Monday, November 12, 2012

hai la anak murid saya

Integrasi Kumpulan 3/siri 9 2012 berlansung selama 5hari

HARI PERTAMA
awal-awal perkenalan dah silap nama cikgu, hai la anak murid saya, atau mungkin mereka nampak tudung oren and pink sama rembesan pada kornea, yang tudung pink tu cikgu wawa, yang sebelahnya baru cikgu nora,

Ah Kit: cikgu ni cikgu kelas casenna kan? leh ka sy bawak speaker, baru kasi goyang talak ngantuk punya<
Cikgu: tak boleh, kalau kamu nak goyang, kengkwan kamu boleh jadi speaker kamu yang sedia ada<

memang speaker betol,
cikgu wawa: kamu semua ni tertelan microfon ka? suara tu leh sampai afrika sana, cikgu kan kat depan ni ja>
cikgu nora: bukan cikgu yang cakap pelan tapi kamu tu yang cakap kuat, macam mana nak dengar,>

jawapan diorang
wira shah: dah ramai la cikgu memang la kuat
wira ayin: cikgu tak suka orang cakap banyak ka?
wira aiman: dah besa camni cikgu, kat kem asik jerit ja, suh kawad lagi asik baris baris baris,

memang tenggelam suara cikgu walaupun tanya soalan satu ja tapi jawapan macam buku teks STPM, siap ada background sound lagi, hai la anak murid saya

HARI KEDUA
"memang last dah masuk plkn ni, sesi depan resign terus, dulu jiwa kaco sekarang kem sakit jiwa plak, walaupun tak ramai pelatih tapi nak mengawalnya ngalahkan beratus orang dalam kelas, dengan degil dan tido apatah lagi memang macam kena tembak, mati terus"

sesak mengendalikan kelas dengan ragam murid yang ala-ala zoo, kadang-kadang menguji kesabaran dan ke-singa-an,

"diam, tak yah nyanyi, tak lawak k, sebut nama penuh kamu, saya nak rekodkan" kata cikgu nora kepada seorang wira yang berada di belakang kelas.
satu kelas senyappppppppppppp..aik? boleh gak diorang senyap erk? dan pembelajaran diteruskan dengan aman yang luar biasa, fuh..
" jangan kacau cikgu, dia tengah marah tu" kata wira kumpulan 6
"ha..tau pun"

HARI KETIGA
masuk bab keagamaan, saja nak main teka-teki bisu, bukan bisu jadinya tapi haru-biru sebab ada penjawab upahan,

"labaikkallah huma labaik" ha..teka teka
mengerjakan haji di Makkah, jawab semua

"selamat hari raya, aidilfitri mulia bla bla bla" *sambil gaya bahagia main bunga api*
perayaan hari raya..jawab semua
"hahaha..mana da la, aku saja game-kan korang"

cikgu wawa & cikgu nora: hehe...padan muka,

pada sesi petang semua kumpulan diarahkan untuk mempersembahkan lagu perayaan yang diberikan, yang paling semangat adalah wira yang kena "sound" semalam, mempersembahkan lagu tahun baru cina, dia lebih cina dari cina, haiya anak murid saya!

HARI KEEMPAT
berkembang jugak kepada idea wira-wira speaker ni, antara perdebatan yang dibangkitkan
"kenapa banyak berlaku pembuangan bayi?"
"lelaki terpaksa bekerja, dan stress keadaan tersebut membuatkan peratusan buang ibubapa yang cikgu cakapkan"

oooo markah ooo markah oooo ar ar ar *trademark menang*

lelaki feminiti vs perempuan maskuliniti? memang suara cikgu terpaksa disenyapkan tapi tak sangka idea logika dikuasai oleh wira yang tidak kreatif semasa aktiviti persembahan, memang kumpulan beliau sahaja yang mendapat markah tinggi kerana pendapat dan idea yang bernas, bangga la kan dapat merajukkan wira kumpulan sebelah,

"eh kamu kelas agusta kan, owh kamu pun, ha yang tu pun, ish ramai agusta ni,"
"ala cikgu, saya dok baik-baik ja kat sini, spotg la cikgu" kata wira agusta
"kelas, cikgu dah jemput 2 pelakon dari oversea, iaitu wira madi dari zimbabwe dan wira fadhil dari bangladesh untuk lakonkan drama pak abu tadi"

hahaha...baru nak balik kelas, tapi ada juga yang sangup terima cabaran tersebut semata-mata nak stay di kelas casenna, entahlah atas sebab apa? munculnya sejak lakonan cikgu bertukar kelas pagi tadi, seriously kelas agusta sangat hemah dan tak ramai speaker, tak perlu arahkan untuk berada dalam bulatan kumpulan, semuanya telah sedia demikian, tapi casenna anak murid saya

persembahan pilihan untuk majlis penutup adalah boria, liriknya direka oleh wira k-pop *hehe

HARI TERAKHIR
 majlis penutup bermula seawal pagi selepas perbarisan, wira dan wirawati yang membuat persembahan siap-sedia memperagakan busana yang bersesuai serta peralatan yang diperlukan dan paling yang yang memgenakan spek mata gelap, itu tak masuk arahan, persembahan dimulakan dengan kelas casenna kemudian kelas 3 dan akhir sekali kelas agusta,

yang speselnya pada hari tersebut adalah muncul gitaris, aik dari kelas mana? terpegun sekejap dengan bakat tersebut, yups msuk rakaman handphone ana la, kelas agusta memenangi kreativiti pokok intergrasi, memang wajar la casenna tak dapat tempat tersebut sebabnya?..you know it! majlis serba sederhana itu diakhiri dengan penyerahan tugas kepada ketua cikgu multiskill yang hadir,

sebelum berangkat pulang, pertemuan terakhir di kelas untuk mengedarkan borang penilaian bagi cikgu-cikgu, komen yang paling best kata cikgu romantik, *bertuah sungguh* ada yang konon-konon minta kelas sampai malam, tak sangka walaupun kena marah namun meraka tidak mudah menyimpan rasa, anda semua sedarkan saya tentang satu erti sayang,

"kami semua sayang cikgu.." itu note yang dituliskan
"saya doakan kalian menjadi insan yang baik, dan diberi kebahagiaan untuk menghadapi hari akan datang"

kumpulan 3 memang ramai wira, dalam kelas casenna tidak sampai 10 orang wirawati daripada jumlah keseluruhannya adalah 55 orang
...............................................................

"siri depan kita amik kem lain pulak nak?"
"aik......" kata para cikgu yang lain

down lane: kompeni inspira kumpulan lepas,, juara kumpulan 2





0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran