Dari segi bahasa al-qada’ bermaksud perintah atau
keputusan mengenai sesuatu perkara, pemberitahuan, perkhabaran dan
penyampaian,melaksanakan dan mengakhiri sesuatu tugas,menghukum, memisah,
memutusakan dan mencegah.
Manakala dari segi syara’ al-qada’ mengikut
Farhun-Maliki bermaksud “Pemberitahuan
mengenai suatu hukum syara’ dalam bentuk yang mengikat” manakala ar-ramli-Syafie pula berkata “menguatkuasakan satu hokum oleh
yang mempunyai bidangkuasa bersandarkan hokum syara’”.
Al-Human berkata al-qada’ adalah hukum yang mengikat.
Manakala menurut Ibn Abi ad-Damm ia bermaksud “menyelesaikan pertikaian dengan
hokum mengikat yang dikeluarkan dari orang yang mempunyai bidangkuasa”
Menurut Syarbini al-Khatib pula al-qada’ bermaksud
menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih mengikut hukum syara’.
PENSYARIATAN AL-QADA’
Al-Qada merupakan perkara yang disyariatkan oleh Allah di dalam al-Quran
dan Sunnah.Pensyariatan al-qada boleh di dapati dalam surah-surah yang berikut
:-
1.
Dalil Quran:
a. Al-Maidah : 48
Bermaksud :Maka hukumlah antara kamu
dengan apa yang diturunkan oleh Allah.
b. Al-Maidah : 49
Bermaksud :Dan hukumlah diantara mereka
dengan apa yang diturunkan oleh Allah.
c. An-Nisa’: 105
Bermaksud
: Sesungguhnya kami telah turunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran
supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah diwahyukan oleh
Allah kepada kamu, danjanganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak
bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat
2.
Dalil Sunnah:
Dari Baridah dia telah berkata : berkata
rasulullah S.A.W : Qadi itu ada 3 ; 2 di neraka dan 1 di syurga. Lelaki yang
tahu akan kebenaran dan menghukum dengannya maka dia di syurga. Dan lelaki yang
tahu kebenaran dan dia tidak menghukum dengannya dan jiran yakni orang yang
bersama pada hukumnanya dia juga dineraka, juga lelaki yang tidak mengetahui
kebenaran dan menghukum manusia dengan kejahilannya dia juga dineraka.
Dari Amru bin Al-‘Asi r.a , bahawasanya dia telah
mendengar rasulullah S.A.W bersabda : Apabila menghukum seorang hakim itu maka
berijtihad, kemudia dia betul dalam ijtihadnya maka dia mendapat dua kebaikan,
dan apabila dia berijtihad kemudian dia silap maka dia mendapat 1 kebaikan
3.
Dalil Ijma’:
Telah bersepakat semua Ulama’ salaf, kaum
muslimin atas wajib adanya qadi untuk menghukum diantara manusia, dan tiada
seorang pun yang berbeza pendapat dengannya.
SYARAT-SYARAT AL-QADA’
1.
Islam
Ini adalah syarat yang
paling utama.Orang kafir tidak boleh menjadi hakim. Walaubagaimanapun menurut
Mazhab Hanafi, orang kafir boleh menjadi qadi ataupun hakim sekiranya berhubung
dengan kes-kes orang bukan islam.
2.
Baligh
Bererti cukup umur.
Kanak-kanak tidak boleh menjadi hakim kerana masih belum matang untuk membuat keputusan.
3.
Merdeka
Seorang hamba tidak sah
menjadi hakim kerana kehakiman termasuk dalam keluasan wilayah.sedangkan
seorang hamba tidak boleh keluar dari wilayah kerana di bawah jagaan ketuanya.
4.
Lelaki
Pendapat jumhur lelaki
lebih afdhal menjadi hakim berdasarkan dalil “lelaki lebih berkuasa daripada
perempuan”.
Manakala pendapat Mawardi
pula mengatakan bahawa lelaki lebih dari segi mental dan fizikal.
Manakala Shirazi
berpendapat tugas hakim banyak bergaul dengan lelaki.
Mazhab Hanafi pula
berpendapat haram melantik wanita sebagai hakim tetapi hukumannya diluluskan.
5.
Adil
Hakim yang fasiq adalah
tidak sah.Adil ialah berkata benar, jujur, bersih dari hal-hal yang diharamkan,
menjauhi dosa-dosa, jauh dari sifat ragu-ragu, terkontrol ketika senang dan
marah, serta menggunakan sifat muruah dalam agamanya dan dunianya.
6.
Sempurna
pancaindera.
Kerana ia dapat membezakan
antara pendakwa dengan yang didakwa.
BIDANGKUASA AL-QADA
Ada 4 bidangkuasa al-qada’ iaitu bidangkuasa dari segi tempat,
bidangkuasa dari segi masa, bidangkuasa dari segi jenis kes dan bidangkuasa
dari segi nilai harta.
1.
Bidangkuasa
dari segi tempat.
Terpulang kepada ketentuan
yang dibuat oleh Ketua
Hakim.Kemungkinan meliputi seluruh negara atau negeri tertentu
sahaja.Terbatas kepada kes-kes penduduk tempatan.Contoh-Ali Ibn Abi Talib
dihantar menjadi hakim di Yaman dan Muaz serta Abu Musa l-Asy’ari ke
daerah-daerah di Yaman.
Dalil
a.
Ibn Quda menyatakan “Harus bagi seseorang hakim dilantik
untuk mengadili semua kes bagi daerah tertentu dan keputusannya terlaksana bagi
penduduknya dan juga pendatang”
b.
AlMawardi
menyatakan “ Harus bagi hakim mengadili semua kes dengan bidangkuasa khusus,
maka dia dilantik mengadili semua kes di daerah atau tempat tertentu. Maka
semua keputusannya terlaksana dalam daerah bidangkuasanya. Dia boleh mengadili
di antara para penduduknya atau pendatang, kerana pendatang samalah
kedudukannya dengan penduduk, melainkan jika bidang-kuasanya dibataskan ke atas
penduduknya sahaja dan tidak pendatang, maka ia tidak boleh melampaui batas
tersebut”
2. Bidangkuasa dari segi masa.
Hakim terikat dalam
peradilannya dalam masa tertentu.Tertakluk kepada masa yang diperuntukkan
melainkan dengan keizinan pihak yang melantik.
Dalil AlMawardi “ jika
pihak-pihak bertikai tidak ditentukan dan dijadikan pengadilan terhenti di
antara hari-hari tertentu.Misalnya pihak yang melantik hakim berkata “Aku
melantikmu untuk mengadili di antara pihak-pihak bertikai untuk hari Sabtu
sahaja” maka harus baginya mengadili di antara pihak-pihak bertikai dalam semua
pendakwaan dan lantikannya itu akan tamat bilamana matahari terbenam.Jika dikatakan
“ Aku melantikmu sehingga hari Sabtu” maka harus juga.Jika berakhirnya hari
Sabtu, pengadilanya tidak terhenti kerana lantikannya masih berjalan seperti
mana hari-hari lainnya meskipun ditegahnya mengadili selain daripada hari
tersebut”.
3.
Bidangkuasa
dari segi kes.
Ketentuan kes tertentu
sebagai bidangkuasa hakim.Contohnya hakim yang menjalankan kes
sivil/muamalat/jenayah/keluarga sahaja.
Dalil alMawardi menyatakan
“ Boleh ditentuka ke atas salah seorang dari mereka (para hakim) jenis tertentu
kes-kes dan kepada kes yang lain kes-kes tertentu.Misalnya ditentukan kes-kes mengenai hutang piutang kepada salah
seorang dari mereka dan hal ehwal
munakahat kepada yang lain.Maka haruslah bagi setiap mereka mengadili kes-kes
yang ditentukan itu dalam negeri seluruhnya”
Ibn Qudamah menyatakan “
Harus dilantik dua atau tiga orang hakim dalam satu negeri dan menjadikan bagi
setiap orang dari mereka bidangkuasa kerja tertentu.Salah seorang dari mereka
mengadili kontrak-kontrak perkahwinan, yang seorang lagi ha ehwal hutang
piutang dan yang ketiga hal ehwal barang tak alih”.
4.
Bidangkuasa
dari segi nilai harta.
Bidangkuasa dari segi
nilai harta yang dipertikaikan.
AlMawardi menyatakan “ jika
hakim dilantik untuk mengadili kes yang
harta bernilai 200 dirham, maka bolehlah diadil di antara dua pihak bertikai
bahkan dibolehkan diadilinya buat kali kedua dalam kadar harta tertentu, bahkan
buat kali ketiga. Dan jika terdapat di antara dua orang hakim yang bersyariat
400 dirham, maka harus bagi hakim mengadilinya, jika terdapat dua pendakwaan
dari dua orang yang bersyarikat itu.Jika dakwaan kedua-duanya mereka hanya satu
sahaja, maka tidak diharuskan”
1 pendapat:
Assalamualaik..
Saya mencari buku yang sesuai untuk belajar tentang fiqh al-qada, dan saya nak minta reccomendation drp saudari buku ape yg sesuai saya baca(mudah untuk difahami@buku2 asas) sebab saya ambil diploma syariah belajar jugak fiqh al qadha, cuma sekarang ni saya nak pelbagaikan rujukan untuk kefahaman yang lebih mendalam. jzkk
Post a Comment
syukran kasiran