Thursday, October 25, 2012

Pengantin Baru

Dunia pengantin baru, kelakar pun ada, tapi nampak "sweet" sebab dah selamat disisi agama

menyelami perasaan pengantin baru memang pengalaman yang menarik, namun jika tidak ada perli suruh ikut jejak langkahnya memang tak lengkap temu bual tersebut, tambahan pula usia yang sebaya lagi tepatlah sindiran tersebut, tak kisahla jawapan apa sekalipun yang anda berikan asalkan dapat "cover" itu yang penting dan lebih baik lagi dapat senyapkan orang yang bertanya,

status sebagai raja sehari memang seronok daripada raja seumur hidup, seperti mana mengambil kata mak "yang sedikit tu yang seronok nak berebut" atau dengan analogi lain, yang sehari itu la yang terasa sebagai raja yang selebihnya mungkin sama sahaja perasaannya, keterujaan baru bermula jadi tidak mustahil la kenangan pada hari raja sehari sangup dibelanjakan dengan nilai yang besar, ia sebahagian daripada peristiwa yang jarang-jarang akan kita alami lagi pada masa akan datang, mungkin berlaku tapi jangka masanya di bawah aras ketidak-pastian yang maksima,

ana menyelusuri perkahwinan 3 orang kakak sepanjang umur ana sekarang, dan setiap satunya ana la orang yang paling menyibukkan diri, bukan membasuh pinggan atau habiskan lauk tapi berkepit sebelah pengantin, sampai kadang-kala bergaduh dengan sepupu untuk duduk sebelah pengantin, bukan pengapit pun sebab ketika itu ana masih kecil, cuma suka nak duduk dekat dengan pengantin, suka tengok baju pengantin, muka pengantin, dan yang paling suka bergambar dengan pengantin (hehe), tapi itu semua perangai semasa kecil dan kenduri kakak ja berani buat macam  tu,

apa yang pengantin baru kena buat?
1) basuh periuk paling besor selepas kenduri
ana pun tak pasti ini peraturan dibawah seksyen mana, tapi itulah yang ana selalu dengar dipaksakan kepada pengantin baru, buktinya ana menyertai cuci periuk tersebut dengan kakak, tapi ana tak gosok pun, ana kreatifkan jadi sampan yang berlayar-layar dalam air, (hehe)

2) bukak hadiah kat luar
sebabnya kalau bukak hadiah kat dalam bilik pengantin makanya akan sendat bilik tu dengan kehadiran tetamu cilik, lagi pula hadiah tersebut juga ingin diketahui oleh saudara-mara serta jiran tetangga, sama-sama gelak bila tahu pemberi hadiah tersebut, memang pelbagai hadiahnya sampai pampers baby pun ada

3) Honeymoon
peraturan ni banyak diaplikasikan oleh kawan-kawan ana sekarang, "posing-posing" bahagia memang banyaklah diupload-kan, senyum tu melebor sokmo,

ok survey ni hanya sekadar perkongsian santai, dan ana pun tak faham perasaan para pengantin baru untuk dikongsikan secara lebih bersifat realistik, jadi ana hanya kongsikan pengalaman dari pemerhatian yang ringkas, bak kata kawan ana "nak tau kawen la"..fuh, berbisa ayat kau nyah, (haha)
selamat bercuti untuk kalian, dan selamat hari raya aidiladha semua saudara se-Islam


1 pendapat:

naim said...

yg basuh 2 wajib,.. kan raja sehari.. haha

Post a Comment

syukran kasiran