Saturday, January 11, 2014

KES MAL - Faridah Bt Ishak



Kes Faridah Binti Ishak lwn. Mohammad Amin Bin Ahmad
Jurnal hukum (disember 2010)(zulhijjah1431) jilid31 bahagian 2



ISU PERUNDANGAN/PROSEDUR MAL/PENEMUAN BARU:
1)    Mahkamah tinggi syariah kuala lumpur telah mengeluarkan perintah persetujuan bersama dalam menyelesaikan pembahagian harta selepas penceraian.
2)    Mahkamah memerintahkan penjualan harta iaitu sebuah rumah dan sebuah kereta mercedez kemudian hasil jualan dibahagikan sama rata kepada pihak pemohon dan pihak responden.
3)    Namun, bagi hasil jualan kereta perlu ditolak RM4,000 daripada bahagian responden sebagai bayaran kepada kad kredit.
4)    Pembahagian hasil jualan rumah diselesaikan namun  responden tidak menyerahkan hak bahagian pemohon daripada hasil jualan kereta yang diperolehi sebanyak RM12,000 serta nilai potongan bayaran kad kredit yang dipersetujui.
5)    Responden mengakuinya dan berhujah bahawa tentang wang amanah yang tidak dipulangkan semula oleh pemohon pada 3 tahun lepas sebanyak RM10,000 dan mengganggap ia merupakan penyempurnaan kepada pembahagian hasil jualan kereta yang diperolehi.
6)    Pemohon menafikan tentang wang amanah dan mendakwa responden belum menjualkan kereta tersebut di samping berhujah bahawa responden telah melanggar perintah  mahkamah yang memerintahkan pembahagian hasil jualan kereta.


ANALISA/KOMENTAR:

Dalam kes ini mahkamah memutuskan bahawa responden telah gagal dan cuai mematuhi perintah mahkamah dalam pembahagian hasil jualan kereta mercedez dengan hujahan bahawa wang amanah telah menjadi penyempurnaan kepada pelaksanaan perintah tersebut. Pada pendapat saya, wang amanah sebanyak RM10,000 didakwa telah diambil oleh pihak pemohon telah berlaku pada 3 tahun sebelum persetujuan bersama diputuskan. Maka ia tidak mengikat persetujuan bersama yang diputuskan berhubung dengan hasil jualan kereta.

Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah adalah hasil persetujuan antara pemohon dan responden maka pelanggaran atau ketidak-setujuan pihak responden selepas itu tidak diambil kira kerana mendahulukan perintah awal yang disepakati lebih mendekati keadilan di pihak hakim. Jika pihak responden ingin mewujudkan isu berkenaan wang amanah yang didakwa telah diambil secara tidak sah oleh pihak pemohon maka responden boleh membuat pemfailan kes yang baru kepada pihak mahkamah.
Di samping itu juga, pihak responden tidak dapat mengemukakan bahan bukti berhubung dengan wang amanah yang didakwanya. Malahan, pihak pemohon juga telah menafikan berhubung dengan perkara tersebut. Oleh yang demikian, mahkamah tidak berpuas hati dan mengganggap alasan kegagalan responden mematuhi perintah merupakan kecuaian yang disengajakan. Sikap responden yang boleh dianggap tidak jujur dengan keterangannya disokong apabila responden tidak mengemukakan butir-butir jualan kereta telah dilakukannya.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran