Monday, October 21, 2013

Dengki Kpd Ilmu Tuan Saudagar Kaya




aku didengki padahal aku tidak pernah mencela mereka sebelum aku sudah ramai orang yang terhormat yang didengki aku tetap dengan pendirianku alangkah ramai manusia yang mati akibat didengki

kalam puisi seorang anak murid Imam Abu Hanifah semasa melawat gurunya di penjara pada zaman khalifah Abbasiyyah yang kedua, iaitu Abu Jaafar Al-Mansur, beliau dipenjara kerana menolak perlantikan sebagai Qadhi atau hakim atas alasan tidak mahu bekerjasama atau subahat dengan kezaliman pemerintah pada masa itu terhadap umat Islam, setelah dipaksa kemudian diseksa dan ada juga dipujuk oleh ibunya sendiri, beliau tetap bertegas dengan keputusan atas penolakan itu, baginya biar sakit tubuh menanggung seksaan berbanding balasan di akhirat kelak kerana berlaku zalim terhadap umat Islam

sepanjang usianya, beliau seorang saudagar yang kaya kerana mewarisi harta ayahandanya yang merupakan pedagang kain sutera, kemudian beliau turut diamanahkan untuk mengambil alih perniagaan jubin milik sahabat karib ayahandanya, Nukman Bin Tsabit adalah nama sebenarnya dan digelar Abu Hanifah kerana mempunyai anak bernama Hanifah, sedikit imbauan kisah hidupnya, beliau dapat hidup lama sehingga pernah berguru dengan sahabat Rasullullah sehingga ke zaman Abbasiyyah dan menyaksikan kejatuhan Bani Umayyah pada zaman Khalifah Marwan, diganti dengan Abu Abbas yang mempelopori pemerintahan Abbasiyyah,

beliau mula menuntut ilmu dan climaks kerjayanya sebagai guru adalah apabila guru-guru mengharapkan beliau untuk mengajar setiap cabang ilmu oleh setiap gurunya, contohnya, Imam Hammad mengarahkannya untuk mengajar ilmu tafsir kepada umat Islam setelah kematian beliau kelak, begitu juga guru Imam Abu Hanifah yang lain seperti dalam bidang hadis, fiqh, dan sebagainya

PEDOMAN

orang kaya yang didengki kerana hartanya itu berlaku pada setiap zaman tapi saudagar kaya yang didengki kerana ilmunya itu mungkin Imam Abu Hanifah antara yang disenarai-pendekkan, beliau mempunyai pengaruh yang luas di Kufah kerana anak muridnya yang ramai sehingga pemerintah pada masa itu juga tidak tewas dalam bilangan kekuatan pengaruh tersebut, namun tidak sesekali Imam Abu Hanifah mengambil kesempatan untuk menghasut anak murid membenci khalifah meskipun kezaliman  yang bertimbun dilakukan, hal ini kerana beliau tidak suka mengatakan tentang perihal keburukan orang lain, oleh itu dengan jalan yang mudah khalifah cuba menwarkan gaji yang lumayan untuknya agar menerima jawatan dalam pentadbiran supaya umat Islam sentiasa menyokong pemerintahan pada masa itu

namun beliau dengan tegas menolak perlantikan tersebut apatah lagi dengan gaji yang ditawarkan kerana beliau juga seorang yang telah kaya-raya, memliki kilang sutera dan juga jubin, kemudian beliau disebat setiap hari, dipenjara tanpa makan dan minum, keadaan ini sedikit pun tidak mengubah keputusannya malah makin menguatkannya untuk mengatakan bahawa khalifah bersifat kejam dan tidak adil

apa orang kaya beriman buat? gaya hidup orang kaya duniawi dan ukhrawi

beliau kaya jadi setiap murid yang belajar dengannya tidak dikenakan sebarang bayaran sebaliknya bayaran yang disedekahkan oleh ibubapa murid tersebut dijadikan dana bagi membantu murid yang miskin, sebagaimana yang berlaku pada suatu petang apabila murid yang kaya mengutuk pakaian seorang murid yang bertampal dan tidak berganti, melihat keadaan tersebut, Imam Abu Hanifah segera menemuinya selepas pengajian dan menyuruhnya mengambil belanja pakaian disebalik tikar di hujung kelas pengajian, begitula sebaliknya, beliau juga pernah membantu bukan sahaja keluarga muridnya tetapi turut menanggung hidup muridnya yang kesusahan,

"aku tidak mengatakan bahawa Imam Abu Hanifah sebagai seorang yang zuhud kerana beliau sering bermewah dalam berpakaian" kata seorang yang singgah di kedai pakaian Imam Abu Hanifah pada suatu hari

mendengar perbualan tersebut, Imam Abu Hanifah memberikan wang dirham untuk lelaki tersebut kerana telah memberikannya pahala umpatan, sambil mengatakan bahawa
"aku memakai pakaian yang cantik dan indah kerana ingin bersyukur dengan nikmat Allah yang mengurniakannya bagi menutupi tubuhku dan kurniakan rezeki pada kilang pakaianku"

jujur dalam perniagaan itulah kunci yang dilatih kepada pekerjanya meskipun kepada orang yang beragama yahudi (bukan Islam), setiap kecacatan pada pakaian yang dijual dinyatakan kepada pembeli, pernah suatu ketika pembantunya terkupa untuk memberitahu tentang kecacatan tersebut, Imam Abu Hanifah menyuruhnya mencari pembeli namun tidak ketemu jadi wang belian disedekahkan kesemuanya agar pahala sedekah dihadiahkan kepada pembeli tersebut.

peranan yang paling penting menaikkan nama dan ketinggian ilmu beliau pada masa itu adalah keupayaannya berdebat, beliau pernah mematahkan soalan dari seorang atheis yang dihantar oleh maharaja Rom berkenaan tauhid, telah banyak ulama yang ditewaskan namun dengan izin Allah akhirnya Imam Abu Hanifah dapat menyingkirnya keluar sekaligus merendahkan kesombongan utusan tersebut,

ada satu lagi kisah yang penting jika mahu menjadi orang kaya yang bijaksana, iaitu soal makanan, Imam Abu Hanifah sangat memntingkannya, pernah beliau menolak untuk makan ikan selama 6 tahun kerana telah melihat pencuri kambing yang makan daging kambing kemudian membuang tualng belulang dalam sungai tersebut, apabila ditanya berapa lama ikan dalam sungai itu akan mati adalah dalam tempoh 6 tahun,

kesimpulannya, menjadi orang yang hebat bukan mudah, untuk mendidik diri kemudian dihentam masyarakat dengan pelbagai tohmahan namun kemuliaan juga miliknya ditempat yang agung dalam umat, semasa pengebumiaannya hampir 50,000 orang berkumpul untuk turut memberi penghormatan, beliau mati kerana diracun oleh khalifah Abu Jaafar al-Mansur, sedangkan bilau tiada kesalahan yang melayakkannya mendiami penjara, namun syurga yang dituju lebih indah

wallahuallam bi sawwab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran