Thursday, May 9, 2013

Khairat For Akhirat

hujan renyai ala-ala lebat menyiram jalan, namun kereta tidak putus merentasi sehingga tiba ke destinasi, seorang remaja lelaki berhenti di tepi jalan dengan motosikal di sisinya, melihat kanan dan kiri bagi memastikan tiada kereta yang hampir dengannya, rupanya dia ingin menarik pelepah yang jatuh di tengah jalan tersebut, masyaAllah sungguh ana teringat tentang hadis Nabi s.a.w bahawa sekecil-kecil untuk berbuat baik adalah mengangkat duri yang menghalangi jalan, istighfar kecil mengisi ruangan hati melihat perbuatan tersebut, mungkin nampak biasa tapi jika setiap perbuatan diterpa ingatan dan peringatan illahi maka hati bukan lagi berdengung seperti biasa,



"fastabiqul khairat"
berlumba-lumba lah kamu mengerjakan kebaikan

jarak yang agak jauh untuk tiba ke destinasi sebenarnya  membuka ruang muhasabah kepada kita untuk koreksi diri, jika terlalu sukar untuk membuat kebaikan terutama pada orang yang telah menyakiti kita, anggaplah bahawa jika hari ini adalah hari terakhir untuk berada di muka bumi ini, dua soalan yang kita perlu jawabkan, pertama : adakah kita mahu berhutang pahala dengan insan tersebut? setiap amal yang kita lakukan sebenarnya belum tentu pahalanya menjamin rezeki yamin al-mizan di akhirat kelak, mungkin dosa yang tidak kita sedari seperti mengumpat dan menyakiti hati insan, menjadi sebab dan alasan kita bergelar bankrupt atau muflis, muflis dunia boleh dibetulkan dan dikembalikan keadaan namun jika muflis akhirat, masihkah ada rukshah umur untuk kita dailkan agar dapat kutip kembali pahala memberatkan mizan kanan, mustahil dan sangatla mustahil kerana Allah s.w,t dan sedia mengingatkan bahawa setiap nyawa yang mati ingin dihidupkan kembali agar mereka boleh beramal, namun peluang ini tidak diterima kerana telah banyak peringatan diberitahu semasa didunia iaitu pada dua panduan, al-quran dan sunnah.

soalan yang kedua: tiada lagi esok untuk ku berbuat baik, inilah hari terakhir, peluang terakhir, apakah aku tidak mahu kebaikan sedangkan hanya amal baik yang diterima sebagai prasyarat menjadi ahl syurga illahi?
apa yang engkau hadapkan pada nikmat Allah selama hidupmu, tidakkah ada sedikit rasa malu, berbuat kejahatan dengan nikmat yang Allah pinjamkan? langsung tak nak ikut perintahNya tapi gunakan nikmatNya? itulah punca yang menjadikan Rabiatul Adawiah pernah tidak mendongak ke langit melainkan menundukkan kepalanya ke bumi semata selama 40 tahun kerana malu dengan Allah,
bersyukur bagi yang berpeluang menyumbang kekuatan atas nama agama, ana sangat cemburu pada kalian, tapi apakan daya upaya, mengharap doa untuk berada di saff yang sama seperti kalian,  dan tidak dihilangkan perasaan ini sebelum tiba masanya,

"jadi jahat lebih susah daripada buat baik tapi ramai yang memilih hitam dari putih"

 bukan blackout
tapi hitam putih yang menjadi simbolik warna kehidupan, warna hitam melindungi sesuatu sehingga ia dekat tapi masih tidak kelihatan, namun yang putih jika tertmpah sedikit warna hitam maka hitam lebih terlihat dari keseluruhan putih itu, seperti kisah paku yang terpahat pada dinding walaupun dicabut namun lubang pahat tidak hilang,

setiap kejahatan yang kita lakukan biasanya lebih mudah diingati berbanding kebaikan, sehingga kadangkal satu kejahatan boleh melupuskan kebaikan yang terlonggok sebelumnya, biasanya berlaku pada situasi anak dan ibubapa, terutamanya ibu, ana sering melihat drama melayu yang menolak dan menuduh ibunya sebagai pesalah yang tidak patut dimaafkan, sedangkan mereka lupa kandungan 9 bulan 10 hari ditambah dengan saat genting kelahiran tu kebaikan yang dilupakan, itulah permulaan kehidupan si anak, secara logiknya tuduhan dan tindakan menafikan kemaafan pada seorang ibu dan bapa adalah berada diluar kotak akal, mungkin dibawah kotak gear kereta,

sudahnya, kawan yang baik adalah cermin diri kita, malah kawan yang baik seperti wangian seperti yang diceritakan dalam hadis, seandainya orang berbuat jahat dengan mu, ingatlah sirah nabawiyyah lebih dahsyat kejahatan yang diterima,
wallahua'alam bi sawaab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran