Wednesday, November 3, 2010

Pemerhatian: Isu Kahwin Muda


Persoalannya, adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau dalam umur belasan tahun, masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? Adakah mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga, suami dan isteri serta sebagai ibu bapa setelah dikurniakan cahaya mata? 

(hanya gambar hiasan) 
 
Perkahwinan pada usia muda banyak berlaku di kalangan orang Melayu berbanding dua etnik utama yang lain di negara ini. Agak menyedihkan apabila kajian yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan dibelenggu nafsu semata-mata. Kurangnya ilmu pengurusan rumah tangga juga menjadikan perceraian di kalangan kaum itu pada usia muda lebih tinggi berbanding kaum lain di negara ini. Berbeza dengan kaum Cina yang ternyata lebih cenderung untuk menamatkan zaman bujang pada usia melebihi 25 tahun. Kaum itu yang begitu taksub dengan kedudukan ekonomi menyebabkan mereka memberi keutamaan kepada usaha mengukuhkan aspek kewangan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Ada antara mereka yang lebih mementingkan kerjaya dan pelajaran daripada perkahwinan.

Bagi kaum India pula, kebanyakkan mereka menamatkan zaman bujang ketika usia matang dan amat mementingkan kedudukan ekonomi masing-masing sebelum memilih mendirikan rumah tangga. Tidak dapat dinafikan sama sekali perkahwinan di usia muda mendatangkan pelbagai implikasi sama ada ke atas diri pasangan terbabit, keluarga terdekat mahupun keluarga yang bakal didirikan.

Merujuk Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Perkahwinan di bawah umur di Negeri Pahang, adalah termaktub dalam Seksyen 18 (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005 Negeri Pahang (Enakmen 3). Seksyen ini memperuntukkan perkahwinan di bawah umur adalah seseorang lelaki yang berkahwin pada umur bawah 17 tahun, manakala bagi seorang perempuan di bawah umur 15 tahun.

Permohonan Perkahwinan Di Bawah Umur
Bagi sesuatu permohonan berkahwin di bawah umur, pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap borang permohonan dan menyediakan setiap dokumen yang dikehendaki  untuk memudahkan proses tersebut dilaksanakan. Setiap permohonan dikenakan fi yang berbeza mengikut eksibit yang dilampirkan. Antara dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut :
1)      Borang MS 3
2)      Afidavit
3)      Afidavit (wali)
4)      Borang MS 7
5)      1 salinan kad pengenalan pemohon
6)      1 salinan sijil berhenti sekolah pemohon
7)      Laporan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan
8)      1 salinan borang permohonan untuk berkahwin

Walaubagaimanapun adalah penting diingatkan kepada para pemohon untuk menyediakan dokumen tersebut dengan selengkapnya kerana sebarang permasalahan yang berlaku akan melambatkan proses dan permohonan tersebut sukar untuk diluluskan. Selain itu juga, pemohon mestilah melampirkan beberapa dokumen sebagai ekshibit dalam permohonan mereka seperti sijil kursus perkahwinan dan salinan rekod pemeriksaan kesihatan pemohon. 

Setelah kajian dijalankan didapati punca berlakunya perkahwinan di usia muda adalah disebabkan beberapa faktor iaitu :
1)      Terlanjur dan mengandung                                         -           54%
2)      Suka sama suka dan ingin menghindari maksiat          -          30%
3)      Terlanjur tetapi tidak mengandung                             -          8%
4)      Mahu berkahwin segera                                            -          4%
5)      Kes rogol                                                                 -          4%

Kajian tersebut juga mengambil kira umur pasangan ketika mereka berkahwin:
Lelaki 
15 tahun-            0%
                                        16 tahun-            4%                                       
                                       17 tahun -            17%                                     
18 tahun – 45 tahun-           79%

Perempuan
14 tahun                       -            4%
15 tahun                     -        42%
16 tahun – 24 tahun    -            54%

Melalui kajian tersebut didapati jenis pekerjaaan mereka ketika berkahwin adalah seperti berikut :
1)      Buruh                                                                         -                        30%
2)      Tidak bekerja                                                             -                        21%
3)      Bekerja sendiri                                                           -                        17%
4)      Pekerja swasta                                                           -                        8%
5)      Pemandu lori                                                             -                        4%
6)      Pekerja am                                                                 -                        4%
7)      Mekanik                                                                     -                        4%
8)      Pekerja stor                                                                -                        4%
9)      Pengawal                                                                   -                        4%
10)  Jurukimpal                                                                 -                        4%

 
KESAN PERKAHWINAN DI USIA MUDA

Terdapat beberapa kesan yang dapat dilihat melalui perkahwinan di usia muda ini. Kesan tersebut terbahagi kepada dua iaitu baik dan juga buruk. Antara kesan baik perkahwinan di usia muda ini ialah apabila usia pasangan tersebut semakin bertambah, anak-anak juga sudah membesar. Sekurang-kurangnya pada masa itu, tenaga masih kuat serta ekonomi sudah kukuh. Selain itu, pasangan yang berkahwin di usia muda ini telah bersiap sedia dan bersikap matang dalam mengatur hala tuju dan masa depan kehidupan mereka.
Seterusnya, kesan buruk yang dapat dilihat bagi pasangan yang berkahwin di usia muda ini ialah mereka masih belum cukup mengenali pasangan masing-masing dan hanya mengetahui tingkah laku sebenar pasangan yang negatif selepas berkahwin, seperti panas baran dan suka memaki hamun. Selain itu, kebanyakan perkahwinan di usia muda ini tidak kekal lama yang mana akhirnya mengakibatkan perceraian, mereka akan digelar janda atau pun duda di usia yang muda.


-KAJIAN KES KAHWIN MUDA DI PAHANG OLEH KUMPULAN TUTORIAL 'family law', 2010/UKM seliaan USTAZAH CHE MARYAM AHMAD-
 


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran