Sunday, May 5, 2013

Ambang PRU-13 Malaysiaku



bukti ana dah mengundi, nak balik dah

aina..ok tak angah? =) my junior yg jumpa di tempat mengundi yang sama


“sudah ngundi ka?”

Ana hanya mengangguk kecil dan tersenyum dengan soalannya walaupun agak hairan kerana saya tidak pernah mengenalinya apatah lagi menegurnya sebelum ni tambahan pula dia seorang lelaki India, ceria wajah apabila saya mengangguk tanda mengerti bahawa kita undi pakatan yang sama, buktinya di seberang jalan terdapat 2-3 orang lelaki India sedang melambai-lambai bendera hijau di samping mendapat sahutan hon dari kereta yang lalu, ana hanya tersenyum melihat mereka, jap g ana juga akan hon..hehe


ana sengaja mengenakan baju kurung serba hijau, bukanlah bermaksud mengutip undi tapi sebaliknya ana tidak sangka dengan penampilan tersebut mereka akan bersorak dan meramah dengan ana terutama penyokong yang ana rasakan ia bersemangat juga, alhamdullillah selama hampir 2jam ana beratur untuk memangkah kertas undi, dapat juga ana melihat calon pilihan ana turun padang dan memantau keadaan pilihanraya, percaya atau tidak, ana akui bahawa dalam barisan tersebut ana seorang sahaja berwarna seperti bajunya, beliau sempat menyapa ana dan tersenyum sebelum pergi melihat ruangan peti undi, beliau seakan terbaca bahawa ana adalah salah seorang yang akan memangkah pada petak namanya, ana hanya tersenyum dan mengangguk tanda kenal dan hormat beliau, mungkin bukan kesempatan ana untuk bertemu dengan calon lain,

"tengok tangan" sapanya setelah ana keluar mengundi.

ana tunjukkan saja bahagian dakwat kekal yang dicalitkan pada jari kiri telunjuk,
"tangkap gambar dan masukkan dalam facebook" sambungnya lagi,

ana senyum sahaja dengan gurauannya, tanpa memikirkan ia suatu perli sebab ana rasa sejak awal tadi dia sudah perasan ana kerana kami berada di barisan yang sama, jadi kami sama-sama berdiri lebih kurang 2 jam

cuma ana kecewa dengan dakwat kekal yang dikatakan kekal sehingga 5-7 hari sebaliknya telah luntur keseleruhannya setelah terkena sabun, ia seperti dakwat biasa sahaja tiada bezanya, ana kecewa sangat dengan apa yang diwar-warkan fungsi dan kelebihan perbelanjaan kepada kaedah tersebut, dalam tulus doa ana harap segala penipuan yang diselindungkan mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Adil, dan andai ada yang ingin membuat sebarang memorandum menuntut sebab kepada SPR, ana salah seorang yang menyokong kerana teringin juga untuk mengetahui kebenaran penyataan sebagai dakwat kekal tersebut terletak pada maksud yang mana?

ana pulang pada 1.45 p.m, dalam keadaan jalanraya yang penuh warna-warni kempen, ana turut serta merasakan semangat yang sama, dan hon la jawapannya, jadi diorang akan lambai-lambai bendera dan hon semula, best kan? pengalaman tersebut tidak dapat dirasa dalam pilihanraya kampus dahulu, namun ana akui pilihanraya kampus lebih meriah kerana jiwa remaja yang berani dan selalu ingin meluahkan semangat mereka,

ringkasnya, negara ini mempunyai rakyat yang menyayanginya, walau apapun keputusannya kelak, terima dengan baik jika ia berlaku dengan adil kerana ia adalah pilihan rakyat, jangan huru-hara kan keamanan yang kita rasakan hari ini, hentikan belasah, pukul sehingga cedera, masyaAllah, kasihanilah sahabat kita, saudara kita, atau mungkin dia adalah insan yang sebangsa, seagama, malah senegara, apa yang dia akan rasa turut memberi kesan kepada kehidupan kita kelak kerana kita bersama tinggal di bawah kerajaan yang sama, pilihla demi masa depan yang 5 tahun



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran