Wednesday, June 12, 2013

Tak Minat JQaf?



 entri ini bagi si bidan terjun pada bidang ini sahaja

J-QAF
adalah nama singkatan bagi program yang dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah rendah pada masa kini, ia merangkumi jawi, quran, arab dan fardhu ain, program ini membuka peluang pekerjaan yang luas kepada lepasan pengajian Islam di dalam dan luar negara, ia menumpukan kepada graduan ijazah sarjana muda yang berkelulusan agama seperti syariah, usuluddin dan arab, jadi memang kelompok produk daripada jenama ustazah dan ustaz yang mendominasi program ini sepenuhnya,

ana bukan nak merungkai tentang JQaf sebaliknya ana ingin berkongsi tentang pengalaman sebagai warga yang pernah berdiri atas nama JQaf walaupun ia berat untuk diletakkan apatah lagi untuk diakui, sejujurnya, JQaf bukanlah pilihan ana walaupun di tempat yang terakhir, namun ana melangkah sebagai JQaf kerana ingin menjadikannya sebagai batu loncatan, dan ana pasti masih ramai yang turut menjadikannya sebagai medan sementara, jika sekarang anda adalah warga JQaf yang kebuntuan, jangan risau kerana JQaf adalah pilihan walaupun ada perjanjian namun anda masih mampu meloncat ke bidang lain jika apa yang anda rasakan sama dengan perasaan ana pada ketika ini,

jika ditanya "mengapa melakukannya?"
jawapan ana "itu pilihan saya, dan sememangnya saya masuk JQaf adalah di luar pengetahuan keluarga termasuk mak, apatah lagi kawan-kawan sememangnya saya rahsiakan, saya pernah didesak untuk menyertai program ini oleh keluarga dan dengan keras saya menolak, namun akhirnya saya melangkah dengan senyap, jika ditanya "kenapa"..jawapannya, saya ada tujuan yang orang lain tak mudah untuk faham"

soalan biasa "jadi kerja apa sekarang"
jawapan ana " saya belajar di Ipoh, belajar erti kehidupan dan pengorbanan serta keteguhan mempertahankan impian dan cita-cita"

satu pesanan yang menguatkan keputusan ana adalah sebuah tazkirah daripada sahabat (Hanan) bahawa lebih baik mengundur diri daripada menyeksa niat yang telah lari dari sepatutnya, anak murid merana malah ilmu yang disampaikan juga tidak telus pada hati sebagai mukmin, bukankah Allah menguji niat? sesekali tidak ana mengeji kerjaya sebagai ustazah kerana mereka adalah da'i sekolah yang tabah mengajar, cuma dengan kerdil diri ana harap para ustazah dan guru lain lebih bersikap proaktif pada dunia sekeliling bukan hanya pada alam sekolah sahaja, lesu tidak seperti sejarah lalu dengan kebangkitan para guru untuk mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu,

ringkasnya, jika anda buntu dengan keadaan sebagai JQaf, mrilah kita kongsikan tapi bagi yang berminat, teruskan jalan yang dilalui, tepuk dada tanyalah niat

tak minat JQaf? ada solusinya

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran