Wednesday, July 17, 2013

Saudari Dibawah Minda Lelaki



"ooo macam tu rupanya, perempuan dari kaca pandangan seorang lelaki, semua perempuan diukur sedemikan oleh semua lelaki yang melihat walaupun tak pernah pun kenal siapa atau dari mana perempuan tersebut"

pernahkah monolog sedemikian menerjah ruang minda saudari, apabila berhadapan dengan pengakuan daripada minda seorang lelaki, sebelum ini ana tidak menganggap ia sebagai suatu yang penting untuk dinilai kerana ia perkara biasa bila mana manusia melihat manusia lain, tapi hakikatnya, pengetahuan ini perlu dirapikan dalam kepala seorang perempuan agar mereka dapat membaca dan memberi respon yang tepat di samping mengelakkan fitnah yang mendatang,

ana meringkaskan tajuk kali berdasarkan pengakuan yang disampaikan secara tak langsung daripada lelaki sekeliling ana,

MAKAN
1) lelaki suka perempuan yang mahu ke dapur dan masakkan untuknya, walaupun kadangkala perempuan tidak tahu kesemua resepi namun mereka berharap perempuan dapat mempelajarinya tambahan pula dewasa kini terlalu banyak medium yang boleh digunakan untuk mendapatkan resepi tersebut, "order menu" sentiasa ada walaupun dah 20 pernikahan tersebut,

2) "masak" memang akan jadi syarat istimewa sebagai sebab lelaki memilih perempuan tersebut, walaupun kebanyakan perempuan kurang pandai memasak pelbagai juadah terutama yang masih bujang,

3) suka ditemani ketika makan, seorang pensyarah dengan "slumber" tarik kerusi dan duduk di meja pelajar perempuan kerana tidak mahu makan seorang diri, memang la malu nak makan jadinya..tapi anggap saja dia sedang menuruti sunnah Baginda s.a.w yang menggalakkan makan berjemaah.

Diriwayatkan dari Wahsyi bin Harb dari bapanya dari atuknya bahawa ia berkata:

“Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami kalau makan tidak merasa kenyang. Beliau bersabda: “Barangkali kamu makan sendiri-sendiri”. Mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah”. Beliau bersabda: “Berkumpullah ketika makan dan sebutlah nama Allah Ta’ala (Bismillah)! Niscaya Dia akan memberkati makanan kamu”.


H/R Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Majah dan Hakim
  click for detail


4) menghidang makanan dihadapannya, memang paling disukai oleh lelaki, walaupun tadi dah ke dapur tapi mesti nak juga dihidangkan dengan lengkap dalam talam, lauk-pauk, air, kalau da air basuh tangan sekali, ha..macam raja kan?

5) "perempuan memang ratu dapur" itulah mind set lelaki, kalau perempuan yang liat masuk dapur, memang cacat ja nampak pada perempuan tersebut, tak pasal-pasal kena basuh ja atau kena perli, walaupun lelaki kadang-kadang ada yang berstatus chef tapi tetap mahu perempuan/isteri yang menjaga makan minumnya sebagaimana diatas,

AURAT
1) seorang teman baru sahaja mendirikan rumahtangga, suami meminta isterinya mengenakan jubah berbanding baju kurung, bukan itu sahaja, bertudung labuh dan berpurdah, sedangkan isteri seorang ustazah yang memang labuh tapi keadaan tersebut belum cukup aman dalam pandangannya, ini kerana hakikatnya lelaki suka yang terjaga, atau perempuan itu hanya untuknya bukan boleh dikongsi dengan penglihatan lelaki lain,

2) aurat perempuan adalah nilai diri atau penanda awal bagaimana perempuan tersebut menjaga dirinya, lelaki takkan berani mengganggu sewenangnya perempuan yang berpakaian labuh dan tertutup kerana mengetahui wanita seperti ini bukan dengan cara tersebut untuk didekati, ingat lelaki berani sangat ka nak ngorat? katakan secara terang dan tegas sahaja dihadapan lelaki tersebut, "confirm" senyap sebab lelaki tahu yang langkah yang telah dapat dibaca oleh perempuan tersebut,

3) perempuan yang tak tutup aurat? " ermm macam ni rupanya bentuk ciptaan pada seorang wanita"


 KEWANITAAN

1) lemah-lembut dalam perkataan dan perbuatan, lemah-lembut bukannya mengada-ngada tapi bersuara sederhana bukan "speaker" ,tidak menggunakan kata-kata kesat dan carutan dengan lancang,

2) kemas dan bersih, bijak menjaga penampilan, "plus" tidak menghadapi masalah bau badan *hehe* tudung selalu senget..alahai rimasnya!

3) tidak terlalu berdikari, kalau dah rasa tak mampu nak selesaikan, minta saja pertolongan mereka, insyaAllah the hero comes true, lelaki memang suka jadi hero kan? biasanya lelaki berfikiran menyelesaikan masalah dengan mudah, jadi kalau rasa dah buntu nak selesaikan masalah, tanyakan pada mereka, tapi jika tentang perasaan wanita mereka sering runsing untuk meletakkan penyelesaian sebab wanita akan bercerita perihal tersebut pada bulan seterusnya juga,

4) senyum, senyuman yang manis, jangan sesekali senyum lebih pada lelaki melainkan sekali sahaja, nanti anda yang susah sebab senyuman wanita adalah "connection" yang menyakinkan lelaki nak dekat, uit jauh-jauh!

ok, itu sahaja yang ana dapat uraikan dari pengakuan lelaki sekeliling, setiap lelaki tidak sama tapi mereka sering menggunakan ayat sama *hehe* detected

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran