Thursday, December 5, 2013

Jampi Untuk GAY


 "jom nikah"

" cuba tengok lelaki 4 orang berkereta biru tu, 2 lembut and 2 lagi macam normal tapi something wrong pada diorang, salah tak klu aku rasa diorang gay team?"

ustaz kata " pernah suatu masa dulu seorang perempuan yang dirisaukan sebagai lesbian tapi dia tak mahu bekerjasama dengan pihak berwajib, jadi ustaz guna pendekatan psikologi sampai dia percaya untuk cerita kan apa yg dilakukan dengan pasangan lesbian"

gaya hidup seks songsang baik lesbian mahupun gay amat mudah untuk dikenalpasti, entri kali ni tetap menekankan isu gay bukan lesbian, untuk mengenal kelompok gay biasanya mereka berpakaian seolah menggoda, seperti t-shirt berbentuk v dan agak ketat, warna pakaian, dan biasanya yang mampu menonjolkan tubuh mereka terutama pada bahagian yang menarik minat gay lain juga,

isu ini sangat membimbangkan kerana menyerang bukan sahaja golongan remaja sekolah malah turut mahasiswa kursus agama, bukan tiada jalan penyelesaian bagi memulihkan golongan ini supaya menjadi normal semula tapi ada 2 perkara yang penting dilakukan, bukan orang lain tapi diri sendiri yang bertindak, ketagihan seks songsang pada golongan gay memang tidak dinafikan sebagai faktor utama yang mengahalang mereka untuk berubah, merasakan diri jijik juga telah tidak efektif kerana ramai yang serupa dengan mereka, walaupun disisihkan dan sering dipandang hina, mereka menyahut cabaran dan menerima penghinaan asalkan ketagihan dilempiaskan berterusan,

tiada hasil melainkan kepuasan nafsu, itu sudah cukup, di sini ana tidak mahu mengupas tentang gay atau mengkritik mereka, tapi ana ingin berkongsi tentang cara yang digunakan oleh ustaz yang beramal dengan perubatan Islam Darussyifa' dalam menangani masalah ketagihan termasuk seks songsang sebegini, pertama-tamanya, gay harus sedar bahawa tabiat yang diamalkan jika berterusan akan memudaratkan mereka, pelbagai penyakit serius yang terkena pada mulut, dubur, kulit dan sebagainya, setiap penyakit ini seringkali dan mudah berjangkit malah turut berbahaya pada daya tahan tubuh, fikirkanlah jika diri anda tidak lagi boleh membuang air seperti biasa, atau mungkin makan tidak lagi menggunakan mulut, dan juga tubuh badan yang berkudis dalam tempoh yang lama,

lagi, gay telah menutup fitrah peranan perempuan atau wanita sebagai tulang rusuk lelaki, soal kepimpinan, anak-anak, ibubapa/mertua, semua insan ini adalah yang paling banyak menerima akibat tabiat gay, bukankah mereka orang yang menyayangimu tanpa ragu? lelaki gay tiada langsung nafsu untuk perempuan sebaliknya berasa mual pula bila berhadapan dengan sekujur tubuh wanita, sejauh mana hubungan gay? bertitik-tolak daripada itu, pentingnya sedar akan setiap risiko yang bakal dihadapi jika diteruskan amalan songsang ini,

selain daripada diharamkan dalam agama, gay juga meletakkan diri seorang "hero" pada tahap "dogol", kecundang cinta dan berahi pada dada lelaki, meruntun kasih pada si sasa dan merayu cinta untuk si misai dari si janggut, di mana nak kita letak ukuran "hero" pada kedua-duanya? namun apa yang penting untuk ditekankan adalah berkenaan agama, hidup adalah beragama dan atas nama agama juga kita diaturkan, kehidupan akhirat, mati, semua itu harus difikirkan lebih dalam pada renungan muhasabah hati gay yang ingin berubah dan menghilangkan ketagihan,

" lelaki tu dah tak ke rumah perempuan tu, dan malah dia juga telah berkahwin dengan seorang perempuan yang lain, "

cerita panjang ustaz dengan aplikasi doa yang diberikan dalam sebuah kes yang mana lelaki tersebut berdiam dalam rumah perempuan tersebut dan enggan pulang, ustaz telah membaca ayat atau doa ini pada ketika bersama dengan kedua-dua suspek yang disabitkan namanya,  bukan baca secara terangan sebaliknya ckup sekadar didengari oleh telinga sendiri dan tidak dicurigai oleh pihak yang ada pada masa yang sama, baca secara berulang-berulang agar penyembuhannya kuat sehingga ia berkesan.

" Allahumma ba'id baina (nama suspek) wa (nama suspek kedua) kama ba'adta baina sama' wal ardhi wa ba'id bainahumma kama ba'adta al-iman wal kufr wa ba'id bainahumma kama ba'idta al-jannati wan naar, bi rahmatika ya arrahmanir rahim"

maksudnya: Ya Allah, jauhkanlah antara (nama suspek) dan (nama suspek) seperti Engkau jauhkan antara langit dan bumi dan jauhkan mereka berdua seperti Engkau jauhkan iman dan kufur dan jauhkanlah mereka berdua seperti Engkau jauhkan syurga dan neraka, dengan rahmatMu yang Mahan pengasih lagi maha penyayang"

tambah beliau lagi, pemisahan antara langit dan bumi, serta selainnya seperti dalam doa, adalah pemisahan yang tidak pernah bercantum, sebagaimana harapan kita untuk menjadikan ia solusi kepada golongan ini yang sukar menolak ketagihan songsang,

sebelum ana akhiri entri ini, dua perkara awal yang ana ingin  ulang sebagai penekanan adalah yang pertama perubahan tersebut didasari dengan kesedaran bahawa perlakuan itu adalah salah, salah dari sudut mana? mudarat bagaimana? kemudian yang kedua, perubahan tersebut adalah keinginan daripada pelaku bukan desakan dan paksaan, mungkin paksaan boleh menjadi pendorong tapi penguatnya hadir daripada diri serta komitmen diri,

ana cuma ingin membantu supaya kalian kembali menjadi gah dan gagah dan dimuliakan sebagai lelaki, wassalam




4 pendapat:

Nordin Jusoh said...

asif. ana takpaham. adakah jampi ini betul2 utk gay?

CAKERAWALA IBTISAM said...

YUPS..UST ANA PENAH MENGGUNAKANNYA UNTUK MEMISAHKAN LESBIAN, TAPI ADA CARANYA

langit biru said...

Kat mne gmpt ustaz anta? Ana nk berubat

langit biru said...

Kat mne gmpt ustaz anta? Ana nk berubat

Post a Comment

syukran kasiran