Wednesday, January 1, 2014

Isteri Jangan Asik Tahan Dera, Boleh Tak?





Menuruti sebuah kisah benar yang diceritakan oleh kakak tentang seorang kenalannya yang mempunyai seorang suami bengis dan seringkali bertindak mengabaikan kebajikan isteri kerana mengutamakan keluarga ibubapanya sahaja, bukan setahun dua penderitaan itu ditanggung namun sehingga suaminya jatuh lumpuh kini baru sedikit berkurang deritanya, pernah suatu kejadian yang terlampau dan membeliakkan mata ana apabila kakak mencerita sedikit pelakuan suami yang memijak perut isteri yang sedang mengandung, bagaimana perasaan anda?

Tapi apa yang berlaku, isteri tetap bersabar dan anak-anak dididik sehingga setiap seorang anak tiada yang layak dicop anak derhaka melainkan soleh dan solehah juga, kini hidup isteri telah berubah dengan usahanya berniaga beg tangan serta yang berkaitan aksesori wanita yang lain, rumahnya tersergam indah dan mewah dihujung taman,

Ana bukan mahu mengurai suka-duka isteri atau ketabahannya mengharungi hidup dengan suami yang bengis tapi sebaliknya memberi ruang hak serta kemuliaan Islam yang mengambil berat soal wanita bukan hanya mengurung perasaan dalam keseksaan tubuh dan emosi, sejak dulu, wanita dianggap insan kelas kedua sehingga sejarah membuktikan bahawa Islam yang Berjaya mengangkat darjat wanita serta meraikan pengorbanan wanita dalam sebuah kehidupan

Tak perlu dikecohkan lagi kedudukan wanita tapi ana ingin berkongsi penderaan yang dilakukan serta pembelaan undang-undang keluarga Islam berhubung kejadian sedemikian, ana hanya akan menyentuh tentang kes yang melibatkan penderaan terhadap isteri sebagaimana yang berlaku dalam synopsis di atas, dalam peruntukkan yang ada menekankan pengadilan untuk mencapai matlamat perkahwinan di samping menyelamatkan rumahtangga yang telah didirikan namun jika salah satu pihak menderita maka hal ini membuktikan bahawa objektif tersebut telah tercalar, ia ditekankan dalam klausa berhubung dengan fasakh,
Ramai yang beramal dengan undang-undang keluarga Islam di Malaysia menolak tuntutan fasakh sebagai penyelesaian kerana beranggapan berat pembuktian  kes serta ia lambat untuk diputuskan di mahkamah, tapi dalam kajian yang menarik daripada Prof.Hidayah tidak menunjukkan demikian, malah rekod paling tinggi hanya memakan masa 4-6 bulan sahaja, kebanyakan kes fasakh atas alasan darar kepada isteri dan penggabaian nafkah oleh suami, walaupun fasakh boleh dipohon oleh suami namun di Malaysia, klausa ini memberi ruang kepada isteri kerana suami mempunyai kuasa talak tanpa melalui hakim juga sah,

Ana ringkaskan tentang kes yang Berjaya atas alasan darar (mudarat) kepada isteri antaranya terdapat laporan polis serta laporan perubatan walaupun ada kes yang mahu kan saksi namun ia adalah mustahil pada kebiasaan, jika terdapat saksi maka ia juga diterima, selain itu, isteri juga perlu membuktikan bahawa “lazim menyakiti” dilakukan oleh suami, ia lebih menjurus kepada darar dari sudut jiwa atau mental isteri seperti maki-hamun, mengeji keturunan isteri, memanggil dengan panggilan hina dan seumpamanya, kemudian tentang darar fizikal pula ia disokong dengan 2 laporan yang mengesahkannya sudah menjadi bayyinah yang kuat, dan ia jika berlaku sekali sahaja sudah boleh dibuat permohonan fasakh,

Wallahua’alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran