Thursday, December 6, 2012

Komentar KTM Baru

penah naik KTM baru? apa pendapat anda?
termasuk detik semalam, baru dua kali ana berpeluang untuk bertemu KTM baru, perjalanan ke seremban dari Bandar Tasik Selatan, semasa di alam UKM memang  tak terkira la, segala sesak nafas dan sesak-samun pernah rasa, tapi keadaan berubah dalam KTM baru, mungkin sebab waktu bekerja dan bukan hari cuti jadi kesesakan tu berpontensi besar tidak berlaku, jadi dapatla ana gunakan peluang tersebut untuk melihat segala kemudahan yang disediakan sebagai penambahbaikan,

antaranya, lebih cantik dan kemas dengan lantai berkapet, ala-ala ERL Putrajaya ja, tapi tetap ERL menang sebab laju dan cepat, KTM selalu menjejaskan masa ana, buktinya ana tiba di tempat kejadian dalam keadaan lewat 30-50 minit, alhamdullillah kelewatan tu tak memudaratkan aktiviti ana walaupun agak malu-malu kucing sebab paling lewat tiba, langkah masuk ana selari dengan penutup ucapan pengerusi, apo nak dikato? songeh ajola..


 skrin warning da kat tuuu..

bersih, itu komen ana kedua, sebabnya ada peringatan pada skrin setiap gerabak untuk tidak makan, minum dan merokok, nampak sangat orang Malaysia makan comot, *hehe..tapi memang betol pun, itulah sampah yang selalu dibuang merata, cacat pemandangan disebabkan tabiat "nanti cleaner sapu", memang pantang dengan alasan tu, sampah sendiri harapkan orang pulak nak "alert" kan, kalau bicara soal ni memang lagi panjang ana ceramahkan, jadi fikirkanlah dengan akal yang bijaksana, mana yang baik jadikan perangai mana yang buruk jadikan sempadan,

kemudahan OKU dijaga dan malah turut melatih budaya murni, buktinya terpapar "warning" -sila berikan tempat duduk kepada yang memerlukan- ini perkara biasa

dlm coach ladies spesel

awalnya tiba satu tren ke bangi, ana tak "sure" boleh naik untuk ke seremban atau ada lagi tren lain yang tepat, jadi ana masuk kemudian dongak atas berdekatan dengan pintu, cepat-cepat baca destinasi, memang laluan ke seremban tapi tren ini tamat di Bangi sebab lampu berwarna terhenti, jadi ana keluar balik, kenapa tak tanya? entahlah masa tu mulut terkunci dan hanya kepala ligat berfikir, dapat juga jawapannya apabila tren ke sungai gadot tiba, dan tren ini melalui seremban, ana bukan nak cerita tentang destinasi tren tapi nak nyatakan bahawa lampu pada "sign" destinasi tu membantu ana yang rabun tapi tak ber-spek ni, *hehe, ana cuma perlu tengok nyalaan lampu hijau jika mahu tahu destinasi keseluruhan, dan lampu merah bagi destinasi yang dah tiba, lampu seremban adalah ketiga dari belakang,

di samping itu, ana juga mendapati banyak stesen KTM yang sedang dibaik-pulih termasuk Bandar Tasik Selatan,

perjalanan pergi tamat dengan air milo sekotak *hehe, tapi perjalanan pulang, ana pun tak pasti kenapa keputusan tu yang ana ambil, yang jelas ana sampai ke putrajaya dengan sebuah kereta dengan kawan-kawan baru yang ana kenal sehari, sebab UKM/FPI, mudah ukhuwwah tu terjalin mesra, terima kasih sebab sudi hantar ana sampai ke Putrajaya walaupun kita sama-sama tak fasih jalan, tapi masing-masing bagi support and berpandukan "signboard" nice meet you'll, may Allah bless us

 layan coconut milk shake dan

lunch kak aina belanja, portugis resepi, pedas

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran