Friday, October 5, 2012

Srikandi Az-zahra P1

minggu lepas merupakan giliran ana untuk memberi tazkirah ringkas buat kali pertama bagi kumpulan usrah yang baru, setelah beberapa ketika ana tidak memegang amanat tersebut tapi alhamdullillah masih ada lagi peluang dan kepercayaan untuk ana menyampaikan tazkirah ringkas pada perjumpaan malam itu,

maklumat tazkirah berdasarkan buku ini

ana memilih tajuk seorang serikandi yang amat kita kenali sebagai contoh tauladan yang mulia, beliau ialah anak Baginda s.a.w iaitu Fatimah az-zahra, kisah Saidatina az-zahra tidak banyak dinukilkan oleh para sejarawan namun peribadi unggul beliau masih dapat kita selidik dan contohi berdasarkan insan-insan yang terhampir dengannya iaitu ayahandanya dan juga suaminya serta ibundanya, sebagaimana yang kita ketahui bahawa saidatina az-zahra merupakan anak kepada Baginda s.a.w bersama isterinya Siti Khadijah Khuwailid, pergabungan at-taharah (gelaran bagi Siti Khadijah) bersama al-amiin (gelaran bagi Muhammad s.a.w) melahirkan zuriat az-zahra,

sebagaimana pertanyaan daripada sebuah kisah tentang mengapa Fatimah dinamakan az-zahra? dalam kisah yang dapat ana ringkaskan, az-zahra itu membawa maksud cahaya yang merujuk kepada cahaya daripada benih tubuh seorang nabi yang mulia kepada rahim yang terpelihara, sehingga para malaikat bertanya tentang cahaya yang menyilaukan tersebut, lalu Allah menjawab bahawa Saidatina az-zahra yang memiliki kemuliaan tersebut.

pembentukan peribadi Fatimah yang dipengaruhi oleh peribadi agung Baginda s.a.w di samping kesopanan dan keimanan yang dimiliki oleh Siti Khadijah yang menjadi orang pertama membenarkan syahadah serta pernah diriwayatkan bahawa Siti Khadijah juga pernah mendapat ucap salam dari Allah s.w.t serta malaikat,  oleh itu, jika kita inginkan anak yang berbudi baik serta soleh lagi solehah maka hakikatnya kembali kepada acuannya, ibubapa haruslah bijak mendisiplinkan diri dengan agama, akhlak dan akidah yang merupakan cabang utama dalam Islam, bagaimana kita dapat menjawab soalan anak tentang tuhan, jika tiada pendekatan kreatif untuk memahamkannya,

"kasut along kena curi kat masjid tadi, along curi la kasut tu, tak dosa kan abah?" cerita Ustaz Ajib

anak-anak tidak dapat berfikir baik dan buruk sepenuhnya, maka ibubapa perlu membetulkan dengan hemah pemahaman mereka bahawa mencuri itu adalah perbuatan buruk kerana ia adalah milik orang lain yang kita rampas tanpa izinnya, kasut yang hilang itu kepunyaan kita sebaliknya kasut yang dicuri tersebut kepunyaan orang lain bukan kasut yang sama pemiliknya, jadi

"amik kasut orang tu tak adil kerana orang yang curi kasut along tu bukan pemilik kasut yang along amik ni, along hanya boleh jaga dan amik benda yang along punya ja, sekarang pegi masjid dan letakkan semula pada tempat along amik tadi"

kembali kepada kisah saidatina Fatimah sebagai seorang anak kepada Baginda s.a.w,

Baginda s.a.w amat menyayangi Saidatina Fatimah dan selalu menciumnya sehingga Aisyah r.a pernah mempersoalkan keadaan tersebut berikutan Fatimah telah mempunyai suami namun Baginda s.a.w menjawab bahawa ketika Baginda s.a.w mencium Fatimah terhidu padanya haruman syurga dari pohon Tuba yang pernah dinukilkan bahawa pohon yang diperintah Allah untuk Baginda s.a.w memakan buahnya, maka dari buah tersebut terbentuknya benih janin iaitu Fatimah az-zahra,

Fatimah semestinya anak yang taat, pernah juga suatu ketika Fatimah merasakan bahawa ayahandanya tidak senang dengan perhiasan yang digantungnya di pintu rumah meskipun perhiasaan itu adalah hasil daripada harta perang yang dibawa oleh suaminya, lalu Fatimah segera menanggalkan perhiasan tersebut dan meminta untuk menyerahkan kepada Baginda s.a.w,

----to be continue


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran