Thursday, July 18, 2013

Trilogi Ramadhan P1




SI KECIK PUN KENA PUASA

alhamdulillah, kini telah masuk ramadhan yang ke-8 untuk sesi 1434H merangkap arena 2013, kanak-kanak mula dilatih untuk berpuasa lagi sebaliknya budaya orang tua tidak berpuasa tidak pernah cuba untuk berhenti pulak, mungkin ada benarnya pendapat seorang ustazah yang menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dilatih untuk mengenal puasa dan biasakan diri menahan lapar untuk berpuasa supaya mereka bersedia dan tidak menjadi seperti pewaris tabiat orang tua yang liat berpuasa, tapi dari sudut pandangan lain, perkara yang tidak boleh diabaikan dalam latihan berpuasa adalah mengutamakan solat terlebih dahulu,

kebanyakkan umat Islam berpuasa dengan menahan lapar namun tidak mengatur ibadah lain dengan selari terutama solat, sama ada solat sunat mahupun yang fardhu, kanak-kanak dipaksa untuk berpuasa tapi tidak ditekankan untuk menjaga solat dan waktunya, cuba ambil beberapa saat untuk mengulang bacaan rukun Islam yang lima, pertama: syahadah, ke-2 SOLAT, dan KE-3 puasa, solat lebih dahulu diwajibkan sebagai syarat menjadi orang Islam, jika tidak patuhi maka belum sempurna Islam yang di-title-kan

solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak, pergerakan solat, niat dan bacaan, sejauh mana ia ditekankan dalam kesempatan melatih kanak-kanak berpuasa? latihan berpuasa murni dilakukan seawal usia kanak-kanak namun dalam pada yang sama tidak mahu melahirkan generasi yang mengambil penat dan lapar puasa sahaja sedangkan niatnya tidak menjurus ke arah ibadah dan taqarrub kepada Allah,

renungkan semula,
...................................................................

HIKMAH ULSER MULUT

mulut bicara, tapi kalau sakit ulser selama beberapa hari, yang bicara terbatas, yang menuturkan kelu lebih banyak, yang  tertutup lebih lama dari terbuka, mungkin itu sebahagian hikmah dalam meghayati ramadhan, pelbagai kaedah digunakan untuk mengubati ulser di bahagian geraham kiri, tapi masih memutih bulatan ulser yang mendiam sehingga membataskan pelbagai perkara seperti makan, bercakap, tapi ajaibnya untuk tadarus tidak terasa sakit untuk melakukannya, malah terasa lebih baik kerana dalam keadaan suara yang perlahan, kalau kuat pasti terasa mendidih kesakitan menahan sengatan ulser,

masuk hari ni dah hampir seminggu menahan lukaan ulser, berbuka dan bersahur hanya makan setakat yang mmapu bukan lagi mengikut rasa kenyang atau lapar tapi cukup untuk menahan ulser, jika mula menggigit maka selera secara automatik pun hilang, hikmah untuk berhenti makan dan mengelakkan dari budaya "ular sawa" makin makan makin kenyang dan bila makin kenyang makin lambat bergerak sehingga akhirnya tersandar menumpang keberatan pada dinding dan kusyen

satu lagi hikmah ulser dibulan ramadhan, bercakap dengan suara yang perlahan dan marah juga tidak dibiakkan sebaliknya dalam suara yang rendah, latihan terbaik untuk menjadi muslimah sopan-santun lagi lemah-lembut, *hehe* lebih banyak menggunakan "body language" sebagai interaksi malah juga boleh membantu mengurangkan pihak bercerita daripada terus bercerita dan promosi, lazimnya deria pendengaran yang digunakan lebih lama berbanding deria respon lidah

walaupun pedih sekali ulser ni, tapi bersabar, itu satu lagi latihan yang disandarkan pada ulser, pahala sabar dibulan ramadhan, masyaAllah berdoa moga ia menjadi  kekuatan untuk bergelar mujahid dan mujahidah mempertahankan agama ini kelak kerana hanya sabar menjadi kekuatan yang utama Baginda s.a.w dan sahabat menyebarkan Islam dalam kemelut jahil manusia

lahirkan positif iman supaya kita layak untuk bergelar al-mukminun
...............................................................

TONG MAKAN, BAZAAR RAMADHAN

"tak payah jauh ke bagan serai untuk mencari bazaar, masjid tinggi pun ada bazaar, ramai ja orang kat sana, lebih kurang ganal-nya dengan bagan serai tu"

memang betol kata Pak Su, ada bazaar di masjid tinggi yang 10minit daripada kampung ana, bazaarnya dipenuhi oleh orang banjar, tak percaya?

"nak wadai ka, nak kuih?" tanya seorang penjual kepada kami yang melihat-lihat gerainya, ana hanya tersenyum kerana penjual tersebut cuba untuk bagi signal sama kami banjar atau sebaliknya

"mestila wadai" jawab ana *hehe (tapi tak beli pun)

banyak juadah di bazaar ramadhan, pelbagai kuih-muih dan kalau nak cari citarasa banjar, boleh la berkunjung ke bazaar masjid tinggi, awal-awal lagi dah promosi kuih kalakatar, (wadai kiping kada' tahaga lagi *hehe*) mungkin kerana wadai kiping adalah makanan majlis rasmi seperti musim menuai atau kenduri-kendara bukan makanan kuih-muih "tea time"

bagi ana,cukup RM1 kuih-muih, kemudian makanan seperti nasi atau bihun atau seumpamanya sebagai juadah berbuka kerana jika lebih biasanya membawa pembaziran melainkan penghuni rumah tersebut ramai, tapi kalau ramai pun biasanya tetap tidak habis kerana masing-masing bercukupan untuk mengenyang perut, maklumla makan jemaah lebih cepat kenyang kan? penah berpengalaman dalam makan talam? nampak sedikit tapi sangat mengenyangkan untuk 6orang, suatu ketika dahulu di zaman UKM,

ringkasnya, budaya membazir makanan adalah tabiat yang berleluasa dibulan ramadhan, oleh itu sebagai orang yang mahukan puasa orang beriman maka peliharalah diri daripada membazir, kenangkan saudara yang miskin apakah juadah berbuka mereka? bersyukurlah kerana kita masih bisa ada rasa makanan yang mengenyangkan, maka janganlah kerana nikmat tu membuatkan kita melupakan Pemberinya,

Jadi, solat terawih jangan lepaskan walaupun berat, doalah moga diberi kekuatan untuk menyempurnakan
 .............................................................

"post" ramadhan akan bersambung

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran