Wednesday, October 24, 2012

Kawan Baru Office

pusing kanan pusing kiri akhirnya muncul satu idea untuk cari teman kat office ni, bukan orang atau beruang apatah lagi kucing, tapi ada empat ekor binatang, iaitu rama-rama, meow meow, katak, dan seorang burung bangau, mulai hari ini ana akan muziumkan kesemuanya dalam almari sebelah ni, esok lusa mungkin bertambah lagi,

mana dapat?
senang ja, ana tanya pak cik youtube camna nak buat binatang-binatang tersebut, dan itulah terhasilnya origami-origami, sepanjang pagi selain keep in data ana dapat siapkan empat binatang yang berbeza, sejujurnya ana baru sahaja belajar melipat origami tersebut dan mungkin buat kali pertama, alhamdullillah ada rupa juga jadi secara analoginya membuat origami tidaklah sukar malah ia suatu kreativiti lipatan yang menarik, boleh diaplikasi pada pelbagai sebagai hiasan,

ada pelbagai jenis origami termasuk bungaan, objek, binatang, cakerawala seperti bintang, dan sebagainya, semalam ana cuba untuk membuat origami bagi "gift box" walaupun sebelum ni pernah mencubanya tapi tak masuk memori ingatan, ada dua kali percubaan ana tidak berhasil iaitu gift box berbentuk heart dan bunga, sejujurnya ana memang tak berbakat sangat dalam dunia origami ni, masakan tidak lipat kapal terbang pun ana tak lepas, (hehe) pernah satu seisi tadika, anak murid anak berusia 4 tahun yang betulkan lipatan origami ana, biasanya origami yang ramai mampu lakukan adalah sampan, dan kapal terbang, yang lain mungkin luar kebiasaan, namun yang penting ia adalah hobi yang bermanfaat,



gift box semalam buat isi kek lapis

 yang paling susah, butterfly


 dari kiri, putera katak, meow meow, dan angry bird


 tema gambar: aku makan ko tengok! hehe


kawan baru office di-zoo-kan

jika menggunakan kertas berwarna mungkin ia nampak lebih menarik, sekian terima kasih...

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran