Tuesday, October 30, 2012

Kerana Surat

"setiap hari adalah pelajaran buat kita, pelajaran untuk mengenal orang lain, pelajaran untuk menambah pemahaman pada erti syukur, serta tidak lupa pada pelajaran sebagai insan yang akan membesar melihat hari akan datang"

 begitu juga pelajaran tentang surat, surat yang asalnya hanya ditaip namun tetap bisa berfungsi memberi pelajaran pada sesiapa sahaja terutama yang bekerja di pejabat, jangan pandang rendah pada surat kerana ia bukan hanya sekeping kertas sebaliknya ia adalah bukti kata, pengesahan pandangan serta pengikatan pihak lain, ringkasnya ana ingin berkongsi tentang pelajaran yang diajar kepada ana melalui surat oleh Allah s.w.t selaku "boss" alam ini,


"surat tersebut melibatkan orang atasan yang memang habis tingkat beliau duduk, awal respon surat tersebut sudah membawa masalah iaitu tersalah pangkat, kemudian setelah diluluskan ia tidak putus mengundang dugaan kesabaran kerana salinan asal tidak dapat dijejaki namun timbalan ketua pengarah (TKP) mendesak untuk mendapatkan satu salinan untuknya sebagai rujukan, penyelesaiannya perlu melibatkan asal surat tersebut iaitu menteri, bermula dengan pihak penolong pengarah bahagian yang "in charge" melibatkan 3 orang pegawai, seterusnya pengarah bahagian, dan akhirnya sebagaimana dijangka iaitu menteri"

selama 5 hari 5 malam ana diburu dengan tugasan tersebut yang tergendala atas beberapa sebab antaranya pegawai bercuti, mesyuarat, dan tiada rujukan fail, yang ada hanya tarikh surat, sekali lagi kesabaran dibedil, tambahan pula pihak atasan bukan mudah untuk dihubungi dan kadangkala mereka sering bersikap tidak mesra kerana perihal yang kecil sedemikian atau mungkin kerana pangkat ana yang kecil di posisi ini, sekali lagi kesabaran dibidas, desakan demi desakan diterima bukannya pertolongan tapi ana tetap selesaikannya dengan sehabis daya dan usaha,dan akhirmya hari kelima ana menerima faks surat tersebut, alhamdullillah ana dapat selesaikan sebelum kepulangannya.

pelajaran utama, saat tiada siapa yang sudi bantu dan tolong kita yakinlah bahawa Allah maha mendengar, mohonlah padaNya biar apapun kerja yang kita lakukan walaupun hanya menggoreng ikan di dapur, ana memang buntu untuk mendapatkan salinan surat tersebut, ana halakan sujud pada illahi supaya Dia membantu ana untuk menyelesaikan amanah ini, tunjukkan jalannya agar dapat ana usahakan dan jadikan pertolongan itu sebagai penambahan syukur ana,

pelajaran kedua, sikap orang atasan yang sering melepaskan tekanan tanpa mengira pihak lain, walaupun hati ana sedih tapi mulut ana terkunci untuk melepaskan apa-apa kata, pada Allah jua ana mampu luahkan, doa ana supaya ana tidak digolongkan dengan orang yang sombong saat berada di atas, dan sentiasa sedar bahawa segalanya adalah milik hakikiNya, Allah menjadi kekuatan ana kerana Dia menggambarkan cerita sahabat ana yang lebih teruk berbanding ana, manusia mudah alpa dan angkuh dengan pangkat dan kelebihan, ana ingatkan sahabat ana agar tidak jadi sedemikian biarpun tinggi mana antum duduk, akhlak juga dipandang orang, dan ana ingatkan mereka juga agar sedia ketuk kepala ana jika suatu hari nanti ana jadi demikian, agar kita tidak malu bila berhadapan dengan Allah kelak,

ana masih ingat ayat Allah yang membandingkan kesombongan manusia itu tidak luak jika dibandingkan gunung-ganang dan ciptaanNya, lihatlah sekeliling kita, pohon itu lebih besar dari tubuh kita namun ia tetap taat pada illahi, lihatlah batu itu lebih keras dan mudah melukakan orang malah mungkin membunuh namun ia tetap berzikir merendah diri pada Allah, sedangkan kita?

pelajaran seterusnya, anggap manusia itu biasa dan setiap yang berlaku bukan kehendak manusia tetapi ia adalah kehendak Allah yang mengawalnya, walaupun ia menyakitkan atau menggembirakan ia tetap dari Allah dan setiap yang Allah berikan adalah terbaik untuk hambaNya,

surah al-baqarah ayat 186, Allah s.w.t itu dekat dan hampir,

kisah ini sebagai pengajaran untuk kita muhasabah diri terutama bagi yang bekerja seperti ana, ana yakin anda juga tidak akan terlepas dari keadaan ini, bukan berniat untuk mendoakan keburukan namun ia berlaku di mana saja, sebagaimana yang dikatakan oleh kakak ana suatu masa dulu,
wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran