Wednesday, November 28, 2012

Jemaah+Halaqah= Ukhuwwah

"akak la jadi imam, saya tak mumayyiz lagi"..
"haha..tak dak..tak dak..nora jugak, dah cepat, orang dah ready ni" katanya sambil menghamparkan sejadah.
..................................

"lega rasanya akak tu dah bis solat, xperlu la ada imam lagi" monolog

tiba-tiba
"nama pa..nora erk? akak nak solat sunat dulu, nanti kita jemaah ye, kamu imam, tunggu tau" sapa seseorang dari belakang
"ha? masyaAllah"
.................................

sejujurnya ana juga resah bila ditolak jadi imam masakan tidak makmumnya lebih senior, jadi ana rasa kurang layak untuk mengetuai solat, tapi apakan daya jika semua bertindak tolak-menolak, pasti tiada jemaah akan terbentuk kelak, bukankah lebih rugi? lagi pula permintaan tersebut adalah untuk kebaikan, bukankah Allah berfirman pada kalamNya:

 يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١١٤

 Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (114)(Surah al-Imran)

 
PERIHAL IMAM JEMAAH WANITA
"Bahawasanya Aisyah r.h.a pernah mengimami wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka" (HR. Daraquthni).
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.h: "Bahawasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)" (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2DPUfcwsO
© Utusan Melayu (M) Bhd
"Bahawasanya Aisyah r.h.a pernah mengimami wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka" (HR. Daraquthni).
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.h: "Bahawasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)" (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2DPUfcwsO
© Utusan Melayu (M) Bhd


"Bahawasanya Aisyah r.h.a pernah mengimami wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka" (HR. Daraquthni). 

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.h: "Bahawasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)" (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi). 

Diriwayatkan dari Hajirah, dari Ummu Salamah, Bahawa ia mengimami mereka, dan ia berdiri di tengah-tengah mereka.” (Hadis Riwayat Abdurrazzaq) Jika seorang wanita solat mengimami jamaah kaum wanita, maka ia berdiri di tengah-tengah mereka dalam keadaan satu barisan (saf) bersama yang lainnya. Hendaklah ia tidak maju (mengambil posisi ke hadapan).

berkenaan panduan solat adalah sama namun bezanya imam wanita tidak perlu nyaringkan suara dan memadailah didengari oleh makmumnya, 

Diriwayatkan hadith daripada Abi Masud (r.a) (iaitu Abdullah bin Mas’ud) berkata: 

‘Bersabda Rasulullah (s.a.w): “Menjadikanlah oleh kamu sekalian (yakni, hendaklah kamu jadikan atau angkat seseorang menjadi) imam kamu orang yang lebih pandai membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, terbaik dalam membaca surah-surah al-Quran); maka jika ada sama mereka dalam kepandaian bacaan, maka mendahulukan oleh kamu (yakni, pilihlah) orang yang lama bertempat di qariah itu; maka jika sama lamanya dalam menjadi ahli qariah, maka dahulukan (yakni, pilihlah) orang yang lebih banyak ilmunya mengenai ilmu as-Sunnah (yakni, faqih tentang al-Hadith); maka jika sama dalam ilmu mereka mengenai ilmu as-Sunnah, maka mendahulukan (yakni, pilihlah) yang lebih tua antara mereka.” [Hadith an-Nasa’i] 

BERSAMA MENJADI TAAT

sam'na wa attho'na..kami dengar dan kami taat pada perintah dan ayat Allah, tidak menangguh dan beralasan, itulah generasi yang sepatutnya menjadi jalan pilihan bagi setiap muslim, sebagaimana yang ditonjolkan oleh kakak-kakak se-jemaah yang juga merupakan kakitangan jabatan yang sama, ana kagum dengan kecintaan mereka untuk memahami agama serta memperbetulkan kesalahan walaupun ia ditegur oleh orang yang lebih muda,

mereka mengadakan usrah untuk menyemak bacaan al-quran, dan bersama-sama menjadi lebih baik, selalu ingin solat jemaah malah boleh berkongsi ilmu dan pengalaman, itulah sikap mereka yang membuka mata ana betapa sayangnya Allah pada hambaNya dengan kelemahan yang ada pada diri insan bukan seperti manusia yang biasanya terbit sayang kerana kelebihan seseorang,

Kakak 1: anak akak tu susah nak suruh solat, dia solat tapi selalu dilewatkan, dengan sikap yang selalu melawan dan degil, nora dulu camna?

Respon 1: dunia orang muda kak macam tu la keadaannya, dulu saya pun teruk gak, mak banyak sabar ja, dan mungkin berkat doa mak juga sampai buka mata hati saya untuk menilai pa yang saya buat, yelah bukannya tak belajar suma tu, dah lama kot kena sumbat kat sekolah agama,

Soal 1: saya bukan tak nak kawen lagi, tapi saya rasa susah sebab keadaan tu luas, dengan mertua lagi, taat pada suami tu pun dah berat

Kakak 1: senang ja nora, mertua bukan jumpa selalu, kalau kat umah mertua, masak pastu sembang baik-baik, kalau mertua tak suka, xyah datang sangat, yelah tak suka kan..

mendengar pengalaman orang dewasa adalah suatu nasihat yang amat ana gemari, benarlah pepatah "yang makan garam dulu lebih cepat tahu garam tu masin" dan Allah juga berfirman pada surah al-Asr supaya saling berpesan-pesan pada kebenaran, malah hadis Baginda s.a.w juga ada menyatakan bahawa agama itu nasihat, Jemaah + Halaqah = Ukhuwwah

 wallahua'alam bissawab



 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran