Friday, November 16, 2012

Sempena Maal Hijrah 1434H

cuti sehari atas meraikan kedatangan tahun baru hijrah, dan kepergiaan memori 1433H, sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan diadakan di putrajaya, walaupun dekat tapi ana lebih rela saksikan dari tv di rumah, maklumla cuti bukan selalu ada, jadi jangan tinggalkan rumah walaupun hakikatnya anda ditinggalkan *hehe

semalam juga bermula sambutan ulang tahun 2 tahun bagi tv alhijrah, jadi kini tv alhijrah telah berubah baru, pelbagai rancangan yang di-spesel-kan terutamanya yang mendapat ranking tinggi antaranya ejen halal, menu alam, khidmat syariah, assalamualaikum, dan sebagainya, 10+3 rancangan yang ana suka dari tv alhijrah
1) khidmat syariah
2) bicara
3) majalah Islam
4) Islam KTP
5) madrasah akhlak, fiqh, dan sebagainya
6) assalamualaikum
7) cinta masjid
8) alunan zikirullah dan dikir zikir
9) drama sebab semua terbatas aurat serta skripnya
10) reflections
11) isu akidah
12) lau kana bainana
13) sign of creator

semua bicara dan butir rancangan tidak bersifat biasa namun ia pendekatan yang dapat menambahkan banyak pengetahuan ana, hakikatnya ana tak suka menonton tv kerana lebih suka mendengar radio, mungkin telah terbiasa sedemikian tambahan pula mak juga tidak gemar menonton tv terutama drama Indonesia yang penuh konflik dan episod berjela-jela,

kebetulan kakak mesej tadi, ana nak promote new project yang di-idea-kan beliau sempena cuti sekolah, ish tak leh dok diam tol la kakak ni, sekarang beliau mencipta design tudung sendiri contohnya

tudung labuh, kalau berminat hubungi beliau click

ana pernah tinggal dengan beliau selama lebih kurang 3 bulan, sepanjang tempoh tersebut memang ana dapat jelajah satu kedah setiap hari sebab menjadi assistant beliau, dibayar gaji jugak tau *hehe, project beliau pada ketika itu adalah kek coklat serta cupcake, sodap la makan kek free apatah lagi tanpa had, ada pulak cheese and chocolate cake, masyaAllah memang feveret, seriously memang sedap kek tu tapi jangan puji lebih sangat sebab nanti kena lecturer ja, *hehe

pendapatan beliau sebulan ana tak pasti berapa, sebab ana assistant pemasaran ja, tentang jual beli ana memang tak berbakat, ia diakui oleh kakak ana sendiri serta rakan-rakannya, populariti ana memang tak perlukan poster bergambar kat sekolah tu sebab memang dah sedia maklum termasuk pengetua sekolah kakak, memang follower setia betol..tapi bakat tak tertumpah gak, ana kagum bakat menjahit, dan memasak beliau, mungkin semangat dan minat mendalam membantu istiqamah dan usaha yang tak henti, semasa menguruskan perniagaan kek dan cupcake, beliau bukan sahaja mencipta resepi sendiri malah beliau mengambil kelas untuk membuat kek,fuh..so dengan beliau jangan cakap putus asa sebab beliau takkan faham,

p/s: kepada kakak, tunggu la nak sampai kedah tu, nak baju, nak makan, nak belasah teddy bear pink, nak perfume gulai nangka (anak saudara), *hehe tapi tak tau bila?

ana? sempena maal hijrah?
serabut..itulah frasa yang paling tepat sebab memang tak dapat nak susun otak sendiri setakat ni,

selamat menyambut tahun baru hijrah kepada seluruh umat Islam, wasatiyyah pemangkin ummah

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran