Monday, November 11, 2013

Sampai Pun Ke Andalusia

CERITERA BERGAMBAR


"jauhnya ko parking"
"takla, masjid mizan dengan perbadanan putrajaya ni bersambung and berhadapan ja" dalam hati memang berniat untuk parking dekat kawasan masjid mizan tapi salah sikit bajet sebab yang berhadapan tu apabila melalui laluan atas, tapi kami teruskan jalan-jalan kaki sampai kawasan tapak pameran, bersama dua orang teman dan anak saudara, kami melawat keseluhan tapak pameran yang bertemakan





"snap kat cni, tu kan tema" dengar seorang wanita meminta suaminya untuk fokuskan kamera pada reaksinya dibawah tema yang tertulis, dalam kehairanan kami melihat situasi itu, masing-masing tidak menegur walaupun mata tak terlepas dan telinga tidak tertutup mendengar babak tersebut, kami mahu menziarahi pameran andalusia yang mahu dihidupkan tapi malangnya kami terlewat
"sampai pukul 10 jelah" katanya
"nak jugak tengok, sebab ni la tema program ni kat cni"
jadi, dari pintu kaca yang tertutup dapatla ana mengintai disebalik dalam, walaupun keadaan itu tak memuaskan sebab diorang tak setuju
"kat cna boleh masuk la, juz da tali rintangan tu ja, ko tengok tu,"
-malas layannnnnnnn-


"kan betol ana kata, leh masuk kan, tengok mana da security jaga pun"
tidak beberapa minit kemudian datang seorang security beruniform putih berdiri berhampiran dengan garis lintang, sengih ajelah, "ada cakap apa-apa ka tadi" hehe, yups!!ada dua khemah berasingan, sebelah kiri adalah pameran barangan andalusia, dari cermin kaca yang digari ana tetap "snap" gambar bahagian dalam pameran


"apa tu"
"oooo macam ni pamerannya"
"nak gambar satu, posing ajelah kat pintu tertutup ni, sekurangnya gerbangnya cantik"


sebelum pulang, terdengar suara maher zain dengan lagu "for rest of mylife, i'll be with you" lirik tu ja sempat telinga ana tangkap, maher zain dengan gaya kasualnya dapat kami intai dari belakang pentas, dan juga skrin yang disediakan sebelah kiri pentas, ketawakan diri sendiri kerana dari tadi kami hanya mampu melihat dari skrin, sepanjang tempoh di tapak pameran, ada beberapa artis lain yang dijemput untuk memeriahkan konsert Nur antaranya M.Nasir, kemudian In-Team, Zain Bhika, Ramli Sarip, dan Raihan selain Maher Zain, lagi sorang iaitu Opick yang menyanyikan lagu rapuh,  dari belakang pentas, kami sempat mengintai Opick walaupun ada la yang teruja untuk mengintai Maher Zain tadi, 
"ko la"
"eh ko ar"
"dia ni ha"
"dah jom balik"
heheheheheheheheehehehhehehehehhehehehehehehehe


 "baru perasan, ketiga-tiga pakai spek, sama tinggi gak kan, walaupun tak leh challenge 167cm tinggi ko" berdiri seiringan di tengah walaupun bahagian belakang memang agak memenatkan tambahan pula terlampau kecil pentas dari pandangan kami,
"tengok belakang ja"
bernas jugak idea tu, rupanya di belakang kami ada skrin besar, dan tiada siapa yang bersaing untuk melihat skrin tu," kadang-kadang berjalan juga idea dia ni, tapi kadang-kadang la, selalo tak pun" kuang kuang kuang *joke*



 "Opick kan"
alhamdulillah, ada juga artis yang memilih pakaian sunnah dengan berserban dan berjubah sebagai imej dalam persembahan, sepanjang konsert berlangsung tiada yang bersorak tak tentu hala, aman berzikir dan bersama menghayati bait-bait lirik yang dilagukan walaupun skrin sebelah kanan pun besor juga rupanya, dongak ke atas terlihat satu objek ala-ala pesawat alien, dengan lampu berkelip-kelip dan berputar-putar sekitar pameran, "itu kamera la, tadi nampak diorang turunkan kat situ" sambil menunding ke arah sekumpulan juru-kamera berhampiran kami berdiri
 "tengok tu"
"oitt berangan..tadi kata kat orang"
hehehehe "TER- jelah"

Lapar,


Seharian berkurung dalam bilik beralaskan Maggi cup memang membuak-buak irama ting tong dalam perut sendiri, langkah pertama kami setibanya di tapak pameran mula mencari-cari booth makanan yang disediakan disebelah pentas, ada beberapa gerai yang menjual seperti burger, pisang goreng, nasi lemak kukus dan beberapa lagi jenis air, lebih baik kami cari penuhkan hajatnya sebelum kami jadi lauk kelaparannya pada malam tu, “dia ni la paksa kte pegi”



  tapak terakhir yang terdapat dalam tapak pameran adalah booth sales, ada jugak dalam booth berkenaan jualan dari negara luar seperti tanah arab, bagi khat pula diambil sebagai ikon malaysia, tiada yang menarik perhatian kami sekadar "window shopping" saja,


jam 11.55 p.m selamat sampai dan alhamdulillah tertunai hajat anak saudara untuk ke sini, hampir 5 hari ia berlangsung dan hari ahad merupakan hari terakhir pameran ini dianjurkan oleh tvalhijrah, pada pandangan ana, program ni kalau diperhatikan yang hadir adalah golongan agamawan, masih ramai yang menyokong dakyah-dakyah untuk membawa kebaikan dalam program sebegini, perkenalkan Islam dan hiburan yang dibenarkan dalam Islam, walaupun hampir lewat jam 12 baru tamat tapi masa kami bertolak pulang masih ramai tidak berganjak untuk memberi sokongan, penambah-baikan yang boleh dipertimbangkan mungkin memperluaskan pameran kerana ia adalah tema, tema seolah tidak begitu diketengahkan, sebagai pengunjung, ana sendiri tidak faham mengapa andalusia dipilih? apa yang jelas, program sebegini sesuai dijadikan sebagai salah satu "picnic santai" sekeluarga, tiada yang mencacatkan dan merisaukan dari segi susun atur acara yang dijadualkan,

THE END

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran