Wednesday, May 22, 2013

Ulat Dan Rezeki



"ulat dalam batu pun boleh hidup"
pasti sinonim dialog ni terutama peminat lakonan P. Ramlee dalam Nujum Pak Belalang, ada betolnya, sebab Allah ada berfirman dalam kalam-Nya yang membawa maksud setiap hidupan  yang tumbuh melata di muka bumi ini dijamin rezekinya meskipun ia seekor ulat dicelahan batu, apatah lagi kita manusia, iaitu selaku insan yang dilantik sebagai pentadbir hidupan lain, lembu sesekali tidak pernah menolak untuk disembelih, sawi pula tidak sesekali tidak memarahi si tukang kebun untuk mematahkan tubuhnya, apatah lagi taugeh sedikit pun tidak memorandumkan bantahan kerana ia dijual dengan harga murah *hehe*

begitulah analogi kekhalifahan yang dipautkan pada bahu manusia, pada segumpal akal yang mampu mencipta dan membina perubahan namun garis panduannya juga haruslah tepat iaitu samada nafsu atau iman, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Balad ayat 10:

وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ

yang bermaksud
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

namun bukan soal khalifah yang ingin ana ketengahkan pada kali ini sebaliknya ana tertarik pada suatu lagi analogi yang disampaikan oleh sebuah motivasi pagi, sebagaimana berikut:

"lihat pada ikan yang kamu sedang hadap untuk makan dalam pinggan depan kamu tu, tidak pernah kah terfikir dari laut mana ikan ini datang, mungkin pantai terengganu, mungkin pantai sumatera, atau mungkin pantai alaska, tapi kini dah berada di depan mata kamu, jauh ia datang akhirnya ada sebagai lauk untuk kamu makan, sebagai rezeki kamu dan sebagai juadah kesihatan tubuh kamu, tidakkan ia sebagai bukti bahawa Allah sentiasa prihatin dan ingat akan kamu sebagai hamba-Nya, ingat kelaparan yang akan mengundang kamu, dan ingat untuk mengisi perut kamu dan keluarga kamu,"

sejenak ana terkuis dek analogi mudah itu, benar juga jika dibandingkan pada orang yang kita paling kasih tanpa mengira siapa yang anda letakkan, jika berkunjung atau melawat sesuatu tempat yang jauh, adakah ia pernah lupa untuk membelikan sesuatu pada kita? kadangkala ingat dan kadangkala lupa, kadangkala besar dan kadangkal kecil, kadangkala mahal dan kadangkala murah, tapi untuk berharap mungkin tidak berani meletakkan harapan, namun suatu kisah Nabi Sulaiman dengan sang semut, Nabi Sulaiman mengurung semut dalam suatu tempat dan berjanji akan memberi makanan setiap bulan, namun seringkali semut mempunyai makanan lebihan jika Nabi Sulaiman berkunjung untuk memberi makanannya,

lalu ditanya pada sang semut tentang keadaan tersebut, dan jawab semut
"Allah tidak pernah lupa akan janji-Nya untuk menjamin makan ku, namun jika engkau mengurungku dan berjanji untuk memberi makan bulan ku, aku khuatir engkau akan lupa padaku, jadi aku sentiasa menyimpan makanan dan berjimat-jimat makan agar aku tidak terputus bekal"

oleh itu, jika kita khuatir akan rezeki kononnya tidak ada berikutan pemahaman pendek pada keadaan sebenarnya kita telah melakukan kesalahan kerana tidak yakin pada kasih sayang illahi, cuba lihat pada tangan kita, apa yang kita boleh lakukan? maka lakukannya, jika boleh menjahit maka jadikan jahit sebagai jalan rezeki, jika boleh masak maka jadikan masak pula sebagai jalan rezeki, setiap usaha itu perlu dengan ilmu dan kesungguhan, ana yakin dan sangat yakin, kita boleh jadi apa saja, jika kita lakukan dengan sebenar-benar kesungguhan

"orang lain boleh, kenapa tidak kita?"

oleh yang demikian, jangan pernah takut untuk melangkah, jika anda sedari, orang yang berjaya atau kaya-raya hari ini, pernah susah dulu, orang yang pandai hari ini pernah dibodohkan dahulu, sebagaimana para ulama' yang lebih rela hidup susah asalkan dapat menuntut dan berguru untuk mendapatkan ilmu.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran