-Maidah : 48
Bermaksud :Maka hukumlah antara kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah.

b.      Al-Maidah : 49
Bermaksud :Dan hukumlah diantara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah.


c.       An-Nisa’: 105
Bermaksud : Sesungguhnya kami telah turunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah diwahyukan oleh Allah kepada kamu, danjanganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat

2.      Dalil Sunnah:
  Dari Baridah dia telah berkata : berkata rasulullah S.A.W : Qadi itu ada 3 ; 2 di neraka dan 1 di syurga. Lelaki yang tahu akan kebenaran dan menghukum dengannya maka dia di syurga. Dan lelaki yang tahu kebenaran dan dia tidak menghukum dengannya dan jiran yakni orang yang bersama pada hukumnanya dia juga dineraka, juga lelaki yang tidak mengetahui kebenaran dan menghukum manusia dengan kejahilannya dia juga dineraka.

  Dari Amru bin Al-‘Asi r.a , bahawasanya dia telah mendengar rasulullah S.A.W bersabda : Apabila menghukum seorang hakim itu maka berijtihad, kemudia dia betul dalam ijtihadnya maka dia mendapat dua kebaikan, dan apabila dia berijtihad kemudian dia silap maka dia mendapat 1 kebaikan

3.      Dalil Ijma’:

Telah bersepakat semua Ulama’ salaf, kaum muslimin atas wajib adanya qadi untuk menghukum diantara manusia, dan tiada seorang pun yang berbeza pendapat dengannya.

SYARAT-SYARAT AL-QADA’
1.            Islam
Ini adalah syarat yang paling utama.Orang kafir tidak boleh menjadi hakim. Walaubagaimanapun menurut Mazhab Hanafi, orang kafir boleh menjadi qadi ataupun hakim sekiranya berhubung dengan kes-kes orang bukan islam.



2.            Baligh
Bererti cukup umur. Kanak-kanak tidak boleh menjadi hakim kerana masih belum matang  untuk membuat keputusan.

3.            Merdeka
Seorang hamba tidak sah menjadi hakim kerana kehakiman termasuk dalam keluasan wilayah.sedangkan seorang hamba tidak boleh keluar dari wilayah kerana di bawah jagaan ketuanya.

4.            Lelaki
Pendapat jumhur lelaki lebih afdhal menjadi hakim berdasarkan dalil “lelaki lebih berkuasa daripada perempuan”.

Manakala pendapat Mawardi pula mengatakan bahawa lelaki lebih dari segi mental dan fizikal.

Manakala Shirazi berpendapat tugas hakim banyak bergaul dengan lelaki.

Mazhab Hanafi pula berpendapat haram melantik wanita sebagai hakim tetapi hukumannya diluluskan.

5.            Adil
Hakim yang fasiq adalah tidak sah.Adil ialah berkata benar, jujur, bersih dari hal-hal yang diharamkan, menjauhi dosa-dosa, jauh dari sifat ragu-ragu, terkontrol ketika senang dan marah, serta menggunakan sifat muruah dalam agamanya dan dunianya.

6.            Sempurna pancaindera.
Kerana ia dapat membezakan antara pendakwa dengan yang didakwa.

BIDANGKUASA AL-QADA
Ada 4 bidangkuasa al-qada’ iaitu bidangkuasa dari segi tempat, bidangkuasa dari segi masa, bidangkuasa dari segi jenis kes dan bidangkuasa dari segi nilai harta.

1.            Bidangkuasa dari segi tempat.

Terpulang kepada ketentuan yang dibuat oleh Ketua   Hakim.Kemungkinan meliputi seluruh negara atau negeri tertentu sahaja.Terbatas kepada kes-kes penduduk tempatan.Contoh-Ali Ibn Abi Talib dihantar menjadi hakim di Yaman dan Muaz serta Abu Musa l-Asy’ari ke daerah-daerah di Yaman.

Dalil

a.      Ibn Quda menyatakan “Harus bagi seseorang hakim dilantik untuk mengadili semua kes bagi daerah tertentu dan keputusannya terlaksana bagi penduduknya dan juga pendatang”

b.       AlMawardi menyatakan “ Harus bagi hakim mengadili semua kes dengan bidangkuasa khusus, maka dia dilantik mengadili semua kes di daerah atau tempat tertentu. Maka semua keputusannya terlaksana dalam daerah bidangkuasanya. Dia boleh mengadili di antara para penduduknya atau pendatang, kerana pendatang samalah kedudukannya dengan penduduk, melainkan jika bidang-kuasanya dibataskan ke atas penduduknya sahaja dan tidak pendatang, maka ia tidak boleh melampaui batas tersebut”

2.            Bidangkuasa dari segi masa.

Hakim terikat dalam peradilannya dalam masa tertentu.Tertakluk kepada masa yang diperuntukkan melainkan dengan keizinan pihak yang melantik.

Dalil AlMawardi “ jika pihak-pihak bertikai tidak ditentukan dan dijadikan pengadilan terhenti di antara hari-hari tertentu.Misalnya pihak yang melantik hakim berkata “Aku melantikmu untuk mengadili di antara pihak-pihak bertikai untuk hari Sabtu sahaja” maka harus baginya mengadili di antara pihak-pihak bertikai dalam semua pendakwaan dan lantikannya itu akan tamat bilamana matahari terbenam.Jika dikatakan “ Aku melantikmu sehingga hari Sabtu” maka harus juga.Jika berakhirnya hari Sabtu, pengadilanya tidak terhenti kerana lantikannya masih berjalan seperti mana hari-hari lainnya meskipun ditegahnya mengadili selain daripada hari tersebut”.

3.            Bidangkuasa dari segi kes.

Ketentuan kes tertentu sebagai bidangkuasa hakim.Contohnya hakim yang menjalankan kes sivil/muamalat/jenayah/keluarga sahaja.

Dalil alMawardi menyatakan “ Boleh ditentuka ke atas salah seorang dari mereka (para hakim) jenis tertentu kes-kes dan kepada kes yang lain kes-kes tertentu.Misalnya ditentukan  kes-kes mengenai hutang piutang kepada salah seorang  dari mereka dan hal ehwal munakahat kepada yang lain.Maka haruslah bagi setiap mereka mengadili kes-kes yang ditentukan itu dalam negeri seluruhnya”

Ibn Qudamah menyatakan “ Harus dilantik dua atau tiga orang hakim dalam satu negeri dan menjadikan bagi setiap orang dari mereka bidangkuasa kerja tertentu.Salah seorang dari mereka mengadili kontrak-kontrak perkahwinan, yang seorang lagi ha ehwal hutang piutang dan yang ketiga hal ehwal barang tak alih”.

4.            Bidangkuasa dari segi nilai harta.

            Bidangkuasa dari segi nilai harta yang dipertikaikan.

AlMawardi menyatakan “ jika hakim dilantik  untuk mengadili kes yang harta bernilai 200 dirham, maka bolehlah diadil di antara dua pihak bertikai bahkan dibolehkan diadilinya buat kali kedua dalam kadar harta tertentu, bahkan buat kali ketiga. Dan jika terdapat di antara dua orang hakim yang bersyariat 400 dirham, maka harus bagi hakim mengadilinya, jika terdapat dua pendakwaan dari dua orang yang bersyarikat itu.Jika dakwaan kedua-duanya mereka hanya satu sahaja, maka tidak diharuskan”

1 pendapat:

sn said...

Assalamualaik..
Saya mencari buku yang sesuai untuk belajar tentang fiqh al-qada, dan saya nak minta reccomendation drp saudari buku ape yg sesuai saya baca(mudah untuk difahami@buku2 asas) sebab saya ambil diploma syariah belajar jugak fiqh al qadha, cuma sekarang ni saya nak pelbagaikan rujukan untuk kefahaman yang lebih mendalam. jzkk

Post a Comment

syukran kasiran