Monday, January 28, 2013

Tauladan Jalanraya








Perjalanan ke kampung sungai tiang, bagan datoh hari ini mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar seberang perak, memberi pengalaman memandu yang luas pada ana, masyaAllah dahsyat sungguh pemanduan berhemah yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia, berdesup-desup memotong kenderaan walaupun tindakan yang lebih baik adalah berada di barisan pada masa itu, jika ingin tiba awal atau sudah terlewat, sepatutnya kesilapan tersebut tidak membebankan orang lain apatah lagi nyawa, 

“nak bawak keta kat jalan raya tu kena banyak tolak-ansur, yang nak memotong tu janganla kita lajukan keta plak, yang jalan kat tepi jangan dihimpit, keta yang parking tepi jalan pun kena amik perhatian kalau kita lalu” katanya sebagai nasihat

Bukan nak kata sesiapa, saudara ana sendiri biasa melakukannya, 3 buah lori treler boleh dipotong sekaligus, memang tak sempat sebut “pisang” pun dah sampai ke depan, fuh..ana tak berani la nak perjudikan nyawa pada keadaan sebegitu, biar apa sekalipun komen yang lain, ana lebih sayang diri, biar lambat asalkan selamat, ada benarnya pepatah tersebut untuk disandarkan kepada para pemandu di Malaysia terutamanya,

Walaupun ana tidak pernah sampai ke bagan datoh namun dengan keyakinan, ana dapat melalui perjalanan ke sana dengan baik walaupun berseorangan, jam 5 petang ana tiba di rumah selepas makan tengahari di rumah sahabat ana,

Semestinya ana sesat jalan sebab tak dak GPS, tapi tidak sejauh mana kerana tersalah belok sahaja dan semasa perjalanan balik pula ana tersalah faham tempat, ana melalui jalan ke lumut walaupun rumah di teluk intan, jadi ana tersekat dalam jam, dugaan dugaan dugaan..sabar adalah kunci bagi yang kebuntuan, ana berfikir sejenak kemudian baru membuat keputusan dan alhamdulh ana menemui simpang ke lumut sebenarnya yang melalui persimpangan ke Bandar seberang perak,

Dalam perjalanan pulang, ana dikejutkan dengan kemalangan jalanraya sebuah kereta yang remuk, berdegup kencang jantung melihat keadaan tersebut, patutla jam walaupun tak dak traffic light di kawasan tersebut, percaya atau tidak, jalanraya di perak tengah kebanyakkannya tidak mempunyai sekatan traffic light dan ia tidak terlalu sesak, serta jalannya lebar, namun kemalangan tetap mencatat rekod ngeri disesetengah selekoh,

“pandu cermat ingatlah orang lain yang disayangi orang, kalau pun dirimu tidak disayangi”

Rasanya papan tanda sebegini lebih tepat untuk mengajar pemandu di Malaysia,

“kurangkan laju, kubur anda didepan”

Ana pernah kehilangan sahabat kerana kemalangan, dan seorang sahabat yang masih trauma memandu, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta kancil (kereta yang paling kecik) dengan sebuah treler (kenderaan paling gedabak), peristiwa itu tak pernah luput di ingatan apatah lagi melihat facebook beliau dan gurauan komen beliau terasa sayu, ringkasnya, any choice and option is yours.

1 pendapat:

Anonymous said...

This site was... how do you say it? Relevant!! Finally I have found something which helped me.
Many thanks!
Check out my website ; free porno

Post a Comment

syukran kasiran