Monday, December 31, 2012

Last Dan Akhir

boss cuti
kerja yang diamanahkan telah diselesaikan
hari ini adalah hari terakhir di pejabat PUU, Peguam Persekutuan, Putrajaya
hari ini juga adalah hari terakhir tahun 2012

.......................................


sejujurnya ini adalah pekerjaan yang paling lama ana bertahan semenjak ana menceburi bidang pekerjaan bermula selepas SPM, bukan semua tempat kerja bermasalah atau ana sering menimbulkan masalah sebaliknya setiap satu peletakkan jawatan bergantung pada situasi semasa,sebagai contoh ingin melanjutkan pelajaran sebagaimana alasan pada kali ini,

kadangkala jawatan yang kita tinggalkan mungkin lebih baik daripada jawatan yang kita terima namun setiap yang berlaku ada hikmah dan musababnya, kunci bagi berposisi positif adalah syukur padaNya, letakkan diri kita pada posisi yang kita rasa aman dengannya walaupun hakikatnya kita sendiri tidak menyukai jawatan tersebut biarpun seribu suara mengemukakan faedah dan kebaikan yang diperolehi, yang merasai pahit maung bertugas tetap tertulis dalam perjalanan hidup kita, memang sukar nak terima tapi panas takkan sampai ke petang, dan mendung takkan selamanya gelap, gembira takkan selamanya suka, dan orang yang sedih tak mungkin selamanya berduka-cita,

Dari Sini Ke Hati

"baik-baik kat tempat baru nanti"
"orang kat luar tu lagi jahat, macam-macam perangai"
antara pesanan boss sebelum bercuti,

tiada yang bezanya pesanan tersebut dengan yang lainnya tapi yang bezanya mungkin orang yang menyampaikannya, bukan selalu dapat motivasi camtu, biasanya boss akan kata

"fail"
"claims saya"
"call somoene"
"proceed it"
"manage it"
"arrange it"

dan jawapan ana "ok" seriously, boss seorang yang baik walaupun berjawatan tinggi, baru naik pangkat tidak jauh usia ana melapor diri di sini, ana ingin ucapkan tahniah pada pengganti selepas ini, anda bertuah seperti saya! *hehe

sikap boss walaupun tidak seramah tapi serasi dengan ana terutama dalam menjalankan kerja, ana tak suka diberitahu banyak kali atau dipanjang lebarkan sesuatu yang mudah, apa yang berlaku, minda pemprosesan kepala akan lambat efek sebab ana bermula pemahaman yang susah pada permintaan tersebut, sikap boss ana kadangkala hanya menentukan satu tugasan sahaja, dan bagaimana caranya kita perlu fikirkan sendiri namun hasil yang diinginkan mestilah sama dengan kehendaknya, simple kan?

kadangkala boss tak tahu tentang prosuder yang kecil, oleh itu dengan siapa kita patut juga perlu dikenalpasti dengan usaha sendiri, namun tentang hal peribadi dan remeh-temeh boss juga tidak keberatan untuk lakukannya dengan sendiri, sejujurnya ana tidak pernah dibuli untuk melakukan kerja yang berbentuk peribadi melainkan semuanya mengikut prosuder

Bermula Yang Baru 2013, at Lambor Kiri, Perak

1 pendapat:

Anonymous said...

I hardly leave comments, but i did a few searching and wound up here
"Last Dan Akhir". And I actually do have 2 questions for you if you tend not to mind.
Is it only me or does it look like a few of these remarks come across like written by
brain dead folks? :-P And, if you are posting on additional sites,
I'd like to follow anything new you have to post. Could you make a list of the complete urls of your public pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?
Also visit my blog post ... perfumes baratos

Post a Comment

syukran kasiran