Saturday, January 11, 2014

Mastautin dalam Mal




Salmah Kassim telah memfailkan permohonan injunksi terhadap suaminya, Jo En Sung, seorang bekas aktres terkenal di Korea Selatan.Permohonan ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta, Kuala Lumpur bertujuan untuk menghalang suaminya daripada mendatangkan sebarang kecederaan kepada beliau serta anak-anak di samping bertujuan untuk membekukan segala harta suaminya yang berada di Malaysia.

Selain itu, Salmah Kassim juga telah memfailkan permohonan perceraian secara ta’liq di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walaupun sebenarnya kedua-dua pihak bermastautin di negeri Johor, namun Salmah Kassim telah memfailkan kesnya di Wilayah Persekutuan kerana beliau percaya hanya hakim di Wilayah Persekutuan sahaja yang mampu mengendalikan kesnya dengan adil.
Selepas memfailkan kedua-dua kes tersebut, Salmah Kassim telah datang berjumpa anda selaku peguam syari’e untuk mendapatkan nasihat.
i)          Nasihatkan Salmah Kassim mengenai ketidakpatuhan yang telah dilakukannya yang boleh menjejaskan kesnya. Dan bincangkan isu-isu awalan lain yang perlu diperhatikan sebelum sesuatu kes difailkan;
ii)         Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh peguam Defendan apabila mendapati wujudnya ketakpatuhan tersebut.                        



Soalan 2 (i)
Isu pertama yang harus dibincangkan di sini adalah sama ada Mahkamah Tinggi punya bidangkuasa untuk mendengar permohonan injunksi.

Secara am, Perkara 121 (1A) dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia telah menyatakan bahawa sebarang tuntutan yang bersangkut paut di bawah agama Islam harus dibicarakan di Mahkamah Syariah. Maka memandangkan undang-undang Syariah berlainan bagi setiap negeri, Akta Tatacara Mal setiap negeri harus diaplikasikan.Dalam isu permohonan injunksi, terdapat klausa yang mencatit tentang injunksi secara spesifik. Memandangkan ia terletak di bawah Bab 2 iaitu Perintah Interim, seksyen 196 Akta Tatacara Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berkenaan pemakaian terpakai. Di  mana ia menyatakan bahawa permohonan yang disenaraikan di bawah bab ini perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah. Dalam membincandangkan isu bidangkuasa sivil atau syariah, kes Mohd Hakim Lee v MAIWP [1998] boleh digunapakai di mana Yang Arif telah menyatakan sebarang isu berkenaan agama Islam dan umatnya, terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah dan bukan Sivil.
Melihat kepada permohonan injunksi hadhanah dan injunksi nafkah yang telah difailkan of Salmah Kassim, jelas sekali terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Maka, oleh kerana Salmah telah memfailkannya di bawah Mahkamah Tinggi Sivil, ia adalah dikira sebagai ketidakpatuhan. Hal ini kerana seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 121(1A) dan yang dinyatakan dalam kes Mohd Hakim Lee, bidangkuasa sepatutnya terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Sekiranya hal ini dibawa kehadapan oleh pihak Defendan, permohonan ini mungkin akan ditolak tepi atas kitidakpatuhan tersebut dan ini akan menjejaskan peluang untuk permohonan itu berjaya memandangkan Puan Salmah dan suaminya beragama Islam.

Isu kedua yang patut dibincangkan adalah sama ada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur punya bidangkuasa untuk mendengar permohonan penceraian secara ta’liq oleh Puan Salmah Kassim.
Melihat kepada isu ini, peruntukan undang-undang yang boleh digunakan adalah kes Sharifah Laila v Abdul Latif Arshad di mana kes ini menerangkan bahawa definisi bermastautin adalah apabila seseorang itu tinggal di satu tempat melebihi 3 bulan.Sementara itu, kes Joan Mary Sulaiman v Sulaiman Musa pula menyatakan cukup sekiranya salah seorang pasangan berkahwin itu bermastautin di tempat itu bagi Mahkamah di kawasan itu untuk mendapatkan bidangkuasa mendengar permohonan cerai itu.
Untuk diapplikasi kepada situasi Puan Salmah, memandangkan beliau dan suaminya memang bermastautin di negeri Johor, maka adalah salah baginya untuk memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Perlakuan ini boleh menyebabkan permohonan ini ditolak tepi atas sebab ketakpatuhan kepada Tatacara Mal. Bukan sahaja itu, alasan Puan Salmah yang hanya mempercayai hakim di Kuala Lumpur juga tidak relevan kerana undang-undang memang meletakkan sebagai syarat bahawa sesuatu pihak itu perlu bermastautin di tempat itu sekurang-kurangnya 3 bulan untuk diambil kira sebagai seorang yang bermastautin di situ. Maka Salmah tidak layak untuk memohon penceraiannyadi Mahkamah Kuala Lumpur.

Soalan 2 (ii)

Isu mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihak Defendan adalah untuk membuat permohonan supaya kesemua permohonan Salmah ditolak tepi secara keseluruhan melalui bantahan awal.

Seksyen 5 dalam Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ada klausa Ketakpatuhan di mana sesuatu kes itu boleh ditolak tepi secara keseluruhan atau sebahagian mengikut budi bicara Mahkamah.Permohonan bagi bantahan melalui Ketakpatuhan adalah melalui Seksyen 6 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.Seksyen 6 menyatakan bahawa permohonan itu perlu dibuat dalam masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon mengambil langkah baru selepas menyedari ketakaturan itu.
Kesimpulannya pihak Defendan boleh memfailkan bantahan awal mereka terhadap tindakan Puan Salmah.
 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran