Wednesday, October 2, 2013

Suatu Hari Di KUD



tapak masakan panas dan pentas kecil bagi demo masakan


matamu redup bagai bayu juga awan biru di langitku
senyummu seindah mentari selalu menerangi mimpi sepi
uuuuuu..
cuba..cuba la, cuba sayang teka
siapa yang bertakhta dalam jiwa
adakah kau rasa
sayangku..selalu ada waktu utk menyayangimu
menjagamu

toink toink toink

sambil mengeluarkan entri pada kali ini, ana sedang mendengar tasha marshahar dan syed shamin ni tersengih-sengih, rasa nak tergelak sebab video klip tersebut terjadi pada ramai orang barangkali, tersengih semacam sebab berangan dengan orang mungkin dia telah "admire", anda pernah? pesan ana, jangan buat perangai seperti tu selalu sebab rasa macam nak hempuk "you" ja, hehe

KUD
singkatan bagi sebuah pameran atau jualan besaran yang diadakan oleh kementerian kemajuan wilayah dan luar bandar pada minggu lepas bermula pada hari rabu atau khamis, KARNIVAL USAHAWAN DESA, di presint 2 putrajaya dan tamat pada hari ahad minggu yang sama, tujuannya untuk menengahkan usahawan desa yang terdapat di seluruh malaysia serta membuka ruang untuk pengunjung mendapat idea atau merasai pelbagai juadah dan hiasan desa yang dijadikan sebagai perniagaan

kisahnya, kebetulan ana akan ke putrajaya pada hari jumaat untuk menghantar harta kepunyaan sahabat yang akan berpindah ke dengkil, ana bertolak pada jam satu dan tiba pada jam 5, lebih kurang 4 jam perjalanan tanpa melalui highway kecuali di rawang dan melalui guthrie hingga ke putrajaya, setibanya di sana ana sempat melepaskan rindu di masjid putra, seusai solat jamak takhir, saya dan kawan-kawan bergerak menuju ke presint 2 yang berada dalam 2 kilometer dari masjid putra,

karnival bermula dari hadapan bangunan kementerian kewangan dan berakhir di bangunan KPDNKK, terdapat 3 tapak yang berasingan dengan gerai yang pelbagai, dari pakaian, kasut, dan paling menarik adalah makanan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan, kek, kuih-muih serta masakan panas mengikut negeri di seluruh malaysia,

BEST LA KOME
niat hati datang ke karnival untuk mencari makan sebab sejauh perjalanan dari perak, ana belum menjamah makan, kebetulan ada seorang kenalan yang membuka gerai char kueh teow di tapak karnival, jadi kami mengambil keputusan untuk makan di gerainya sahaja walaupun ana sebenarnya mengidam nasi, dijadikan cerita, dalam masa mencari tapak gerai tersebut, hampir seluruh karnival kami jelajah dan tapak terakhir adalah destinasi yang ingin dituju, jadi secara tak langsung, ana dapat melihat apa yang terdapat semasa karnival berlangsung,

kebanyakannya adalah orang tempatan maksud ana masyarakat melayu, bangga ana dengan usahawan melayu yang hadir tapi mereka masih lemah dalam menarik pelanggan kecuali memaksa untuk singgah ke gerai,

"rezeki jangan ditolak, meskipun engkau tidak menginginkannya tetapi jika ada yang memberi maka terimalah walaupun hanya secubit rasa, kerana ia daripada Allah"

memang awalnya nak tolak tapi bila mengenangkan pesanan tazkirah tersebut, ana menerima jemputan untuk merasa makan setiap gerai, beli tak jugak, terima kasih sahaja yang dapat diberikan, tapi sekarang susah pulak nak cari juadah tu, ana sempat merasa pelbagai jenis kek, sos buatan sendiri, dan beberapa yang lain, ana sendiri tidak ingat berapa bilangan gerai yang ana "rasa-rasa" hehe

yang ana teruja adalah susunan kerang, jika dulu-dulu seringkali jadi hadiah dan sangat banyak jadi koleksi, ana lupa plak nak tangkap gambar,

pada pandangan ana, jika kedai atau gerai atau seumpamanya ingin mencari pembekal untuk juadah yang sukar diperolehi kecuali jika berkunjung ke negeri tersebut, jadi KUD merupakan sebuah tempat untuk anda mendapatkan agen pembekal atau mungkin terus membuat persetujuan, mendapatkan talian untuk dihubungi, ia adalaha salah satu kelebihan dan kemudahan untuk pengusaha lain, terutama bagi negeri yang jauh seperti sabah,

MAKAN MEMANG TERBAIK
bukan sebab ana lapar pada masa tu tapi ana membuat pemerhatian ringkas, bayangkan 2 tapak disediakan bagi makanan, jika makanan panas pula ia disediakan mengikut negeri, dengan juadah dalam 3-4 jenis bagi setiap negeri, ana mestila tak lepas untuk mencari negeri perak, tapi malangnya ana dah kepenatan untuk meninjau jauh lagi tapak makan yang disediakan jadi selepas makan char keuh teow kami terus membuat keputusan untuk pulang

kepada usahawan tempatan teruskanlah pembangunan dan kekalkan pelbagai keistimewaan resepi yang diturunkan sejak dulu lagi,  dan bagi masyarakat tempatan lain dianjurkan untuk sentiasa menyokong usahawan kita,


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran