Wednesday, November 28, 2012

Warkah Cinta- TvAlhijrah

"cinta terbahagi kepada 3 iaitu cinta pada Allah dan Rasul, kedua cinta sesama manusia seperti ibubapa, kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya, dan ketiga pula cinta nafsu"

(salah satu dialog drama warkah cinta, TvAlhijrah)

pernah tak terfikir tentang sebuah movie yang menampilkan pelakon seperti pelajar Mesir, imam, penulis buku serta pelajar tahfiz? atau movie yang tiada adegan sentuh-menyentuh bukan mahram? atau filem yang ditulis oleh seorang ustaz? atau movie yang berpakaian sopan?


semua ciri tersebut telah diusahakan dalam pembikinan movie warkah cinta yang ditayangkan di TvAlhijrah, entah bila bermulanya tapi ana baru dapat saksikan semalam, rasanya baru episod 2, maknanya baru ditayangkan mungkin dalam november juga, menarik pendekatan yang cuba diambil oleh AlHijrah walaupun ia masih baru namun sekurangnya telah adalah langkah, skrip drama ditulis oleh ustaz ubaidillah Alias yang merupakan penulis buku, kalau tak salah ana kebanyakkan karyanya berkisar tentang cinta dan isunya, ana ada memiliki sebuah karya beliau tentang da'ie, mungkin ini adalah skrip pertama yang dikarang oleh ustaz jadi tidak mustahil ia nampak seperti olahan buku, namun ana suka sebab buku kan..tiada masalah dengan ayat buku, setiap babak ada pengisiannya untuk memahamkan tentang agama dan cara Islam menyambut setiap isu yang boleh dianggap rutin hidup insan

seterusnya, pelakon utama drama tersebut adalah imam muda nazrul, *well he had getting married already, berganding bersama Heliza sebagai wardah, berpakaian tudung labuh dan imam muda nazrul sebagai amir mukhlis yang belajar di sekolah tahfiz, terbaik dengan serban dan jubah, pelakon lain seperti baru dan tidak pernah muncul di mana-mana drama sebelum ini (dalam pengetahuan ana sahaja) mungkin penapisan pelakon juga menjadi syarat pemilihan watak dalam drama ini, sebagaimana suatu perbincangan dalam bual bicara bahawa filem mampu menjadi wadah dakwah dengan memilih pelakon yang bukan hanya bersikap baik dalam lakonan sebaliknya ia memang baik akhlak di luar kaca TV, yang paling ana agak teruja bila mana ia turut mendapat kerjasama PMRAM, persatuan mahasiswa mesir, pada pendapat ana ia merupakan satu gagasan gabungan kerjasama yang menarik apabila kesatuan dakwah semakin mendapat tempat dengan lebar,  congratulate PMRAM,

lagi satu ia adalah adaptasi novel warkah cinta berbau syurga, ana belum pernah baca novel tersebut, itu tak penting sebab apa yang ana inginkan adalah pengisian daripada skrip,

KOMEN 
tak leh komen apa-apa sebab baru sekali tonton, first impression ana teruja dengan staff sebalik takbir pembikinan movie ini, namun jalan cerita masih tidak tahu kerana episod semalam tentang surat berkenalan daripada Heliza kepada Amir yang di-posmen-kan oleh sepupu Heliza yang juga pelajar tahfiz yang sama, walaupun surat tersebut tidak dibenarkan untuk masuk, itu sambungan episod akan datang, lagi sal episod semalam ialah perangai buruk ayah wardah yang suka berjudi,

setakat itu, babak agak suram sebab mungkin dari kekok pelakon serta monolog yang tak sampai, watak antagonis tetap nampak "nude"

dari sudut positifnya pula, ia adalah langkah pertama, kesalahan dan kekurangan itu biasa, sebab daripada kelemahan itu yang mengajar untuk memperbaiki yang akan datang, apapun ana sokong usaha murni ni, moga Allah memberkatinya agar penonton dapat ibrah dan kefahaman, insyaAllah

2 pendapat:

melesap said...

syukran

skyjamil said...

ha? err afwan

Post a Comment

syukran kasiran