Monday, October 7, 2013

Kabulnya Doa Saidina Umar

rentetan dari kisah


"saat aku hidup mereka taat pada perintahku kerana kuasa pemerintahan yang aku pegang tetapi di akhirat kelak, aku adalah musuh mereka dan itulah yang amat aku bimbangkan apabila tidak memulangkan hak atau mengabaikan hak rakyat yang bernaung di bawah pemerintahanku" menitis air mata seorang khalifah agung.

"wahai fatimah, aku bagi dua pilihan padamu, jika aku menjadi khalifah umayyah maka hidupmu lebih susah, jadi jika engkau memilih untuk meninggalkanku dan pergi kepada harta peninggalan ayahmu atau tetap disisiku dalam kemiskinan dan kesusahan" tanya khalifah Umar pada isterinya

jawab fatimah "aku memilih untuk tetap disisimu suamiku"

..............................................

SUSUR HIDUP

 menyelusuri sejarah pemerintahan khalifah Islam pada zaman Bani Umayyah atau pada zaman bumi dikuasai oleh pemimpin dari keluarga Umayyah, secara ringkasnya zaman Umayyah kebanyakannya diperintah dengan tidak adil oleh pemimpinnya melainkan saat pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, perlantikan Umar diwasiatkan oleh khalifah sebelumnya, beliau pernah diamanahkan untuk menjadi gabenor haramain sehingga difitnah oleh khalifah yang bermusuh dengannya sehingga beliau dipecat dari menjadi gabenor, namun pelupusan jawatan tersebut menyenangkannya kerana tidak memikul beban hak rakyat walaupun rakyat tidak bersetuju dengan pemecatan tersebut

susur hidup yang panjang dan penuh tawaduk membesarkan beliau dalam jiwa yang penuh taqwa walaupun dikurniakan dengan kemewahan daripada ayahanda dan keluarga Umayyah sendiri, beliau juga adalah berketurunan Saidina Umar, dan

"kurniakan dari keturunanku seorang yang mewarisi pemerintahan saidina Umar dan saidina Abu Bakr"

doa tersebut makbul kepada khalifah Umar Abdul Aziz.

beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mendukacitakan kerana telah termakan racun yang diletakkan oleh khadamnya sendiri setelah mendapat upahan dari kaum kerabat Umayyah yang membencinya, mereka membenci khalifah Umar kerana telah merampas harta kekayaan yang dimiliki atas alasan harta dan kekayaan tersebut diperolehi secara tidak adil dari hak milik dan penindasan ke atas rakyat, malah mereka juga tidak dibela sedikit pun sebagaimana yang dilakukan oleh khalifah sebelumnya

kematian yang menyayat hati apabila beliau sendiri memmohon seorang alim berdoa agar kematiannya dicepatkan,
(boleh merujuk kepada bahan berkenaan)


APA SAYA MAHU?

membaca kisah perjalanan hidup seorang kaya dan berharta kerana menjadi anak ketua negara malah menjadi saudara bukan "bau bacang" dalam VVIP seringkali berkisar tentang kesenangan dalam kemudahan yang melimpah-ruah tanpa ada istilah "tidak cukup", bahkan terlebih mungkin tidak dapat dihitung berapa jumlah lebihan tersebut, tidak dinafikan jiwa dan naluri insan ingin jauh dari kesusahan tetapi tidak ana dapati dalam perjalanan hidup khalifah Umar Abdul Aziz

awalnya ana tertarik untuk membaca kisahnya kerana beliau telah menjadikan tiada rakyat yang layak untuk mendapat zakat lagi, kerana semua telah kaya sebaliknya beliau yang mungkin yang lebih tidak berkemampuan berbanding rakyatnya,

pernah diceritakan bahawa beliau ingin mengerjakan haji di Makkah tetapi tiada belanja sedangkan pada masa itu, beliau ialah pengganti kerajaan Umayyah selepas khalifah Sulaiman, walaupun ditawarkan "sponsor" namun beliau tetap menolaknya kerana tidak mahu menggunakan wang baitul mal, mendengar keadaan tersebut maka khalifah di Makkah pada masa itu membuat jemputan padanya dan menanggung segala belanja haji kerana memuliakan kedatangan khalifah agung pada masa itu,

kehidupannya telah mengajar ana satu soalan "apa yang saya mahu jika memiliki kuasa dan pangkat?"

beliau insan yang hebat pada ilmu dan akhlak, sedangkan ana penuh kekurangan, kadang-kala tanya definisi pun ana masih merangkak untuk menjawab,

beliau seorang yang kaya-raya tapi boleh sederhana dan tawaduk jauh dari takbur dan megah pada yang lemah dan bawahan, sedangkan ana dengan sedikit saja harta yang masih hutang sudah boleh jadi lupa untuk suatu yang susah,

beliau memilih untuk hidup miskin dan menyerahkan seluruh hartanya kepada baitul mal ketika menjadi perdana menteri sedangkan ana memang selalu saja berkira-kira harta untuk disedekahkan,

beliau menolak kenaikan gaji dan menerima kenaikan tugas malah gunakan lampu juga beliau berkira kerana khuatir menggunakan hak rakyat, sedangkan ana jika tugas melebihi sepatutnya sudah merungut dan mencari alasan untuk menangkan hak sendiri kononnya,

sanggupkah ana memilih caranya jika ana memiliki pangkat didunia?

satu sahaja yang menjadi benteng penghalang serta tembok kekuatannya untuk terjun ke lembah hina seperti khalifah terdahulu dalam zaman Umayyah adalah menolak harta dan menerima kesusahan dan kemiskinan, malah lebih miskin dari rakyatnya, harta menjadikan manusia boleh menguasai orang lain dengan mudah, tetapi harta juga boleh menyumbat pemiliknya dalam kehinaan yang paling dalam di alam nyata atau jiwanya, kita sering mengejar gaji dan kaya, senang dan lenang, kuasa dan "boss" atau mungkin darjat dan taqwa,

selepas kematian khalifah Umar, beliau difitnah menyembunyikan harta dalam bilik yang tiada siapa yang boleh masuk hatta fatimah, isteri kesayangannya, oleh itu, khalifah yazid yang menggantikannya meminta izin untuk masuk dan membuat penyiasatan dan jika benar harta tersebut perlu dimasukkan ke dalam baitul mal, tetapi apa yang ada? hanya sejadah usang, serta tali yang tergantung dan memuatkan kepala Umar Abdul Aziz jika beliau tertidur ketika beribadah, masyaAllah..lihatlah betapa dalamnya erti seorang HAMBA?

ringkasnya, taqwa bukan mudah dan memaksa kita memilih untuk miskin tetapi jika hidup miskin dapat menjadi haluan mudah untuk mengingatiNYA dan mentaatiNYA maka bersedia dalam pengorbanan sementara dalam umur, apa yang penting, hidup adalah ladang tanaman yang tuaiannya pada akhirat, khalifah Umar pernah hidup senang tetapi kekayaan itu tidak meruntuhkan akhlak dan jiwa hamba kepada Rabb,

wallahua'alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran