Wednesday, June 12, 2013

Romantika Islamiah



Dalam sebuah majlis rasmi, seorang ulama' dijemput untuk hadir, ketika kedatangan para tetamu terhormat termasuk ulama' tersebut, seornag gadis menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ulama' tersebut sebagai tugasnya menyambut para tetamu yang hadir, namun dengan baik ulama' tersebut enggan menghulurkan tangannya, dan jelas wajah kecewa dalam riak muka gadis tersebut, dipendekkan cerita, ulama' tersebut bertemu gadis itu dan menyatakan bahawa :

ulamak : bolehkah saya berterus-terang dengan saudari?
Gadis : sudah tentu boleh

Ulamak : saya tidak mahu bersalaman dengan saudari kerana khuatir jika tangan saudari yang saya sentuh lebih lembut daripada tangan isteri saya, jadi saya akan hilang keistimewaan pada isteri saya, dan begitu juga dengan saudari, jika tangan saya lebih baik daripada tangan suami saudari tentu sahaja saudari terdetik untuk mengutuk suami saudari
Gadis : Benar


satu lagi analogi yang menarik untuk dikongsikan melihat kepada perbandingan wanita barat dengan gaya romantika wanita muslimah yang bergelar isteri, wanita barat seringkali menyimpan duit suami kemudian membuat akaun atas nama sendiri dari luar pengetahuan suami, hal ini banyak dilaporkan oleh agensi insurans bagi wanita Jepun/ China yang tidak bekerja, walaupun mengambil harta suami secara senyap-senyap ada dibolehkan dalam Islam bagi seorang isteri terhadap harta suaminya namun penggunaannya berbeza bila mana seorang muslimah boleh meng-infaq-kan harta suami pada jalan yang halal dari sudut syarak, sebagai contoh infaq kepada fakir miskin, anak yatim dan  sebagainya,

dalam warta yang sama juga dinyatakan bahawa ganjaran pahalanya turut diberkati pada usaha suami yang mendapatkan rezeki tersebut, Islam melatih isteri bersikap amanah pada harta suami, tidak membelanjakannya sebelum persetujuan dan pengetahuannya, melainkan sesuatu keperluan namun bagi situasi suami yang terlupa atau kedekut, isteri dibenarkan untuk mengambil belanja tanpa pengetahuan suami, malah Islam juga membenarkan jika diniatkan pada infaq yang mulia, bukan sahaja pahala dan barakah pada harta tapi juga pada suami yang tidak tahu akan infaq tersebut,

implikasi yang berbeza jika dua keadaan ni dapat dikesan oleh suami, situasi manakah yang lebih mengundang risiko kemarahan suami, pastinya situasi wanita barat, suami akan menganggap isteri mencuri hartanya sedangkan bagi wanita muslimah, suami akan berasa aman dengan sifat dermawan isteri, betapa indahnya Islam mengatur hubungan baitul muslim yang berpaksikan niat kerana agama dan keredhaan-Nya,

alhamdullillah, benarlah kata hadis, bahawa antara harta yang tidak ternilai adalah mendapat seorang isteri solehah, sebagai kaum yang ditawarkan sedemikian rugila jika ana tidak memilih perwatakan solehah disisi-Nya,  Jom jadi solehah, hidup hanya sekali biar bisa dikenang di akhirat kelak



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran