Sunday, April 11, 2010

judial review- semakan kehakiman


Kajian semula kehakiman adalah suatu unsur penting dalam undang- undang pentadbiran kerana ia merupakan saluran yang digunakan oleh undang- undang dan mahkamah untuk menyemak segala kerja- kerja pentadbiran. Konsep berkenaan rayuan dan semakan atau kajian kehakiman adalah berbeza kerana rayuan menyentuh persoalan kesahihan sesuatu undang- undang, fakta, atau merit, atau gabungan antara mana- mana perkara tersebut selama mana dibenarkan oleh Parlimen. Manakala, semakan pula menjurus kepada persoalan tindakan yang dilaksanakan oleh mana- mana badan pentadbiran.
 Walaupun kedua- duanya iaitu rayuan dan kajian semula kehakiman akan berakhir dengan keputusan undang- undang yang sama tetapi elemen yang digunakan untuk mencapai keputusan tersebut adalah berbeza. Parlimen telah menggariskan kuasa- kuasa tertentu kepada pihak berkuasa awam. Di samping itu, Parlimen juga mengawasi agar kuasa- kuasa tersebut tidak disalahgunakan. Ia berkaitan dengan doktrin ultra vires yang menjadi sandaran kepada mana- mana semakan kehakiman. Antara kesalahan yang dikenalpasti dalam konteks semakan kehakiman adalah seperti bercanggah dengan undang- undang induk, bercanggah dengan prosedur, melanggar hak- hak asasi, menyalahgunakan kuasa, tindakan yang tidak munasabah dan sebagainya.  


sumber:
Prof. Madya Dr. Abdul Samat Musa. Zuliza Kusrin. 2002. Undang- undang Perlembagaan dan Pentadbiran

1 pendapat:

Unknown said...

salam..boleh tanya pasal prosedur bmula dari permohonan tempoh masa serta contoh format afidavit utk j.r..dismisal govmt staf unfainess prosedur

Post a Comment

syukran kasiran