Friday, December 6, 2013

Sebelum Jadi Team NBA

pernah tak bayangkan korang jadi kingkong yang kepit bola di kaki dan jalan dengan gaya tersebut sepanjang 500meter secara beramai-ramai?
memang lawak dan kelakar dengan suasana sedemikian berlaku didepan mata,

lagi, bercantum kaki dengan "passing" bola guna kaki, dilakukan secara berpasangan, atau mungkin "tai chi" pun ada untuk warming up, dan yang paling tragis adalah figure eight iaitu gerakan bola memusing bermula dari bahagian kepala, pinggang kemudian lutut dalam kiraan 3 pusingan setiap satunya,

atau latihan dengan mengelecek sampai "bump" kaki orang lain
atau "trespass" pada dinding bagi orang lain tapi kita kena latihan secara langsung dengan jurulatih
atau " jadi "darling" comey-comey" dan "sayang" di padang

dan petang tadi 6 Disember 2013 merupakan penamat semua latihan, diakhiri dengan perlawanan selama 15 minit bagi kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan, selepas "test" training yang merangkumi mengelecek dengan kon, kemudian shooting sampai gol, dan tresspass empat basket dengan gaya berbeza, alhamdullillah markah semua memuaskan dengan kemampuan yang sedia ada walaupun tak seorang pun yang berjaya buat "figure eight" macam jurulatih,

yups, main bola keranjang, kali pertama ana terlibat secara langsung dengan bola keranjang, memang seronok atau kata ustaz "beronok-ronok" yang disifatkan dengan keadaan yang banyak seronok, menarik permainan bola keranjang kerana yang amat penting adalah ketangkasan dan kawalan kestabilan untuk kawal bola, dan ana berminat untuk menceburi tapi dengan latihan sedemikian mungkin mambatalkan niat ana untuk teruskan dalam sukan bola keranjang, sekadar tengok movie tentang perlawanan tersebut mungkin menjadi minat ana kini,

 team futsal

" ini bola keranjang bukannya ragbi" jerit coach di tengah padang

ana teringat pada satu eksperimen "freeze" yang memaksa semua yang ada menjadi statik dalam masa beberapa saat kemudian coach bertanya " kat mana ramai?" haha..baru sedar yang semua kawan-kawan ana berada dalam satu kelompok di gelanggang futsal sedangkan kawasan diameter padang masih luas tapi berkerumun semuanya di kawasan bola, macam semut hurung gula..hehe

nampak jiwa dan perempuan tapi bila dapat bola, saling berebut dan sangat ganas untuk merampas bola dari pihak lawan, buktinya coach mengingatkan bahawa "bukan ragbi" haha, dan kawan ana "oitt jap ar, haisyy nak rampas ja" lawak dengan keadaan sedemikian seolah kanak-kanak riang yang ingin menang dengan sendiri tanpa strategik asalkan dapat bola teruskan ke arah jaring,

kawasan mengelecek bola keranjang, Basic 1

second part: masuk sampai masuk

nampak "basket" usang di atas kerusi? ana dilantik menjadi model "basket" tersebut, okey..ada 3 yang lain yang mana dua lagi lebih tinggi untuk dimasukkan bola atau ujian "trespass" ada juga yang sekali sahaja balingan dapat masuk dan yang paling susah adalah "basket" yang paling tinggi, 

encik Ng Chu Ling bersama comey-comey katanya


team lelaki- ada la sikit gaya NBA

team muslimah: senyum walaupun tak dapat bola

tanda semua dah kena test"trainer"

selesai sudah, bola keranjang sangat besor dan kencang, dan menjadi rekod yang tak dapat dilupakan bila bola sebegitu rupa singgah tepat di kepala coach dengan balingan yang agak kencang, maaf! sorry sorry saya tak sengaja! itu sahaja yang dapat ana katakan apabila melihat beliau sedang mengurut-ngurut kepada dan mata, dan kejadian pertama apabila beliau cuba melatih ana untuk mengelecek melalui kon dan toink! gedebuk! bola tikam kakinya, menjerit kuat beliau sambil terhenjut-henjut menahan sakit, hahaha..ana pun da bakat ragbi agaknya? ok next game mungkin boleh suggest ragbi hehe

4 pendapat:

thekerudungungu said...

hehehe baru la nmpak team NBA michelle Jordan

skyjamil said...

hehe..michelle jordan pun tak kenal kot, yg mana satu iras NBA nya?

Unknown said...

hahaha... kenangan wehhhhh

skyjamil said...

mak ai..ko jumpa blog ak hehe

Post a Comment

syukran kasiran