Tuesday, October 9, 2012

Kisah Curi

CILOK BENAR 1

Kak Lia : duit saya hilang, habis gaji saya bulan ni, saya langsung tak dapat belanja
Me : ha? brapa banyak hilang? kak simpan kat mana?

Kak Lia: saya simpan dalam beg la, beg tu saya kunci, sudah 2 hari saya tak tengok beg dan tak perasan kunci beg saya hilang, banyak la, semua gaji saya cuma tinggal 20 ringgit saja, gaji saya 720 ringgit, 700 dia amik, saya sedih sangat,
Me : banyaknyaaa, akak tak bagi tau boss ka?
Kak Lia : sudah, saya sudah bagi tau,
Me: bos kata apa?
Kak Lia : boss kata jumpa dukun la, sebab mungkin orang serumah yang curi duit tu
Me : ha? (tak guna punya boss, ada ka nasihat camtu *monolog*)

Kak Lia : 1 jam setengah saya nangis, bila teringat tentang duit gaji tu saya masih nangis, saya penat kerja, bulan ni suami saya yang bagi belanja
Me : ermmm..huhu *sayunya* akak tau ka sapa yang curi?
Kak Lia : tau la, budak Madura, Indonesia tu
Me : aik, camna akak tau dia yang amik?
Kak Lia : dia tak mau minum air tu, dukun tu bagi, maknanya dia la yang amik, kalau tak amik mesti minum ja
Me : la pulak dah..ermmm, akak tanya dia tak?
Kak Lia : tanya la, tapi dia tak mengaku, cakap ini la itu la
Me :  yelah, memang macam tu la pencuri asalnya, tapi akak jangan la percaya sangat dukun-dukun ni, rezeki tu dari Allah, ini baru kali pertama kan duit akak kena curi?
Kak Lia : ye ini kali pertama, tapi sapa tak sedih duit gaji penat badan saya kerja

Me : saya faham memang terasa penat dengan sebulan kerja sebagai cleaner, tapi kalau akak gunakan dukun dan minum air tu, budak tu akan sakit kan, tak baik buat jahat macam tu kat orang lain tol tak? bulan-bulan sebelum ni Allah bagi rezeki kak dengan gaji yang terjaga cuma bulan saja Dia nak uji duit akak hilang semuanya, saya pun sedih kalau ada kat tempat akak tapi jangan risau rezeki kita Allah jaga, Allah nak uji rasa syukur kita, Dia janji kalau kita bersyukur maka Allah akan tambahkan, insyaAllah akak akan dapat duit yang banyak dari yang hilang kalau akak sabar,

Kak Lia : yelah saya doa sama Allah, suma penat badan saya yang dia amik saya tak relakan
Me : macam ni akak, walaupun duit tu banyak dia curi tapi duit tu tak rasa contohnya dia kena beli ubat sebab mungkin Allah letakkan sakit yang perlukan ubat mahal, atau dia terbeli baju yang mahal tapi hakikatnya baju tu ada yang koyak, atau dia beli makan yang sedap tapi tak selera nak makan, itu suma maksud berkat, dut curi ini tak dak berkatnya, kalau duit yang berkat, sikit tapi kita dapat guna macam-macam, sebab Allah kurniakan kesihatan untuk kita, kecukupan pada makan, kenyang pada sedikit, jadi akak janganlah risau, sebab Allah maha adil, banyakkan sabar dan lepas ni janganlah simpan duit sebanyak tu dalam beg, pekata akak simpan pada suami, akak guna sikit-sikit dulu,


Kak Lia : iyala suami saya pun ada kata macam itu
( Kak Lia tak dak akaun bank, itu saya tak pasti atas alasan apa)


CILOK BETOL 2

suatu pagi 2 hari yang lepas, di kampung Bagan Serai,
Mak : astagfirullahala'zim, paip meter hilang,
Me : ha? paip yang depan tu ka? patut la tak dak air, tapi baru semalam tak dak air maknanya malam tadi la tu kena curi, astagfirullahala'zim, apo la kenonya demo ni?
Mak : malam tadi la tu, umah sebelah pun hilang jugak, tapi sebab ada kolah mungkin malam tadi tak sedar air tak dak
Me : la ya ka? ermm..makin teruk kes curi ni, dulu tak penah jadi pun, ini kali pertama selama dok kat kampung ni, penagih dadah ramai yang menyorok lagi kat kampung-kampung cni agaknya
Mak : memang la, bukannya tak kenal anak sapa  yang buat keja macam tu, ada gak yang terlepas padahal orang kampung tau dia penagih tapi dekat polis terlepas, anak dua orang dah tu
Me : buat laporan la mak!
Mak : ha'ah, pak su p bagitau ketua kampung dengan pejabat air tu, nanti kalau lambat bagitau kena charge len plak, yelah meter hilang macam mana nak kira bayaran, mahal meter tu kot sampai nak dicuri, tapi rumah Angah tu tak pulak nak diamik-nya lagi la dekat ngan jalan
Me : ermmmm..pulak mak ni,

.......................................
kes curi memang berlaku di mana-mana saja, tanpa kira zaman dan usia, tapi solusinya masih tidak berubah, perundangan mengikat namun tidak menggerunkan pencuri apatah lagi orang ramai, sudahnya masyarakat keamanan masyarakat terganggu dengan perbuatan curi yang dilakukan, sebagai contoh, kecurian paip meter air menyekat penggunaan air untuk digunakan, tambahan pula air adalah sumber asasi pelbagai guna, bukankah ia menyusahkan? bukan sahaja isi rumah malah syarikat bekalan air sendiri, mungkin pantauan lebih berhemah atau perkhidmatan yang dicanggihkan supaya dapat mengelakkan kekacauan tersebut berulang,

apapun, ana yakin kehidupan pencuri tak pernah kaya dan senang,malah memberi kebencian lagi pada orang terhadapnya, berlaku jujurlah walaupun pada seekor kucing, :)


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran