Monday, December 10, 2012

Weekend Trip


aktiviti melancong memang digemari ramai orang walaupun ada yang menjadikannya hobi dan ada yang menjadikannya sebagai cara melepaskan tekanan pada kerja atau sebagainya, tapi apa yang berkait rapat dengan aktiviti melancong adalah pemandu pelancong, berapa ramai yang suka untuk dilantik sebagai pemandu pelancong tak bertauliah?

baru-baru ni, ana ada terima seorang tetamu yang tak tetamu sangat kot, *hehe* sebab anak saudara sendiri, buat pertama kalinya beliau berjaya menjejakkan kaki di putrajaya sebelum semester baru bermula, salah-satu hajatnya adalah untuk ke alamanda, pasaraya yang terkenal di putrajaya walaupun barang yang terdapat di situ langsung tak boleh dibanggakan harganya, rasanya kenyataan ini di akui oleh ramai orang sebab sepanjang pemerhatian ana, tak ramai yang teruja membeli-belah, malah para peniaga juga lebih rehat walaupun memang ramai pengunjung pada hujung minggu, berikutan Merry Christmas semakin hampir, maka alamanda dihiasi dengan pokok Christmas sekaligus memperindahkan lagi keunikan bulatan alamanda, tujuan ana ke alamanda tu beli barang peti sejuk ja, selesai berisar-siar disekeliling alamanda jam 2;45 p.m kami membuat keputusan untuk pulang hantar barang, kemudian merealisasikan permintaan kedua beliau,

"itu masjid apa acu?"
"masjd putra, kat cni ada dua ja masjid, satu masjid putra and satu lagi masjid besi,"balas ana
"ooo, kite penah g masa jamuan ritu, tapi masjid besi kat mana acu?" *memang banyak tanya
"presint 3, sebelah sana..nak pegi melawat ka? ok pas asar kita g.."

itu permintaan keduanya, melawat masjid besi atau masjid sultan mizan zainal abidin, kami mengambil masa untuk solat maghrib dan isyak di sana walaupun petang tu hujan agak lebat, tapi ia sedikit sebanyak mengundang ketenangan dan menyapa dingin aura besi dalam masjid, *hehe,
sebagaimana yang ana jangkakan, memang teruja bila dia berdiri dihadapan gerbang masjid besi pintu saidina Abu Bakar, berdekatan dengan gerbang kompleks perbadanan putrajaya, ada juga pasangan pengantin yang bergambar atau baru selesai akad nikah *agaknya la
jam 9 p.m kami berangkat pulang, dan tiada lagi permintaan seterusnya sebab dah lewat malam dan esoknya adalah hari bekerja, tapi
"t kite nak datang lagi, acu bawak pegi masjid putra pulak erk? "

layanilah tetamu sebaik mungkin supaya mereka gembira untuk berada di rumah kita sebagaimana tuntutan Baginda s.a.w serta kelebihan tetamu yang hadir, biarpun penat, ana usahakan untuk sediakan santapan berikutan sepanjang perjalanan tadi kami hanya berbekalkan hidangan KFC sahaja, *itu juga kegemarannya
sudahnya terhidanglah ayam masak lemak cili api, have nice day mylovely anak saudara, *wekkk..haha

 aras atas bulatan alamanda
 
 depan masjid mizan

hoho..santa clous kot..hehe

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran