Wednesday, June 12, 2013

Tips Tajuk Entri Blog





"done"
siap entri untuk blog sendiri, tapi seringkali kita mengabaikan keutamaan pada penetapan tajuk entri tersebut walaupun ia adalah bayangan awal pembaca pada kandungan entri yang kita muatkan dalam blog, ana juga tidak terlepas dari situasi ini bahkan mungkin ada tajuk entri yang tidak seiring dengan kandungan yang disampaikan, dalam pengalaman selama lebih kurang 5 tahun dalam dunia blog ana mendapat beberapa tips yang mungkin dapat membantu blogger menetapkan tajuk entri yang ingin diciptakan bagi menonjolkan entri tersebut

tujuan agar carian google dapat membantu untuk menunjukkan entri kita kepada pencari dengan "keywords" yang tepat,

pertama
tajuk yang ringkas tapi membawa maksud yang padat, walaupun tidak mencerita sepenuhnya tentang entri namun ia dapat memberi "hint" kepada pembaca untuk melihat pandangan dan tips yang ingin dikongsikan, sebagai contoh, jika blog bersifat petua atau fakta, tumpukan saja pada nama watak utama dalam kandungan seperti Misteri Si Tanggang, Kellie Castle, Pegaga Hijau, tajuk-tajuk tersebut terus kepada maksud entri iaitu ingin memerihalkan petua dan fakta tentang sejarah atau maklumat yang dirujuk,

Kedua
Jika blog bersifat menceritakan pengalaman atau pelancongan yang anda telah pergi, tajuk yang sesuai adalah penekanan pada peristiwa yang menarik dalam pengalaman tersebut, sebagai contoh melawat Pasir Salak, tajuk yang boleh diletakkan seperti Singgah Rumah Maharajalela, atau peristiwa yang anda sendiri lalui seperti Jatuh Sungai Perak, ia bersifat persoalan yang menarik pengetahuan pembaca untuk mengetahui keadaan anda atau musabab yang menyebabkan anda jatuh sungai perak, sebenarnya bukan jatuh "gedebuk, sampai lemas tapi jatuhkan kenangan melihat ketenangan keruh air sungai perak" -hehe, metafora yang mengindahkan entri dan kesinambungan tajuk

Ketiga
cari sendiri (ngeh ngeh)

Keempat
soal kepanjangan tajuk entri, tajuk entri yang cantik adalah tidak bertindih dalam column blog apabila ia dipamerkan, jika blog ana, maksima tajuk entri dengan perkatan sederhana panjang ialah 3 perkataan, tapi biasanya ana buat dua perkataan sahaja sebab ia nampak lebih cantik pada gayabahasa dan kedudukan sebagai tajuk, ana tidak setuju pada entri yang meletakkan simbol smiley sebagai akhir tajuk,  tapi jika ia blog santai mungkin nampak menarik, pada pendapat ana, blog santai sifatnya bercerita tapi bukan bercerita sensorang sebaliknya melibatkan watak dan pengalaman, biasanya simbol tanda tanya, tanda seru, boleh diterima dengan melihat kandungan entri, ana cenderung menggunakan simbol jika tidak mendapat idea yang relatif pada entri tersebut, jadi ana bina satu tajuk yang bersifat sedemikian

Kelima dan terakhir
ana sebenarnya tidak berpuas hati dengan sesetengah blog yang memaparkan tajuk yang tidak tepat, walaupun ketepatan tajuk entri ana juga tidak begitu menarik tapi jika sesuatu yang bersifat dapat membantu pembaca terutama dalam mencari maklumat "assignment" hehe perlu ditonjolkan tajuk yang tepat sampai kepada kandungan entri tidak perlu metafora atau tanda soal, kita tidak menafikan yang internet adalah sumber rujukan yang diterima tapi perlu ada kekuatan sokongan hujahan dan pendapat yang disampaikan, ada rujukan yang telus,

ringkasnya, blog kadangkala dapat membantu pembaca memahami sesuatu, kita berkongsi jika tahu tambahan pula entri tersebut sukar untuk didapati maklumatnya,




2 pendapat:

Anonymous said...

That is a good tip especially to those new to the blogosphere.
Short but very accurate information… Appreciate your sharing this one.
A must read post!

Feel free to surf to my webpage ... homepage

Anonymous said...

Pretty section of content. I just stumbled upon your site and in
accession capital to assert that I get actually enjoyed account your blog posts.

Anyway I will be subscribing to your feeds and even
I achievement you access consistently fast.

Here is my web blog ... car town

Post a Comment

syukran kasiran