Tuesday, September 10, 2013

Belajar Dulu la




Encik Pejabat : ada pak we tak ni? mesti ada punya ni kan?
Ana : mana da pak we, pak we ni
Encik Pejabat : ok2x, bukan pak we..kekasih hati kot (sambil tergelak-gelak)
Ana : kekasih hati tu suami ja yang layak dapat
Encik Pejabat : boypren? ooo itu suma laki la kan..ala kawan laki, yang laki suma kira kawan-kawan la
Ana : senyum sahaja tapi dalam hati mula menghitung kawan laki, sapa la kawan laki ana? ada ka? sapa?

(sekurangnya dia dah dapat agak jawapan yang ana akan berikan)

Mak Cik : kalau tak dak lagi, boleh carikan
Ana : ( masih senyap dan hanya senyum yang tak terucap, tak tau nak jawab apa)
Mak Cik : ha ada tak tu? ke nak ngan Encik Pejabat gak?
Ana : haha..tak palah, saya belajar dulu la
Mereka berdua terkejut dengan jawapan ana yang masih memikirkan soal belajar sedangkan telah bekerja dan mempunyai pendapatan serta telah pun mendapat ijazah sebelum ini,

MONOLOG
PADA ANA, PAK WE BUKANLAH STATUS YANG ANA PILIH UNTUK SANDARKAN PADA SEORANG LELAKI YANG RAPAT DENGAN ANA, DARJAT DAN KEDUDUKANNYA LEBIH TINGGI DARI BERSTATUSKAN SEORANG PAK WE, KERANA ANA SENDIRI TIDAK MEMERLUKAN PAK WE DISISI,

ANA LETAKKAN STATUS "BAKAL ZAUJI" SUPAYA IA TERUS MENJADI DOA DALAM KALAM YANG TERLAFAZ PADA BIBIR, AMIIIIN
ITULAH DARJAT YANG LAYAK BAGINYA KERANA ANA DIFITRAHKAN UNTUK MEMERLUKAN INSAN YANG SUDI MENJADI PEMIMPIN SYURGA BUKAN PEMACU API NERAKA 

KEKASIH HATI, PAK WE ITULAH GELARAN BAGI INSAN YANG TELAH MELAFAZKAN AKAD HALAL UNTUK MEMBINA BAITUL MUSLIM, KERANA SAAT ITU, DIA LAH PAK WE YANG HALAL, KEKASIH DIHATI YANG MENYAYANGI, MERINDUI, SERTA MENTAATINYA MAKA REDHA ALLAH MENDEKATI NALURI MALAH MUNGKIN DAPAT MERASA MENJADI SOLEHAH DUNIA DAN AKHIRAT
KERANA ITU ANA TIDAK PERLU MENGENALI RAPAT RAMAI LELAKI, CUKUP SEORANG SAHAJA JIKA IA BENAR-BENAR DALAM NIATNYA, BIAR NOMBOR TELEFONNYA SAHAJA DALAM TELEFON ANA, BIAR KOMEN DIA SAHAJA DALAM FACEBOOK ANA, DAN BIAR DIA SAHAJA LELAKI YANG "AVAILABLE" DALAM YM TU ,

Cikgu Maths : dunia couple antara remaja kat sekolah memang makin parah, sebab tu aku susah nak percaya pada lelaki, biarlah ak single dulu, jodoh tu akan tiba bila masanya

Exec Worker : aku lebih selesa fikir tentang kereta, kerja dan study, semua tentang diri sendiri, tak dak libatkan lelaki, tapi terpaksa ngadap sunyi la sensorang sebab kawan-kawan makin tinggalkan kita

jadi apa salahnya jawapan ana "belajar dulu la" ...........hehe
.........................................................................

Allah telah meletakkan kedudukan dan darjat untuk lelaki, janganlah perempuan merendahkan mereka dengan godaan dan biarkan nafsu mereka memujuk rayu iman kita, jadikanlah ketegasan kita menjadi penguat iman mereka agar mereka kembali kepada kedudukan tersebut,

 semasa wat carian dalam google tentang kedudukan lelaki ternyata tidak banyak dibicarakan melainkan ketika ia turut dikaitkan dengan kedudukan wanita, besar perbincangan kedudukan wanita berbanding lelaki, mungkin kerana umum telah mengetahui bahawa lelaki mendominasi keutamaan berbanding wanita, namun atas alasan apa? lihat sahaja situasi harian


Dalam Islam, kedudukan lelaki sebagai

1
Surah An-Nisa : ayat 34
Ertinya : "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka."
2
"Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada orang lain, niscaya akan aku perintahkan para isteri untuk sujud kepada para suami mereka, karena besarnya hak yang Allah berikan kepada para suami atas mereka" [HR Abu Dawud, 2142. At-Tirmidzi, 1192; dan Ibnu Majah 1925. Dishahîhkan Syaikh al-Albâni dalam Irwa`ul-Ghalil, 7/54]
3 
 cukuplah tu,..hehe


3 pendapat:

thekerudungungu said...

masyallah

skyjamil said...

utk semua lelaki, jadi yg soleh hehe

Anonymous said...

The Red - Mere HDMI technology is available for HDMI cables from several companies including Monster, Vizio,
Radio Shack and PNY and are usually labeled as Smart or Active cables.

If you have a lot off digital music, you may find it convenient
to load it onto a USB flash drive and then plug the
thumb drive right into a USB port on your stereo. Am I then condemned to be found buried under piles
of paper and stuff.

my site :: 123.vn mua may tinh bang gia re

Post a Comment

syukran kasiran