Friday, June 20, 2014

myJUN 2014



20 JUN 1988 pada jam 3.36 p.m 26 tahun yang lalu, ana dilahirkan di Hospital Besar Taiping sebagai adik bongsu dalam keluarga, biasanya bagi meraikan tarikh ini setiap tahun ana akan buat tiga perkara

1- sedekahkan RM??? mengikut bilangan umur, jika lebih jadi ratusan tapi jika sebaliknya jadi puluhan sahaja, cara yang ana lakukan dengan berjalan meniti hari sehingga petang untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yang kelihatan sedih atau menggembirakannya, sebagai contoh, ana akan belanja dan kemudian bayar lebih RM10 atau paling kurang RM5 pada peniaga yang terpilih, kemudian peniaga tersebut akan bertanya mengapa bayar lebih, ana hepi dapat menyatakan bahawa arini adalah hari lahir ana, kemudian dia akan tersenyum dan kami jadi kenalan walaupun sekadar disitu, ana suka tengok kegembiraannya mentertawakan ana hehe, ana mohon doa dan keberkatan dari sedekah yang diberi,

kemudian, ana akan habiskan belanja tersebut pada yang lain, sesiapa sahaja walaupun tidak mengenali atau baru sahaja berkenalan tanpa mengira jantina, umur namun agama diambil kira, tapi jika tiada yang wajar jadi ana mencari tabung masjid dan lebih mengutamakan derma kepada anak-anak yatim, antara anak yatim dengan ana memang terasa dekat dan hampir dengan jiwa ana,

yang ke2- ana akan menghabiskan jejak jejak waktu hingga akhirnya dengan bacaan juzuz ke??? mengikut umur semasa, sebagai contoh tahun ini ana akan membaca juzuz 26,

Selamat Hari Lahir!

ketiga pula- ana akan berpuasa sebagai tanda mengharapkn barakah dari umur yang telah ana lalui sebelum tarikh ini, ana raikanny dengan illahi, ana deactive facebook, off handphone dan segalanya yang menghubungkan ana dengan insan, hanya illahi semata, ana akan habiskan masa iktikaf di masjid dengan muhasabah tentang apa yang telah lakukan dan apa yang akan lakukan

berapa banyak lagikah umur yang ana akan rasa mulai hari ini?

Sanah Helwah!

dukacitanya, pada tahun ini, ana tidak lakukan kesemuanya, ana bercadang ingin memasak nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah, serta apam pelangi sebagai manisan untuk disedekahkan tapi apakan daya rupanya ana masih belum cukup bahan didapur untuk menyiapkannya,

tahun ini dirasakan hari yang membuat ana terhutang pada diri sendiri kerana tidak dapat memenuhi kecuali ana akan berusaha untuk menghabiskan juzuz 26 bermula asar, jam 3 tadi ana baru selesai masak lauk ayam padprik dan alhamdulillah dapat memberi semangkuk kepada jiran sebelah, tapi hati ana belum puas untuk meraikan hari lahir ana,

akhirnya, ini adalah entri pertama tentang hari lahir ana, ana ingin semadikannya agar suatu ketika nanti ana dapat melihat keabadiaanya dalam rekod memori ingatan ana, dan juga agak terkilan apabila suami tidak mengingati bahawa hari ini adalah hari lahir isterinya, tapi ana tidak membezakan keadaan tersebut kerana suami ana merupakan insan biasa yang tak lepas dari lupa, mungkin tidak ada yang penting pada yang lain dan cukuplah tarikh ini amat berharga pada ana,

Happy Birthday!

sekurangnya ana tidak terhutang pada insan, ana ingin raikannya dalam kesyukuran pada Allah sahaja, selamat tinggal 20 JUN 2014, terima kasih kerana masih hadir untuk mengingatkan ana bahawa ana telah semakin dekat dengan kematian dan pengakhiran usia,

mungkinkah masih dapat ana merasakan hari itu pada tahun depan?


Wednesday, June 18, 2014

Di Sebalik Tabir 'My Wedding'

sekitar perjalanan majlis pernikahan ana dan zauj/suami pada 3 minggu yang lepas, dalam proses ana menyiapkan majlis, ada permintaan untuk "update" entri tentang bajet pernikahan ana, buat pengetahuan semua, ana ingin buktikan pada kebanyakkan orang bahawa tidak perlu bajet yang tinggi untuk menyempurnakan sebuah majlis pernikahan,

sejurus dengan itu, ana akan cadangkan beberapa tempat yang ana pergi sebagai idea bagi kalian yang ingin mendapatkan persiapan yang sederhana dan memadai,


kad jemputan ni saiz sederhana ja, ana cetak 1000 unit, kertas yang digunakan tak la keras tapi juga tidak terlalu nipis, kalau dapat ana qiyaskan seperti kertas poster yang berkilat bukan photostat tu, di bawah kaki kad terdapat no untuk dihubungi, syarikat MieraPrintex terletak di Bota Kanan, Perak,

apa yang istimewa apabila syarikat ini menawarkan satu banner pengantin secara percuma bagi setiap 500 unit kad yang dicetak, turut dibenarkan untuk memilih design kad yang berbeza bagi setiap 500 unit, design yang dipilih tidak tertakluk pada saiz, begitu juga dengan design bagi banner, kalau ada design kad sendiri pun diterima,

harganya? RM300 bagi 1000 unit termasuk 2 banner percuma, dalam masa dua minggu saja kad siap untuk diedarkan, turut disediakan sampul bagi kad tersebut, sebelum kad siap dicetak, syarikat akan minta pelanggan datang untuk membuat semakan atas kad yang siap jika berlaku kesilapan atau tidak puas hati,


Bagi persiapan "doogift" untuk 3 kumpulsn berasingan, yang pertama untuk tetamu yang hadir, yang kedua untuk urusetia dan yang ketiga untuk rombongan pengantin lelaki, setiap satu isian mempunyai perbezaan namun ana letakkan keseluruhannya di bawah RM500, tapi alhamdullillah isian doorgift ditaja oleh kakak, jadi ana sempurnakan bajet bagi beg goodies, serta hadiah bagi setiap kumpulan tadi, bagi rombongan pengantin ana pilih sebuah dompet kecik berwarna ungu, dan hadiah bagi urusetia pula tuala dan juga kotak tisu,

kedai A tu Z wedding house terletak di seberang jaya Pulau Pinang perjalanan dari rumah ana hanya memakan masa kurang daripada satu jam melalui lebuhraya tol Jawi hingga Seberang Jaya bagi pengunjung yang mempunyai kad keahlian memang beruntung kerana harga ahli jauh lebih murah berbanding harga bukan ahli, berganda-ganda murahnya,

seingat ana untuk buat kad keahlian juga tidak memerlukan belanja yang tinggi dan boleh siap serta-merta, semua kelengkapan ada disediakan, dan pelbagai pilihan tapi malangnya tidak dibenarkan untuk tangkap gambar bagi produk yang terdapat dalam pasaraya tersebut, terdapat dua tingkat yang mana tingkat kedua diletakkan tentang wedding planner serta kamar pengantin termasuk pelamin, bagi tingkat bawah adalah kelengkapan lain,

apa yang lebih menarik adalah tentang hadiah yang banyak pilihan dengan harga yang murah, mungkin kerana pengunjung tersebut mendapatkannya dengan harga borong jadi memang berbaloi bagi pengusaha butik pengantin, manik dan lace turut disediakan dengan beribu jenis dan pilihan, yang penting dapatkan kad ahli dulu, nak pinjam pun leh tapi bawak ana sekali hehehe


Baju pengantin buat sendiri, sebab baju pengantin lelaki siap terlebih dahulu jadi ana terpaksa pilih warna yang sama tapi untuk dapatkan kat butik pengantin memang susah, dan susah juga bagi dapatkan warna yang sama di kedai kain, hampir seleuruh perak tengah ana terpaksa pusing dan singgah untuk dapatkan warna yang sama, asalany ingin gunakan material satin tapi tiada warna yang sepadan jadi ana putuskan untuk menggunakan kain yang sedikit berkilat,

" baju jangan jarang, atau menampakkan bahagian pakaian dalam atau seumpamanya" pesan bakal zauj pada ketika itu

jadi, ana kena pilih yang agak tebal dan ana memerlukan kain net yang tidak terlalu kosong, dengan harga yang berpatutan ana salah pilih kain net, sebab kain net tersebut melekat sekaligus mengutip sekian sampah pada walimah, masyaAllah sabar ajelah..mujur ada zauj yang prihatin dan sudi bersabar untuk buangkannya, terima kasih =)

jadi sebagai pengajaran, baju pengantin cari bersama dan ada baikny jika menyewa atau membeli di butik kemudian boleh tambah corak pada baju tersebut dengan sendiri jika mahu mengawal belanja, tak dinafikan bahawa baju ni memang terlebih bajet dari asal sebab ana terpaksa serikan dengan taburan manik dan lace, bagi veil dan tiara ana sewa di Bagan Serai sahaja dengan harga RM10 setiap satu tanpa ada had masa pemulangan,

bagi baju pengantin lelaki mengenakan jubah, serban serta kain ridha,


sedikit gambaran bilik pengantin, ana tambah almari pakaian 3 pintu, tilam, cadar pengantin, empat bantal dengan satu bantal panjang, kelambu bulat, hiasan seperti bunga dan pasu serta rak, karpet dan wallpaper dinding yang jumlahnya hampir RM1000 sahaja,

ada lagi, kain satin sebagai hiasan di bahagian kepala katil, disebabkan kakak dan saudara mara lain yang dewasa sibuk menyiapkan keadaan di dapur maka bilik ini adalah sepenuhnya ana yang ilhamkan dengan bantuan oleh tiga orang adik saudara,

yang penting zauj selesa dan suka dengan keadaan bilik tersebut,

cukupla tu bagi sisipan majlis pernikahan ana, memang kami bersepakat untuk sederhanakannya bagi membuktikan bahawa sebenarnya boleh berlaku tolak ansur dalam menyempurnakan majlis dan tak perlu risau bagi lelaki dan perempuan juga, yang penting adalah bijak mengelolakan bajet, pemilihan tempat dengan harga yang betul lebih diutamakan kerana biasanya sesuatu kawasan menawarkan harga yang tinggi pada design yang sama tetapi di suatu kawasan lain design tersebut juga boleh didapati dengan harga yang lebih tepat dengan bajet pernikahan,

nasihat saya kepada psangan yang ingin bernikah, berbincang terlebih dahulu sebelum diutarakan kepada ibubapa, biar jelas tujuan dan niat walimah tersebut, 

Tuesday, May 6, 2014

Lagu Ciptaan Teristimewa




Allah Allah Allah Ya Allah
Kalamullah diturunkan
Kepada junjungan mulia
Pelbagai peristiwa disimpulkan
Al-Quran menjanakan transformasi yg gemilang
Perpaduan dan kerjasama sifat nilai dibentukkan
Tolong menolong sifat mahmudah
Amalkan dalam hidup seharian
·                     Bersatu padu ummah terbilang
              Wasatiyyah dijana ummah perkasa    2x
Ya Rasulullah Ya Habibullah
Sifat kenabian itu yang diperlihatkan
Akhlaqul karimah daripada Al-Quran
Marilah bersama tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Yang Esa    2x
Yaaaaaa yaaaaa Rasulullah

HASIL CIPTAAN SEPENUHNYA:
MUHAMMAD SYAHMI BIN SAZALI
"insan yang dikasihi"

deskripsi:
 video ini dirakamkan semasa pertandingan nasyid peringkat zon ihtifal sekolah rendah di Pulau Tiga Kiri, Bota Kanan, Perak. walaupun kumpulan ini tidak berjaya ke peringkat seterusnya kerana melanggar syarat pemakaian namun ia dimuat-turun sebagai penghargaan kepada komposer lagu yang ingin menonton rakaman lagunya semasa majlis berlangsung, pada 30 April 2014 yang lalu
video agak gelap kerana suasana pentas yang tidak disusun atur dengan baik, maaf atas segala kelemahan yang ada pada rakaman.

link youtube
al-quran menjana transformasi ummah


 



Sunday, February 2, 2014

Kenapa 1 Febuari 2014?


Gambar NO.1 - puding oreo ber-takhta-kan reben kuning juadah yang ana siapkan untuk meraikan sahabat yang ingin melangsungkan pertunangan pada keesokan harinya, "simple" ja tapi mungkin itu saja yang sempat disiapkan


Gambar NO.2 - jeng jeng jeng, ni dia si kuntum mawar hujung kampung yang telah dipetik jambangannya untuk seorang jejaka pahang, alhamdullillah NorJannah Binti Saari telah selamat menjadi tunangan untuk Encik Nasir setelah sarungan cincin oleh ibunya yang datang bersama rombongan saudara-mara yang tinggal di Parit 3, Bagan Serai, bagi memeriahkan majlis dan kenangan yang memang indah sebab ini kali pertama ana hadiri majlis pertunangan sekaligus berjaya menyibuk dekat-dekat..hehe

 N0.3 hantaran sebelah perempuan

NO.4 hantaran sebelah lelaki


Gambar NO.5 - yang mana satu idaman kalbu? ana suka tengok kreativiti hantaran yang dihidangkan, macam-macam gubahan dengan pelbagai warna sampai tak perasan ada jurukamera yang "candid" kan, sejujurnya ana suka gubahan dedaunan sirih,




 " berjalan lah di muka bumi dan lihat kebesaran illahi, andai kamu orang yang berfikir"


-aku anak bendang - 
"aku tak pernah geli untuk memijakmu kerana dari situ jua tempatku bermain suatu ketika dulu,
pada bibit-bibit batasmu kenangan tak pernah luput
kesusahan tak pernah padam
kini...masih di situ, walau aku bukan lagi kanak kecil yang berlari
tapi aku tetap berlari di atas batasmu
kerana aku masih sama seperti dulu
merindui dan berteman denganmu"

Tuesday, January 28, 2014

Selasa Bersama Lori Merah

rumah papan 2 tingkat, itu saja yg tinggal, kebakaran akibat litar-pintas


Bagaimana untuk mulakan cerita sebuah pengalaman yang baru 15 minit lepas berlaku, baru kali pertama serta dapat menyaksikan seluruh kejadian ,  hari ini ana tidak disibukkan dengan kerja-kerja jadi ana siapkan laporan sahaja, dan beberapa dokumen lain yang perlu dikemaskini, mungkin terasa biasa dengan hari selasa minggu lepas tapi pada hari ini digemparkan kebakaran besar berlaku pada rumah berhampiran dengan tempat kerja ana, sangat hampir lebih kurang satu kilometer sahaja, awalnya ana terdengar kekalutan namun kekalutan tersebut menjadi seperti luar kebiasaan, jadi ana mengambil keputusan untuk keluar dan melihat apa yang sedang menerobos masa-masa biasa hari selasa ana,

“subhanallah”

“la hawla wala quwata illa billah”

“astagfirullahal’azim”

Itulah yang dapat tenangkan hati ana saat melihat kepulan asap tebal menutupi langit nan cerah, dari mana?
Rumah yang utuh dulu berdiri disebalik pepohon buahan manggis serta dicelahan kelopak dedaun longlai si batang pisang, didiami oleh dua orang adik-beradik perempuan yang sudah berumur, kedengaran jeritan dari dalam grill tanpa dihiraukan oleh api yang marak di belakangnya, adik bongsu nya terkunci didalam rumah dan kekuatan fizikal yang tidak mampu dizahirkan bagi memecahkan grill yang menghalangnya keluar jauh dari api yang menggila, dia seorang sindrom down dalam lingkungan 40-an hanya berbaju singlet putih serta berseluar biru, tak boleh dibiarkan lagi, tapi mata-mata lebih ramai yang mampu melihat, mungkin melihat untuk tahu siapa yang akan pergi ke sana atau menyaksikan seorang lelaki muda terus memecahkan grill lalu menarik keluar mangsa yang terperangkap,

api yang marak makin marak, Kak Me'ah tak berdaya lagi memikirkan ke mana motosikal yang dibawanya kerana hati kuat ingin masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan barang-barang yang tersimpan, mungkin kunci, mungkin motosikal, atau mungkin dokumen yang penting, mana satu? kaki terus melangkah tapi terhalang dengan makin menyambar dan jeritan jiran tetangga yang membantah tindakannya itu, apa yang terdaya lagi untuk matanya melihat letupan demi letupan yang menelan seluruh hidupnya pada sebuah rumah papan yang semalam masih mampu menatapi tapi hari ini, ia memejamkan mata Kak Me'ah sendiri,

" tuan rumah ada anak? adik beradik?"
Jawabnya " adik-beradik ada 10 orang lagi, umur mak kpd Kak Me'ah sama umur mak cik, 77 tahun..anak-anaknya ada 5 orang, seorang perempuan tinggal di asrama"

alhamdullillah, lega hati mendengarnya, dalam benak hati ana yakin masih ada kesenangan untuknya,

KELIP MATA, JANGAN BUKA

sekelip mata, depan mata, tak lepas dari pandangan..hilang semuanya, runtuh dan terdampar, mata juga tak mampu menyerahkan air yang keluar dari kelopak untuk memadami dan memulangkan kembali pandangan semalam, benarlah kata hukama'

"hanya saat ini kita miliki, masa sebelum itu telah berakhir, masa akan datang bukan milik kita"

1000 mata berpusu-pusu hadir, tapi hanya mampu melihat, tiada daya dan tiada upaya langkah melawan marak langsung yang menghangat, sepasang mata memerhati untuk merakam segala yang berlaku, pada mangsa, tidak lupa pada yang memberhentikan motosikal, memandu kereta serta berdiri tegak tanpa kata, apa yang mereka fikirkan? adakah sama seperti buku kotak fikiran sepasang mata ini?

"maafkan diri ini ya Allah, Engkau telah ambil semua yang Engkau pinjamkan, lihatlah segalanya tiada lagi dengan kuasaMu, api tu taat berbanding diriku, kuatkan mereka untuk redha walau di mana jika aku di situ, terima kasih ya Allah, kepadaMu jua tempat kembali"
 ....................................

Saturday, January 25, 2014

Insurans Kereta Untuk Roadtax



NCD-yg dikirakan oleh agen


Berhari-hari ana mencari beberapa info dan maklumat tentang cukai jalan atau lebih sinonim dengan ROADTAX, tak dinafikan ana memang tidak tahu-menahu tentang kereta tapi ana akan ambil tahu secara maksimum jika ia berkaitan dengan kewangan, hehe..sebab ana serik menjadi permainan orang yang sering mengambil kesempatan terutama berkaitan dengan insurans atau seumpamanya, jadi ana perlu ada persiapkan dengan maklumat yang baik agar ana dapat menapis sejauh mana maklumat yang diterjemahkan pada ana kelak,

Berbalik kepada roadtax, ana baru belajar tadi tentang NCD-NON CLAIM DISCOUNT, situasi yang menterjemahkan NCD adalah berkaitan dengan peratus diskaun yang diberikan terhadap ROADTAX jika tidak berlaku sebarang “claim” selama setahun melanggan insurans  tersebut, biasanya bagi kereta yang baru, permulaan insurans tidak diberikan NCD atau 0% bagi insurans yang dilanggan, terdapat banyak insurans yang berkaitan dengan kereta, antaranya MAA, ETIQA-TAKAFUL, TAKAFUL MALAYSIA, TAKAFUL IKHLAS dan sebagainya,tapi biasanya produk berlandaskan islamik apabila ia menggunakan istilah takaful, ana ditawarkan TAKAFUL MALAYSIA, ana bertanya tentang perbezaan tersebut kerana kawan ana juga baru-baru ini menghidupkan roadtax dan dia ditawarkan etiqa-takaful, begitu juga kawan ana yang lain turut ditawarkan etiqa-takaful, hakikatnya ana tidak begitu berminat tentang insurans dan jika datang agen insurans, ana dah lari dan tidak endahkannya,

a

 
Perbezaan takaful Malaysia dengan takaful lain adalah tawaran 15% rebat serta NCD 25%, itulah yang dijelaskan oleh beliau, sambil menunjukkan pamphlet 15% yang tertampal pada kaunter, lagi tentang NCD, ia akan bertambah setiap tahun sekaligus mengurangkan nilai insurans yang tertanggung pada tahun seterusnya namun jika berlaku “claim” maka ia sekaligus membatalkan diskaun yang diperolehi sebelum itu, dan kembali dengan pengiraan 0%, terdapat lima peringkat tawaran yang ditawarkan biasanya pada NCD, seperti mana yang terdapat pada gambar,

Soalan ana lagi, apa yang dilindungi melalui takaful Malaysia?
“tiga kejadian yang merangkumi kebakaran, kecurian dan kerosakan serta “total lost”, kerosakan kecil tidak boleh membuat “claim” jawabnya



“total lost” merupakan situasi di mana kerosakan pada kenderaan tidak memungkinkan kereta tersebut diperbaiki lagi seperti kes yang pernah berlaku kereta masuk parit, jadi situasi ini dianalogikan, jadi bayaran kereta kepada bank biasanya akan diteruskan walaupun hakikatnya kereta sudah tidak dapat digunakan, keadaan tersebut bila berlaku kepada individu yang tidak mempunyai insurans dan ia juga menjadi sebab insurans wajib diambil sebelum roadtax dapat dihidupkan kembali, jika situasi sebaliknya, insurans company akan membayar kepada Bank bayaran lain dan kes tutup dan tamat, ana sahihkan semula kenyataan dengan pemahaman ana, dan beliau akui,

-          Setahun sahaja langgan untuk insurans dan roadtax, jadi selepas setahun boleh tukar sebarang insurans –

Ni pun info yang ana baru tahu, hehe..terok pengetahuan ana tentang semua ni, asalnya semasa beli kereta dahulu, ana di-insurans-kan dibawah MAA, dan ana sendiri tidak tahu, ana dapat tahu bila mana pihak agen sudi untuk menghubungi semua BIMB biasanya insurans kan kereta yang membuat pinjaman dengan mereka, buat pengetahuan semua, ana menggunakan skim i-graditz yang ditawarkan oleh BIMB, memang cepat proses “loan” dan pembelian menggunakan konsep bai bithaman ajil, diberikan salinan perjanjian asal kepada ana juga,

Kiraan bagi insurans? Biasanya 10% daripada harga kereta, dan dapat jumlah tersebut, agen tersebut menambah RM1k supaya ia seimbang dengan jumlah insurans lepas, al-maklumla kereta baru, bayaran masih banyak tertunggak, tapi nilai tersebut boleh ditentukan oleh individu tersebut, kerana apabila ana bertanya bagaiman nilaian tersebut diletakkan? Katanya mengikut pengalam, walaupun jawapan yang tepat ana telah sedia maklum iaitu mengikut harga pasaran kereta sekarang, ia boleh dirujuk pada Bank dan juga kedai kereta terpakai, tapi dengan nilai yang ditawarkan serta perbandingan ringkas yang ana buat melalui kawan-kawan, mungkin ia agak berbaloi,

Kenapa kena ikut harga pasaran kereta?

Jawapan ini ada sinambungkan dengan maklumat yang ana dapat dengan jawapan agen tersebut, supaya apabila berlaku “claim” atas kerosakan dan sebagainya, nilai tersebut dapat di-cover oleh insurans sahaja tanpa penambahan jumlah daripada Bank kerana jika berlaku demikian, pemilik kereta terpaksa membayarnya pada penambahan yang dilakukan kepada Bank, tapi tak perlu dengan jumlah yang tinggi dan memadailah ia sekadar sederhana, melainkan kereta anda dibawa untuk di kawasan yang sesak dan berisiko tinggi,

“ tambah perempuan,”

Penyataan tersebut memang cepat ja naik-kan darah ana, ana terus tegaskan bahawa sekurangnya perempuan bawa kereta lebih selamat dari lelaki, tapi “ratio claim” insurans banyak perempuan, balasnya walaupun dia juga seorang perempuan, ya ka?

Tuesday, January 21, 2014

Sanggup Tak Poligami?


'Darling, Abang nak kahwin satu lagi.'
Why?
'Ikut Sunnah'
Nak ikut Sunnah ye?
'For sure' *kenyit mata*
Tunggu saya mati dulu yaa
'Err awat?'
Isteri pertama Nabi Muhammad kan Khadijah. Nabi tak kahwin lain sampailah Khadijah meninggal dunia. Kemudian barulah Nabi berkahwin dengan orang lain.
'Err'
Tunggu laa saya mati dulu barulah kahwin lagi yaa? *kenyit mata balik* 


pernah suatu ketika, sahabat ana bertanya "kalau nora sanggup tak berpoligami?"

"saya lebih rela single daripada menahan sakit jiwa kerana keadaan tersebut, mungkin kerana perasaan mudah cemburu dan bersangka buruk pada perasaan lain" jawab ana

ana mengenali ustazah tersebut semasa ana berpeluang kerja dengannya dalam institusi yang sama, malah suaminya juga bekerja di tempat yang sama, jadi ana mengenali kedua-duanya termasuk ana tunggal perempuan yang sering menemani ibunya, suami ustazah seorang yang agak garang kerana sepanjang tempoh singkat ana bekerja beliau pernah menimbulkan ketegangan dalam medium sosial pada staff lain dalam tempat kerja yang sama, jadi sikapnya tersebut sedikit sebanyak merungkaikan kisah silamnya pada refleksi lalu, ustazah pula seorang yang ramah tapi kami tidak begitu rapat walaupun ana pernah meminta untuk menyertai persatuan yang diketuainya, sebuah usrah muslimat, beberapa bulan selepas itu, ana dikejutkan dengan sekeping gambar perkahwinan kedua ustaz, dan disisi ustazah yang tersenyum, 

sungguh ana jelas ternampak aura ketabahan dari raut wajahnya, masakan tidak, ana sendiri tidak mampu hadapi kenyataan tersebut,

biasanya yang menjadi alasan poligami yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan isteri mandul, berpenyakit, dan ikhtilat yang dibiarkan, malah ada juga beberapa alasan lain yang pernah ana baca dari sebuah kajian tentang negeri-negeri di utara berhubung poligami, dalam kajian tersebut menyatakan bahawa lelaki berusia 40-50 merupakan fasa kedua bagi lelaki, jadi bagi isteri yang mempunyai suami lingkungan usia tersebut, perlu lebih bijaksana mengatur dan menjaga rumahtangga, 

tentang poligami yang jernih, ana lebih menyokong kajian sarjana daripada ustazah Fatimah Syarha dalam novel tauhidnya yang bertajuk sebarkan cinta (jika tidak salah ingatan ana) dalam novel tersebut menghuraikan poligami secara jernih, malah terdapat juga solusi bagi isteri untuk mengatur jika suami membuat permintaan sedemikian, antaranya menambah taqliq semasa nikah untuk mengelakkan nikah poligami secara senyap-senyap,

dalam pembentangan kuliah berhubung poligami, negeri perlis merupakan negeri yang paling mudah tentang prosuder poligami kerana menerima mudah apa sahaja alasan suami untuk berpoligami, mungkin kerana seringkali berlaku poligami di luar negara, dan perlis merupakan negeri yang paling hampir dengan Thailand, semasa perbentangan juga kami sengaja menghubungi agen yang menyediakan pakej nikah luar negara, segalanya tersedia melainkan duit dan pasangan sahaja,

keadaan ini bukan suatu gambaran yang aman pada baitul muslim bila mana mengenepikan ibubapa dan wali sebagai orang yang paling berhak terhadap anak dara terutamanya, bagi yang ingin bernikah di luar negara kerana percaya bahawa lelaki atau tindakan tersebut adalah paling tepat, ana menegaskan bahawa anda sedang melihat bayang-bayang kebahagian, bila hialng mentari maka tiada lagi bayang-bayang tersebut, malah ia terasa seolah disentuh tapi tidak digenggam, pelbagai kesusahan dan kesulitan bakal menjelma akan datang terutama jika berlaku konflik, 

sama juga keadaannya dengan poligami, 

kelompok yang tegas sukar menerima poligami bukanlah satu kelompok yang menyokong SIS tetapi ia merupakan pilihan bukan kewajiban, pernah Saidina Ali r.a ingin bernikah setelah mendirikan baitul muslim bersama Fatimah r.a iaitu anak kesayangan Baginda s.a.w, mendengar berita tersebut daripada Fatimah r.a, Rasullullah bertemu Ali r.a dan memintanya membuat pilihan sama ada kekal dengan Fatimah r.a atau meneruskan hasratnya tersebut, dan amat rugi jika Saidina Ali r.a melepaskan Fatimah r.a. yang merupakan salah seorang wanita yang diagungkan selain daripada Maryam, Asiah dan Khadijah

oleh yang demikian, ia bukanlah sesuatu yang harus dipandang buruk disisi masyarakat pada yang sukar menjalani hidup dalam poligami atau melihat mulia sahaja pada isteri yang tetap disisi suami yang berpoligami, malah suami pula jangan banggakan diri bila mana anda telah berpoligami kerana ia sebenarnya lebih mengikat jika benar anda memahami,

bagi isteri yang akan dipoligami, failkan segera harta sepencarian, jika telah lama perkahwinan berlangsung maka lebih banyak yang perlu dibahagikan dalam merujuk kepada hak anda, walaupun harta sepencarian dihukumi melalui urf atau adat namun atas maslahat ia telah diterima meskipun disisi Imam Syafi'e yang membenarkan 1/3 bahagian untuk isteri yang merujuk kepada harta tidak alih, tetapi harta alih adalah mengikut pertimbangan hakim berdasarkan sumbangan yang wujud dalam pembangunan harta sama ada sumbangan serta material atau maknawi,

itu sahaja, sekilas komentar ana untuk mengupas isu ini, jika berkesempatan ana akan update beberapa tajuk lain yang perlu dicerahkan dalam perkahwinan terutamanya,

kepada jodohku,
janganlah khuatir, diriku bukan menghalang tetapi sesungguhnya ku ingin menyerahkan sebuah kasih tanpa sempadan untuk mentaatimu yang bermula dari ikhlas sanubariku, dan ingin engkau menjadikan temanmu di akhirat kelak, =)

-Jodoh itu rahsia Allah-

Sketsa Sebelum Kawen Dolu Sampai La ni





Sementara menanti “downloading” untuk video nasyid yang baru jumpa tu, rasanya lagu bagi album baru in-team, Niha terdengar perbualan di luar mungkin antara suami isteri berhubung dengan adik-adik yang kian melangkah dewasa dan mula memikirkan tentang rumah dan tangga masing-masing, alhamdullilah setelah perasaan “frust” dengan keadaan lepas, abangnya berhajat kembali untuk memilih untuk menamatkan bujangnya, dan dia semakin serius dengan hasrat tersebut, namun yang menjadi rasa tidak begitu menyenangkan terhadap dua perkara

Pertama, berkenaan mahar atau mas kahwin, seringkali dipersoalkan dan diperbandingkan malah Kak Dhia juga berulang-kali menyatakan bahawa

mana da orang yang letak mas kahwin rendah sekarang, mau 10 ribu la tu

Dan berkali-kali juga ana tegaskan bahawa

ada la, apa plak tak dak” dalam hati menunding diri sendiri tapi tak terlafaz

Abang Hay pulak seringkali mengulang cadangan yang sama, katanya

"letak ja 15 ribu, hang kena 15 ribu, kalau takat harga tu, makan ikan kering la, p menjala siap-siap dari sekarang"

Niha tidak menjawab kerana baginya, tiada apa lagi yang harus dijelaskan, jika dia bersuara pasti panjang lebar jawapannya, namun dalam niat menutup bicara yang memperlekehkan dirinya, dapatlah diringkaskan

"aku mementingkan kemampuannya"

itu jawapan yang terlafaz, tapi dalam hati berkata
"hakikatnya aku bukan la seorang yang hebat, bagaimana untuk aku letakkan nilai matawang yang menyiksakan dirinya, sedangkan andai aku mudahkan apa la yang rugi padaku hatta dalam hadith telah mahu kan demikian, aku tahu susahnya nilai yang tinggi tersebut dengan jawatannya yang ada, lagi pula aku tak suka untuk semua ni, sedangkan hidup nikah itu lebih aman dan tenteram, berapa nilai semua tu?" 
"janganlah salah faham, bukan permintaannya sebenarnya tapi itulah niat aku sejak awal, aku seorang yang sukar untuk menerima dan percaya pada lelaki, mungkin boleh dikatakan memilih, ni aura mak la ni (hehe..mak citer) jadi sepanjang perjalanan hidup yang singkat, aku melihat dan memerhatikan sekeliling tentang segalanya berhubung semua ini sampai suatu masa aku letakkan nilai ini, aku susah menerima tapi saat takdir membenarkannya jadi aku senangkan jalannya, bukan seperti yang kebanyakkan, mudah menerima dengan perkenalan bertahun-tahun namun tetap harga ijazah kay (yolah tu!)"

Dalam perbualan itu, Abang Hay juga melahirkan rasa takut apabila muslimah tersebut sudah melanjutkan bicara kepada keluarga, namun bukan itu yang dirisaukan tapi berhubung dengan harga walaupun tidak diakui tapi ibarat metafora yang berselindung dari kata pengakuan sendiri

"kalau mahal sangat, aku pun lari " sambil ketawa dengan kata sendiri

Niha semakin hairan tujuan atau sekadar provokasi tidak puas hati padanya yang bukan meletakkan nilai tersebut, katanya lagi

"kalau yang ni tak dapat, ada lagi satu calon"

lihatlah drama yang memerangkap dialog tahap cakap "Jalan Masjid India", desus Niha dalam hati namun masih mendiamkan diri mendengar bicara mereka

Kedua, berkenaan masak dan perihal dapur, topik hangat untuk digulakan dan diketawakan bagi yang masih bujang terutama muslimah sebaya Niha yang sudah semakin genap 26 tahun, terlalu besar rasa pada nilai angka tersebut tapi apakan daya ia terpaksa juga diterima kerana telah menjadi realiti saat detik 12 a.m 2014 mengetuk gendelangnya, tak sedikit pun Niha menafikan bahawa dirinya masih lemah tentang tugas-tugas dapur apatah lagi untuk menyaingi Kak Dhia yang telah hampir 20 tahun mendirikan rumahtangga,

kata Abang Lat
"dulu awal kawen pun kakak camtu gak, masak kari pun tak lepas, dah la suka kari, dapat pulak isteri tak reti masak kari, asik-asik masak sambal"

sebenarnya Niha telah tahu keadaan tersebut, tapi mujurlah ada peguambela tak diiktiraf muncul, ada kalanya rimas juga bagi Niha apabila setiap kali ingin basuh beras atau pegang kuali diketawakan dan diperli berdozen-dozen sehingga ia menjadi rutin jenaka yang tak lawak, selama hampir setahun Niha pernah berdikari dan menyewa rumah bersama kawan-kawan dan sebelum tamat Universiti dahulu juga, dia pernah bekerja dan tinggal berasingan dari keluarga, cuma beberapa bulan kebelakangan ini, Niha tidak berkesempatan untuk meluangkan masa di dapur kerana dihimpit dengan jadual kerja dan belajar,

Ibu Niha pernah juga menasihatinya agar mengambil tahu beberapa perkara tentang masak dan ramuannya, Kak Dhia apatah lagi sentiasa memberi tips dan resepi untuk digunakan, baru-baru ni, Kak Dhia ditugaskan untuk menjadi tukang masak sambilan di sebuah sekolah pada hujung minggu jadi Niha tinggal seorang di rumah, sebelum pergi Kak Dhia berpesan bahawa ada ikan keli di dalam peti ais untuk dimasak, dan yang lain uruskan sahaja seperti biasa, atau kata lain "masak la sendiri kalau lapar"

"alamak!" selepas melihat dalam peti ais

setelah kemas rumah, sapu sawang, buang sampah, lipat baju, mesin kain dan akhir sekali siapkan lauk untuk juadah tengahari, takkan dah lapar baru nak masak,

"ok siap, pekasam goreng saja" (aik mana ikan keli?)

"tak reti siang ka?" tanya Kak Dhia setelah pulang dari sekolah

"hahahahahaha..memang la" jawab Niha

terasa macam ahli nujum pulak Kak Dhia dengan soalan yang agak sentap tu, sebenarnya Niha tidak pernah menyiang ikan keli, jarang pula beli ikan keli yang belum disiang, kuang kuang kuang..kan dah kena!

"mai sini, tengok! senang ja, jangan buat macam tu, malu kat mertua nanti" sambungnya lagi

ada betulnya kata Kak Dhia tu, lebih baik belajar daripada tidak tahu, rupanya senang sahaja siang ikan keli, buang ekor, buang apa tu yang macam misai, kemudian belah belakang hingga hujung kepala dan keluarkan sisa, mulutnya kerat sedikit supaya tak muncung dalam kuali, dan lagi satu petua Kak Dhia supaya ikan keli tidak hanyir, gunakan asam jawa atau asam keping dengan banyak-banyak,..Bingo!

p/s : semua orang akan alami situasi sebegini tapi saat kita telah tetapkan pendirian dan cara yang tepat, yakinlah hanya pada agama segalanya bermula, jika sudah bersedia, nikahlah tapi jika belum, sabar dan doa moga jodoh terpelihara dari maksiat dan dosa,


lagu tema: