Friday, November 23, 2012

Pengalaman Dunia Kerja

sejak tamat persekolahan SPM lagi ana sudah mula cuba meletakkan diri dalam dunia pekerjaan walaupun pada masa itu masih tidak memahami dunia pekerjaan melainkan gaji, kebetulan pada masa tersebut sahabat ana juga ingin mencari pekerjaan baru selepas meletakkan jawatan di syarikat lama, pengalaman kerja ana bermula dengan industri perkilangan elektronik iaitu Sony EMCS di pulau pinang, ana diamanahkan di "Line 35" yang menjalankan operasi pemasangan hi-fi, tapi ana tidak terlibat dalam pemasangan sebaliknya ana diletakkan di bahagian akhir pemprosesan  atau dikenali sebagai penyusunan manual penggunaan barangan tersebut, target sehari pengeluaran lazimnya mencecah ribuan atau ratusan mengikut model, setiap model memerlukan manual yang berbeza dan kadangkala memerlukan lebih daripada satu paket manual, ia amat mengilangkan ana sebab ana hanya mengendalikannya seorang diri,

selama lebih kurang 2-3 bulan ana bertahan di Sony EMCS, tidak dinafikan besar pengalaman ana di sana, satu quote yang ana ingat "kerja dengan ikhlas" leader ana ingatkan setiap staff, apabila diminta OT, ana jawab "arini saya tak ikhlas" *hehe, ana tak suka OT kat situ hakikatnya, sekali sahaja ana terima OT disebabkan kesilapan tersebut ana yang lakukan, bertungkus-lumus memperbetulkan semula dengan bantuan leader dan seorang teman, kalau tak salah berkodi-kodi juga manual yang salah kod, ana juga berpengalaman bertemu dengan audit dari Jepun, selain daripada erti dunia kerana ana jarang nampak cahaya matahari dan karenah insan, ana berhenti kerana keinginan untuk belajar melonjak walaupun ana masih tidak dapat mana-mana tawaran, leader ana pesan kalau nak berhenti tunggu beliau balik dari sabah sebab nak bagi "something", tapi semasa beliau bercuti ana angkat kaki, sedih ada jugak sebab beliau seorang leader yang baik, satu pesanan beliau yang ana ingat "jangan datang lagi ke sini sebagai pekerja tapi jika mahu kembali datang sebagai orang dalam tu" sambil menunjuk ke arah pejabat pengurusan tertinggi, selepas ana pergi ana hubungi beliau dan mohon maaf atas kemungkiran janji ana, beliau agak marah namun tetap menerima keputusan ana dengan baik,

selain itu, pengalaman menjawat jawatan guru, ustazah, cikgu dan pendidik sebanyak lebih kurang 4 tempat pengajian yang berbeza, jadi ana pernah mendapat gelaran ustazah, cikgu, dan teacher, paling popular ialah ustazah sebab ana ingin beli pisang goreng pun dah meriah panggilan tersebut, pernah suatu ketika ana dan sahabat berjalan di sebuah pasaraya tetiba ada panggilan kuat dari atas "ustazah, ustazah, ustazah"..rupanya anak murid ana dan adiknya sedang bermain, ana masih simpan tulisan hadiah mereka iaitu aiman dan atirah, berumur 5-6 tahun, setiap tempat pengajaran mempunyai pengalaman yang panjang jika ingin dikongsikan,

lagi, ana pernah bekerja sebagai cashier tapi tak lama iaitu lebih kurang sebulan sahaja, sebab gaji cashier mudah dipotong walaupun masih baru, lagi pula ia melibatkan wang jadi ana tidak begitu berminat untuk bertahan lama, di samping sikap ana yang tidak begitu serasi dengan keadaan itu, namun sekurangnya ana memahami perasaan seorang cashier jadi jika melihat raut garang pada cashier maka senyum kembali padanya agar hilang sedikit penatnya,

seterusnya, ana juga pernah menjadi kerani kelas tuisyen, itu adalah pertama kali ana ber-boss-kan India, namun beliau seorang pensyarah di UKM, keadaan tuisyen memang mesra juga sebab ada disediakan tempat solat, jadi ana tidak perlu gundah-gulana sebab mereka tidak halang untuk berbuat demikian, tapi ana tidak betah dengan keadaan itu kerana balik lewat dan agak sunyi, tambahan pula boss macam takut dengan penampilan ana, mungkin?

akhir sekali, ana juga pernah berjuang mempertahankan tudung di sebuah kedai waffle di hospital, semasa temuduga lagi ana diuji dengan pendirian tentang tudung, namun ana dapat kekuatan daripada kawan-kawan ana yang juga bekerja di situ, ana tetap pakai tudung dan baju labuh namun warna tema sahaja ana selarikan, "jika saya akan menghadapi sebarang kecederaan atau kemalangan disebabkan cara pakaian saya begini, saya tidak akan buat apa-apa tuntutan pada pihak puan, saya akan tanggungnnya" tegas ana pada alasan dan hujahnya, namun ana tidak selesa jika terus lama sebab syarikat tetap mendesak, dengan keyakinan bahawa rezeki ana bukan untuk dunia semata, ana letak jawatan dengan hormatnya, ana akui terdapat pro and kontra dengan keputusan tersebut namun ia adalah pilihan ana.

kesimpulannya, pilihan di tangan anda, tiada siapa yang dapat memutuskannya kecuali mereka hanya mempengaruhi, terpulang untuk menerima atau menimbangkannya, dan setiap liku kehidupan adalah corak untuk difikirkan hikmahnya, percayalah ia amat berguna walaupun kecil,

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran