Saturday, January 26, 2013

Pak We Baru


"sapa tu?"
"pak we baru la". balasku
 beliau mencebik lalu berkata "patutla mesra semacam ja, ke mana saja boleh ja nak pergi kan?"
"mestila dia kan pak we saya, kalau tak berkepit selalu susah la nanti" sambil senyum-senyum kambing.

sebenarnya sudah lama saya nantikan kehadirannya, susah untuk bertemunya walau dia sentiasa tercatat sebagai impian dalam diariku, telah berbuih mulutku menyeru namanya sehingga ada yang datang tidak pernah ku endahkan asalkan setiaku tidak tergugat, ku yakin bukan susah untuk memilikinya kerana orang lain juga dikurniakan kebahagiaan sebegini, monolog ku sendirian mengimbau kisah lalu.

"oit termenung pa? kenalkan la pak we baru tu ngan sabahabatmu ni" pinta Niha memutuskan signal lamunan tadi
" ok..jangan terpikat sudah la"
"eh jap..nama apa pak we ko tu?" sentaknya
"perodua viva...hehe" balasku sepatah.

Respon mak
 "lega dah mak la ni, suma anak berkereta, nanti raya penuh laman, susah payah belanjakan sekolah dulu terasa ringan dan kurang pahitnya tengok keadaan anak-anak, kalau nak dikenangkan dulu, nak jaga diri pun tak sempat,"

"senangla nak ke mana pasni"

Respon Kakak-kakak
 "ko tu kak tak riso, viva tu ja yang kami riso"
"puas hati ar tu, dapat jemput viva ko, setahun berzikir viva viva viva, nah amik ni, pastu bayor"

Respon Abang
 "nanti pandai-pandai jaga kereta tu, minyak hitam suma kena tengok, jangan bagi orang pinjam sangat sebab tak tau orang tu drive camna, pastu nak balik kampung jangan lupa amik aku kat tempat keja, nak ikut gak..aku malas bawak keta dah"

hek eleh

Respon Yang Lain
-tiada siaran- hehe

satu perkara yang ana ingin ingatkan diri ketika mana yang lain rasa gembira dengannya ialah tidak fanatik dengan harta dunia, seringkali rumah yang besar, kereta yang mewah mengelisahkan pemiliknya kerana takut dicuri, takut dicalarkan, takut itu, risaukan ini, sehingga kadangkala rasa takut tu mengugat ketenangan dalam diri, sedangkan rasa tenang itu lahirnya dari iman dan mengingati Allah, jika telah hilang rasa tenang maknanya sebenarnya hati kita juga telah makin manjauh mengingatiNya,

yang kedua, alimkan ia..dengan membawanya banyak ke tempat ilmu seperti ceramah umum yang dahulu tak dapat kita hadiri kerana kekangan pengangkutan, ke halaqah usrah, dan masjid-masjid untuk solat jemaah jika berkelapangan dan kedengaran azan sudah berkumandang, singgah saja ke masjid untuk solat dahulu, hiasi dalamannya dengan zikirullah supaya setiap perjalanan kita berbuah iman, dan wangikan ia dengan haruman agar tenang untuk mengingati Allah atas segala kurnia  yang dipinjamkan,

ketiga, mudahkan orang lain, sebab kita juga pernah merasai tempat mereka suatu ketika dulu, atau dengan kata lain, jadikan ia sebagai tempat beramal dan membantu, bagi perkara yang maksiat sudah tentu tak perlu bersusah payah untuk mengatakan "yes" pada permintaan tersebut, tapi pada yang selainnya, bantulah sebaik mungkin, insyaAllah apabila kita mudahkan yang lain pasti ada juga kemudahan buat kita, itu frasa yang selalu diingatkan naqibah pada usrah, ketika mana ana berasa malu sangat sebab nak ke usrah pasti ada yang menjemput, sehingga kadangkala ana terpaksa batalkan niat untuk menyertai kerana malu tak berbendung, masakan tidak ahli usrah tersebut kadangkala baru kali pertama kita kenal,

namun naqibah sering memujuk "mungkin hari ini kami membantu tapi ada ketikanya nora juga akan melakukannya pada sesama kita, lagi pula tentang ilmu jangan rasa malu, kami semua sedia lakukan tambahan pula kita jalan sehala juga, tidak terlalu susah tentangnya, jangan risau tentang itu"

kesimpulannya, halakan setiap langkahmu dan harta ke jalan yang mendekatiNya agar ia mendapat berkat serta perlindungan Illahi, tiada yang lebih indah melainkan bersama Allah selalu dan mengingatiNya akan memberi makna untuk terus hidup pada esok hari dan bangun pada hari ini.








0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran